Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.
Semoga kita semua dalam kesejahteraan iman.
------------------------------------------------------------------------------------
Ujian tanda Allah sayang.
Ya, tanda cinta tanda ingatan yang tidak pernah bertepi
Ujian datang untuk mentarbiyah jiwa seorang mukmin.
Peluang kehidupan yang berterusan ini
Pasti jua akan berterusan diuji
Dan pastinya ianya memerlukan perjuangan yang berterusan juga tanpa noktah
Hatta, untuk makan sekalipun memerlukan perjuangan, korban masa korban tenaga
Itulah, perjuangan hidup yang menuntut infiniti pengorbanan
----------------------------------------------------------------
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah : 156)
Tadi, bersiar-siar sekeliling hospital. Lawatan tidak rasmi. Dari wad ke wad ana memerhati. Sesekali tersenyum kepada sesiapa yang lalu lalang. Ucap "hai" pada kanak-kanak, lambai tangan sedikit, usap kepala sekiranya berpeluang. Teruskan langkah dengan tenang, santai, memerhati,mentafsir,berfikir, subhanallah alhamdulillah allhuakbar dengan senyuman sedikit di bibir.
"YaAllah, Engkau yang maha berkuasa atas setiap sesuatu dan Engkaulah yang berkehendaki setiap sesuatu atas makhluk ciptaanMu. Maka benar, hamba yang diciptakan Mu ini perlu menghadapi segala sesuatu yang telah diaturkan sempurna sempurna sesempurnanya oleh Mu dengan cara yang termampu olehku."
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)
Urmmm... ketika melalui lorong antara wad otopedik dan x-ray, nampak dari kejauhan papan tanda bilik mayat. Lailahaillah..Dalam memerhati mereka-mereka yang terlantar sakit, ketika mengelusuri lorong-lorong pemisah antara katil, muhasabah diri seketika. Seorang mukmin bukan hanya cukup dengan ungkapan beriman dan mengaku Islam. Tidak cukup beriman sekiranya belum cukup mematuhi perintahNya,bukan cukup memenuhi tuntutan sabar dan tabah dalam mengharungi ujian dan cubaan. Kerana disitulah ukurannya. Ukuran keimanan seorang mukmin yang sebenar.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (al-Mulk : 2)
Kehidupan yang kita katanya tadi sebuah medan ujian hamba yang beriman pasti akan berakhir. Berakhir,sehingga saat dan kematian menjelma. Kematian yang dimana saatnya ia tidak mungkin dimungkiri dan dihindari oleh sesiapa pun walau seorang perdana menteri,pegawai tinggi, hinggalah rakyat biasa.
Adakah kita mengira bahawa ajal yang datang itu mampu ditangguh saatnya kerana kita masih ada urusan-urusan yang belum selesai, persengketaan yang belum terlerai, janji yang belum tertunai,cita-cita yang masih belum tercapai,kejayaan yang belum sempat diraih? TIDAK AKAN SAMA SEKALI.Ia pasti akan datang menjemput kita tepat pada masa yang telah ditetapkan oleh Ya Rabb.
Perginya keluarga tercinta,sahabat dikasihi, cikgu pensyarah dihormati, kawan sekampus, akhawat fillah telah ditentukan saatnya, Dan perginya bukan cuma sehari dua, sebulan, setahun tapi perginya untuk selama-lamanya.
Waktu yang mustahil dapat diundur, lalu perginya semua kebahgian, kegembiraan,tawa riang yang pernah dikecapi, abadi kenangan bersama seakan berputar kembali memenuhi ruang fikiran.
Saidatina Aisyah berkata : Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaan-Nya dan Syurga-Nya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya seksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya." (Sohih Muslim)

Ya, cukuplah ia memberi peringatan pada diri. Redha Allah dan berharap akan bertemu denganNya Yang Maha Pencipta, pemilik segala hati manusia lebih berharga dari apapun di dunia ini. Benar, apabila ia menjadi peringatan,pasti...
Terlerailah Persengketaan
Bersemilah Ukhwah
Terbinalah Persaudaraan
Tertunai segala janji
Terlaksana tanggungjawab amanah Allah
Selesai mengelilingi sekitar hospital, duduk sebentar di ruang kecemasan dan trauma. Mengambil udara sejuk sebentar dan membuat kesimpulan.
Keluar, dan duduk di bangku luar. Pandang ke langit. Allah, peringatan buat diri sendiri. Diri yang leka,alpa dengan dunia sementara,penuh dengan karat jahiliyyah.
Nur, perteguhkan iman dan ilmu, banyakkan amalan sebagai bekal untuk destinasi terakhir yang tidak pasti bilakan saatnya. Bangun dari lena, teruslah bermujahadah, tabahkan diri untuk perjuangan suci walau lemah tidak berdaya tidak punya apa-apa.
Tenaglah hati, yakin janji Allah. Sabar akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan.

- Hospital Sibu, Female Surgical Wad -
Microsoft will be Office 2007 as an option, so want to experience the Office 2010 Professional or older Office 2003 users choose to install.
ReplyDelete