Monday, March 7, 2011

Aku,Kau BerBEZA


kadang-kala kita akan rasa sangat bersemangat. Dan kadang-kadang juga semangat itu boleh jatuh merudum. Sehingga kita hanya boleh termenung. Merenung... Berfikir... Perkara tersebut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun bagi orang yang beriman, masa-masa begini boleh dijadikan masa untuk bermuhasabah diri. Merenung kembali hari-hari lepas yang dilalui. Buat evaluation. Seterusnya berfikir dan merancang untuk masa-masa akan datang. Maka semua waktu dalam hidupnya tiada yang sia-sia melainkan semuanya adalah berkualiti, baik di masa semangatnya tinggi atau ketika rendah.


Apa yang menyebabkan semangat kita lemah. Ada banyak sebab. Mungkin disebabkan diri kita sendiri, orang lain atau kerja. Sesungguhnya itu normal dalam kehidupan. Tinggal saja dia menyerlah atau tidak.


"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." (Ali-Imran:139)


Namun ayat al-Quran di atas memberi nasihat pada hati kita agar kita tidak berterusan dalam kelemahan dan kesedihan. Cuba kita bayangkan dia(al-Quran) datang pada kita (sesungguhnya al-Quran adalah sahabat bagi orang yang sentiasa bersamanya), dan memeluk kita serta mengucapkan kalimah di atas. InsyaAllah kita akan rasa tenteram kan? Dan akan bermotivasi kembali untuk meneruskan hari kita.


Dan ayat tu juga mengatakan, kita adalah orang paling tinggi darjatnya, jika kita orang yang beriman. Maka disini kita tafsirkan pada diri kita, bahawa kelemahan dan kesedihan itu datang sebagai untuk menguji kita.


Sikap orang beriman bila dia berhadapan dengan kemunduran dan kesedihan adalah dia bersabar, yang mana kita tahu orang yang sabar adalah tinggi darjatnya disisi Allah.


Seterusnya dia mengkoreksi kembali dirinya. Mengadu dirinya yang lemah kepada Allah SWT. Memohon keampunan pada Allah. Meminta kepada Allah agar ditunjukkan dimanakah salahnya. Memohon agar dikuatkan dirinya, diteguhkan imannya, dikuatkan kesabarannya, dilapangkan serta ditenangkan hatinya. Seterusnya memohon kepada Allah agar dikurniakan petunjuk untuk menghadapi masalah dalam hidupnya.


Maka tidakkah tindakan itu menambah dekatkan lagi diri kita kepada Allah? Sesungguhnya orang beriman itu mendapat banyak kebaikan dari ujian dalam hidupnya. Teringat satu lirik lagu, sesungguhnya:

Allah rindu mendengarkan, rintihanmu berpanjangan, Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi, Segala ujian diberi Maka bersyukurlah selalu the lagu .. Mestika.


Bangganya rasa bila dirindui... Sesungguhnya DIA sayang, maka DIA menduga. Sesungguhnya DIA rindu, maka DIA meminta kita kembali padaNya. Tiada yang lebih indah, dari belaian kasih sayang Allah.

Sedetik kemudian, muncullah Himmah 'Aliyah. Dengan senyumnya yang mempesona. Melambai-lambai agar mengejarnya. Bagai dunia dimiliki... Semangat yang sirna kini bersinar gemilang. Kaki yang berat kini dihayun cepat. Akal yang lesu tidak lagi membisu, ligat merancang dan mengatur. Maka hidup diteruskan dengan cemerlang. Itulah himmah 'aliyah...semangat yang tinggi.

Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja bukan? Tidak ketinggalan juga bagi seorang da'ei... Tapi kenapa dia sentiasa kelihatan bersemangat? Kerana dia punya basic yang kuat! Hatinya tegar, matlamatnya jelas, maka perjalananya insyaAllah teratur.

Duhai da'ei... sesungguhnya kamu pasti merasakan juga saat-saat begitu. Jangan dikatakan kamu tidak ada masa untuk berehat. Sesungguhnya kamu ada. Jadikan saat kelemahan itu satu kerehatan yang berkualiti. Ambillah waktu kerehatan itu untuk bermuhasabah dan menyusun kembali. Tapi sentiasa bersama sahabatmu(al-Quran). Kerana dia akan sentiasa menasihatimu.



No comments:

Post a Comment