Wednesday, June 8, 2011

Mimpi



Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu ‘


KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.


Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
( Al-Mu’minun :1-3 )

Ketika kamu solat, anggaplah Allah di depanmu, syurga di kananmu, neraka di kirimu, malaikat Izrail di belakangmu dan kamu berdiri di atas rambut yg dikerat 7 menuju syurga.

senang tidak mesti bahagia,
susah tidak mesti gelisah,
kaya tidak mesti selesai masalah
miskin tidak mesti membuat masalah


berfikirlah, tapi jangan salah fikir;
merenunglah utk menginsafi,
bukan termenung yg tidak punya erti;
prihatinlah bukan sekadar perhati


Bersyukurlah kepada Allah atas kebaikan yang diberiNya,
Bersedihlah dengan dosa,
Bertenanglah dengan kesusahan,
dan ingatlah Allah setiap masa……

Hidup dengan cinta adalah hidup tanpa cita-cita. Cinta yang sebaik-baiknya adalah cinta yang bertalian dengan cita-cita. Cinta yang terbaik dari yang terbaik adalah menjadikan Tuhan sebagai cinta Agung dengan memperjuangkanNya dalam kehidupan.



Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.
Jika kamu bersabar, maka ia adalah lebih baik bagimu..

No comments:

Post a Comment