Sunday, February 26, 2012

Nur Hidayah







Subhanallah, serius sangat-sangat malu dengan mualaf yang pada pandangan peribadi ana sangat-sangat mengkaji dan memahami Islam LEBIH BAIK dari saudara yang sudah sedia Islam. Seperti tamparan yang sangat kuat,pedas dan panas menghinggap pipi selepas menonton video ini. Yer, ana sangat suka mencari-cari kisah tentang saudara baru dan memang kisah mereka ini sangat amazing dan awesome. Dan dalam masa yang sama sangat menginspire ana untuk menjadi lebih baik dengan mengikut langkah-langkah mereka ketika hendak mendekati dan kembali kepada Islam.

Sebagai contoh, kebanyakan mualaf ini, mereka terlebih dahulu MENGKAJI tentang Islam itu sendiri. Mengkaji tentang Rasulullah, tentang Al-Quran. Mereka mengkaji dengan sangat mendalam sehingga pernah ana mengikuti program Khalifah di K.L suatu ketika dulu dan berjumpa dengan Brother Lim. Brother Lim ni membuat ana terkedu seketika. Masakan tidak, beliau mampu mengeluarkan hujah, dalil Al-Quran,hadith dengan sekali petikan jari je. Sangat humble tapi penuh bersemangat ketika berhujah.

Subhanallah, macam mana dengan kita yang sudah dilahirkan didalam keluarga Islam ini?Sejauh mana kita mengkaji dan menyampaikan? Muhasabah diri ana sendiri *senyum*

Dan, part yang paling sedih dalam setiap kisah mualaf pasti ana sikap prejudise masyarakat Islam pada mereka. Sedih kan? Rasa malu sangat pada mereka. Padahal pada ana matlamat dan pandangan mereka tentang Islam sangat jelas dan jauh lebih baik dari kita sendiri.

Huh! Dan hidayah itu. Seronok bila Joo Ye ini menyatakan bahawa tidak akan dia melepaskan hidayah yang telah Allah berikan kepadanya dan dia sama sekali tidak peduli tentang sikap prejudise yang telah dilemparkan kepadanya kerana dia bermatlamat untuk menjadi muslim yang baik selama-lamanya dan menjadi pendakwah dengan caranya tersendiri.

Subhanallah, okay mari mereflect diri kita.


2 comments:

  1. memang terpana dengan apa yang dibicarakan.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. kan...
    Tak salah kan if kita pun berusaha seperti mereka..

    Moga Kita menjadi mukmin yang cemerlang..

    Salam ukhuwah seluas mahabbah :)

    ReplyDelete