Tuesday, April 12, 2011

Segamat 1

Alhamulillah, sekarang di bumi segamat. InsyaALLAH seminggu lebih untuk memahami dan mengetahui perkembangan di sini. Beberapa perancangan sudah ana lakukan, moga segalanya dipermudahkan.

11hb/April/2011

Bertolak ke segamat bersama k.kausar. Sepanjang perjalanan, beberapa perkara sudah ana kongsikan termasuk mengenai keputusan ana samaada meneruskan cita-cita atau lakukan pengorbanan. Mungkin inilah "tijarah" yang akan ana lakukan. Tapi, jauh di dasar hati, ada perkara yang tidak kesampaian. Malamnya ana tidur di masjid. Oh, masjid...Kenangan datang dan pergi.

12hb/April/2011

Pagi-pagi lagi,selepas subuh ana duduk di tangga masuk untuk ke masjid. Saja tenangkan fikiran. Uhh..suasana dah lain.. Then muhasabah diri... YaALLAH, benarkah aku benar-benar serius di jalan ini? Sekiranya benar, kenapa aku mesti lemah untuk menghadapi sekecil-kecil ujian? Benar, hati dan perasaan ini tidak sentiasa betul kerana syaitan akan sentiasa mencari jalan untuk menganggu gugat jalan ini...Jadinya, ana mesti kuat dan jelas dan teguhkan matlamat.

Ana bersiap-siap untuk menghantar thesis. Sebelum tu, duduk di library seketika dan alhamdulillah segala urusan dipermudahkan. Unofficially i'm graduated.

Makan tengah hari bersama k.kausar, balik bilik untuk tidur sebentar dan petangnya ana bergerak untuk berjumpa adik-adik. Singgah di library berjumpa adik sha. Pergi ke CC zamrud berjumpa adik aza. Pergi ke library kembali berjumpa adik najiha and the geng. Selepas asar, ana luangkan masa bersama aza. Berkongsi mengenai perkembangan IN-SOFT, sharing mengenai masalah dan beberapa soalan yang sengaja ana tanya. Berbincang mengenai isu semasa dan lain-lain.

Balik ke bilik k.kausar sebentar dan mahgrib ana bergerak ke masjid semula. Di masjid, perasaan sedih dan sayu kembali menyinggah. Melihat kesungguhan adik-adik baru PERMAS, melihat kemesraan dan ukhwah mereka, melihat kebersamaan mereka berjaya membuat hati ana cemburu. Cemburu kerana ana gagal dalam membuat ikatan ukhwah yang kuat. Bagi ana, kekuatan ukhwah mampu menjadi tali ikatan yang kuat untuk membuat diri seseorang itu untuk bergerak kerja dalam dakwah dan tarbiyyah bersama-sama. Ukhwah yang kuat mampu untuk membuat seseorang jelas tentang matlamat yang sebenar. Ukhwah yang kuat mampu melahirkan keseriusan bekerja kerana dia tahu dia bukan keseorangan. Dia ada sahabat-sahabat dab sahabat-sahabat ada dia.....

Malam itu juga, ana berjumpa dengan adik aishah. YaALLAH, terima kasih kerana ketemukan kami. Banyak juga perkara yang kami share. Ana share tentang perancangan ana dan adik aishah share mengenai diri dan perkembangan terkini. Satu ayat yang ana sampaikan kepada adik aishah:

"semangat k.nur umpana api yang menyala-nyala, doakan moga ada sahabat yang ingin menjadi minyak supaya api itu tidak berhenti menyala bahkan api tersebut menyala dengan lebih marak"....

Ana memutuskan untuk balik tidur di bilik k.kausar kerana ana terasing di situ tetapi ana batalkan niat. Ana cuba bergaul dengan mereka dan alhamdulillah banyak perkara sudah kami kongsikan.

13hb/April/2011

Pagi-pagi lagi ana melangkah balik ke bilik k.kausar. Perancangannya ana ingin balik selangor hari ini juga, tapi sekali lagi ana batalkan niat. Dalam hati "nur teruskan usaha untuk mencapai matlamat.. Ana datang ke segamat membawa misi tersendiri bukan hanya sekadar menghantar thesis..."

Sebentar lagi akan ada perbincangan dengan president dan aishah mengenai IN-SOFT di library. Ana kena bersedia tentang perkembangan terkini dengan lebih jelas...Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan menambah kecintaan dan keseriusan ana di jalan ini....

:: BERSAMBUNG ::
NUR




1 comment:

  1. yaAllah..datangkanlah segala jenis oksigen, bagi api marak

    i'm waiting for the 2nd ^___^

    ReplyDelete