Saturday, October 2, 2010

Kesabaran


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ


Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (Anfal: 65)

Tapi, bila mana seseorang itu kurang persediaan (i.e dalam keadaan lemah) 100 orang bersamaan nilainya dengan 200 orang, yaitu 1:2.


الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا ۚ فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ


Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (anfal 66)

Kesimpulannya, begitu tinggi nilainya dan kekuatan yg ada pada orang2 yg bersabar. Kadang2, kita bila tengah marah, kita kena fikirkan balik kenapa kita perlu marah? Adakah sebab kita rasa kita mulia dan org memijak2 kemuliaan kita itu bila dia berbuat sesuatu pada kita? Adakah kita lebih mulia drp Rasulullah saw bila masa baginda dibaling batu di Thaif sehingga darah darp kepala banginda meleleh hingga ke kaki, dan dikatakan darah itu membeku sampai melekat kasut baginda. Malaikat yg menjaga gunung ketika itu offer utk menjatuhkan gunung kepada org2 yg berbuat begitu kepada baginda, tetapi apa kata Rasulullah saw? “Jangan, boleh jadi ada antara anak2 mereka yg akan memuliakan Islam…” Betapa tingginya akhlaq baginda, begitu berwawasan jauh, begitu pemaaf sehingga selepas itu lahir drp golongan tersebut pahlawan2 Islam, maaf saya lupa nama2 mereka.

Kita perlu mengikut contoh baginda. Allah befirman dalam al-Quran surah an-Nahl ayat 127,


وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ
Hendaklah engkau bersabar, sedang kesabaranmu itu hanya kerana keredhaan Allah.

Dan banyak lagi contoh yg ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah saw tentang sikap sabar, antaranya ketika baginda kembali ke rumah dan mendapati tiada makanan disediakan, maka baginda berkata beliau akan berpuasa, tiada keluhan, tiada leteran. Jauhnya dengan sikap kita sekarang yg suka mengeluh, komplen, siapa tuan, siapa hamba semuanya hilang. Sesungguhnya kata Allah, orang2 yg bersabar adalah golongan yg menjadi pemimpin,

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا
Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin2 yang membimbing mereka dengan perintah Kami,iaitu apabila mereka bersikap sabar. (As-Sajdah:24)

Semoga Allah menjadikan kita termasuk drp golongan mereka yg sabar. Dan terlebih pentingnya, sebagai seorang ibu, saya perlu menjadi seorang yg sangat sabar… lillahi ta’ala.

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Hanyasanya orang2 yg bersabar itu akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan (Az-Zumar:10).



No comments:

Post a Comment