Wednesday, May 4, 2011

Batu Bata


aku hanya manusia biasa


lahir dari salah satu saf susunan batu bata

dan aku bercita-cita

menyusun batu bata yang boleh melahirkan insan yang boleh menyusun batu bata juga

nampak remeh bukan??

terpulang pada anda bagaimana untuk menterjemah kata-kataku ini

tapi serius

aku sedang obses

untuk mengejar manusia

melentur, melebur dan membentuk mereka

sehingga terbentuk satu saf jundi yang akan menggegarkan saf-saf yang ada

tidak lelah walau diterjah

tidak luntur himmah walau digugah

tidak bercerai barisan walau digegar dengan kecaman

tidak keluar saf walau digertak dengan kepayahan

dari mereka akan lahirlah

rijal-rijal yang sanggup ditarbiyah

rijal-rijal yang sanggup mati kerana dakwah

rijal-rijal yang tahu apa erti satu batu-bata milik mereka

dalam menyumbangkan harta dan jiwa dalam pembentukan bangunan ustaziatul alam




No comments:

Post a Comment