Wednesday, January 11, 2012

Update Nenek part.3 :)


Bismillah
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar (^_^)

Alhamdulillah, ujian dalam ujian. Diuji dengan kesihatan nenek tersayang dan kesihatan diri sendiri. Mereka nampak ana sihat dari luaran tapi ana rasa badan ana hampir tidak sihat seperti dulu.

Kondisi nenek, alhamdulillah :) agak memuaskan. Walaupun masih terbaring koma tapi nenek sudah mula respond kembali. Bila ditanya,nenek menyahut sedikit, menangis (agak kerap), bergerak sedikit. Cuma tekanan darah masih belum normal. Mungkin nenek selesa dan nyaman dengan tilam baru yang lebih lembut daripada tilam hospital. (beli tilam baru dan bawa masuk hospital, osem tak keluarga kami?)

Dan insyaAllah dengan izin ALLAH, perkembangan positif nenek adalah berkat doa dan usaha oleh akhawat yang sentiasa bersama-sama dengan ana,walau suka walau duka. Jzkk sayang.

InsyaAllah jika minggu ini kesihatan nenek semakin membaik, nenek akan dibenarkan pulang. Alhamdulillah... welcome home nenek!! :) Moga nenek semakin kuat dan kembali sihat.

Ana...ana pula sedikit kurang sihat. Rasa tak sedap badan dan kurang selera makan. Tak cukup tidur dan ana rasa mungkin kesan dari minum coffee dan nescafe. Kuat semangat Nur!!!

---------------------------------------

Target cuti ini sebenarnya ada misi besar. Misi menyambung hafalan surah, hadith pilihan, naikkan semangat juang, misi double tripple untuk perbaiki diri dan fahaman.

Secara jujurnya, bacaan Al-Quran ana masih lemah dan kurang baik seperti kebanyakan akhawat dan orang lain tapi ana berusaha untuk perbaiki bacaan dan hafalan. Sekarang pun proses pengajian Quran terhenti seketika. InsyaAllah berusaha untuk perbaiki bacaan. Dan ana cuba menghafal melalui mp3. Surah-surah target ana akan ulang banyak banyak banyak kali sambil memegang Quran sehingga insyaAllah ingat dan betul. Sekiranya ana belajar,bersiar atau lakukan aktiviti lain ana akan mendengar sahaja dan selepas itu baru ana akan buka Al-Quran.

Hadith pun ana buat seperti hafalan Quran. Mohon doanya moga ana dipermudahkan memahami dan mengingati.

Doakan ana juga supaya tidak futur dalam perjuangan. Ana sangat sayang akan tarbiyah dan dakwah. Mungkin cinta pada tarbiyah dan dakwah. Moga DIA membantu ana untuk terus optimis dan konsisten.

2012, ana mengharapkan juga moga ana menjadi mukmin yang bertambah baik dan ana sudah siapkan mutabaah amal dan do's and don't thing... InsyaAllah moga dapat dilakukan sedikit demi sedikit sehingga misi ana berjaya. YaAllah, mohon bantuanMu...

----------------------------------------------------------

I Asked For . . . .

I asked for strength,

And Allah gave me difficulties to make me strong.

I asked for wisdom,

And Allah gave me problems to solve.

I asked for prosperity,

And Allah gave me brain and strength to work.

I asked for courage,

And Allah gave me danger to overcome.

I asked for love,

And Allah gave me troubled people to help.

I asked for favour,

And Allah gave me opportunities.

I received nothing I wanted.

I received everything I needed.

My Prayer has been answered.

( Al Muslim )




No comments:

Post a Comment