Tuesday, October 12, 2010

Muhasabah Diri




KENAPA AKU DIUJI?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sajamengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan bolehjadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-
Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."- Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerahsempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."- Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-
Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."-
Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!"...


..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."- Surah Yusuf ayat 12

**** **** **** **** **** **** **** **** **** **** **** ****
p/s: (senyum pada diri sndri..)
Nikmat Tuhan yang manakah
yang hendak kamu dustakan??
"Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-gaLanya"
subhanaLLAH....
segala persoalan terjawab...
'maka mengapa kamu tidak berfikir?' -al-baqarah-

No comments:

Post a Comment