Friday, March 25, 2011

Bukan Masa Utk I.T.U

Mood: Penat Berfikir sekarang Bertindak

Mari mereflek diri bersama.
Saya punya kelemahan, kamu juga punya kelemahan dan selagi kita bernama manusia, kita pasti punya kelemahan.

Tak ada seorang pun yang perfect.
yang boleh bertindak mengikut acuan yang kita kehendaki.
yang dapat bertindak seperti yang kita fikirkan.
yang boleh berbicara seperti yang kita mahukan.

Melihat dari kejadian lepas.
pengalaman sendiri.
Atas apa yang saya dapat dan alami.

Sekarang sudah masanya untuk menunding jari pada diri sendiri.
Bukannya selalu mencari,mencerita,meluahkan, dan seangkatan dengannya, kelemahan dan kesilapan orang lain.

Sekarang masanya mengkoreksi diri.
Mencari permasalahan pada diri.
Berbicara tentang hati,kesilapan dan kelemahan sendiri.
Dan paling penting U-TURN kepada matlamat sebenar kita dengan mengatasi permasalahan tersebut.

Apa gunanya sekiranya kita hanya pandai berbicara tanpa disusuli tindakan?
Ya, kita sedar sekiranya kita membuat teguran, itu hanya sia-sia, TAPI cubalah jangan terlalu melihat pada kesilapan orang lain membuat kita jauh dan menghalang gerak kerja.

Sedarkah kita, kadang2 kita terlalu menuruti perasaan,hati dan "rasa2" yang kita anggap betul,
Tapi, kita lupa sedangkan semua jelas mengenai musuh yang NYATA dalam kehidupan kita,
Sedarkah kita, bisikan2 halus musuh itu mampu merosakkan keadaan yang sedia ada dan menghalang gerak kerja ini... (huh! musuh yang NYATA itu rasanya sudah mampu untuk tersenyum seketika...)

Sekarang sudah tibanya masa untuk bergabung tenaga,masa....
Sekarang sudah tibanya masa untuk lakukan pilihan,pengorbanan yang rancak kita bincang dan bualkan.
Sekarang sudah tiba masanya untuk kita utamakan apa yang utama.
Sekarang sudah tiba masanya untuk kita sama-sama mengkoreksi diri.
Sekarang sudah tiba masanya untuk kita memperbetulkan niat.

Harus sedar, kita kalau boleh ingin lakukan yang terbaik.
Harus sedar juga, bukan hanya diri kita seorang yang mempunyai niat sedemikian.
SEMUA daripada kita inginkan sebegitu.
Cuma cara kita berbeza (walaupun sama) dan cubalah pujuk hati kita untuk terima seketika.
Sekiranya ada kesilapan dan kesalahan, tegurlah dan sekiranya tidak mampu berdoalah moga kesilapan dan kesalahan itu disedari. Kita tidak layak untuk menilai dan boleh jadi tanpa kita sedar kita sedang menjatuhkan hukuman (peringatan untuk diri sendiri)

Ayuh, bangkitlah.
Mari bergerak bersama.
DIRI kita sendiri yang perlu mencari.
Sekarang bukan masa untuk mencari kesalahan tetapi masa untuk bergerak bersama.

______________________________________



the heart will keep crying.
the tears keep rolling down.
these are not tears of sadness.
but the tears of agony and pain.
the tears of missing HIM the almighty.
the tears of begging HIM to give me the best for everything.
it's not easy to wake up yourself.
to wake up the sleeping giant inside yourself.
yes,the potential inside you is a great sleeping giant.
do wake him up!!





No comments:

Post a Comment