Wednesday, February 1, 2012

Mujahadah


YaAllah, mohon bekalkan kekuatan di dalam hati ini..Biar, bila rasa itu datang..aku bisa bisikan di dalam hati ini supaya terus sabar dan tabah.



Setiap orang, akan ada sesuatu yang dia simpan..Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan..Siapa pun dia, segembira mana pun dia, walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum.. Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.. Pasti ada sesuatu yg pernah menguris hatinya.. Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis..Pasti ada..Kerana dia juga manusia..
Makanya, Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, Hanya kamu yang melalui, Dan hanya kamu yang mengerti, Kamu silap, dan kamu salah..
Ada orang lain yang pernah melaluinya..Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan..Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.. Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu, Kamu yang tak pernah nampak..
Jangan selalu menganggap, Bahawa kamulah yang paling susah, paling sakit diuji, Paling berat diduga.. Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.. Sudahlah, kesat air matamu,Walau serumit mana situasi kamu..Pujuk hatimu.. Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada..Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu..Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,DIA tak akan sekali-sekali mengkhianati kepercayaanmu.. InsyaAllah...:)

:: Nur Yang Sedang Bermujahadah ::

4 comments:

  1. Alhamdulillah...kata-kata yg bisa membuka hati. memang banyak perkara yg kita simpan dihati untuk kita kongsi, tapi kita sering bimbang kalau ada yg berkecil hati. Sedangkan saling menasihati adalah kewajipan. Tapi manusia sering bersikap prejudis.

    ReplyDelete
  2. :)
    InsyaAllah..
    Kadang-kadang rasa bahgia bila diuji sedemikian kerana kita lebih dekat dengan Allah..
    Lagi2 apabila solat..It's true, bila solat then mengadu,meminta,merayu trs rasa lega then bersemangat..

    Walau apa pun, terima kasih Ozie... :D

    ReplyDelete
  3. welcome.... BQ....memang meyedihkan kalau niat baik kita di perlekeh... sedangkan kita sedang berusaha untuk muhasabah diri kita dan yg lainnya...

    ReplyDelete
  4. :)
    Nilaian Allah yang terbaik bukan?
    DIA Maha mengetahui dan Maha mengasihani..
    Pasti ada ganjaranNya untuk setiap kebaikan.

    :D

    ReplyDelete