Friday, August 10, 2012

Sepasang kurung biru

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Dulu, sampai sekarang ada sebuah lagu raya yang sangat-sangat saya suka. Setiap kali lagu ini ke udara, saya pasti akan nyanyi sekali. Ada juga orang sekeliling saya yang pelik, sebabnya saya selalunya akan kelihatan seperti betul-betul menghayati lirik lagi berkenaan. Bagi diri saya sendiri, entah kenapa lagu raya ni memang best dan macam ada makna tersendiri.

Setiap tahun, setiap kali raya lagu ni tetap jadi pilihan hati walhal di Malaysia sekarang beribu-rbu lagu raya yang best-best. Dan tahun ini, akhirnya saya dapat jawapan tentang lagu berkenaan.

Seperti yang sedia maklum, tahun ini tahun kesedihan. Kehilangan insan tersayang, arwah nenek sememangnya memberi kesan. Percaya atau tidak, tiada peninggalan dari arwah nenek yang saya ambil. Baik baju,tudung,jubah dan lain. Cuma ada beberapa barang dan sepasang baju kurung.

SEPASANG BAJU KURUNG BIRU, baju kurung yang arwah nenek pakai semasa majlis perkahwinan abang saudara awal tahun lalu. Itulah baju kurung biru yang arwah nenek pakai ketika itu dan ketika baju itu sampai di tangan saya, pin baju arwah nenek masih melekat di situ dan bau bedak yang selalu arwah pakai. Dan setiap kali saya sarung baju kurung tu,pasti air mata akan melaju turun.Terasa sangat arwah terlalu dekat.

Syawal datang lagi,dan lagu sepasang baju kurung biru kali ini seperti cuma saya elakkan. Benar, betapa lagu itu betul-betul menjadi lagu kisah peribadi saya. Dan seperti ditakdirkan, syawal tahun lalu adalah syawal terakhir kami bersama.



Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang


Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku


Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku



Friday, August 3, 2012

Sibu

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

15 Ramadhan, ada sesuatu disebalik Ramadhan hari ini.

Sebelum berbuka, ayah ada berbicara sesuatu. InshaAllah selepas selesai segala urusan di sini (selangor), saya mungkin akan berpindah/menetap/bertukar ke Sibu, Sarawak. Kampung halaman tercinta.

Hanya saya seorang akan balik ke sana kerana ada beberapa perihal keluarga yang harus diselesaikan. Allah, kenangan lama datang kembali. Kali ini mesti dalam keadaan yang sangat berbeza. Tanpa insan tercinta (arwah nenek).

Kini, semuanya masih samar-samar. Belum ada kata putus dari saya mahupun keluarga. Mak ayah seperti sudah sebulat suara.

Masih banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan.