Tuesday, June 30, 2009

Doa kekuatan hati...

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya
Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang
tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda

Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan
kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran

Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya
Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami

Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada
kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala
kasih"

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu
Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang
menenggelamkan dunia
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang
marak menyala
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan
laut yang mengancam nyawa
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,
dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara
Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan
dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-
Mu murka

Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya
Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan
yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami
Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal
usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu
Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang
memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis
dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,
ummatku ummatku

Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua
kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan
kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami
da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami

Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai
kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

SELAMAT JALAN MUJAHID DAKWAH. MURIDMU, KADER-KADERMU
AKAN MENERUSKAN CITA-CITA DAN PERJUANGANMU

Tuesday, June 16, 2009

Lembutnya Hati si Kecil..


Ana ingin berkongsi 1 pengalaman menarik sepanjang ana duduk di rumah bersama-sama dengan adik ana yang tersayang dan ter “comel” NUR’AINA Bt Muhamad Zahari…

Mungkin ini salah satu kelebihan orang yang lahir bulan November. Selalunya orang yang lahir dalam bulan ni selalu kuat berfikir macam ana. Ana selalunya akan memerhati sekeliling yang boleh dikaitkan dengan kebesaranNya. Sebab alam ini juga salah satu tarbiyah daripadaNya.

Sememangnya hati kanak-kanak seperti aina masih bersih tanpa sebarang dosa. Fikrahnya masih terjaga dan seolah-olah mengenal siapa penciptanya. Kenapa ana berkata demikian? Sebabnya, ana selalu memerhatikan gelagat aina di rumah. Selalunya sekiranya ana berada di rumah, ana lebih cenderung membuka siaran Islamik di astro seperti aosis. Dan memang 1 jam sebelum waktu solat akan ada zikir2 dan selawat2. Aina yang leka dan gembira bermain serta-merta akan palingkan mukanya menghadap tv sekiranya terdengar bacaan quran, zikir, selawat dan lain-lain. Aina akan jadi budak yang sangat baik dan pemdiam seolah-olah betul-betul mengamati bacaan berkenaan. Pada mulanya ana sendiri tak perasan, tapi dah lama-lama ana mula memahami dan berfikir. Subhanallah, betapa bersihnya hatimu wahai adik.

Pernah 1 ketika ana ingin melihat reaksi aina antara rancangan islamik dan cartoon. Selalunya kita sering berfikir kanak-kanak sangat mengemari cartoon daripada rancangan yang lain. Memang tak dinafikan kebenarannya. Ana tetap ingin menguji aina.Dan ternyata aina sekali lagi seperti tadi. Walaupun ana buka cerita cartoon yang paling best ana rasa, aina akan tengok lebih kurang 5 minit je dan ia akan mula rasa bosan dan bermain ke tempat lain. Tapi kalau ana buka rancangan islamik yang ada alunan zikir dan lain-lain, aina akan duduk sampai habis.subhanallah…sekali lagi ana berasa kebesaranNya.

Benarlah, kanak-kanak itu ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkannya. Kitalah juga penentu acuannya. Acuan apa yang kita sendiri sandarkan. Sekiranya baik acuannya maka baik lah hasilnya dan sebaik- baik acuan ialan yang berteras dan berlandaskan syariat Islam.


Dan untuk adikku aina, insyaALLAH, kakakmu akan memberi didikan agama secukupnya untukmu. Doaku moga dirimu juga akan menjadi pewaris kepada perjuangan ini suatu hari nanti.

Monday, June 15, 2009

Perhatian...

"jika kamu letakkan hatimu diakhirat, pasti kamu akan bahagia didunia dalam reda. Tetapi, jika kamu letakkn jiwa mu hanya pada dunia, maka kamu akan merasai pahit maungnya hati yg tidak berkesudahan"

Syukran kepada si pengirimnya. kata-kata tersebut sekurang-kurang membantu diri ana yang tengah didalam dilema dan kesedihan. mencari-cari kekuatan diri dan dalam masa yang sama meyakinkan diri bahawa aturanNya pasti yang terbaik. kepada sahabat2 yang mungkin menghantar sms or call yang tak terjawab dan terbalas, maaf ana mohon. (memerlukan sedikit waktu untuk bersendirian dan mengumpul sedikit kekuatan untuk menempuh hari mendatang. berusaha untuk mempositifkan diri tanpa ada sebarang pengaruh dan gangguan)
walau bagaimanapun, ana sangat menghargai keprihatinan antum semua..uhibbuki fillah..



Friday, June 12, 2009

Peringatan Penting!!


Tiada apa yang perlu diragui lagi..Semuanya adalah pasti..pasti akan ada..pasti akan tiba masanya..sejauh mana persediaan kita?? sudah cukupkan bekalan kita untuk "perjalanan" yang berikutnya??

Mood: Bermuhasabah Diri..

Lirik Yang mengambarkan diri Ini!!


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Sekadar Renungan...

Alhamdulillah...

Syukur...result exam telah diketahui..terasa hilang segala kegelisahan di hati. Ternyata, ana grad on time. Syukur Ya Allah di atas segala nikmat yang telah engkau berikan. Walaupun result yang diperolehi ana biasa-biasa sahaja, tetapi cukuplah sekiranya ia dapat mengembirakan hati keluarga ana..

Ana ingin mengajak antum semua berfikir sejenak mengenai pelajaran dan perjuangan...ana selalu terfikir dan berdoa,

“Ya Allah, janganlah kerana gagal dan lemahnya aku dalam pelajaran, menjadi fitnah terhadap perjuanganku ini....”

Sebenarnya, dalam perjuangan menuntut pelbagai pengorbanan. Tidak kiralah samaada dari segi kewangan, perasaan, hati, kepenatan dan sebagainya,. Begitu juga dalam pelajaran. Usahlah menganggap perjuangan ini seperti jongkang jongkit..umpamanya seperti ini..kita menggangap kiranya kita tidak melakukan gerak kerja Islam, pelajaran kita akan cemerlang dan begitu juga sebaliknya...

Bagi ana, pelajaran bukanlah alasan yang kukuh untuk kita tinggalkan gerak kerja Islam..ustazah ana pernah berpesan semasa ana betul2 lemah dan kecewa dengan result ana..” Mujahadah sejati mestilah berilmu dan mempunyai keyakinan yang kuat tentang janji Tuhannya yang 1”...semenjak daripada itu ana berfikir dan tercari-cari makna kata-kata ustazah tersebut..akhirnya, ana menemui jawapannya...

Jelas, mungkin kita tidak seperti pelajar yang lain yang mempunyai banyak waktu untuk mengulang kaji dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tetapi pernahkah antum berdepan dengan situasi sebegini...

“walaupun antum banyak menghabiskan masa dengan usrah, meeting persatuan, siapkan risalah program, buat aktiviti Islamik di kampus tetapi antum seolah-olah mempunyai masa untuk siapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah bah kan lebih awal menghantarnya dan dapat jawab test dengan baik dan kadang kala result yang antum perolehi lebih kurang sama dengan pelajar lain, sedangkan mereka lebih banyak masa terluang untuk semua itu???....”

Bagi ana, sekiranya kita bantu agama Allah, Dia akan Bantu kita dalam pelbagai cara dan keadaan. Janganlah kita menganggap, lebih banyak usaha kita, lebih baik markah yang kita perolehi..tetapi bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha tetapi janganlah meletakkan usaha itu segala-galanya tetapi Redha Allah yang penting terhadap semua usaha yang telah kita lakukan...

Seorang ustaz pernah memberitahu pelajarnya di dalam kelas, sebenarnya Allah lah yang mengerakkan hati dan tangan para pensyarah untuk menentukan sama ada pelajarnya akan mendapat keputusan baik mahu pun tidak...Jadi..dimanakah letakkannya keyakinan dan tawaqal kita??..

Sebenarnya apa yang ana kongsikan ini sebenarnya mem”reflect” diri ana sendiri. Ana sentiasa meletakkan pelajaran adalah priority utama ana. Tak kisahlah sama ada ana sibuk berpersatuan atau tidak. Bagi ana pelajaran dan perjuangan mestilah di atas level yang sama... Mungkin jadual kita tidak sama dengan pelajar yang lain. Mungkin kita terpaksa korbankan waktu tidur kita..Mungkin usaha kita lebih banyak untuk meng”cover” semua palajaran kita yang tertinggal..Mungkin kita kena habiskan banyak masa bersama pensyarah...dan sebagainya...mungkin sesetengah orang menganggap ini amat penat dan letih kerana seperti terkejar-kejar, tapi bagi ana semua itu tidak penting..Yang penting apa yang kita lakukan mestilah jelas matlamatnya. Dan paling asas sekali ialah niat kita.

“setiap perkerjaan itu bergantung dengan niatnya”

Sekiranya niat kita melakukan sesuatu segalanya kerana Allah dan meraih redhaNya nescaya Dia akan sentiasa membantu hambanya. Pernah ana mengikuti satu sesi motivasi di kampus, penceramah tersebut ialah seorang individu yang sangat cemerlang dari segi akademik dan kerjaya. Bila ditanya rahsia kecemerlangannya, beliau memberitahu sebenarnya sebelum beliau memulakan sesuatu pekerjaan, beliau akan beristighfar dan memohon kepada Allah supaya mengampuni dosanya. Kerana beliau bimbang sekiranya dosanya itu menghalang beliau memahami pelajarannya. Dan beliau menambah, hati ini memainkan peranan yang penting. Jangan sesekali berburuk sangka kepada individu yang akan memberikan ilmu kepada kita dan berdoalah selalu untuk kesejahteraan insan di sekeliling kita. Baginya, doa itu adalah segala-galanya dan sangat yakin itulah senjata orang mukmin..Ana sangat kagum dengan penceramah tersebut. Sangat merendah diri kerana beliau berkali-kali sebut bahawa semua yang beliau perolehi adalah pinjaman semata-mata dan suatu saat nanti ia akan dikembalikan dan tanpa izin dari-Nya, mana mungkin beliau akan memperoleh kejayaan yang sedemikian.

Ana merenung diri seketika. Ana akui kadang kala hidup kita dipengaruhi oleh persekitaran dan emosi kita. Mungkin asalnya niat kita belajar adalah kerana Allah, tetapi sampai 1 tahap kita akan mudah berfikir bahawa apa yang kita lakukan adalah untuk mengembirakan hati keluarga kita. ..macam mana cara penyelesaiannya??,..bagi ana, “refresh” lah niat kita sekerap yang mungkin..mohon kepada-Nya moga kita tetap terus istiqamah.. janganlah menganggap perjuangan itu menganggu gugat pelajaran kita, tapi anggaplah perjuangan itu sebagai pembakar semangat kita untuk terus berjaya dengan cemerlang. Mukmin yang sejati tidak akan memberi ruang kepada orang lain memberi fitnah terhadap perjuangannya tetapi ia akan berkorban asalkan perjuangannya itu terpelihara...

Perjuagan Vs Pelajaran = tiada bezanya kerana kedua-duanya dikira jihad jika betul niatnya. Jadi, marilah bersama-sama perbetulkan niat dan luaskan pandangan. Jihad boleh dalam pelbagai bentuk dan keadaan...

Ayuh, perbaiki diri!!!

Wednesday, June 10, 2009

Moga Kejayaan Milik Kita

Dup...dap...dup...dap...

Debaran mula terasa, tinggal beberapa jam dari sekarang, result exam akan kluar...Ana sedikit keresahan memandangkan result ini yang akan menentukan sama ada ana GRAD ON TIME atau x...

Kepada sahabat2, adik2 UiTM,...

Moga Kejayaan Milik Kita Semua yer...

**contact2 lh akak kalau dah tahu keputusan...huhu...

Mood : Menenangkan diri...

Tuesday, June 9, 2009

Diriku Berprogram : 2

KBM KEMBALI…

Untuk program yang kedua nie, diadakan selang sehari selepas program LEADeRS. Walaupun penat masih bersisa tapi semangat berprogram tu sentiasa ada. Penat jgk lh meyakinkan ayah tentang program nie. Walaupun akhirnya ayah izinkan jugak..thanz ayah..huhu.. Program bermula pada hari sabtu tapi ana dan tiqa bertolak petang jumaat ke rumah k.Nurull. disebabkan rumah kami yang jauh dan bimbang akan lambat sampai ke tempat program. Pukul 9 mlm lbh kami sampai di stesen Universiti dan k.Nurull dah setia menanti. Malam tersebut ana bersemangat membaca sesuatu sehingga ana nekad, ana tak akan tidur sebelum habis membacanya. Nak tahu tak ape yang membuatkan ana sangat teruja membaca??? Mestilah baca novel k.Nurull…(walaupun x siap n lengkap lagi…) memandangkan ana seorang pembaca yang luar biasa tak hairanlah kalau ana sanggup mengorbankan masa tido ana. Tapi, sedikit sedih sebab ceritanya hanya sebahagiaan..huhu..(to K.Nurull : kalau baca blog nie, ceritalah ending cerita tu kat nur..haha..) papepun novel tu memang best..


PERJALANAN BERMULA…


Seawal 6.30 pagi, kami mula bersiap-siap. Dari stesen Universiti ke Stesen Putra. Ternyata Pak Kay sudah sedia mananti kerana kami sedikit kelewatan. Perjalanan berjalan lancar sehingga ke destinasi iaitu Impian Resort di Ulu Langat.

Program bermula pukul 10 pg. seperti biasa fasi memperkenalkan diri. Peserta sangat sedikit iaitu seramai 20++. Hanya 8 peserta perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Kami menamakan KBM santai sebab memang dilakukan secara santai dan bersahaja.


MEMECAH TEMBOK DALAM DIRI…


Aktiviti ptg telah dikendalikan oleh pihak resort. Aktiviti yang sangat2 best. Aktiviti pertama ialah redah hutan yang diakhiri dengan mandi sungai dan solat asar. Sebelum meredah hutan ana sebenarnya meletakkan matlamat dalam diri ana. Semenangnya ana bukanlah insan yang suka aktiviti lasak seperti meredah hutan dan sebagainya. Tetapi, pada ptg tersebut ana letakkan matlamat dalam diri ana bahawa ana ingin memecah tembok pemisah dalam diri ana. Ana juga boleh melakukan aktiviti tersebut dan mencuba sesuatu yang baru. Alhamdulillah, ana dan semua peserta dapat sampai ke sungai tanpa ada sebarang kejadiaan yang tidak diingini…(walaupun semua fasi sempoi dengan tidak menggunakan kasut….) di sungai, ana begitu excited..(masa program LEADeRS bukan main lagi cari alasan..haha..) seperti tidak puas bermandi sungai program yang sebelumnya, ana membalas dendam masa KBM pulak..huhu.. sekali lagi ana belajar benda baru…K.Nurull n Zura mengajar ana terapung di permukaan air. Pertama kali memang sukar dan sedikit kaget. Tetapi bila berjaya menguasai, analah orang yang excited nk buat byk kali…kesian k.Nurull, hampir saja lemas dibuatnya dek mengajar ana..huhu..afwan yer..tapi 1 lagi yang ana gagal menguasai iaitu “menyelam terapung” ana pun tak pasti istilahnyer..tapi yang pasti ana sgt takut bile muka ana berendam dalam air dalam sesuatu tempoh walaupun seketika. Sebabnyer ana slalu sesak nafas sebab tu lah tak berapa berani nak buat…huhu…


DIRIKU BERJAYA MENGATASI…


Alhamdulillah, setelah selesai meredah hutan, kami minum ptg. Ingatkan aktiviti semua dah selesai, tetapi rupenya ade lg 1 aktiviti yang menanti. Pelik jgk sbb abg “chef wan” mengarahkan peserta jangan menukar baju dahulu..ingatkan nk tangkap gambar ker…tapi rupenya ade aktiviti lasak ke-2..Ya Allah, aktiviti kali nie mmg sesgt menguji ketahanan diri ana. Hampir2 saja ana nk melarikan diri atas tiket sebagai fasi. Tetapi seperti ade satu kekuatan dalam diri ana untuk terus mencuba.. first sekali : panjat tembok. Ingat lagi ana membantu seorg adik nie untuk memanjat. Walaupun bdn adik tersebut sedikit gempal dan sedar kemungkinan kecederaan yang mungkin ana hadapi, tapi ana tetap meneruskan niat ana membantu adik tersebut. Niat ana hanya 1, ana nak adik tu rasa yang die jgk mampu buat seperti sahabat yang lain walaupun sedikit sukar dan die dapat merasa pengalaman tersebut seperti sahabat die yang len rase. Akibatnya, bahu ana sedikit sakit dan kaki ana seperti kejang untuk seketika. Ana terus terduduk seperti tidak dapat bangun. Tetapi itu hanya sementara, selepas ana rase ok semula, ana teruskan aktiviti. Ana begitu bersyukur kerana ana berjaya melakukan semua aktiviti. Cthnya : panjat bukit, turun bukit, meniti batang kayu dan mcm2 lg…(macam kem tentera tu…) teringat 1 peristiwa nie, K.Nurull pernah bagitahu ana, die akan tergelak kalau teringat keadaan ana masa menyeberangi anak sungai dengan menggunakan batang pokok dalam keadaan duduk..k.Nurull ckp mcm “ulat”…eeeee…geramnyer..(masa tu ana sangat membebel dgn pak cik2 kt situ, sape srh ade dkt situ…) hahaha…

Selepas aktiviti tu, terasa badan sakit2…tangan terasa lenguh, kaki terasa sakit bile berjalan…bahu seperti rasa nk patah..(mcm dashyat jer bunyinye…) huhu…tapi memang aktiviti tu sangat best dan menguji kemampuan diri…(nak lagi!!! Nak lagi!!!)


BERSAMA UMMI IDA…


Slot mlm..FATAMORGANA…walaupun selalu join KBM dan mengetahui semua slide yg akan ditunjukkan, tetapi entah hati ini sentiasa terkesan. Sepanjang program mlm tu, air mata ana sentiasa mengalir. Hati ini sgt2 tersentuh. Memang, KBM sebenarnya banyak mengajar dan mengingatkan diri ana. Tak hairanlah sekiranya ana memang bersemangat kalau diajak berKBM. Ok, berbalik kepada tajuk di atas, slot Ummi Ida..malam tersebut sebenarnya ana sangat mengantuk dan kepenatan. Kaki terasa sakit pabila duduk sehingga ana tak selesa..tapi, ana cubamengfokuskan diri. Mana mungkin ana boleh membiarkan slot tersebut berakhir tanpa ana ambik pengajaran dan membantu mendidik hati dan diri ana. Selepas beristighfar beberapa kali, ana mengfokuskan diri. Akhirnya, ana tenggelam dalam kata-kata Ummi. Hati semakin sayu. Setiap kata-kata ummi, ana amati..ana terbayangkan segala dosa-dosa ana, terkenangkan perjuangan Rasulullah dan para sahabat, pengorbanan ibu dan ayah….air mata sentiasa membasahi pipi...sebelum .. berakhirnya slot tersebut, ana sedaya upaya menenangkan diri ana..memyembunyikan segala kesedihan sebelum lampu dibuka semula..biarlah ia masih bersisa di dalam hati... sebaik lampu dibuka ana renung hampir semua peserta..ternyata mereka pun terkesan dengan kata-kata Ummi..Ya Allah, betapa lembut hati adik2 ini...slot tersebut berakhir dengan semua peserta bersalaman. Ana seperti tiada perasaan lagi ketika itu..semuanya seperti sudah kering dek kesedihan yang terlampau sebentar td...selepas semua bersalaman, ana percepatkan langkah ke bilik...terasa badan ana semakin tak sihat, dan dada ana sedikit sesak..ana tahu, ana perlu segera berehat sebelum keadaan semakin teruk memandangkan sebenarnya ana tidak boleh terlampau letih...ana baring di atas katil dan terlelap seketika sebelum dikejutkan oleh k.Nurull dan zura..ana membetulkan posisi tidur dan terus terlelap sehingga subuh...(penat btl tu...)


PROGRAM SELEPAS PROGRAM...


Keesokkan harinya, program tamat pukul 1 lbh. Sedikit lewat daripada sepatutnya..ana, Tiqa,k.Nurull dan zura y comel menaiki bas ke K.L Sentral...sampai di K.L sentral, ana,k.Nurull dan zura y comel singgah mkn di K.F.C...agenda ana sebenarnyer nk bli barang sedikit tetapi tiada apa yang berkenan.akhirnya k.Nurull balik dahulu memandangkan nmpk sedikit kepenatan..(sebenarnyer semua org penat seperti yang ana rse...Fasi memang semuanya MANTAP & SEMPOI...)..tinggallah ana seorang diri...huhu...


PERISTIWA KTM...


Dalam train ana sebenarnya berdiri..tapi, entah kenapa seorang lelaki nie bangun dan bagi ana duduk di situ..ana menolak pada awalnya tapi dia beria-ia memberi ana duduk..ana malas nk fikir panjang dan memang sangat memerlukan kerusi memandangkan kaki yang sakit terus duduk...(agaknya time tu muka ana mcm muka kesian kot..haha..) sepanjang perjalanan, ana dipertontonkan lg dgn peristiwa yg menyentuh jiwa..ade seorang ibu, ana dan suaminya..mungkin berketurunan India Muslim dari cara berpakaian dan bahasa..mungkin anak pasangan itu hanya seorang, ibu tersebut sgt menyayangi anak lelakinya itu walaupun ana rasa anaknya berumur 12 – 13 thn..ibu tersebut membelai rambut anaknya, mengelapkan peluh.. dan ayahnya pulak sentiasa gembira bergurau dengan anaknya itu...dalam hati ana, bahgianya keluarga ini..lantas ana teringat keluarga ana di rumah..hati ana sangat tersentuh..ingin saja ana segera balik ke rumah dam menghabiskan waktu bersama keluarga. Betapa ana bersyukur dikurniakan keluarga yang cukup sempurna...( lalu ana mendoakan kesejahteraan keluarga ana...)...

Tapi ada jgk peristiwa yang begitu menyakitkan mata..sepasang couple yang beramah mesra, bertepuk tamper..rimas ana dibuatnyer..dalah hati ana terdetik..” Ya ALLAH, hambamu ini tidak membenci si pelakunya, tetapi hambamu ini sangat membenci perbuatan yang telah dilakukan mereka itu..Engkau ampunilah mereka Ya Allah, berikanlah mereka petunjuk hidayahMu..HambaMu ini belum mampu menegurnya tetapi hanya doa seperti inilah yang termampu dengan selemah-lemah iman yang dimiliki hambamu ini”...


KEMBALI KE RUMAH...


Alhamdulillah, pukul 7 lbh ana sampai di banting..walaupun perjalanan dari klang ke banting sangat memenatkan dan dengan keadaan bas yang ramai warga asing. Seperti diri ana di Negara jiran pulak..ana terus berdoa di dalam hati moga dipermudahkan perjalanan dan dilindungi selalu...

Diriku Berprogram : 1

Alhamdulillah…

Entry kali ini.ana ingin berkongsi pengalaman ana berprogram baru2 nie.

First: Program LEADeRS.


PERJALANAN BANTING – KLANG – K.L SENTRAL – JELATEK

Program nie ana baru pertama kali join jadi Fasi. Sebelum nie ana lebih familiar dengan KBM. Perjalanan ke tempat program sangat mengajar ana erti kesabaran. Masakan tidak, ana bertolak dari rumah seawal jam 4 ptg ke klang kerana Tiqa tunggu di sana. Elok dalam bas dan tak sampai pun setengah jalan ke klang bas yang ana naiki rosak. Dalam hati ana sentiasa teringatkan Tiqa yang dah lama menanti . Rasa bersalah yang teramat sebabnya ana tak suke membuat orang lain tertunggu-tunggu ana, walaupun sebenarnya ana yang berjanji akan sampai ke Klang pukul 5. Afwan Tiqa. Mujurlah bas yang berikutnya sampai tak lame selepas tu. ana sedikit lega dan berharap akan sampai sebelum pukul 6. Tapi, sepanjang perjalanan ana berdepan dengan pelbagai pengalaman yang menginsafkan. Dalam hati terdetik, manusia ini mempunyai pelbagai ragam dan watak. Ada yang bernasib baik dan ada yang tidak. Ada yang sempurna dan ada jugak yang bermasalah sehingga menyebabkan hidup dalam keadaan yang tidak menentu. Ana beristighfar sepanjang perjalanan dan berdoa moga perjalanan ana dipermudahkan. Kalau diikutkan hati, mahu saja ana terus terbang ke klang tanpa perlu menaiki bas (mestilah mustahil kan….) memang satu keadaan yang merimaskan dan menyesakkan dada.

1 jam kemudian ana sampai ke klang tapi memang terlewat. Tepat 6.30 ana sampai dan turun dari bas ana dapat melihat kelibat Tiqa yang setia menanti. Ana cuba tersenyum semanis yang mungkin walaupun dalam hati rasa bersalah yang teramat. Ana dan Tiqa ke KTM klang. Dari Klang ke KL sentral sekurang-kurangnya 1 jam. Dan dari KL sentral, selepas solat Maghrib, kami ke stesen Jelatek. Alhamdulillah, K.Nina, K.Mia n K.Yatt datang menjemput..(walaupun mereka-mereka itu lambat dari waktu yang dijanjikan huhu…)


DIRI INI PESERTA


Setiap program yang ana ikuti, sebenarnya ana lebih suke meletakkan diri ana sebagai peserta. Sepanjang program ana akan mencari-cari input yang sesuai dengan diri ana. Yang paling ana terkesan sekali ialah slot Mak Cik Laila (kalau tak silap…) mengenai I.S.A..dalam hati ana sangat2 tersentuh dan mahu saja ana menangis tetapi ana cuba kawal perasaan. Ana sentiasa berfikir sejauh yang mungkin sebab dan kenapa mak cik tersebut sentiasa bersemangat untuk memperjuangkan keadilan yang 1 itu. Semakin ana berfikir, semakin ana kagum dan dalam masa yang sama ana tidak putus-putus berdoa moga segalanya dipermudahkan dan sentiasa di bawah lindungan dan pertolongan dariNya.

Dan satu lagi slot yang ana teruja ialah slot Karnival Bebaskan Al-Aqsa.. adik2 nie memang bersemangat dan luar biasa.dalam tempoh beberapa jam sahaja, mereka berjaya mengatur majlis dengan jayanya. Memang dalam hati begitu kagum dengan kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan. Ana ingat lagi, 1 perasaan yang sukar untuk ana tafsirkan, masa malam carnival tu, ana pergilah melawat booth2 yang ade termasuk satu booth nie yang siap dengan pokok..(dari mane dorang ambik, x thu lh…) ana terasa macam ade satu semangat kt situ. Semacam ana berada di palestin. Hati ana sedikit bergetar dan tersentuh. Auranya begitu kuat sehingga ana tidak dapat lame ke situ. Ana beristighfar berkali-kali. Teringat pesanan seorang kakak nie, jika kita melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas nescaya orang lain juga akan merasa satu kelainan dan mudah terkesan ke dalam hati. MasyaALLAH…ana sekali lagi berdoa semoga adik2 ini pewaris dan penyambung perjuangan ini….


SUNGAI….


Haha…nie slot yang paling ana tak sabar. Rasanya dah 2 tahun ana tak pergi sungai…haha..(kesiannya…) tapi malam sebelum hari kejadian Abg Bai terangkan tentang beberapa tugasan esok dan bahagi-bahagikan tugasan. Malam tu, Ya Allah, betapa mengantuknya mata sampai kadang kala ana hanya mampu lihat gerakan meraka yang bercakap seolah-olah tiada suara. Memang mengantuk tahap impak maksima..haha…akhirnya nur digandingkan dengan K.Nurull untuk jage forieng exchange ( ala-ala along lah…)

Sebenarnya ana dalam dilema sekejap..antara nak masuk sungai atau tak…alasan pertama : x nak basah, kedua : x bawak kasut, n macam2 lagilah alasan yang sengaja dicipta sendiri asalkan tak masuk sungai…tapi, kenyataannya sesangatlah meleset…entahlah, tak semena-mena bila sampai kat tepi sungai tu, ana dengan selambanya bukak sandle dan terus masuk ke sungai..lupe dangan segala alasan td.. terdengar jugak Tiqa tersangat hairan dengan tindakan ana tu… (memang kelakar ble terkenang balik…pelik dgn diri sendiri….) n yang paling tak percaya dengan tindakan ana yang berikutnya, ana dan k.Nurull dgn yakinnya pergi tukar pakaian padahal selepas tu kami kena jgk redah sungai balik untuk ke tmpt check point yang berikutnya… memang kelakar ble terkenang balik…(ish..ish..ish…)

AGEN ALONG YANG BERJAYA…


Untuk foreing exchange, peserta sebenarnya diminta melabur untuk kebaikan ummat Islam..(konon2nya…padahal hakikatnya ????) apa lagi, k.Nurull memainkan watak dengan baik sekali (walaupun time tu sgt lapar sampai mak cik kt umah 2 nk sediakan air..) k.Nurull bercakap dengan yakinkan sampai ada kumpulan yang dengan yakinnya melabur semua wang yang ada..( kesian betul dorang nie…) tapi, sebenarnya ana sangat mengagumi sesetengah peserta yang begitu mencurigai kami…ingat lg, ade adik ikhwah nie, die Tanya “akk, kt sini ade tulis kebarangkalian, nie mcm tak betul jer..kalau kebarangkalian tu sebenarnya boleh ke tak..? lebih kurang mcm tu lh soalannya…nk tahu tak ape yang ana buat..ana buat tak tahu n tak dengar jer dengan soalan tu..dalam hati terdetik. Hebat jgk adik nie..nasib baik bdk tu tak mempengaruhi kawan2 die yang lain, kalau tak, abislah segala lakonan k.Nurull..haha..ana ketawa dalam hati…


KENALAN BARU..


Ukhuwah itu berada di mana-mana. Ana sering merasa, walaupun ana baru berjumpa dengan seseorang yang baru dikenali , tetapi seperti ada satu ikatan yang dah lama antara kami. Ana sangat mudah menyesuaikan diri seperti ukhuwah ini sudah lama dibina. Antara sahabat yang baru ana kenali ialah : K.YATT, K.NURULL, K.SOLIHA, MAK CIK HUDA, n ZURA yg comel…( sebenarnya ramai lagi…)


KEGEMBIRAAN ITU…


Entahlah, sepanjang program ana sangat gembira dan terasa dada ini terasa lapang. Mungkin ini salah satu yang dikatakan taman-taman syurga. Disebabkan diri ana suka belajar sesuatu yang baru, ana sempat jugak belajar bunyi huruf indon dari k.soliha dan bahasa “M” dari k.nurull..(sangat2 membuatkan ana ketawa tanpa henti sebab bunyinya yang pelik dan kadang kala begitu menguji minda..haha…) syukran yer kakak2 yang mengajar tanpa jemu…huhu..


BEGITU MENSYUKURI NIKMAT ITU…


Jika hati ini terikat antara satu dengan yang lain, terasa sayu untuk meninggalkannya. Sebelum berakhirnya program, semua peserta dan fasi bersalaman sesame sendiri. Semua adik2 ana rangkul dengan erat dan membisikkan kata2 semangat. Ana titip segala doa dalam hati moga mereka2 nie tetap bersama-sama untuk perjuangan ini. Hajar… Ada Apa Dengan Hajar??...sungguh, ana tidak dapat mengawal perasaan ana tatkala memandang wajah comel hajar. Tidak semena-mena air mata ana jatuh jua setelah berjaya menyembunyikan sepanjang program. Teringat semua suka duka sepanjang di UiTM segamat..berprogram bersama…berusrah bersama…lalu, ana peluk hajar seperti tidak mahu melepaskannya pergi…terasa hati ini semakin sayu mengenang adik2 di sana. Ya ALLAH, bantulah adik2 ku di sana. Beri mereka keyakinan ketika mereka lemah, bantulah mereka sekiranya mereka memerlukan pertolongan, engkau sentuhlah hati2 mereka dengan lembut agar mereka merasa indahnya hidup ini sekiranya semuanya dikembalikan hanya kepadaMU..

Amiin..


Akhir sekali ana bersalaman dengan kakak2 yang len. Terasa nyaman sekali hati ana pabila bersalaman dengan mereka. Terasa ukhuwah itu…nyaman..sejuk…sekali… moga kita berjumpa dan berprogram kembali…

K.MIA..K.MIA…K.MIA….Syukran sesangat ajak jadi fasi program nie..Nur S***** akk sesangat…huhu…

Monday, June 8, 2009

Khusus Buat Para Pejuang Kebenaran


* Jika engkau mahu mengikut petunjuk para Imam, sewaktu menghadapi setiap kepahitan, dan kuatkanlah dirimu untuk menerima musibah-musibah dengan jiwa yang tabah, sewaktu menghadapi setiap kepahitan, dengan hati yang sabar, walaupun dadamu bergoncang.


* Lisanmu dikunci, matamu dikendalikan, rahsiamu disembunyikan hanya untuk diketahui oleh Tuhanmu sahaja.

* Namamu biar tidak terkenal, pintu rumahmu tertutup rapat, bibirmu tersenyum, perutmu kelaparan, hatimu terluka, pasarmu tiada sambutan, pangkatmu dipendam dan keaibanmu ditonjolkan.

* Setiap hari kamu menelan rasa pahit daripada pengaruh zaman dan teman, sedangkan hatimu menurut dalam sedar.

* Pada waktu siang, kamu sibuk mengislahkan manusia tanpa berkira-kira. Malam pula kamu tenggelam dalam keasyikan kepada Tuhan.

* Ambillah kesempatan pada waktu malam. Jadikannya jalan dan persiapan untuk hari kiamat yang padanya sukar sekali untuk mencari jalan.”


Berjuang itu Berat,Hanya Hati yang Benar-benar Pejuang yang Sanggup Terus Bertahan.


Sunday, June 7, 2009

Mencari Teman ke Syurga


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi.

Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.


"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)

Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan? Saidina Umar mengatakan,

"Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya"

Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.
Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga?

Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik?

MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.


"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.


Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan

"ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan",

memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah.

Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".


Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. "Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi
orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi)

Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.


Ayuh, perbaiki diri !

Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak un
tuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)


Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW:

"Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."


Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:

"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik."

Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.
"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".