Saturday, October 30, 2010

Sarapan With adik2

Alhamdulillah...

Masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan...

Masih berbaki tepat 2 minggu untuk mengakhiri "alam kampus"


Sekarang, siaran langsung dari SL230... Majlis "Sarapan Bersama Adik-adik"..Program terakhir untuk sem ini...

Perasaan sekarang : Teruja kot...haha


Perasaan Lepas ni : Sedih kot...sbb lepas ni memang susah nak kumpul semua orang...

Nurz: Hidup mesti diteruskan..Perjuangan tetap perjuangan...Never surrender...


Pengajaran Kehidupan (2)

Kehidupan alam kampus sememangnya hanya sebahagian dari kehidupan.Alam kampus juga yang banyak membentuk diri dan segala ilmu yang dipelajari bakal digunakan untuk hidup di "luar sana".

Salah satunya, ana sering berhadapan dengan masalah "group assigment". Bayangkan kerja yang perlu dilakukan secara berkumpulan kadang-kadang perlu dilakukan secara individu. Dan pernah satu tahap, timbul sikap positif dimana ana tanamkan dalam diri ana "do i care with those that really make me sick, and i never care if i have to work alone". Semuanya gara-gara, semangat ana yang dah mula hilang dan ana lebih rasa tenang bila bergerak keseorangan. Ana memang tidak akan pernah berkata-kata.Yup, nampak ana juga yang bersalah disini kerana tiada inisiatif untuk menegur, tapi dalam hati ana lebih kuat untuk menjaga "PERSAHABATAN".

Kekuatan demi kekuatan ana kumpul untuk bertahan sehingga sekarang. Bukan mudah tapi bukan mustahil juga. Segala perasaan seperti biasa ana bumikan semuanya. Satu keyakinan yang ana pegang, ana sangat yakin, semua tugasan ini sangat berfaedah untuk masa depan ana. Dan those yang selama ini take for granted with me akan merasa langit tu tinggi atau rendah ketika practical training nanti. Ana bukan mendoakan, tetapi ia pasti akan jadi satu pengajaran untuk mereka supaya berubah kerana it better than late.

******************************************************



:: Bersambung ::


Thursday, October 28, 2010

Pengajaran Kehidupan

Episod menjadi seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda (Pemasaran) sudah hampir ke penghujungnya. Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi untuk ana mengakhiri zaman kampus sebelum bertukar ke alam pekerjaan atau practical training.

Suka duka kehidupan alam kampus banyak membentuk diri ana sekarang. Ana tidak mahu berkongsi kisah pahit manis ana dalam terlibat dalam dunia dakwah tarbiyyah kerana secara peribadi dan jujur, walau apapun mehnah yang diterima, ianya sesuatu yang sangat indah dan punya hikmah yang besar.

Kali ini,ana ingin berkongsi kisah suka duka sepanjang kehidupan ana disini. Kehidupan seorang pelajar Pemasaran sememangnya menuntut ana supaya sentiasa merancang waktu dengan sebaik mungkin. Projek, assigment yang sentiasa sambung-menyambung sememangnya sering kali memberi tekanan kepada ana.

Cuma, situasi ini kadang-kandang memberi ana ujian emosi dan mental yang bukan calang dahsyatnya. Berhadapan dengan sikap yang pelbagai, memenuhi tuntutan pensyarah yang sering bertukar-tukar dan pelbagai ragam membuat ana cepat penat dan hampir putus asa.

Berbicara tentang ujian, yup..Beberapa ujian yang sememangnya menguji kekuatan iman ana sehingga satu ketika tangan ana seolah-olah "ringan" untuk "melayang" ke pipi insan yang berkenaan. Syukur, ana masih rasional dan waras.

Semua ini berlaku disebabkan fitnah yang entah dari mana datangnya dan sikap insan yang sering ambil lewa, mementingkan diri sendiri dan menganggap diri dia seorang yang betul.

Ana sering kali malas untuk menegakkan kebenaran kerana ana sering tidak punya kekuatan dan kesempatan waktu untuk lakukan itu semua. Bagi ana, biarlah ia berlalu seiring dengan putaran waktu. Biarlah ia hilang dengan sendiri dan ana sangat senang membiarkan DIA merawat luka di hati ana.

:: Bersambung ::




Monday, October 25, 2010

Jangan Pandang Mudah

GEJALA fitnah-memfitnah di kalangan umat Islam begitu meluas berlaku dan perkara ini sudah diketahui umum, namun tidak pernah menampakkan tanda-tanda ia akan berakhir.


Fitnah juga bererti perpecahan yang timbul di antara sesama sendiri. Ketenangan fikiran sudah tidak wujud lagi. Di antara satu sama lain berlaku tuduh-menuduh, salah menyalahkan sehingga merosakkan kesatuan agama atau kesatuan suatu bangsa, juga keteguhan suatu pemerintahan. Akibat yang lebih parah, kemakmuran dan kedamaian yang telah dibina selama ini akan runtuh dan hancur. Justeru itu, demi keutuhan negara, soal fitnah yang sedang bermaharajalela di negara ini harus ditentang walau dengan apa cara sekalipun.


Jangan biarkan fitnah berlarutan mempengaruhi masyarakat agar menimbulkan huru-hara atau keresahan di kalngan rakyat jelata bagi menjatuhakan kerajaan. Dalam konsep sehari-hari, kata ‘fitnah’ ini sering diertikan sebagai berita bohong atau desas-desus tentang seseorang yang tidak selari dengan kenyataan dan kebenaran.


Kerana fitnah itu ujian, ia menguji kita, apakah kita boleh tetap arif, tenang atau tidak emosional. Hakikatnya, kita harus tetap normal dan tidak melampaui batas.


Kitab tentang hadis umumnya mengkhususkan bab tertentu tentang fitnah. Hadis tentang fitnah biasanya berisi ajakan dan perintah agar kaum Muslim menjauhi fitnah, kerana hal itu akan menimbulkan kekacauan dan kesengsaraan, bahkan sering berakhir dengan pertumpahan darah.


Dalam sejarah, pernah terjadi peristiwa menyedihkan yang dikenal dengan al-fitnah al-kubra, iaitu peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan. Inilah konflik dalaman yang terbesar dan pertama menimpa umat Islam.


‘Kerosakan’ institusi sosial akibat fitnah bukan sahaja membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman, bahkan menimbulkan ‘kebimbangan’ yang amat hebat bagi para sahabat Rasulullah s.a.w serta umat Islam waktu itu.


Ini juga merupakan gambaran fitnah membuta tuli, kerana sesama umat Islam tidak mahu melihat serta mendengar siapa yang benar. Punca terbunuhnya Uthman mewariskan kemelut panjang bagi umat Islam, sehingga banyak ahli sejarah mengatakan sebagai cubaan atau dugaan terbesar yang pernah menimpa kaum Muslim.


Benarlah apa yang disebut di dalam al-Quran bahawa fitnah itu lebih kejam dan berbahaya daripada pembunuhan. (rujuk surah Al-Baqarah, ayat 191)


Malah Aisyah, isteri Rasulullah s.aw yang amat disayangi itu pernah difitnah ‘menduakan’ baginda dengan salah seorang sahabat Nabi ketika beliau tertinggal daripada rombongan Nabi. Sejarah mencatatkan, hampir sahaja Nabi terpengaruh dan mempercayai isu tersebut sehingga baginda terpaksa menjauhi Aisyah yang selama ini paling dekat dengannya. Hanya setelah turun wahyu yang membersihkan kembali maruah Aisyah, Nabi s.a.w kemudiannya kembali tenang dan gembira.


Golongan yang menyebarkan fitnah ini seolah-olah tidak sedar dan mungkin tidak percaya bahawa kelak di akhirat bahawa mulut dan lidah yang berkata-kata, tangan yang menunjuk dan kaki yang berjalan, iaitu tiga anggota tubuh yang berperanan besar dalam proses menyebarkan fitnah akan diminta pertanggungjawaban masing-masing. Menuduh berbuat zina sama dosa besarnya dengan zina itu sendiri.


Rasulullah s.a.w sering mengingatkan kaum Muslim agar menghindari fitnah yang ditimbulkan oleh sumber dan percakapan yang salah. Al-Quran dan sunnah selalu mengingatkan tentang bahaya fitnah. Dalam banyak kesempatan, ketika Nabi s.a.w memulai percakapan, baginda selalu memohon perlindungan kepada Allah s.w.t daripada akibat buruknya fitnah.


Dan yang paling ditakuti kesan daripada perkembangan kecanggihan teknologi komunikasi seperti internet dan sistem pesanan ringkas (SMS), kini sesuatu berita yang berunsur fitnah dapat disebar ke seluruh dunia dalam masa paling singkat dan pantas.


Demikian pula dengan kewujudan internet yang menyajikan bukan sahaja maklumat ‘formal dan baku’ tetapi juga maklumat yang kurang jelas kesahihan sumber maklumat serta tidak terkawal. Kebimbangan ini mula dirasai oleh sebahagian masyarakat Islam , di mana jika salah memilih maklumat yang disajikan itu, maka kesannya amat buruk.


Justeru, di sini kita perlu kembali kepada al-Quran dan sunnah untuk mendapat panduan kerana kedua-duanya berfungsi memberi pengajaran kepada manusia, tidak kira dalam apa zaman sekalipun.


“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)


Orang-orang yang fasik adalah orang jahat di mana kata ‘fasik’ dalam al-Quran juga digunakan untuk orang yang menuduh wanita baik melakukan zina dan untuk orang munafik.


“Orang-orang yang menuduh perempuan baik-baik melakukan zina kemudian mereka tidak dapat mendatangkan empat orang saksi,maka cambuklah mereka dengan lapan puloh kali cambuk dan jangan terima kesaksian dari mereka selamanya. Mereka adalah orang-orang fasik.” (Surah An-Nur: ayat 4)

“Sesungguhnya orang munafik tersebut adalah orang-orang fasik.” (Surah At-Taubah: ayat 67)


Di sini, perlu diingat, betapa perlunya kita memilih maklumat, apakah ia penting atau tidak.Kita juga perlu memilih pembawa atau pengirim maklumat, apakah dia dapat dipercayai atau tidak. Sesuatu berita yang diterima atau disebar harus diteliti beberapa kali akan kesahihan berita itu.


Bagaimana kita hendak mempercayai seseorang yang tidak dikenal pasti memiliki pengetahuan tentang bidang atau sesuatu perkara yang disampaikannya, apatah lagi yang tidak dikenal latar belakang identitinya. Dengan itu, maklumatnya tidak layak diterima begitu saja, kerana boleh jadi dia pembohong atau kalaupun dia bukan pembohong, keterbatasan pengetahuannya menjadikan dia menyampaikan berita yang tidak benar.


Tuntutan tersebut lebih penting lagi muthakir ini, apatah lagi sumber-sumber berita kini beraneka ragam. Orang fasik pun, menurut istilah al-Quran seperti yang disentuh di atas, semakin banyak. Jika diabaikan, akibatnya pasti seperti bunyi akhir ayat di atas yang bermaksud: “Sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)


Prinsip dasar yang diletakkan oleh al-Quran bagi penerima maklumat antara lain ialah seruan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)


Maksud ayat di atas ialah apa yang kita dengar, lihat, terlintas di fikiran, yang kita tidak tahu kedudukan sebenar, lalu kita berprasangka mengenai hal-hal itu, maka kita akan diminta untuk mempertanggungjawabkannya.


Jika demikian, berhati-hatilah! Ayat di atas mengecam mereka yang mengambil sikap keliru, membenarkan atau menyalahkan apa yang tidak diketahui kedudukan persoalan sebenar. Jika yang demikian sudah dikecam, apalagi jika silap membenarkan sesuatu yang telah diketahui kekeliruannya, atau menyalahkan apa yang telah diketahui kebenarannya.


Di samping itu, ada petunjuk lain agar isu negatif tidak muncul dan tersebar. Suatu ketika, pada waktu malam Rasulullah s.a.w berjalan, baginda didampingi oleh seorang wanita. Sementara sahabat melihat Nabi s.a.w bersama wanita itu dari jauh dan kegelapan, Nabi s.a.w yang menyedari hal itu menyampaikan kepada mereka: “Aku bersama Ummul Mukminin, isteriku.”


Para ulama yang menganalisis hadis ini berkata bahawa salah satu cara menangkis munculnya ‘isu yang mengelirukan’ adalah menghindarkan daripada sebab-sebabnya dan memberi penjelasan yang benar sehingga tidak ada tempat bagi salah faham atau kecurigaan. Pada malam gelap itu, Rasulullah s.a.w berjalan berdua dengan wanita, boleh jadi ada yang menduga bahawa baginda berjalan dengan wanita yang bukan mahramnya.


Untuk mengelak timbul kecurigaan dan kemungkinan timbulnya isu, Rasulullah s.a.w menjelaskan dan tidak menutup rahsia dengan siapa baginda berjalan kerana jika tidak dijelaskan, maka terbukalah peluang untuk munculnya isu yang tidak benar.


Kini maklumat yang disebarkan, walau disampaikan oleh banyak pihak, tidak terlepas daripada sedemikian banyak faktor, seperti ideologi, ekonomi atau politik yang kesemuanya dapat menjadi penyebab ketidakbenarannya sehingga ia harus ditolak.


Selanjutnya al-Quran juga mengingatkan agar orang yang menerima maklumat hendaklah menanyakan kepada orang lain yang mengetahui dan yang dapat dipertanggungjawabkan maklumatnya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:


“Hendaklah kamu menanyakan kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Nahl: ayat 43)

Allah juga melarang sesuatu yang masih merupakan sangkaan atau andaian dikemukan sebagai maklumat dalam bentuk pasti sedangkan tidak mempunyai suatu pengetahuan pun tentang itu.


“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 53)


Sangkaan (dugaan) yang dibenarkan untuk dikemukan dalam keadaan tertentu adalah dugaan atau sangkaan yang beralasan. Oleh kerana itu al-Quran mengingatkan perkara tersebut, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa.” (Surah al-Hujurat: ayat 49)


Jika prasangka pun dilarang daripada dijadikan sandaran untuk ‘mengesahkan’ maklumat, apatah lagi jika maklumat tersebut ternyata suatu kebohongan dan berunsur fitnah.

***********************************************

:: It getting hard to face the reality of life...EVEN, kita buat baik sekalipun, tak pasti lagi kita menerima balasan yang setimpal dengan kebaikan itu...Remember this, maybe tanpa sedar insan yang kamu sakiti itu lakukan 1 kesalahan terhadap kamu, tapi kamu membalas dengan sikap tidak rasional seperti insan itu lakukan 1000000 kesalahan terhadap diri kamu....Tapi, kamu mungkin lupa atau alpa, kamu lakukan kesalahan lebih dari 1000000 terhadap insan tersebut, tapi insan tersebut hanya mendiamkan diri dan terseksa sendiri tanpa apa-apa tindakan kerana insan itu memikirkan bahawa dia perlu menjaga hati dan perasaan kamu atas dasar KAMU ITU SAHABAT... Terus-terusan memujuk diri supaya bersabar dan tabah EVEN maruah diinjak-injak dan diaibkan kerana atas 1 dasar..Iaitu KAMU ADALAH SAHABAT...Jangan risau wahai sahabat, insan itu sudah pun memaafkan kamu..Malah sentiasa berdoa, moga semua itu telah berakhir dan jadikan pengajaran... ::



Friday, October 22, 2010

Subhanallah...Must look this...


Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama
10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sgt
kagum dgn ilusi mata kurniaanNya
ini... ....

(see the 3 circle in "Allah"...for the 10

second....then u see the wall behind u....)

p/s : Lihatlah, tanya diri anda...
"Nikmat ALLAH manakah yang kamu Dustakan?"

**********************************************************************

Aku melihat dunia hari ini
Orang Islam seperti digenggam belenggu orang kafir
Akhirat mereka luput
Dunia pun tercicir
Budaya jahil tidak diambil peduli
Melampau-lampau dalam hiburan
Khayalan keterlaluan

Luas.....luas membanjir Teruk...
tak tertaksir orang yang karam
Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordoba, Baghdad, Andalus Hilang ....hilang ditelan zaman
Kita lupa semua jawapan persoalan kehidupan
Yang mahir dihafal

Mampukah kita untuk jawab di depan Mungkar dan Nakir nanti?
Setengah-setengah orang berkata,
sejarah ini ibarat pentas bermain wayang
Cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjang
Bila tamat diulang ....dan diulang ....ulang kembali

Kalau begitu, takkanlah mustahil
Untuk giliran Islam pula yang mendatang
Tamadun kita yang lama dahulu yang indah gemilang
Hidup semula, kembali segar-bugar terbentang,
Di dunia yang luas.


-Syed Naquib Al-Attas-

Menjemput


Bila yakin telah tiba,

Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan


Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna