Tuesday, May 3, 2011

Akhwat Sayang...

Duhai akhawat fillah yang kusayang,

Akhawat yang sentiasa menggerakkan dakwah,

akhawat yang telah banyak mewarnai jalan cinta kepada para pejuang,

akhawat yang sedang bermujahadah dalam membentuk manusia-manusia yang akan menjadi asset terbesar kebangkitan islam kelak,

akhawat yang sedang berkasih sayang sesama kita sebagai salah satu kekuatan didalam katibah gerakan,

akhawat yang sering ingat-mengingatkan dan akhawat yang sedang bekerja keras bersama-sama demi mencapai redha Allah dan menegakkan kalimah Allah diatas muka bumi ini.

matlamat kita besar bukan?cinta kita juga besar bukan?mujahadah kita besar bukan?kerana itu kita tidak akan mampu memikul beban-beban dakwah hanya dengan cukup makan.


sisa-sisa jahiliyah yang menempel di sipi-sipi rongga kita boleh menjadi barah dalam langkah yang masih panjang.dakwah ini tidak mungkin akan boleh dipikul oleh orang yang manja.manja ertinya bermain-main. Bermain-main ertinya tidak berusaha dan lemah mujahadahnya.Allahuakbar3x!

insyaallah,jom sama-sama kita berusaha akhawt fillah. Fokuslah pada tarbiyah..fokus pada tarbiyah..tarbiyyah dan tarbiyah.. (Doakan Ana supaya terus ikut serta bersama antunna)

sekali lagi akhawat fillah,fokuslah pada tarbiyah..berjalanlah terus kearah cahaya Ilahi agar kita mampu redha dan kuat bila diuji. Berlarilah terus menuju cinta abadi. semoga dengnnya Dia memberi hadiah terindah kepada kita iaitu nikmat cinta-mencintai..




erti focus pada tarbiyah ialah melakukan apa sahaja wasilah yang boleh meningkatkan tahap iman dan cinta kita kepada ilahi sehingga tiada ruang untuk nafsu kita tunduk dengan kehendak hati yang benar-benar mencapai tahap rabbani
.

Kerana sifat tarbiyah itu adalah merubah seseorang daripada baik kepada lebih baik. Makanya, focus pada tarbiyah akan menghadirkan rasa indah dalam mujahadah dan benci kepada jahiliyah.


semasa ana menulis tiap bait kata-kata ini,ana sangatlah takut..takut kerana ana juga sedang diuji dan pernah diuji..takut kerana ana juga sedang bermujahadah dan dalam proses meningkatkan himmah aliyah untuk membuang langsung segala karat-karat jahiliyah..

mengapa ana bercerita?bukankah ini terlalu peribadi dan rahsia?tidak akhawat fillah,tidak…sewajarnya, segala nikmat itu ingin ana coretkan disini..

nikmat iman,ukhwah dan tentunya nikmat ujian..dan blog ini bukanlah nak menceritakan tugasan seorang daei’,murabbi,khalifah,a’bid kepada Allah yang bernama Nurhaziemah, tapi disinilah tempat ana menceritakan liku-liku hidup kita semua yang telah memilih untuk bersama kafilah dakwah.

Kita akan diuji dan sentiasa diuji.

Dan tidak lain melainkan cerita kita semua hampir sama.

Sebab itulah bila kita dengar akhawat cerita kat kita, dalam hati mesti terdetik;

“haah,akupun pernah rasa.”

begitu juga bila kita baca penulisan akhawat2 didalam blog, mesti kita akan terkesan dan terlintas sekali lagi:


”haah, akupun sama.”

kenapa agaknya akhawat?


inilah kerana kita telah memilih jalan yang sama.Dan kita yakin bahawa Allah akan menguji kita pada titik kelemahan kita.

Oleh itu, satu perkara yang kita kene ingat adalah,

dalam diri manusia, ada satu titik kelemahan yang sama.mustahil andai ada yang menafikannya..apakah titik kelemahan yang sama itu?

iaitu perasaan.hati.naluri.jiwa.


itulah satu titik paling kita lemah dalam diri. Kerana itu, tak habis-habis Allah twink3x kita melalui sudut itu..


Betul tak akhawat fillah yang sedang diuji?

ingatlah, takkan perkara best dalam dakwah ni jer yang kita nak share dalam blog kita?kerana ini adalah masalah kita bersama, jadi kita kene sama-sama menghulur tangan dan kekuatan, agar batu bata yang kita susun untuk mencapai matlamat redha Allah itu, tidak renggang dek jatuhnya seorang ukhti yang kita sayang..insyaallah,sama-sama kita saling mendoakan.ok?.^_^.


wallahuallam
__________________________________________

Tidak perlu ana rungkaikan rasa hati dengan lebih mendalam...
Tidak perlu untuk ana terus berkata-kata...
Kerana dari dasar hati ini...
Ana teramat sayang antunna semua...
Jom, ukhuwah itu manis...


No comments:

Post a Comment