Saturday, January 28, 2012

Insomnia??


Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

PERTAMA:

Sedikit perkongsian peribadi...

Hampir sebulan saya tidak dapat tidur yang berkualiti. Berkualiti maksudnya cukup untuk kembalikan kecergasan badan dan minda. Ya,sebulan ini merupakan bulan yang agak tegang dan tidak tenang buat kami sekeluarga. Berulang-alik dari K.L ke Sibu,Sibu ke K.L , menguruskan itu dan ini, emosi dan perasaan yang tidak tenang merupakan punca gangguan tidur ketika ini.

Boleh bayangkan tak saya bangun pagii pukul 6 a.m or 9.00 a.m,buat kerja itu ini, tidak dapat tidur tengah hari DAN malamnya saya tidur sekitar jam 4 or 5 A.M! Dan lagi dahsyat bila saya tidak tidur langsung.Bila saya tidak tidur langsung,selalunya tengah hari akan tidur sebentar.

Adakah ini tanda Insomnia? Saya buat research sedikit tentang penyakit ni, dan saya rasa tanda-tanda insomnia itu ada. YaAllah...

Dan mungkin juga disebabkan aktor-faktor luaran ini yang menyebabkan masalah ini timbul...

-----------------------------------------------------------------------

Sedikit sharing, bila saya terlalu penat untuk berjaga tetapi sukar untuk tidur, saya akan amalkan perkara ini..

First : Baca Al-Fatihah, 3 Qul
Second : Baca doa ni...


Ertinya:

"Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku".

(Riwayat Ibnu Sunni dan Tabarani)

Third : Last sekali selalunya saya akan berselawat sehingga tertidur.

It's working. Yakinlah sepertimana dalam ayat ini.


Firman Allah SWT:

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ

Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)
[As-Syu'ara':80]

KEDUA:

Projek :increase iman" dengan dijalankan. Doakan moga semangat dan iman saya semakin pulih. Saya tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi.

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan' (Surah al-Kahfi, ayat 103-104).

Inilah golongan orang yang rugi. Apabila kita merasa dirinya berada dalam kebenaran dan kebaikan. Walhal, selagi kita tidak mendapat kepastian dengan mempelajari Islam, selagi itulah kita rugi. Di dunia kita merana, di akhirat kita sengsara!

Dan, doakan juga moga kita semua tegolong dalam golongan yang beruntung.

surah al-Asr, Allah swt berfirman dengan maksud:


"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar"

~InsyaALLAH~

No comments:

Post a Comment