Saturday, January 28, 2012

Insomnia??


Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

PERTAMA:

Sedikit perkongsian peribadi...

Hampir sebulan saya tidak dapat tidur yang berkualiti. Berkualiti maksudnya cukup untuk kembalikan kecergasan badan dan minda. Ya,sebulan ini merupakan bulan yang agak tegang dan tidak tenang buat kami sekeluarga. Berulang-alik dari K.L ke Sibu,Sibu ke K.L , menguruskan itu dan ini, emosi dan perasaan yang tidak tenang merupakan punca gangguan tidur ketika ini.

Boleh bayangkan tak saya bangun pagii pukul 6 a.m or 9.00 a.m,buat kerja itu ini, tidak dapat tidur tengah hari DAN malamnya saya tidur sekitar jam 4 or 5 A.M! Dan lagi dahsyat bila saya tidak tidur langsung.Bila saya tidak tidur langsung,selalunya tengah hari akan tidur sebentar.

Adakah ini tanda Insomnia? Saya buat research sedikit tentang penyakit ni, dan saya rasa tanda-tanda insomnia itu ada. YaAllah...

Dan mungkin juga disebabkan aktor-faktor luaran ini yang menyebabkan masalah ini timbul...

-----------------------------------------------------------------------

Sedikit sharing, bila saya terlalu penat untuk berjaga tetapi sukar untuk tidur, saya akan amalkan perkara ini..

First : Baca Al-Fatihah, 3 Qul
Second : Baca doa ni...


Ertinya:

"Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku".

(Riwayat Ibnu Sunni dan Tabarani)

Third : Last sekali selalunya saya akan berselawat sehingga tertidur.

It's working. Yakinlah sepertimana dalam ayat ini.


Firman Allah SWT:

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ

Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)
[As-Syu'ara':80]

KEDUA:

Projek :increase iman" dengan dijalankan. Doakan moga semangat dan iman saya semakin pulih. Saya tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi.

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan' (Surah al-Kahfi, ayat 103-104).

Inilah golongan orang yang rugi. Apabila kita merasa dirinya berada dalam kebenaran dan kebaikan. Walhal, selagi kita tidak mendapat kepastian dengan mempelajari Islam, selagi itulah kita rugi. Di dunia kita merana, di akhirat kita sengsara!

Dan, doakan juga moga kita semua tegolong dalam golongan yang beruntung.

surah al-Asr, Allah swt berfirman dengan maksud:


"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar"

~InsyaALLAH~

Friday, January 27, 2012

Bila Peringatan DIA Datang

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Bila peringatan DIA datang, Pap!! macam tu je...
Walau dalam apa jua situasi...
Kisahnya seperti ini...

Ya, 2 3 hari perginya arwah nenek ke rahmatullah, semangat saya entah hilang ke mana. Serius, amat amat amat sukar untuk saya menerima hakikat. Dan,bila emosi tidak dapat dikawal, i keep on questioning? Kenapa Allah always uji saya? Kenapa Allah seolah-olah tidak mendengar permintaan,doa,rayuan saya? Adakah Allah melihat kesabaran saya? Belum cukupkan ujian-ujian yang DIA berikan pada saya? Kenapa orang lain bahgia,kenapa tidak saya? bla..bla...bla...

Rasa give up dengan kehidupan, rasa loser sangat....

Dan, malam tu saya tidak dapat melelapkan mata..Berjaga sampai pagi. Dan saya ingat lagi, pukul 2 a.m saya on facebook.

THIS WILL BE THE TURNING POINT ~~ Dalam saya tengok status-status di fb,saya ternampak artikel seseorang yang dipost di wall seorang ustaz ni. Artikel yang bertajuk "suara kuat menjelang akhir zaman" lebih kurang macam tu lah. Ringkasnya artikel yang berkaitan dengan kiamat. Yup, KIAMAT.

YaAllah, saat dan ketika itu, tubuh saya menggigil,jantung saya berdegup kencang...Seriously, DIA menegur saya.
Sangat rasa, KASIH DAN CINTA DIA pada saya.
Serasa artikel itu untuk menyedarkan saya bahawa setiap yang berlaku itu punya hikmah dan punya Kasih SayangNya.

Bila saya baca komen di artikel tersebut, ada seorang ukhti ini sedang berbalas komen. Terus saya chat seketika..

----------------------------------------------------
    • assalam k.N

    • Nur gerun sgt bc ttg akhir zaman tu

  • Nina Hanafi
    • Wsalam Nur

  • Nur Haziemah Zahari
    • berdebar tetiba

  • Nina Hanafi
    • Yg suara kuat tu ke?

  • Nur Haziemah Zahari
    • ha

  • Nina Hanafi
    • Spupu kN tepek kat wall ustaz azhar idrus ttg hadis ni

  • Nina Hanafi
    • Ustaz kata hadis ni tak sahih.. Tak perlu i'tiqad (jgn percaya dlm hati) bhw perkata ni btol2 akn berlaku
      Wallahu a'lam.

  • Nina Hanafi
    • *perkara

  • Nur Haziemah Zahari
    • Ble bc ttg kiamat, mesti rase gerun.. takut sgt.. Papepn,jzkk ats informasi

  • Nina Hanafi
    • Tp ia sgtt baik andai dpt rapatkn kita dgn Allah.
      Mantapkan ibadah kita pd Allah..kan Nur kan..

      Betul..sgttt gerun gentar bila cerita qiamat n akhirat. Allahu...

  • Nur Haziemah Zahari
    • thanks for reminder k.Nina.. Yg td ,ada hikmahnya ble nur tnampak ttg kiamat tu wlaupn x shahih..."ada hikmahnya" utk Nur

  • Nina Hanafi
    • Betul..hikmah itu bykkk..


-------------------------------------------------------

Bila DIA mengkehendaki,tiada sesuatu yang mustahil..YaAllah, nyata kasih sayangMu sentiasa disisiku.

Tiada kata mengambarkan perasaan saya ketika ini.

----------------------------------------------------------------------------------

Aku malu berharap engkau mengerti lagi
Atas kesalahan yang pernah aku perbuat
Hati dan perasaan ku mulai teruji
Selembut doa dalam hati kau mengetahui

Kala panggilan mu
Aku mohon ampunilah aku

Aku bersujud
Aku berdoa
Hanyalah padamu
Ya tuhanku

Aku memohon
Keringanan hati
Menentukan pilihan
Menuju rahmatmu

Ya Tuhanku

-------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah, subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar..Bila Peringatan DIA datang.



Aku Bermohon....


“Allahu Allah, bagai tiada kudrat untuk ku terus belayar,

Namun ku yakin kekuatan hanya milikMu,

Ku pasakkan segala harapan padaMu,

Ku sandarkan harapan padaMu,

Dakaplah diriku seerat-eratnya YA RABB,

Jangan lepaskan ikatan antara ku dengan diriMU,

Diriku menyintaiMu YA ALLAH,

Diriku menyayangiMu YA ALLAH,

Diriku merinduiMu YA ALLAH,

Thabatkanku pada pelayaran ini,

Agar terus-terusan ku menerima tarbiyyah dariMu"




Wednesday, January 25, 2012

Jiwa Mohon Tabah


Bertali arus dugaan tiba

Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu

Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


Sunday, January 22, 2012

Doa Seorang Sahabat



Terdapat seorang pemuda bersama sahabatnya yang menaiki sebuah kapal yang sama, menuju ke suatu tempat. Dengan taqdir Allah, kapal yang dinaiki telah terbocor, lalu mula karam sedikit demi sedikit.


Alhamdulillah, lalu kedua-dua mereka berenang dan terus berenang untuk menyelamatkan diri, hinggalah tiba di sebuah pulau yang sunyi lagi kosong. Ternyata, pulau tersebut tiada berpenghuni, malah kering kontang tiada sebarang pohon dan hidupan.

Mereka terus saja bersama, berdoa dan berdoa kepada Allah mudah-mudahan diberi jalan keluar, atau paling tidak diberi makan dan minum untuk meneruskan hidup. Namun, setelah sekian lama, sepertinya doa mereka masih belum dimakbulkan Tuhan.

Sehinggalah suatu hari pemuda tersebut berasa hampir putus asa. Lalu mencadangkan kepada sahabatnya agar mereka memisahkan tanah pulau tersebut kepada dua daerah, dan mereka tinggal di daerah masing-masing. Pada fikirannya, mungkin salah seorang daripada mereka orang yang jauh dengan Tuhan, lalu kerana itulah doa mereka belum dimakbulkanNya. Sahabatnya hanya mengangguk bersetuju tanpa membantah.

Bermulalah kehidupan mereka secara berasingan. Si pemuda mula berdoa kembali kepada Tuhan, memohon agar diberikan minuman kepadanya. Di takdirkan Allah, kawasan tanahnya mula mengeluarkan beberapa pancutan air mata air dari tanah. Alangkah gembiranya pemuda itu, lalu dia menjenguk ke daerah sahabatnya, dan dilihat tanah di situ masih kering kontang tanpa setitis airpun. Pemuda itu terus lagi berdoa kepada Allah, kali ini dia memohon semoga Allah memberikannya makanan pula. Dengan izin Allah, beberapa pohon buah-buahan mula tumbuh dan hidup subur di tanah daerahnya. Sekali lagi dia menjeguk ke daerah sahabatnya, dan dilihatnya tiada sebatang pohon pun yang berdiri di situ. Masih sama kering kontang dan lapang seperti hari pertama mereka tiba di situ.

Sekarang, dia mula yakin bahawa doa-doanya kini memang dimakbulkan Allah dan sebaliknya doa-doa sahabatnya itulah yang tidak dimakbulkan Allah. Dan tahulah dia mengapa semasa mereka tinggal bersama, doa-doa mereka tidak dimakbulkan Allah…

“Pasti kerana dia itu seorang yang jauh dengan Tuhan…kerana itulah doanya tidak dimakbulkan…”

Lalu, pemuda itu dengan keyakinan bahawa doanya sentiasa termakbul, terus berdoa meminta, meminta dan meminta pelbagai lagi. Hinggalah kemuncaknya, pemuda itu memohon kepada Allah agar dapat keluar dari pulau itu dan kembali ke perkampungannya. Dengan taqdir Allah, tiba-tiba dilihatnya ada sebuah perahu hanyut tanpa tuan menghampiri pulau tersebut. Dengan perasaan gembira yang amat sangat, dia pun menaiki perahu tersebut lalu meninggalkan pulau itu.

Setibanya di kampung halaman, dia bertembung dengan seorang tua yang sangat terkenal alim dan warak di kampungnya itu. Orang tua itu memandangnya dengan penuh kehairanan. Lalu orang tua itu menegur,

“Mana sahabatmu yang seorang lagi???” Pemuda itu jadi kaget, tapi berusaha untuk berlagak biasa, lalu bertanya kembali kepada orang tua itu…

“Sahabat yang mana satu?”

“Sahabatmu yang di pulau itu..” jawab orang tua.

Terkejutlah pemuda itu pabila mendengarkan jawapan orang tua tersebut. Lalu pemuda itu menceritakan kepada orang tua itu kisah dari mula dia sampai hinggalah hari dia mendapatkan perahu yang membawanya pulang ke kampung.

“Lalu, apakah saya harus menolong membawa pulang sahabat saya itu, sedangkan Allah sendiri tidak memakbulkan doanya?!” kata pemuda itu lagi.

Lantas orang tua tersebut pun menjawab… “Tahukah engkau, sesungguhnya sahabatmu itu hanya ada satu doa sepanjang dia di pulau itu, dan satu-satunya doa beliau telah pun di makbulkan kesemuanya oleh Allah…”

“Apa d
oanya? pemuda bertanya sedikit teruja..

“Sesungguhnya, sepanjang waktu, dia hanya meminta agar Allah memakbulkan semua doa-doamu yang sedang di dalam kesusahan dan kegelisahan…Dan sesungguhnya satu-satunya doa beliau itu telahpun diperkenankan oleh Allah…”

Maka terduduklah pemuda itu, merasa terharu dan keinsafan….

Subhanallah…
MasyaAllah…
Allahu Akbar….

Bertuahnya pemuda itu mempunyai seorang sahabat yang semulia itu…alangkah bertuahnya, alangkah bertuahnya.. alangkah bertuahnya dia…

Maka, Saya akhiri kisah hidup pemuda itu dengan satu pertanyaan….

“Apakah tuan yang mulia sudi menjadi sahabat saya. Dan sudi memberikan saya peluang menumpang barakah tuan?”





Rindu, doa, Harapan



Tidak dapat kugambarkan

Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini

Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
Bila terkenangkan wajahmu

-----------------------------------------------------------------------

Ayah ibu

Dari sini kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan

Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang sangat ingin kutuju

Ya Allah
Aku ingin sekali ke sana
Ke negara asing itu
Pernah, peluang itu datang
Ku tolak untuk redha ibu ayah

Kini,
Dalam rindu kepadanya
Dalam doa untuk ibu ayah
Tersembunyi harapan yang kian memuncak





Friday, January 20, 2012

Update Nenek part.6 (Kembali)



Subhanallah

Alhamdulillah
Allahuakbar

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali..

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Al-Fatihah untuk nenek ana yang telah kembali ke rahmatullah pada 19/Januari/2012 jam 4.00 p.m dan telah selamat dikebumikan di Sibu pagi semalam 20/Januari/2012. Doakan moga arwah nenek ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin. Kepada sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ana dan keluarga, jzkk diucapkan. Moga DIA memberi ganjaran yang setimpal kepada kamu semua. amin

---------------------------------------------------

Rumah penuh sangat-sangat dengan keluarga,kawan-kawan nenek, jiran dan masyarakat setempat. Nenek memang agak dikenali di sibu kerana bisnesnya, perwatakannya,dan kepeduliannya kepada orang lain. Jadi,ana memang mengagak bahawa pasti ramai mengziarahi jenazah nenek semalam.

Subhanallah, arwah nenek cantik sangat mukanya. Ramai yang cakap, muka nenek bersih. :'( Ya, nenek orang yang sangat baik.

Ana ingat lagi, 2 bulan yang lepas kami belajar something bersama-sama. Petang tu nenek duduk santai bersama ana di tingkat atas. Tetiba nenek ambik sekeping kertas yang berupa nota. Ana tenung kertas tu buat seketika...

Nenek : A_ _ _ cuba tengok apa yang dia tulis. Tu pertanyaan dalam kubur. Ada jawapan sekali. Tolong ajar nenek,mana yang nenek tak tahu.

Ana : Owh..a'a..jap.. ma rabbuka? Siapa Tuhan Kamu?..jawablah ALLAH... dan yang lain-lain sampai habis...

Nenek : Owh.. nenek tak pandai sangat arab yang dia tulis.

Ana : Hehe..saya pun tak pandai tapi fahamlah sebab dah biasa baca soalan-soalan tu tima program.

Nenek : (senyum) (terus simpan kertas tu then masuk bilik)..

----------------------------------------------------------------------------------------------

Subhaallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Mungkin ketika itu nenek dapat merasakan sesuatu. Sebab,sejak akhir-akhir ni nenek selalu cakap "kalau nenek tak de nanti...bla..bla...bla...."

Sedihnya...

Walau apapun, life must go on.

Nek, saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan nenek di sana. Moga nenek diberi kerehatan dan kebahgiaan di sana. Moga nenek dapat bersatu dengan arwak atok di sana. Ya,arwah atok yang sangat nenek rindui dan cintai. Moga nenek ditempatkan di syurga abadi..





Thursday, January 19, 2012

Update Nenek part.5 :'(



Subhanallah

Alhamdulillah
Allahukbar

Segala puji bagi Allah, Yang Maha Pemurah Maha Mengasihani.
Tidak ada daya bagiku Ya Allah selain meminta daripadaMu
Kuatkan hati dan ayunan langkahku ini
Moga pada hari-hari mendatang,hatiku lebih tegar dan kuat untuk terus melangkah
Dalam meniti kehidupan yang entah bila,dimana penghujungnya

________________________________________________________________

Sepanjang minggu ini, nenek masih lagi berjuang. Doktor mengkabarkan pada kami bahawa bahagian belakang nenek sudah dijangkiti kuman kerana kesan melecet sepanjang koma. Dan ditakuti akan memberi kesan pada buah pinggang.

Entahlah, bagaimana harus ana untuk terus penulisan pada kali ini. Serasa berat dan buntu.

Sejujurnya, alhamdulillah ana bersyukur kerana disaat kesedihan melanda ana sekarang ada insan-insan yang senantiasa memberi semangat dan berkongsi perkembangan kondisi ana sekarang. Dan jzkk kepada akhawat-akhawat yang "peduli" tentang kondisi yang tengah ana hadapi ketika ini. Nenek adalah sosok insan yang begitu dekat dengan ana. Sangat dekat dan sangat beerti buat diri ana, dan akhawat-akhawat yang ana sayang ini sedikit sebanyak membantu ana untuk tidak terus bersedih dan hanyut dalam mainan perasaan dan rasa putus asa yang kadang kala datang menghimpit hati dan perasaan.

Ana juga Manusia....



Friday, January 13, 2012

Terkesan Sebentar



Jika satu hari kau sudah bertaubat,
tetapi kau dicela, difitnah, aibmu diceritakan di mana mana,
dan memburuk-burukkan mu,
SABAR & TENANGLAH.....

Kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Memahami.
Endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup.
Biarkan mereka mengambil alih dosamu
dan kau ambillah pahala mereka seperti yang dijanjikan...InsyaAllah

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ.
Ya Allah. Dengan namaMu hamba hidup, dan dengan namaMu hamba mati".
(Riwayat Muslim)
___________________________


Ringkasnya...

Always remember that never judge a person in the past, no matter how bad it may be. We are not the one who is living their life. If you are dating someone who has a complicated past, then try talking more of it and understand what they have been going through. Bare in mind that they are not living in the past anymore, its all about the present and the future. What you are doing in the present is a big step for the future. But looking back at the past, and make a deal out of everything all the bad things that happened will not help you leap to your future.

Thursday, January 12, 2012

Update Nenek part.4

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahukbar...
Hampir 2 minggu nenek di hospital. Semalam doktor memberi perkembangan yang kurang baik. Alhamdulillah, darah beku di kepala sudah berkurangan tapi darah tersebut block di kaki pula sehingga kaki nenek sedikit membengkak. :"( Fine, nangis kembali setelah 2 hari ana berbangga kerana sudah tidak menangis dan mulai kuat sedikit demi sedikit. Sungguh, ingin saja ana meng'ignore' kata-kata doktor kerana ana serahkan segalanya kepada DIA yang maha kuasa.



Hari ini, 13 Jan 2012, doktor sudah memasang oksigen pada nenek. (sedih,sedih,sedih) Sekarang doktor cume akan pastikan sama ada nenek masih lagi boleh menerima ubat dan air lagi ataupun tidak. Sejujurnya, sangat sangat sangat jauh dari sudut hati ana untuk melihat nenek kembali sihat. Walaupun bukan sihat seperti sedia ada tapi cukuplah jika kami masih ada kesempatan menghabiskan masa bersama lagi.



Nenek masih lagi dalam keadaan koma. Cuma banyak menyebut nama mak cik ana yang kini berada di Perak. Rindu sangat agaknya. Sekarang hanya panggilan telefon dibuat untuk menenangkan nenek buat seketika. Mak cik di Perak hanya dapat balik sebentar sebelum ini kerana ada komitmen lain. arghh biarkan lah..(kesal)




Dan ana pula sekarang cuma bertawakal pada Allah dan usaha semaksima bersama seluruh ahli keluarga yang lain. Family ana sekarang menganggap membeli tiket kapal terbang seperti membeli tiket bas. Mak,ayah,kakak dan adik ana sahaja sudah 2 kali berulang alik balik ke sana dari kuala lumpur ke sibu. Bagi kami, duit boleh dicari tapi selagi ada peluang untuk berbakti,kami sedia berkorban. Kasih sayang anak kepada ibu tiada galang gantinya. Kami walaupun hanya cucu tapi kami menganggap nenek bukan sekadar nenek sahaj
a. Nenek adalah "everything" bagi kami. Advisor,counselor,partner....Tidak hairanlah kami adik beradik berasa sedih dan tersentuh melihat kondisi nenek seperti itu.



Buat nenek tersayang, cepatlah sedar dan sihat. Ana rindu mahu bersembang,ketawa,senyum dan makan bersama nenek. Ana mahu lihat nenek bahgia dan gembira bersama kami. 2012 banyak sangat moment bahgia yang akan kita hadapi 1 family. Bulan 3, Bulan 5,Bulan 12. Ana mahu nenek bersama dengan ana sepanjang peristiwa-peristiwa itu berlaku.

Nek,ana merindui suara dan duduk disamping nenek sepanjang hari. Rindu untuk tidur bersama dan tengok tv bersama. Nek, kembali sihat ea. Nek,kuat tau. Ana sayang nenek.




Rindu Kakak Amazing


Baca, tak perlu kata apa-apa...


:: Damia :: said...


nur:

wslm wr..
eh nur pun adik bradik "ko" jgk la..

"koNur" ^_^

smpai ati xingt..

xpela, org dh xsudi nk jd adik bradik kte..sob3! :(


hm, dh lama kte xborak2 pnjang cm dolu2 kn? borak mlm2 kt padang tepi msjid, smbil mengira bintang2 dilangit, tiba2 dtg satu cahaya terang..

"woi! buat pe tu?" sergah pak guard uitm jhr yg beruniform serba biru.

"pi balik bilik la, dh mlm ni! kang ade yg disengat dek ular kang dlm semak tu.." tmbah beliau lg...

cesz, pcik ni.. kacau daun, org bru nk bincang2 perihal ummah..

maka, kita smua pun akur, bangun smbil menggulung tikar yg dipinjam dr stor msjid.


huu~ rindu sgt time tu!!


p/s: kim slm kt koda, konin, koyah dan lain2 yg seangkatan dgnnya disana..


BicaraQalby said...


S0b3...kenangan itu...
Dh lme x bt mcm tu, tp setiap kali lalu padang tu (lagi2 if tgh sedih) nur akan ingt peristiwa tu...

Ingt lg, kite mkn dlm gelap kt bwh pokok tepi P.I tu..

Best sgt3 time tu walaupun ujianNYA blh tahan...

Pastu, time subuh kite kadang2 terserempak kn g solat kt p.i...

Ingt jugak Tok Teh yang mmg musuh ketat k.mia..

waaa...kenangan oh kenangan..

P.I dh chantek tp kenangan itu tetap same...

Miz u a lot...

______________________________

Jzkk kakak-kakak amazing ana : K.Nurul Damia, K.Zarina, K.Raudhah, K.Raja, K.Ros, K.Ana, K.Su, K.Ayu



Wednesday, January 11, 2012

Update Nenek part.3 :)


Bismillah
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar (^_^)

Alhamdulillah, ujian dalam ujian. Diuji dengan kesihatan nenek tersayang dan kesihatan diri sendiri. Mereka nampak ana sihat dari luaran tapi ana rasa badan ana hampir tidak sihat seperti dulu.

Kondisi nenek, alhamdulillah :) agak memuaskan. Walaupun masih terbaring koma tapi nenek sudah mula respond kembali. Bila ditanya,nenek menyahut sedikit, menangis (agak kerap), bergerak sedikit. Cuma tekanan darah masih belum normal. Mungkin nenek selesa dan nyaman dengan tilam baru yang lebih lembut daripada tilam hospital. (beli tilam baru dan bawa masuk hospital, osem tak keluarga kami?)

Dan insyaAllah dengan izin ALLAH, perkembangan positif nenek adalah berkat doa dan usaha oleh akhawat yang sentiasa bersama-sama dengan ana,walau suka walau duka. Jzkk sayang.

InsyaAllah jika minggu ini kesihatan nenek semakin membaik, nenek akan dibenarkan pulang. Alhamdulillah... welcome home nenek!! :) Moga nenek semakin kuat dan kembali sihat.

Ana...ana pula sedikit kurang sihat. Rasa tak sedap badan dan kurang selera makan. Tak cukup tidur dan ana rasa mungkin kesan dari minum coffee dan nescafe. Kuat semangat Nur!!!

---------------------------------------

Target cuti ini sebenarnya ada misi besar. Misi menyambung hafalan surah, hadith pilihan, naikkan semangat juang, misi double tripple untuk perbaiki diri dan fahaman.

Secara jujurnya, bacaan Al-Quran ana masih lemah dan kurang baik seperti kebanyakan akhawat dan orang lain tapi ana berusaha untuk perbaiki bacaan dan hafalan. Sekarang pun proses pengajian Quran terhenti seketika. InsyaAllah berusaha untuk perbaiki bacaan. Dan ana cuba menghafal melalui mp3. Surah-surah target ana akan ulang banyak banyak banyak kali sambil memegang Quran sehingga insyaAllah ingat dan betul. Sekiranya ana belajar,bersiar atau lakukan aktiviti lain ana akan mendengar sahaja dan selepas itu baru ana akan buka Al-Quran.

Hadith pun ana buat seperti hafalan Quran. Mohon doanya moga ana dipermudahkan memahami dan mengingati.

Doakan ana juga supaya tidak futur dalam perjuangan. Ana sangat sayang akan tarbiyah dan dakwah. Mungkin cinta pada tarbiyah dan dakwah. Moga DIA membantu ana untuk terus optimis dan konsisten.

2012, ana mengharapkan juga moga ana menjadi mukmin yang bertambah baik dan ana sudah siapkan mutabaah amal dan do's and don't thing... InsyaAllah moga dapat dilakukan sedikit demi sedikit sehingga misi ana berjaya. YaAllah, mohon bantuanMu...

----------------------------------------------------------

I Asked For . . . .

I asked for strength,

And Allah gave me difficulties to make me strong.

I asked for wisdom,

And Allah gave me problems to solve.

I asked for prosperity,

And Allah gave me brain and strength to work.

I asked for courage,

And Allah gave me danger to overcome.

I asked for love,

And Allah gave me troubled people to help.

I asked for favour,

And Allah gave me opportunities.

I received nothing I wanted.

I received everything I needed.

My Prayer has been answered.

( Al Muslim )




Tuesday, January 10, 2012

Cahaya di atas cahaya...


"Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan daripada golongan Anbiya' dan bukan juga daripada golongan Syuhada'. Mereka dicemburui oleh para Anbiya' dan Syuhada' kerana ketinggian dan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat bertanya:

"Wahai Rasulullah,bagitahulah kami siapakah mereka itu ?"

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Mereka itu adalah golongan yang berkasih-sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta-benda. Demi Allah, muka-muka mereka adalah "cahaya" dan mereka berada di atas "cahaya". Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut, dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih."

Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud:

"Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah S.W.T itu, meraka tidak takut dan tidak bersedih
(surah Yunuus Ayat 62)".


Monday, January 9, 2012

Update Nenek part.2



YaAllah, kuatkan hatiku YaAllah...

Harus pada siapa lagi untuk aku meminta selain dariMu...

Ringankan ujian ini untukku...

YaAllah, jadikan cinta dan sayangku ini hanya cinta agung dan sayang padaMu...




Saturday, January 7, 2012

Update Nenek part.1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Rasa lemah menyapa diri ana ketika ini. Memang, ujian yang datang menerpa ini kadang membuat ana rebah dan tersungkur. Ujian yang satu, mampu membuat ana hilang arah.

Selepas ana muhasabah diri ana kembali (setelah emosi hampir stabil selepas 2 3 hari tangisan tanpa henti) terdetik di hati ana, sikap lemah,rebah dan tersungkur ana seperti tiada harapan pada hari esok. Tenaga yang masih tersisa seakan hilang entah ke mana.

Dulu, ana sering kali ana memberi nasihat pada ukhti yang ditimpa masalah atau musibah..

"bersabar lah ukhti, pasti ada hikmahNya..."
"bersabar lah, positifkan diri, DIA Maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..."

Itu kata-kata motivasi dan positif yang sering ana guna dan suntikan pada ukhti atau sahabat-sahabat ana di luar sana. Namun,bila ana berdepan dengan ujian yang amat berat untuk ana hadapi,seakan kata-kata itu tidak punya kesan apapun pada diri ana. Keyakinan yang selama ini ana pegang dan pasakkan pada hati "hampir" tergoyah kembali.

Lantas, deraian air mata melaju tak kala tangan ana tadahkan padaNya.
Tak kala ana bersujud padaNya
Tak kala ana membaca ayat-ayatNya
Tak kala ana memandang tepat pada wajah nenek...

"Ya Allah, hambamu ini memohon padaMu...Jagalah keimananku, kuatkan keyakinan, mantapkan ketabahan dan kekuatan atas setiap ketentuanMu. Jadikan aku hamba yang sentiasa redha dan ikhlas pada semua perancanaanMu. Ya Allah, jangan pernah engkau biarkan hidayah dan cahaya iman yang telah menyapa pada diriku ini tergoyah akan ujian yang berat ini. Ya Allah, aku takut Ya Allah. Aku takut sayangku pada manusia ini (nenek) melebihi sayangku padaMu dan rasulMu. Aku takut ya Allah jika aku melampaui batas sehinggakan aku lupa bahawa engkau yang maha berkuasa di atas sesuatu. Ya Allah, aku yakin semua ini di dalam perancanaan Mu, maka bantulah hamba Mu ini untuk terus kuat, tabah dan cekal... "

Air mata terus melaju bersama pengharapan kepadaNya...Kerana ana yakin, bahawa kita sedikitpun tidak punya daya jika DIA tidak mengizinkannya. Dan yang paling utama, ujian ini datangnya dari Allah maka kepada siapa lagi harus ana kembalikan jika tidak kepada DIA Yang Maha Kuasa.


Bila ana muhasabah kembali akan sikap dan diri ana 2 3 hari ini, ana belum cukup untuk berbaik sangka padaNya.

Ana belum cukup berbaik sangka bahawa DIA akan berikan yang terbaik kepada hambaNya. Benar, ujian ini menguji keimanan dan keyakinan.

2 persoalan yang ana muhasabah pada diri ana:

Benarkah selama ini ana telah meletakkan DIA sebagai matlamat hidup?
Benarkah ana telah meletakkan pergantungan ana sepenuhnya kepadaNya?

Astarfirullah...Astarfirullah...Astarfirullah...

***************************************************
Dan "life jacket" muncul tak kala ujian berat ini menyapa. "Life jacket" yang membantu menyelamatkan ana dari hanyut dalam kesedihan ujian ini.

Kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka-mereka yang membantu menyembuhkan semangat diri.

Akhawat sayang, sahabat tercinta, teman seperjuangan...

Kata-kata walau sepotong ayat sangat membantu menaikkan semangat diri, menstabilkan emosi dan membantu untuk ana kembalikan semua kepadaNya.

Benar, berpesan-pesan pada kebenaran menjadi salah satu faktor kekuatan dan ketabahan ana dalam melalui perjalanan ujian ini.

Kadang, kerana keimanan yang masing-masing menyapa diri di antara kami menjadikan ujian ini rasa ringan untuk dipikul.

Walau mereka jauh di mata,walau mereka tiada disisi,walau mereka kadang hanya biasa-biasa tetapi cahaya iman mereka itu rasa begitu dekat dan hampir.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...