Saturday, October 2, 2010

Ana Invisible

Dalam pergaulan sehari2, kadang-kala kita tak perasan tindakan kita yg mengguris perasaan orang lain, sehinggalah kadang2 benda yg sama terkena pada kita. Dan kadang2, tindakan kita pada orang lain yg tak kita perasaan, perlukan teguran. Dan kadang2, kita nampak perbuatan orang lain yg mengguris perassan seorang yg lain, dan kita tahu dia tidak perasan,.. dan bila kita ditimpa perakara begini, kita rasa serba salah samada perlu atau tidak megingatkan sahabat yg satu lagi…

Satu perkara yg ingin saya tulis pada ketika ini adalah tentang.. ditinggalkan. Pernah tak anda sedang berbual dgn seseorang, tiba2 datang orang ke-3, terus salam dan menegur dgn ramahnya kepada sahabat anda tapi dengan terang dan nyata tidak menegur maupun bersalam dgn anda? Pernah tak kadang2, anda dalam satu kumpulan orang berbual2, tiba datang seseorang, menegur semua dalam kumpulan itu kecuali anda? Bagai mana pula anda dalam satu kumpulan yg berbincang sesuatu, tapi mereka sibuk berbual tentang perkara yg terus-terang mengecualikan anda, contohnya sekumpulan doctors berbual pasal penyakit/kerja yg tidak anda fahami dan terus2 bercakap tentang benda2 camtuh tanpa tukar tajuk? Atau pula, contohnya, seseorang yg datang ke kumpulam yg anda sedang borak dengan, menjemput setiap org dlm kumpulan itu ke rumah/majlisnya tetapi tidak anda?

Saya pernah kena bebenda begini… sedih? Memang rasa sedih… Rasa menyoal diri sendiri pun ada, adakah aku ini seorang yg invisible? Atau, mengapakah orang tu tak terfikir lansung tentang orang yg di ignore (ditinggalkan). Mungkin org tuh tak perasan. Perkara yg sama juga pernah belaku pada rasulullah saw ketika baginda melayan seorang pembesar Arab dan meninggalkan seorang sahabat yg buta yg bernama ummu makhtum. Allah menegur tindakan nabi ini.. of course nabi seorang yg maksum dan mulia, tapi Allah mentaqdirkan nabi berbuat begini, supaya ayat tersebut boleh diturunkan untuk teguran buat kita semua.


عَبَسَ وَتَوَلَّى - أَن جَآءَهُ الاٌّعْمَى - وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّى - أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَى - أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى - فَأَنتَ لَهُ تَصَدَّى - وَمَا عَلَيْكَ أَلاَّ يَزَّكَّى - وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسْعَى - وَهُوَ يَخْشَى - فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّى - كَلاَّ إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُ

Dia memasamkan muka dan berpaling, Kerana dia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! -Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau dia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu, Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah); Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya. (Surah Abasa 1-12)


Degan orang yg buta, tidak nampak riak muka kita pun Allah larang kita drp bermasam muka dan tinggalkan dia, inikan dgn yg nampak...So, semoga selepas ini, semakin baik pergaulan kita dgn orang sekeliling. Semoga kita menjadi salah seorang yg dikatakan seperti dalam hadith nabi sebagai seorang yg selalu melazimkan dirinya dgn amalan2 yg mulia sehingga Allah menuliskan diri nya sebagai seorang yg mulia.

Semoga Allah tidak mematikan diri ini dalam keadaan lupa padaNya…

No comments:

Post a Comment