"Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan daripada golongan Anbiya' dan bukan juga daripada golongan Syuhada'. Mereka dicemburui oleh para Anbiya' dan Syuhada' kerana ketinggian dan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat bertanya:
"Wahai Rasulullah,bagitahulah kami siapakah mereka itu ?"
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Mereka itu adalah golongan yang berkasih-sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta-benda. Demi Allah, muka-muka mereka adalah "cahaya" dan mereka berada di atas "cahaya". Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut, dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih."
Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud:
"Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah S.W.T itu, meraka tidak takut dan tidak bersedih (surah Yunuus Ayat 62)".
No comments:
Post a Comment