Wednesday, May 4, 2011

Batu Bata


aku hanya manusia biasa


lahir dari salah satu saf susunan batu bata

dan aku bercita-cita

menyusun batu bata yang boleh melahirkan insan yang boleh menyusun batu bata juga

nampak remeh bukan??

terpulang pada anda bagaimana untuk menterjemah kata-kataku ini

tapi serius

aku sedang obses

untuk mengejar manusia

melentur, melebur dan membentuk mereka

sehingga terbentuk satu saf jundi yang akan menggegarkan saf-saf yang ada

tidak lelah walau diterjah

tidak luntur himmah walau digugah

tidak bercerai barisan walau digegar dengan kecaman

tidak keluar saf walau digertak dengan kepayahan

dari mereka akan lahirlah

rijal-rijal yang sanggup ditarbiyah

rijal-rijal yang sanggup mati kerana dakwah

rijal-rijal yang tahu apa erti satu batu-bata milik mereka

dalam menyumbangkan harta dan jiwa dalam pembentukan bangunan ustaziatul alam




Selama ini....

Sejenak...Aku merenung masa depan..

Terkadang jauh aku membawa diri menyelusuri jalan2 silam

Lama aku bermonolog mencari buah-buah fikiranHingga akhirnya aku tersedar........


SUDAH BEGITU JAUH PENTAS DUNIAWI INI KU RENTASI!!!

Ada begitu banyak tawa dan kegembiraan yang telah aku peroleh

iMalah tidak kurang juga ada begitu banyak airmata dan duka yang kudapatkan

Terkadang aku tertawa-tawa bahagia dengan anugerahMu

Terkadang aku menangis teresak-esak dengan ujian-Mu


Hingga pernah aku begitu lelah dengan langkahku

Ada begitu banyak nikmat-Mu yang aku dapat

Ada begitu banyak rahmat-Mu yang aku dakap

Ada begitu banyak ranjau dan onak yang terhampar untukku

Baik yang terdahulu dan untuk masa hadapanku


Semuanya menjadi satu.....


Ingin mengeluh tetapi aku terlalu TAMAK membayangkan nikmat-nikmat-Nya yang kuperolehi

Ingin meminta tetapi merasakan terlalu sedikit aku memberi pada-Nya

Ingin mengadu tetapi merasakan terlalu manja hingga tIdak betah diuji tuk kesekian kali

Ingin meratap tetapi merasakan aku yang tidak pernah memiliki apa-apa..lalu kesemua ini milikNya


Akhirnya..hanya yang aku punya....sebuah tangisan penuh hiba di pinggiran rahmat-Nya

Sebuah tangisan tanpa bicara..tanpa suara..tanpa rintihan..

Aku hanya mampu menangis..menangis..dan menangis dalam sujudku...

Sujud yang tidak mahu ku angkat wajah ini,,,,

Biar Dia mengerti sendiri dari kedalaman hatiku..

Apa jua rasa dan luahan yang bersarang dalam hati..

Yang tidak bisa aku ungkapkan dengan bicara kata


Hanya satu yang ku pohon......."

Tuhan..........tolong jangan tinggalkan aku walaupun sesaat dan sekelip mata cuma

Kerna aku tidak mampu walau sesaat, hidup tanpa cinta dan perhatianMu

Tidak mampu aku menempuh arus duniawi ini Ya Allah,

Tidak mampu aku bertahan dengan fatamorgana duniawi ini Ya Allah..

Tidak mampu aku kuat terus Ya Allah.

Andai Engkau tiada disisiku"


Disetiap kali aku memerlukan-Mu

Kulihat langitMu yang terbentang luas..

Dapat kurasakan selaut cintaMu yang meluas untukku

Dan aku pun merasa kuat kembali dalam langkahku


"AKU KUAT KERANA MU YA ALLAH........."

Tuesday, May 3, 2011

Akhwat Sayang...

Duhai akhawat fillah yang kusayang,

Akhawat yang sentiasa menggerakkan dakwah,

akhawat yang telah banyak mewarnai jalan cinta kepada para pejuang,

akhawat yang sedang bermujahadah dalam membentuk manusia-manusia yang akan menjadi asset terbesar kebangkitan islam kelak,

akhawat yang sedang berkasih sayang sesama kita sebagai salah satu kekuatan didalam katibah gerakan,

akhawat yang sering ingat-mengingatkan dan akhawat yang sedang bekerja keras bersama-sama demi mencapai redha Allah dan menegakkan kalimah Allah diatas muka bumi ini.

matlamat kita besar bukan?cinta kita juga besar bukan?mujahadah kita besar bukan?kerana itu kita tidak akan mampu memikul beban-beban dakwah hanya dengan cukup makan.


sisa-sisa jahiliyah yang menempel di sipi-sipi rongga kita boleh menjadi barah dalam langkah yang masih panjang.dakwah ini tidak mungkin akan boleh dipikul oleh orang yang manja.manja ertinya bermain-main. Bermain-main ertinya tidak berusaha dan lemah mujahadahnya.Allahuakbar3x!

insyaallah,jom sama-sama kita berusaha akhawt fillah. Fokuslah pada tarbiyah..fokus pada tarbiyah..tarbiyyah dan tarbiyah.. (Doakan Ana supaya terus ikut serta bersama antunna)

sekali lagi akhawat fillah,fokuslah pada tarbiyah..berjalanlah terus kearah cahaya Ilahi agar kita mampu redha dan kuat bila diuji. Berlarilah terus menuju cinta abadi. semoga dengnnya Dia memberi hadiah terindah kepada kita iaitu nikmat cinta-mencintai..




erti focus pada tarbiyah ialah melakukan apa sahaja wasilah yang boleh meningkatkan tahap iman dan cinta kita kepada ilahi sehingga tiada ruang untuk nafsu kita tunduk dengan kehendak hati yang benar-benar mencapai tahap rabbani
.

Kerana sifat tarbiyah itu adalah merubah seseorang daripada baik kepada lebih baik. Makanya, focus pada tarbiyah akan menghadirkan rasa indah dalam mujahadah dan benci kepada jahiliyah.


semasa ana menulis tiap bait kata-kata ini,ana sangatlah takut..takut kerana ana juga sedang diuji dan pernah diuji..takut kerana ana juga sedang bermujahadah dan dalam proses meningkatkan himmah aliyah untuk membuang langsung segala karat-karat jahiliyah..

mengapa ana bercerita?bukankah ini terlalu peribadi dan rahsia?tidak akhawat fillah,tidak…sewajarnya, segala nikmat itu ingin ana coretkan disini..

nikmat iman,ukhwah dan tentunya nikmat ujian..dan blog ini bukanlah nak menceritakan tugasan seorang daei’,murabbi,khalifah,a’bid kepada Allah yang bernama Nurhaziemah, tapi disinilah tempat ana menceritakan liku-liku hidup kita semua yang telah memilih untuk bersama kafilah dakwah.

Kita akan diuji dan sentiasa diuji.

Dan tidak lain melainkan cerita kita semua hampir sama.

Sebab itulah bila kita dengar akhawat cerita kat kita, dalam hati mesti terdetik;

“haah,akupun pernah rasa.”

begitu juga bila kita baca penulisan akhawat2 didalam blog, mesti kita akan terkesan dan terlintas sekali lagi:


”haah, akupun sama.”

kenapa agaknya akhawat?


inilah kerana kita telah memilih jalan yang sama.Dan kita yakin bahawa Allah akan menguji kita pada titik kelemahan kita.

Oleh itu, satu perkara yang kita kene ingat adalah,

dalam diri manusia, ada satu titik kelemahan yang sama.mustahil andai ada yang menafikannya..apakah titik kelemahan yang sama itu?

iaitu perasaan.hati.naluri.jiwa.


itulah satu titik paling kita lemah dalam diri. Kerana itu, tak habis-habis Allah twink3x kita melalui sudut itu..


Betul tak akhawat fillah yang sedang diuji?

ingatlah, takkan perkara best dalam dakwah ni jer yang kita nak share dalam blog kita?kerana ini adalah masalah kita bersama, jadi kita kene sama-sama menghulur tangan dan kekuatan, agar batu bata yang kita susun untuk mencapai matlamat redha Allah itu, tidak renggang dek jatuhnya seorang ukhti yang kita sayang..insyaallah,sama-sama kita saling mendoakan.ok?.^_^.


wallahuallam
__________________________________________

Tidak perlu ana rungkaikan rasa hati dengan lebih mendalam...
Tidak perlu untuk ana terus berkata-kata...
Kerana dari dasar hati ini...
Ana teramat sayang antunna semua...
Jom, ukhuwah itu manis...


Thursday, April 28, 2011

Batu Pahat 1





Jalan tarbiyah ini panjang, lambat dan susah.. ungkapan yang selalu telinga ini dengar sampailah ke hari ini.. tiada siapa dapat menyaggah kata-kata ini.. kerana jalan ini bukan untuk mendidik hati melakukan amal-amal islam sewaktu kita bersemangat sahaja sehingga berjaya menambah iman dan kemudian kita mendapat privillage untuk berehat seketika.. kerana jalan ini juga bukan jalan yang tidak akan diuji keikhlasan kita, yang mengaku memikul tugas para da'ie.. kita akan sentiasa diuji.. kerana Allah Maha cemburu.. kerana jalan ini memerlukan insan-insan yang jelas matlamat dan bebas dari sandaran-sandaran selain Allah dalam mengajak manusia kembali kepada Allah..

Mustahil! Individu muslim tidak akan dapat dibina hanya dengan sekadar menjalani kehidupan yang biasa-biasa.. mengikut life cycle yang berjalan pada kebanyakan manusia.. dengan mindset untuk menjadi biasa-biasa, cukup sekadar bekerja dan berusaha yang akhirnya sekadar bertujuan memenuhi kantung wang dengan alasan harus mencari rezeki.. begitu juga dengan belajar kita.. cukup sekadar belajar dan berusaha yang akhirnya sekadar bertujuan untuk mendapatkan kelayakan sebagai seorang doktor agar akhir sekali dapat memudahkan kita mencari rezeki juga.. ironinya.. sekadar itu sahajakah tujuan hidup kita??

Tadi saat menyelak blog akhawat yang saya kenal di jalan tarbiyah ini.. saya menangis dalam hati... Ya Allah, akan sampaikah aku ke sana juga.. bukan dari segi al wujud tapi hati yang khalis hasil dari berlikunya jalan tarbiyah.. likunya itu untuk menapis siapa yang ikhlas..

Tarbiyah.. perkataan yang saya kenal beberapa tahun yang lalu.. walaupun waktu perkenalan ini masih singkat, namun ia sudah cukup untuk membuatkan saya merasai betapa ia sangat manis, untuk berada di bawah payung tarbiyah ini.. walau pada luarannya manusia mungkin melihat ia tidak begitu bermakna untuk membuatkan saya mengejar ia.. pada saya, jalan tarbiyah inilah yang menghantarkan saya pada satu tujuan hidup yang jelas. membersihkan. menegur. meneguhkan. menenangkan. kerana pada hakikatnya saya masih belum bersih, sempurna, tegar dan mantap.

Jika dahulu, sebelum mengenal jalan tarbiyah ini, saya mungkin berfikir cukuplah tue dengan menunaikan solat lima waktu. cukuplah tue dengan mengisi masa-masa lapang yang terluang dengan mengikuti aktiviti yang berunsurkan islam. at least tak lah keseluruhan masa saya dipenuhi dengan belajar ilmu dunia sahaja. tapi jalan ini mengajar saya bahawa pemikiran seperti ini ada cacatnya juga.. and i told you, it is a life changing experience for me.. dari situ saya berusaha menjadikan seluruh kehidupan saya (24jam) hanya untuk islam. bekerja untuk islam pula.. ia bukannya senang tapi saya yakin pemuda memang bersemangat waja..

::jalan ini adalah jalan yang jauh perjalanannya, perlu dilakukan step by step dan tak mudah::

tsabatkanlah Ya Allah hati-hati kami!!

Allahu'alam



Monday, April 25, 2011

Bila Di Rumah~~



Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah




Sunday, April 24, 2011

T_T


Ya Allah Ya Tuhanku,

Bantulah hambaMu ini dalam kepayahan jalan mujahadah

Kekadang terasa kaki hampir tersadung dalam langkah

Sungguh Ya Allah,

Tiada daya daku tanpaMu

Tiada kuat daku tanpa bantuanMu

Tiada mampu daku tanpa petunjuk dan ilhamMu

Dan tentunya

Tiada beriman daku tanpa izinMu.

Cukuplah bagiku Engkau Ya Allah,

Tiada yg lain kuharapkan melainkan Engkau Ya Allah,

Tetapkanlah hatiku atas satu dasar cintaMu cuma Ya Rahman,

Janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta kepadaMu Ya Rahim,

Sungguh jasadku tidak berdaya tanpa magfirahMu Ya Ghaffar,

Sungguh hatiku tidak berdaya tanpa cintaMu Ya Latiff,

Sungguh lemahnya jiwa dan jasadku bila kaki jauh kebelakang tanpa bimbinganMu,

Bantulah daku dalam mujahadah ini,

Semoga Engkau menilainya sebagai ibadah,

Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu,

Tiada kuharapkan melainkan Engkau Ya Allahku,

Hasbunallah Wa Nikmal Wakeel.

Banting - Episod 1



“akak, akak ok x?”

berkali-kali ukhti itu mengulang pertanyaan itu.


Mungkin kerana melihat kemuraman wajahku atau basahnya pipiku atau jauhnya menungku..wallahuallam


Baru-baru ini, terasa amat murah airmata ini mengalir. Benar la apa yang orang ramai katakan. Perempuan ni terlalu sensitif dan beremosi. Kadang-kadang akupun tak tahu asbab airmata ni mengalir.


Apa-apapun;


Ya allah, sungguh aku amat bersyukur dengan anugerah yang telah Engkau berikan untukku..


aku pernah berada dalam kegelapan; dan Engkau berikan aku cahaya.

aku pernah berada dalam kekurangan kewangan; dan Engkau berikan aku kekuatan untuk menjana kewangan.
aku pernah berada dalam kesuntukan masa; dan Engkau berikan aku kecukupan.


Oh!takkan mungkin cukup masa dan pages untuk aku senaraikan segala keindahan nikmat dan tarbiyah darinya.


Namun, tetap ada airmata kekesalan bila memikirkan kurangnya amalku yang boleh menjadi bukti rasa syukur itu.


Di bawah langit Ilahi yang ditumpangi, selayaknya tasbih dan sujud itu sentiasa. Kerana aku hanyalah hamba..tapiii


Mengapa aku sering terlupa?

Terlupa bahawa kerana Dialah semata-mata segala usaha.

Mengapa aku sering juga berkira?

Berkira dengan kurangnya masa tidur dan rehat ini. Berkira dengan masa-masa yang kuada untuk membahagikan segala urusan yang terpikul dibahu ini.


Ya Allahu rabbuna,
Kuakui hy Engkau yang Maha Mengetahui kehendak hati ini.
Kuakui hy Engkau yang Maha Mengetahui kecintaan dalam diri ini.
Kuakui hy Engkau yang Maha Mengetahui segala apa yang aku ketahui dan tidak kuketahui.

Tiada Yang lain melainkan kepada Engkau,
Tiada yang lain melainkan kerana Engkau,

Sungguh Ya allah,
Ampunkanlah hambaMu ini dalam kekurangan memberi kepadaMu,
Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu.
Amin


Sepertinya masih ada keterikatan kepada dunia yang membantutkan aku untuk terbang mengejar cahaya itu...cahaya cinta Ilahi!


Tapi disebalik perasaan muhasabah itu..rentetan perjalanan hidupku menjadi lebih indah dan menarik..bilamana ada tautan ikhlas ’aku ingin lakukan segalanya keranaMu’.


Cantiknya tarbiyah dari Allah. Sangat cantik susunan kehidupanku yang segalanya dari Allah.


"Aku hidup dibawah bayangan Al-Quran dengan hati yang tenang tenteram dan disana aku melihat tangan kekuasaan Allah mengendalikan segala peristiwa dan segala perkara. Di sana aku hidup di bawah naungan dan pemeliharaan Allah dan aku benar-benar merasa kesan-kesan sifatNya yang positif dan aktif.”-Syed Qutb

kerana itu, mengapa kita takut untuk menempuh jalan seharian kita?

seperti aku, kuakui memang sedikit gentar bila diuji dengan sedikit cubaan.



seperti cubaan diajukan pelbagai persoalan tentang urusan tarbiyah dan dakwah kita yang tidak semua adalah persis mudah untuk dilontarkan penjelasan kepada mereka yang tidak faham.
begitu juga dengan cubaan bila orang yang depercayai mengkhianati amanah yang diberikan.
begitu juga kekadang ada juga cubaan keluarga sendiri menentang jalan yang kita pilih terutamanya bila berkaitan dengan dakwah dan tarbiyah itu sendiri.
dan satu lagi cubaan yang sangat aku takut untuk berhadapan. adalah cubaan bila diuji dengan pilihan keluarga dalam memilih pasangan..apa-apapun, akhirnya, aku kembalikan segala urusan kepadaNya.

"Ya Allah, janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta kepadaMu, cinta kepada perkara yang membawa aku kepada cintaMu dan cinta kepada segala apa yang dicintaiMu.amin"


wallahuallam


"bukankah Allah itu cukup untuk melindungi hamba-hambaNya? sedangkan mereka menakut-nakutkan engkau dengan sembahan-sembahan yang selain dari ALlah."(hud:36)

Tuesday, April 12, 2011

Segamat 1

Alhamulillah, sekarang di bumi segamat. InsyaALLAH seminggu lebih untuk memahami dan mengetahui perkembangan di sini. Beberapa perancangan sudah ana lakukan, moga segalanya dipermudahkan.

11hb/April/2011

Bertolak ke segamat bersama k.kausar. Sepanjang perjalanan, beberapa perkara sudah ana kongsikan termasuk mengenai keputusan ana samaada meneruskan cita-cita atau lakukan pengorbanan. Mungkin inilah "tijarah" yang akan ana lakukan. Tapi, jauh di dasar hati, ada perkara yang tidak kesampaian. Malamnya ana tidur di masjid. Oh, masjid...Kenangan datang dan pergi.

12hb/April/2011

Pagi-pagi lagi,selepas subuh ana duduk di tangga masuk untuk ke masjid. Saja tenangkan fikiran. Uhh..suasana dah lain.. Then muhasabah diri... YaALLAH, benarkah aku benar-benar serius di jalan ini? Sekiranya benar, kenapa aku mesti lemah untuk menghadapi sekecil-kecil ujian? Benar, hati dan perasaan ini tidak sentiasa betul kerana syaitan akan sentiasa mencari jalan untuk menganggu gugat jalan ini...Jadinya, ana mesti kuat dan jelas dan teguhkan matlamat.

Ana bersiap-siap untuk menghantar thesis. Sebelum tu, duduk di library seketika dan alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Unofficially i'm graduated.

Makan tengah hari bersama k.kausar, balik bilik untuk tidur sebentar dan petangnya ana bergerak untuk berjumpa adik-adik. Singgah di library berjumpa adik sha. Pergi ke CC zamrud berjumpa adik aza. Pergi ke library kembali berjumpa adik najiha and the geng. Selepas asar, ana luangkan masa bersama aza. Berkongsi mengenai perkembangan IN-SOFT, sharing mengenai masalah dan beberapa soalan yang sengaja ana tanya. Berbincang mengenai isu semasa dan lain-lain.

Balik ke bilik k.kausar sebentar dan mahgrib ana bergerak ke masjid semula. Di masjid, perasaan sedih dan sayu kembali menyinggah. Melihat kesungguhan adik-adik baru PERMAS, melihat kemesraan dan ukhwah mereka, melihat kebersamaan mereka berjaya membuat hati ana cemburu. Cemburu kerana ana gagal dalam membuat ikatan ukhwah yang kuat. Bagi ana, kekuatan ukhwah mampu menjadi tali ikatan yang kuat untuk membuat diri seseorang itu untuk bergerak kerja dalam dakwah dan tarbiyyah bersama-sama. Ukhwah yang kuat mampu untuk membuat seseorang jelas tentang matlamat yang sebenar. Ukhwah yang kuat mampu melahirkan keseriusan bekerja kerana dia tahu dia bukan keseorangan. Dia ada sahabat-sahabat dab sahabat-sahabat ada dia.....

Malam itu juga, ana berjumpa dengan adik aishah. YaALLAH, terima kasih kerana ketemukan kami. Banyak juga perkara yang kami share. Ana share tentang perancangan ana dan adik aishah share mengenai diri dan perkembangan terkini. Satu ayat yang ana sampaikan kepada adik aishah:

"semangat k.nur umpana api yang menyala-nyala, doakan moga ada sahabat yang ingin menjadi minyak supaya api itu tidak berhenti menyala bahkan api tersebut menyala dengan lebih marak"....

Ana memutuskan untuk balik tidur di bilik k.kausar kerana ana terasing di situ tetapi ana batalkan niat. Ana cuba bergaul dengan mereka dan alhamdulillah banyak perkara sudah kami kongsikan.

13hb/April/2011

Pagi-pagi lagi ana melangkah balik ke bilik k.kausar. Perancangannya ana ingin balik selangor hari ini juga, tapi sekali lagi ana batalkan niat. Dalam hati "nur teruskan usaha untuk mencapai matlamat.. Ana datang ke segamat membawa misi tersendiri bukan hanya sekadar menghantar thesis..."

Sebentar lagi akan ada perbincangan dengan president dan aishah mengenai IN-SOFT di library. Ana kena bersedia tentang perkembangan terkini dengan lebih jelas...Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan menambah kecintaan dan keseriusan ana di jalan ini....

:: BERSAMBUNG ::
NUR




Monday, April 11, 2011

Friend

That day I spoke to a friend and she told me about how things had gone wrong between her and one of her close friends. The argument started off very simply- her friend disagreed with her choice of life partner.

And it has been years since they last spoke.

She knew that she was wrong to argue fiercely with her best friend who was just looking out for her at that time. She knew that she shouldn’t say half the things she said to her. She was wrong on that. But her worse regret was she never tried to amend what was broken and walked away from their friendship.

And now she truly missed her.

I remembered what Charles Caleb Colton said once,

"True friendship is like sound health, the value of it is seldom known until it is lost"

How many of us are blessed with close friends and best friends- the ones whom we knew loved us to the bits, the ones whom we knew would be there for us when we are in need, the ones who dared to give us the blatant truth when others preferred to zip their mouth and let us fall and the ones whom we knew would leak tears from their eyes if we were to leave the world before them?

To my friend, I reminded her of Allaah’s verse in His Quran,

The recompense for an evil is an evil like thereof, but whoever forgives and makes reconciliation, his reward is due from Allah. Verily, He likes not the Zalimun (oppressors)
(Quran 42:40).

Yes, that is the only way to go- reconcile.

We are living a life that is too short to make enemies, to leave things unsaid and to have frictions with the people we love.

This was not what Prophet Muhammad (may Allaah’s peace and blessings be upon him) wanted us to do.

In fact, what our Prophet (PBUH) wanted us to do was this,

"When a man loves his brother he should tell him that he loves him " (Abu Dawud, Tirmidhi)

Tell the people you loved, that you loved them. Take this advice of our beloved Prophet who was sent down to guide us in our lives, who was sent to make our lives better and who only wanted good things for us in this life and hereafter.


Yesterdays…


What you said hurt me

I responded in anger

You meant to say you were sorry

You didn’t

I meant to forgive you

I didn’t.

What you did was so very wrong

I responded with harsh judgment

You meant to make amends

You didn’t

I meant to be more understanding

I wasn’t.

You meant to call or write

I waited hoping to hear from you

You got busy with life

You forgot

I meant to try again; to call or write

I didn’t.

Tomorrows…

You said, “I might try to change and do better.”

I said, “I won’t budge until I see your sorrow.”

You said, “There is always tomorrow.”

I said, “I will forgive on your tomorrow.

Our tomorrow never came

One of us died.

Today…


There is today.

Don’t hold on to yesterday.

Don’t count on tomorrow.

It may not come

You have today

Don’t let love and hope slip away.



Saturday, April 9, 2011

Virus ukhuwah



Seorang sahabat adalah manusia, dia itu dirimu, hanya saja ia adalah orang lain…


sekilas lalu,virus2 ukhuwah ini adalah seperti berikut:Justify Full

1) tamak akan kenikmatan dunia (20:131)

“seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)

2) lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama

“tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih

hadis Nabi: ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.

3) tidak santun dalam berbicara-suara tinggi/kata-kata kasar(31:19)

-tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau mberi salam, tidak menghargai keberadaannya
-bergurau secara berlebihankelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuran
sedang bergurau secara berlebihan merupakan kunci segala permusuhan

-sering mendebat dan membantah

“sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (hadis nabi)

-kritikan keras yang melukai perasaan

4) sikap acuh(59:9)

…rindu, kedekatan, dan kehangatan perasaan adalah ibarat bahan bakar yang menyalakan ukhuwah abadi, menambah gelora semangat, dan meringankan segala beban yang ditanggung….aku hairan, mengapa selalu merindukan mereka
menanyakan keadaannya kepada setiap orang yang ku temui
padahal mereka di sini bersamaku
mataku mencari mereka ke sana kemari
padahal mereka ada di dekat pelupuknya
hatiku bergejolak merindukan mereka
padahal mereka ada di antara tulang rusukku

sekalipun wajahku tak dapat menatapmu lagi
namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirna
aku tidak akan berhenti memujimu
dari kejauhan, bersama untaian doa
jiwaku akan selalu merindukanmu
bersua bersama penuh ketulusan dan cinta

jiwaku adalah jiwaku,jiwaku adalah jiwanya
hasratnya adalah hasratku, hasratku adalah hasratnya

5) mengadakan perbicaraan rahsia (58:10)

“jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”(hadis Nabi)

6) keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran

“cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.”( hadis Nabi)

7) sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar

“ruh ruh itu bagaikan bala tentera, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih.” (hadis Nabi)

8) memberi teguran di depan orang lain

…penyebab cepat pudarnya rasa cinta dan mudah menanam bibit-bibit permusuhan…

9) sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan

terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannya
sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya
terimalah sahabatmu kerana jika ia menyakiti
lain kali ia membahagiakansiapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat

“seorang suami yang Mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap sebagian perangai isterinya, maka ia akan menyukai perangainya yang lain.”(hadis Nabi)

jika tak menegur bererti tiada cinta
cinta tetap bertahan selama ada teguran*

banyak yang tinggal jauh namun ia dekat dihati
banyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukai
apalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani

10) mudah percaya terhadap orang yang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki

…orang2 yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan…(8:63)

11) membuka rahsia

…jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan…

12) mengikuti prasangka(49:12)

orang Mukmin selalu mencari alasan agar boleh memaafkan, sementara orang munafik selalu mencari cari kesalahan.

13) mencampuri masalah peribadi

“diantara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (hadis Nabi)

14) egois, sombong, tidak empati…

“siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (hadis Nabi)setiap sahabat selalu dekat dikala senang
namun sahabat sejati adalah yang tetap menemani
ketika penderitaan menimpa

15) menutup diri, berlebihan, membebani, dan menghitung hitung kebaikannya kepadamu

carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya

16) enggan mengungkapkan perasaan cinta,…

“jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”(hadis Nabi)

17) melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia

orang yang tidak boleh membuktikan cintanya kepada sahabat lama tidak akan mampu membangun cinta dengan sahabat baru

18) suka menonjolkan kelebihan peribadi,…

jika seorang daie mendermakan dakwahnya hanya untuk Allah semata, bukan untuk kepentingan peribadi, masalah2 biasa tidak akan berubah menjadi problema besar atau malapetaka…

19) mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat

“tanda tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari, dan jika dipercaya, ia berkhianat.”(hadis Nabi)

20) selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuatnya resah.

21) terlalu cinta

“cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.”(hadis Nabi)

insya Allah, seizinnya..mari reflek diri..kerana sesungguhnya, tahap terendah adalah untuk berlapang dada sesama kita..n tingkat tertinggi pula, adalah untuk melebihkan mereka, lebih dari diri kita sendiri…

Monday, April 4, 2011

LANGKAH TERCIPTA







______________________
Allah...
ingin ku hentikan langkah ini
bagaikan tak mampu untukku bertahan
semangat tenggelam
lemah daya
...haruskah aku mengenang
namun jiwaku berbisik
inilah DUGAAN
___________________________


Nti...
Ana doakan nti sentiasa kuattabahgagah..
Ana tahu nti kuat...
Ana sayangkan nti kerana DIA...
La Tahzan ukhti...
Ana sentiasa doakan yang terbaik untuk nti terutama sekali dalam jalan dakwah...
Moga langkah kaki kita terus tetap teguh di jalan ini...
Walau apapun yang berlaku, langkah kaki ini tetap terus dihayun...





Wednesday, March 30, 2011

Jom


Buat teman-teman tersayang,

Jenguk hati kite jap..

[cak~! Pekaba hati? Huh asal len macam je]

Intai iman plak..

[uh,iman tgh wat pe uh?]

Ku jenguk iman~

Asal die cam sedih je?

“nape sedih?”

“saya dilamun rindu”

“rindu?pada siapa?”

“rindu pada biah solehah”

“apa yang dirindu pada biah tu?”

“rindu pada qiam,

pada alunan zikir sebelum maghrib,

pada linangan air mata tatkala rindukan Pencinta Agung,

pada teman-teman yang setia mengingatkan ayat-ayat cinta dari Si Dia”

Jangan biar hati sedih. Jangan biar iman duka. Utuslah salam cinta buat yang Agung


Sejak akhir-akhir ini sering dilihat manusia seolah-olah berajakan nafsu atau mungkin lebih tepat menjadi hamba nafsu sendiri. Dimana letak nilai manusia jika ini realitinya? Memang bukan layak seorang manusia untuk memanusiakan manusia lain. Tapi jika bukan manusia sendiri yang berperanan siapa lagi? Menanti hidayah? Bagaimana nak dapat hidayah jika kita sendiri yang menjauhi hidayah?

__________________________________________

Hidup ni tak pernah senang NURHAZIEMAH ZAHARI
Ingatlah tika kita diuji Dia rindu untuk berbicara dengan kita
Dia ingin bicara tentang sabar..
tentang tabah..tentang setia..tentang istiqamah

hati meraung tatkala rasa rindu dan cinta gagal dibunuh
walau bertahun lama menderita fitrah hati
hati sering diuji dengan pelbagai nikmat dan dugaan dari-Nya
hati tak layak persoalkan nasib diri
sebab kita hamba sang pencipta
bawalah taqwa sebagai teman sejati
genggamlah iman sekuat hati
jangan persoal kenapa ujian ini terlalu pahit
kerana perlu diingat syurga itu manis yang abadi
tiada kejayaan tanpa pengorbanan
tiada bahagia tanpa air mata
tapi menangislah kerana taqwa kepada-Nya
tangis kerana rindu kepada-Nya
tangis kerana hina di hadapan-Nya



Dakwah & Tenang




Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,


Kalau dilihat secara sepintas lalu, tajuk di atas nampaknya agak kontradiktif :


“Dakwah dan Tenang”


Bolehkah kedua-dua perkara itu bertemu pada diri seseorang ? Sejarah dakwah sejak zaman para Nabi adalah sejarah :


  1. Perjuangan.
  2. Pengorbanan.
  3. Tentangan.
  4. Ujian.
  5. Kesulitan.
  6. Penderitaan.


Tidak kurang juga Rasulullah saw yang mendapat berbagai `hadiah’ dari orang-orang kafir Quraisy akibat baginda begitu aktif melancarkan dakwah dimulai dari kata-kata yang menyakitkan dan menghina sehingga ke peringkat ancaman pembunuhan. Itulah yang digambarkan oleh Allah swt dalam ayatNya :


“Dan ingatlah ketika orang-orang kafir Quraisy membuat makar terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka membuat tipu daya dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.” (QS Al-Anfaal : 30)


Dakwah di masa kini pun tidak akan terlepas dari perkara-perkara yang mengganggu suasana tenang tersebut. Ini adalah kerana memang sudah menjadi sunnatullah bahwa :


  • Seruan kebenaran akan mendapat tentangan dari pencinta kejahatan.
  • Ajaran keadilan akan mendapat gempuran dari pembela kezaliman.
  • Seruan untuk mentauhidkan Allah akan mendapat halangan dari agen-agen kemusyrikan.


Lebih-lebih lagi apabila dakwah yang dilantunkan itu adalah dakwah yang bersifat :


  • Komprehensif.
  • Holistik.
  • Integral.
  • Universal.


Di mana dakwah itu bercita-cita untuk membuat satu rombakan total dalam setiap aspek kehidupan. Itulah sebabnya kenapa Imam Hasan Al-Banna mengingatkan para pekerja dakwah dengan kata-katanya :


“Wahai saudaraku, aku ingin berterus terang kepada kamu. Sesungguhnya dakwah kamu masih belum diketahui oleh kebanyakan manusia. Dan saat mereka mengetahuinya dan memahami tujuan-tujuannya serta sasaran-sasarannya, maka kamu akan mendapatkan dari mereka permusuhan yang keras. Kamu akan menghadapi banyak kesulitan. Berbagai rintangan akan menghalang kamu. Dan hanya di saat itulah sebenarnya kamu baru mulai menjejak jalan para juru dakwah.”


Rasa tenang dalam berdakwah sesungguhnya bukan diukur oleh apa yang diterima dan dihadapi oleh seorang pendakwah tetapi ianya ditentukan pada bagaimana seorang pendakwah itu bertindak balas dan berinteraksi dengan segala perkara yang membuatnya tidak tenang itu. Jadi merasa tenang dalam dakwah adalah kemampuan menikmati segala penderitaan akibat dirinya terlibat dalam dakwah itu. Oleh kerana itu para salafus-soleh benar-benar memahami satu ungkapan yang masyhur iaitu :


`Menikmati kepenatan dan kesulitan dakwah’


Oleh yang demikian, merasa tenang dalam dakwah adalah suatu kemestian. Bagaimana seorang pendakwah akan bertahan dalam waktu yang lama secara istiqamah dalam dakwah tanpa merasakan ketenangan di dalamnya? Bagaimana dalam segala kesulitan, kepenatan, pengorbanan dan penderitaan itu, seorang pendakwah mampu merasa nikmat dan secara berterusan tanpa henti (hingga ajal menjemput) untuk terus berdakwah? Ada dua faktor besar yang dapat mewujudkan perkara ini iaitu faktor dalaman dan faktor luaran :


A. FAKTOR DALAMAN

Ibarat menyantap suatu hidangan, selazat manapun makanan yang disajikan tidak akan dirasakan nikmat oleh orang yang :


  • Sudah kekenyangan.
  • Sedang sakit.
  • Sedang mengantuk yang amat sangat.


Begitu juga sebaliknya, walau sederhana apapun makanan yang disediakan, akan terasa nikmat apabila yang menyantapnya adalah orang-orang yang sihat dan lapar pula. Dalam kaitan dengan dakwah, mesti ada ‘selera’ khusus yang muncul dari dalam jiwa pendakwah sendiri agar dirinya boleh menikmati segala kepenatan dakwah. Selera itu bukan muncul dengan sendirinya melainkan mesti dikelolakan dan diolah. Untuk mengolah selera itu, paling tidak, diperlukan bahan-bahan berikut :


1. IKHLAS

Ikhlas adalah daya pendorong yang paling kuat untuk seseorang mampu menikmati segala kesulitan dakwah kerana orang yang ikhlas akan terus meluncur dalam dakwahnya walauapapun yang berlaku. Semangatnya tidak akan melonjak dengan tiba-tiba gara-gara dipuji dan dalam masa yang sama tidak akan surut secara mendadak kerana tidak mendapatkan pujian atau mendapat celaan. Segala penderitaan yang dia rasakan adalah kecil belaka dibandingkan dengan :


  • Besarnya keagungan Allah.
  • Luasnya rahmat Allah.
  • Indahnya pahala dariNya.


Itulah yang membuatkan manusia seperti Abu Zar Al-Ghifari mempunyai tenaga yang begitu besar untuk berjalan kaki sendirian dari kota Madinah ke Tabuk bagi menyusul rombongan Rasulullah saw, padahal bagi orang-orang munafik, mereka merasakan jarak tersebut sangat jauh. Apakah yang membezakan di antara keduanya? Tidak ada yang lain melainkan ikhlas.


2. MEMAHAMI TUJUAN DAKWAH

Memahami tujuan dakwah adalah penting untuk mempertahankan stamina dakwah dalam jangka waktu yang sangat panjang. Tujuan yang jelas akan membantu seseorang untuk bekerja dengan langkah-langkah yang jelas dan pasti. Gerakan dakwah yang tidak diiringi dengan tujuan yang jelas akan terjebak dengan isu-isu atau fenomena-fenomena yang bersifat sementara di mana :


  1. Gaya gerakannya lebih berciri reaktif dan bukan proaktif.
  2. Aktivitinya sangat dipengaruhi dan ditentukan oleh semata-mata situasi dan keadaan sekeliling yang berkembang.


Tujuan tertinggi dakwah adalah mencari keredhaan Allah manakala kesempurnaan keredhaan Allah akan terwujud dengan tegaknya sistem Allah yakni Islam dalam segala aspek kehidupan. Dalam rangka untuk mewujudkan semua itu, dakwah mesti mempunyai sasaran-sasaran yang jelas iaitu membentuk peribadi Muslim, membentuk keluarga Islam, mewujudkan masyarakat Islam dan sebagainya.


3. MEMAHAMI TABIAT JALAN DAKWAH

Jalan dakwah adalah jalan yang panjang. Usianya tidak dapat diukur oleh umur seseorang atau umur sebuah generasi. Bukan sahaja panjang, jalan dakwah juga sarat dengan perkara-perkara yang dapat mengganggu ketenangan berupa :


  • Cemuhan.
  • Ejekan.
  • Tekanan.
  • Gangguan psikologi dan fizikal.
  • Risiko pembunuhan.


Ini sebagaimana yang pernah dialami oleh Nabi Muhammad saw dan ianya perlu disedari oleh setiap pendakwah agar tidak berlaku kejutan ketika ia menghadapinya dalam realiti dakwah. Perintah dakwah secara terang-terangan kepada Rasulullah saw disampaikan oleh Allah swt melalui ayat :


“Dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat.” (QS As Syu’ara’ : 214)


Dalam surah yang sama pada ayat sebelumnya, Allah swt menceritakan sejarah perjalanan Nabi Musa as semenjak diutus menjadi nabi, hijrah bersama kaumnya, diselamatkan dari Fir’aun, dan ditenggelamkannya Fir’aun. Kisah itu mencakupi seluruh fasa perjuangan yang dilalui oleh Nabi Musa as. Begitu juga dalam surah yang sama, Allah swt merakamkan sikap pembangkangan umat Nabi Nuh, kaum `Ad, kaum Tsamud, umat Nabi Ibrahim, umat Nabi Luth dan Ashhabul-Aikah. Salah satu hikmahnya adalah agar Rasulullah saw dan para sahabatnya menyedari apa yang akan mereka hadapi dan perolehi ketika mereka melancarkan dakwah. Dari awal lagi mereka mempunyai `bashirah’ (penelitian yang jelas) tentang apa yang mesti mereka lakukan.


4. SABAR

Seseorang dikatakan sabar jika ia mampu bertahan dan tidak tunduk pada emosi sejak pertama kali mendapat ujian. Maka, untuk membangun daya tahan seperti itu, ketiga-tiga sifat di atas secara mutlaknya diperlukan.


  1. Orang yang tidak ikhlas misalnya, sukar untuk bersabar dalam menanggung segala derita akibat dakwah.
  2. Orang yang tidak memahami tujuan dakwah akan sentiasa terpengaruh atau terpesona dengan tarikan-tarikan sementara yang akan merencatkan perjalanannya menuju keredhaan Allah swt.
  3. Orang yang tidak melihat jalan dakwah sebagai jalan yang panjang, ia akan sentiasa menuntut untuk dapat merasakan buah atau hasil kerjanya sebelum ia mati dan akibatnya banyak cara-cara yang tidak berakhlak yang ditempuhinya.


B. FAKTOR LUARAN

Tidak ada yang membatasi manusia selain dari keterbatasan itu sendiri. Betapapun seseorang itu memiliki kekuatan dalaman, namun bukan bererti pertahanannya mustahil dapat ditembusi. Syaitan akan terus berjuang untuk mempengaruhi orang itu agar menjadi pengikutnya dengan segala cara. Orang yang ikhlas dan bersih hatinya dalam berdakwah mungkin tidak berubah menjadi orang yang penuh dengki namun syaitan memasang jeratan yang lain misalnya berupa sikap mendewa-dewakan individu dan masih banyak lagi ranjau-ranjau yang dipasang oleh syaitan untuk menghalang perjalanan dakwah seseorang. Oleh kerana itu, tenaga dalaman akan menjadi sempurna apabila didukung oleh kekuatan luaran. Dukungan luaran sangat diperlukan dari pihak-pihak berikut :


1. KELUARGA

Keluarga adalah benteng terdekat seorang pendakwah. Segala riak gelombang yang berlaku di dalamnya akan memberi pengaruh (sedikit sebanyak) terhadap gerak langkah pendakwah. Dukungan penuh keluarga akan meningkatkan kekuatan kerohanian pendakwah dan menjaga keikhlasan serta kesabarannya. Di sinilah perlunya menyamakan visi dan persepsi tentang dakwah dalam keluarga. Adalah sesuatu yang ironik apabila penumbang dakwah itu ada di dalam rumah pendakwah. Betapa indahnya peranan vang dimainkan oleh Khadijah kepada suaminya, pendakwah teladan sepanjang masa iaitu Rasulullah saw apabila beliau menghiburkan hati baginda dengan kata-kata:


“Jangan berkecil hati wahai kekanda. Allah tidak akan membiarkan kekanda kerana kekanda orang yang suka membantu orang yang mendapat kesulitan dan menolong orang yang tidak berharta.”


Namun, tentu sahaja keluarga yang akan mendukung dakwah adalah keluarga yang mendapat pembinaan dan penempaan dari pendakwah tersebut. Pendakwah yang hanya sibuk mengurus orang lain dan melupakan dakwah di dalam keluarganya sendiri, tidak mustahil akan mendapat tentangan terhadap dakwahnya dari dalam rumahnya sendiri.


2. TEMAN SEPERJUANGAN

Allah swt berfirman :


“Dan bersabarlah dirimu bersama orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di pagi dan siang hari.” (QS Al-Kahfi : 28)


Ayat ini memerintahkan kita untuk bersabar namun, perintah itu tidak berdiri sendiri melainkan ada perintah lain yang mendampingi perintah bersabar itu, iaitu‘ma’iyyah’(kebersamaan) dengan orang-orang yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Ini menunjukkan bahwa suasana yang melingkungi seorang pendakwah boleh membantu untuk mendukung daya tahan dirinya. Tentu sahaja bukan hanya `back up’ dari segi kesedaran ruh dan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh seorang pendakwah dari saudara-saudara seperjuangannya malah pada masa-masa tertentu diperlukan juga dukungan material.


3. JAMAAH

Bergabung di dalam jamaah adalah ibadah namun lebih dari itu penggabungan kepada jamaah merupakan salah satu cara untuk menjauhkan diri dari syaitan sebagaimana mafhum sebuah sabda Rasulullah saw :


“Syaitan sangat dekat dengan orang yang menyendiri. Kepada orang yang berdua lebih jauh. Dan kepada orang yang bertiga lebih jauh lagi.”


Dalam kaitan dengan menjaga stamina para pendakwah, jamaah memainkan peranan yang strategik di mana dukungan dari segi kesedaran ruh, fikrah bahkan perhatian terhadap masalah-masalah harian dan urusan domestik keluarga adalah perkara yang dapat diperolehi oleh para pendakwah dalam jamaah. Di sinilah pentingnya sikap keterbukaan kepada pendakwah dan sikap keterbukaan itu sesungguhnya berkadar lurus dengan rasa kepercayaan dan sekaligus rasa kepemilikan terhadap jamaah itu sendiri.


Ya Allah, kekalkanlah perasaan tenang di dalam hati kami meskipun kami berhadapan dengan berbagai cabaran dan dugaan di jalanMu di luar sana. Kurniakanlah keikhlasan dan kesabaran dalam hati kami kerana sesungguhnya tabiat jalan dakwah adalah panjang dan penuh dengan tarikan, onak dan duri supaya kami dapat istiqamah di jalan ini sehingga kami bertemuMu dalam keadaan ridha dan meridhai.


Ameen Ya Rabbal Alameen

WAS