Subhanallah
Alhamdulillah
Allahukbar
Segala puji bagi Allah, Yang Maha Pemurah Maha Mengasihani.
Tidak ada daya bagiku Ya Allah selain meminta daripadaMu
Kuatkan hati dan ayunan langkahku ini
Moga pada hari-hari mendatang,hatiku lebih tegar dan kuat untuk terus melangkah
Dalam meniti kehidupan yang entah bila,dimana penghujungnya
________________________________________________________________
Sepanjang minggu ini, nenek masih lagi berjuang. Doktor mengkabarkan pada kami bahawa bahagian belakang nenek sudah dijangkiti kuman kerana kesan melecet sepanjang koma. Dan ditakuti akan memberi kesan pada buah pinggang.
Entahlah, bagaimana harus ana untuk terus penulisan pada kali ini. Serasa berat dan buntu.
Sejujurnya, alhamdulillah ana bersyukur kerana disaat kesedihan melanda ana sekarang ada insan-insan yang senantiasa memberi semangat dan berkongsi perkembangan kondisi ana sekarang. Dan jzkk kepada akhawat-akhawat yang "peduli" tentang kondisi yang tengah ana hadapi ketika ini. Nenek adalah sosok insan yang begitu dekat dengan ana. Sangat dekat dan sangat beerti buat diri ana, dan akhawat-akhawat yang ana sayang ini sedikit sebanyak membantu ana untuk tidak terus bersedih dan hanyut dalam mainan perasaan dan rasa putus asa yang kadang kala datang menghimpit hati dan perasaan.
Ana juga Manusia....
be strong...!
ReplyDeleteSemoga terus cekal dan tabah...
ReplyDeleteTerima Kasih semua...
ReplyDelete