Buat teman-teman tersayang,
Jenguk hati kite jap..
[cak~! Pekaba hati? Huh asal len macam je]
Intai iman plak..
[uh,iman tgh wat pe uh?]
Ku jenguk iman~
Asal die cam sedih je?
“nape sedih?”
“saya dilamun rindu”
“rindu?pada siapa?”
“rindu pada biah solehah”
“apa yang dirindu pada biah tu?”
“rindu pada qiam,
pada alunan zikir sebelum maghrib,
pada linangan air mata tatkala rindukan Pencinta Agung,
pada teman-teman yang setia mengingatkan ayat-ayat cinta dari Si Dia”
Jangan biar hati sedih. Jangan biar iman duka. Utuslah salam cinta buat yang Agung
Sejak akhir-akhir ini sering dilihat manusia seolah-olah berajakan nafsu atau mungkin lebih tepat menjadi hamba nafsu sendiri. Dimana letak nilai manusia jika ini realitinya? Memang bukan layak seorang manusia untuk memanusiakan manusia lain. Tapi jika bukan manusia sendiri yang berperanan siapa lagi? Menanti hidayah? Bagaimana nak dapat hidayah jika kita sendiri yang menjauhi hidayah?
__________________________________________
Hidup ni tak pernah senang NURHAZIEMAH ZAHARI
Ingatlah tika kita diuji Dia rindu untuk berbicara dengan kita
Dia ingin bicara tentang sabar..
tentang tabah..tentang setia..tentang istiqamah
hati meraung tatkala rasa rindu dan cinta gagal dibunuh
walau bertahun lama menderita fitrah hati
hati sering diuji dengan pelbagai nikmat dan dugaan dari-Nya
hati tak layak persoalkan nasib diri
sebab kita hamba sang pencipta
bawalah taqwa sebagai teman sejati
genggamlah iman sekuat hati
jangan persoal kenapa ujian ini terlalu pahit
kerana perlu diingat syurga itu manis yang abadi
tiada kejayaan tanpa pengorbanan
tiada bahagia tanpa air mata
tapi menangislah kerana taqwa kepada-Nya
tangis kerana rindu kepada-Nya
tangis kerana hina di hadapan-Nya

No comments:
Post a Comment