Alhamdulillah
Allahuakbar
Pernah 2 3 kali ukthi ini datang,berkongsi tentang sesuatu permasalahan ketika kami tinggal bersama dulu. Sekarang,bila berjauhan telefon merupakan salah satu cara untuk sharing atau meminta pandangan. Ada satu ketika, ukhti ini menangis ketika kami sedang berkongsi mengenai masalah yang sedang berlaku. Ketika itu juga,agak sukar untuk ana memberi pandangan dan pendapat kerana masalah itu kerap sangat terjadi, lalu ana meminta waktu seketika untuk mencari sesuatu yang dapat mengurangkan sedikit masalah ukhti tersebut.
Dan, terlintas dalam fikiran ana untuk menelefon seseorang untuk meminta pandangan dan nasihat kerana dulu kami juga pernah menghadapi masalah tersebut. Alhamdulillah,hasil perkongsian dan perbincangan ana dengan akhawat tersebut, ada sedikit bahan dan pendapat dapat ana perolehi. InsyaAllah mampu mengurangkan sedikit masalah yang sedang terjadi.
Di hujung perbualan kami, akhawat ini berkongsi sesuatu. Akhawat itu berkata begini.. "hari tu,ana pergi program. Ada seorang ustaz ni beri perkongsian mengenai Allah melarang perbualan rahsia.. Haa..ana first time terkejut tau,pastu ana tanya-tanya banyak-banyak soalan sehingga ana faham...contohnya, kalau ukhti ni datang kt kita then cerita masalah dia macam mana dan lain-lain"
Ana pun dengan terujanya ingin melanjutkan perkongsian akhawat tadi. "anti,kongsilah dengan ana...Macam keras jer bunyinya..."
Akhawat tu pun sambung, buka surah An-Nisaa 4:114)
Akhawat tu sambung lagi, "memang Allah sangat-sangat melarang perbicaraan rahsia sekiranya ianya tidak dapat memberi apa-apa kebaikan malahan ditakuti akan memberi kesan pada sesuatu organisasi. Macam yang anti bagitahu ana tadi, yang ada ukhti menangis-nangis telefon anti untuk berkongsi permasalahan padahal boleh saja masalah itu diselesaikan dengan cara syura' melalui naqibah. InsyaAllah naqibah tu boleh membantu. Walaupun perkara ni nampal kecil,tapi bahayanya cukup besar sekiranya sesi perbicaraan rahsia itu disertai oleh hawa nafsu dan perasaan yang tidak-tidak. Perkara tu lah yang kena jaga sebab kadang-kadang kita sendiri tidak perasan sekiranya terdetik perasaan yang tidak sewajarnya seperti merasa diri sentiasa betul dan sebagainya padahal masalah ini perlu diketahui hujung pangkalnya. InsyaAllah, kita baiki diri sama-sama. heee, ana pun terkejut bila first time ustaz cakap macam tu..."
Alhamdulillah, ilmu baru. Moga ilmu ini dapat dimanfaat sebaiknya. Perbicaraan rahsia yang bukan boleh dipandang enteng kerana ianya mungkin akan memberi kesan pada sesebuah organisasi dakwah.
Wallahualam..mohon teguran dan tambahan sekiranya perlu.
~SHARING IS CARING~
No comments:
Post a Comment