Wednesday, February 8, 2012

Taman Syurga


Subhanallah

Alhamdulillah
Allahuakbar


"Ana harap bila kita di SANA nanti, ana dapat duduk macam ni dengan antum semua. Duduk di taman syurga. Di bawah pohon rendang,sambil minum air susu yang sentiasa mengalir. Tak cukup dengan tu, antum nak makan minum apa sahaja walau baru terlintas di kepala pap!! Allah dah bagi. Syok x? Nyaman je rasa, kalau kita rasa kita duduk kat tempat ni pun dah selesa bayangkan apatah lagi ke sana?" -Ukhti sayang UTHM-

"Ana sentiasa berharap, bukan ana keseorangan atau beberapa orang saja di SANA nanti. Tak best rasanya bila di SANA nanti kita berkumpul dan bertanya kabar antara satu sama lain dan ditanya mana si ukhti sayang itu,dia tidak bersama-sama dengan kita di SANA. Kalau boleh, semua sekali kita menempatkan diri kita di SANA. Macam keadaan kita sekarang. Kan best bila di SANA nanti,kita bisa berusrah bersama sebegini. Kita
sharing kisah benar dengan Hassan AL-Banna, Summayyah, Sheikh Ahmad Yassin, dengar azan Bilal B. Rabah, Solat berimamkan Rasulullah s.a.w seperti imaginasi syurga kita dulu. " -Ukhti sayang UTHM-

"Tapi, nak dapat kunci ke syurga tu bukan mudah akhawat sayang. Kena betul-betul usaha. Usaha macam mana? Kena faham tugas kita sebagai khalifah,daie,abid. Kena buat apa yang Rasulullah ajarkan. Kena patuh apa yang Allah perintahkan. Buat kerja dakwah, sebarkan Islam,ajak kepada kebaikan,cegah kemungkaran, tingkatkan amal... Haaaa... sebab itu tijarah (jual beli) kita dengan Allah." -Ukhti sayang UTHM-

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara ingatan manis ana bersama akhawat tersebut. Antara akhawat yang hamasahny
a terlalu tinggi. Kenangan jaulah Palestine bersama akhawat tersebut bersama adik-adik tahun lepas masih berbekas di hati.

Posting ini spesifiknya adalah untuk peringatan diri ana sendiri. Ya, imaginasi syurga yang pernah kami kongsi dulu sangat mendalam momentumnya pada ikatan perkenalan kami.

Siapa tidak mendambakan syurga? Yang pasti semua ingin ke SANA. Tapi, bila melihat pada diri sendiri "aku mahu syurga tapi apa cukup usaha yang telah ana lakukan?" Mungkin memang tidak menyumbang
langsung pada jalan ini. Biarlah urusan itu dinilai oleh-Nya semata.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maafkan ana. Pada antum yang pernah terguris hati, terlepas bicara,terkasar perbuatan, tidak menunaikan hak-hak sebagai saudara semuslim. Maafkan ana yang sangat hina dan lemah ini. Ana juga manusia biasa, banyak sekali melakukan dosa,salah dan silap. Sedar atau tidak. Sejujurnya dengan Allah pun kita sering kali berbuat dosa apatah lagi sesama manusia biasa. Maafkan ana.





No comments:

Post a Comment