Tuesday, August 18, 2009

Sepanjang hari untuk mengujiku...

Hari ini (18 ogos 2009)...hari yang ana rasa cukup menyesakkan dada..dari pagi sampaikan ke malam, pelbagai ujian dan dugaan yang menimpa diri ana...serasa ana jatuh dan payah untuk berdiri memulakan langkah...

PERTAMA:

Bayangkan, kelas ana baru selesai program khidmat masyarakat...dan bila posmortem, pelbagai luahan dan rungutan mengenai program tersebut...ada yang tak puas hati, dan tak kurang juga mencari kesilapan orang lain. Ana hanya duduk memerhati sehingga akhirnya ana bersuara...bersuara sehingga hmpir menitis air mata...

Ana sangat kecewa dengan sesetengah individu yang hanya memandang perkara ini hanya program dan markah subjek semata. Seolah-olah langsung tak mengambil hikmat di sebalik semua ujian untuk menjayakan program tersebut...Biasalah, tidak ada siapa yang sempurna dalam dunia ni..semua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing...memang adat berprogram, pastinya akan penat...tapi, kenapa harus mengeluh sepanjang masa tentang kepenatan tu...ana sepanjang menguruskan program, ana kurang sihat...sehingga 2 hari terakhir ana terpaksa dirawat di hospital sebab demam ..alhamdulillah, ana dibenarkan pulang...tapi, tak ada sorang pun exco yang tahu tentang kejadian tu...fikir-fikirkan, setiap apa yang kita lakukan perlukan pengorbanan...dan perlu ingat, nasihat dan teguran dari sahabat itu sebenarnya sangat berguna untuk pembentukan diri kita kelak...

kedua:

Petang seperti biasa, study di library...ana teringat assmnt yang perlu dihantar...ana ulang alik ke bilik lecturer 2 3 kali...tetap tak ada...yang paling memenatkan, assmnt tu perlu dihantar by hand, kalu tak,lecturer reject...ana tak dapat fokus study...macam-macam yang ana bayangkan...terasa kepala semakin berat dan dada semakin sesak...ana beristighfar beberapa kali...akhirnya, ana pergi meja paling hujung dan berehat...ana pandang nota-nota ana dengan pandangan yang kosong...dalam hati, esok ada 2 test....tapi, kenapa hari ini aku diuji dan terus diuji...(sebak..)

Ketiga:

Disebabkan badan yang mula rasa sakit dan kepala yang sangat pening, ana buat keputusan tidur di kampus. Actually, ana ingat ada mting persatuan..ana dengan semangatnya pergi tanya sahabat ana tempat mting malam ni...tapi jawapan yang ana dapat, sangat menambah rasa kecewa dalam diri ana..."mting mlm nie x de, tangguh hari ahad....Z*** tak g tahu semua ker??...ana duduk menyandar di dinding...hati sekali lagi terguris kecewa...

malam nie ana tidur di bilik k.Ros..kolej Zamrud....sekali lagi ana diuji..tiba-tiba UPK buat spotcheck mengejut dari bilik ke bilik...ana yang kebetulan duduk seorang terkejut apabila pintu bilik dibukak...ana sangat terkejut dengan tindakan seseorang yang mungkin tak tahu hak privacy orang lain... ana disoal..memandangkan ana non resident, pelbagai pertanyaan yang perlu dijawab, dan yang paling menyakitkan hati...ana dituduh duduk secara illegal bilik tu...pelbagai cara ana cuba untuk terangkan dekat pihak pengurusan tu tentang "kebetulan" ana tumpang tidur bilik tu malam nie...At last, pengawai UPK datang dan ana diminta pergi ke pejabat... tetapi, mungkin ALLAH lembutkan hati pegawai tu, ana dilepaskan....Sakit dan sedihnya hati ketika tu...

Terakhir:

Ujian untuk hari nie yang sangat menguji ana ialah past sem question ana hilang...tu latihan yang sangat penting bagi ana...ana yang baru ada semangat nak study tiba-tiba diuji lagi...banyak kali ana check fail dan beg ana, tetap tak ada..Jam pukul 11.25 p.m...ana nekadkan diri untuk pergi ke masjid...lebih kurang 10 mnt berjalan...hati ana sentiasa mengharap nota tu ada di masjid...sepanjang perjalanan, ana call K.Yong sarawak... sampai-sampai di masjid, ana cari di setiap tempat..ternyata, nota tak ada...Ya ALLAH, ujian demi ujian hari ini yang hambamu ini tempuhi...tapi, bantulah Ya ALLAH untuk memberi jalan keluar untuk ujian yang satu ini...

Ana sebak yang teramat...cuba untuk mengawal nada percakapan dengan k.yong...tapi sebenarnya, ALLAH je yang tahu betapa luluh, sakit dan letihnya hati ini menanggung dugaan sepanjang hari ini...

sekarang, 2.30 a.m...masih study dan rehat untuk menaip entry nie...ana perlu korbankan waktu tidur ana hari ini, untuk test pagi esok...

"YA ALLAH, HANYA ENGKAU YANG MENGETAHUI BAGAIMANA HATI HAMBAMU INI SEKARANG...AKU CUBA UNTUK KUAT...DAN KEKUATANKU ITU HANYA DI SISIMU...ENGKAU KURNIAKAN KEKUATAN ITU YA ALLAH...WALAUPUN HANYA SECEBIS..HAMBAMU SANGAT MEMERLUKAN...TIDAK ADA KEKUATAN SELAIN DARIMU..."

Saturday, July 18, 2009

Hikmah Community Service...

Community Service adalah program wajib untuk semua student yang ambik subjek "PERSONAL DEVELOPMENT"..dengan matlamat agar student dapat belajat tentang kerja berkumpulan dan dari segi kepimpinan dalam berorganisasi. 20% dari assesment mark..banyak jugak tu... ana dilantik menjadi setiausaha program.. satu pengalaman baru tapi agak memenatkan. Segala surat dan urusan harus disegerakan. Jumpa lecturer untuk setiap perkembangan, minit mesyuarat dan lain-lain.

kali ini, CS akan berlangsung 9/8/2009..membersihkan tanah perkuburan Kampung Lubuk Batu dan masjid. hari nie (24/7/2009) pelbagai urusan telah dilakukan..

8 - 10pg : kelas


10 - 12tgh hari : kelas

2 - 4ptg : pergi tanah perkuburan dan masjid Batu Anam. (dalam masa yang sama, ana tercari-cari rumah PakCik Ariffin kat situ)..disebabkan kawasan yang besar, kami batalkan niat untuk buat CS kat situ.

4 - 5ptg : Tempah T-Shirt kelas

5 - 7ptg : pergi tanah perkuburan Kampung Lubuk Batu

Begitulah keadaan ana hari ni. Tersibuk dengan urusan CS. Penat yang teramat dan kekadang terganggu emosi..alam degree ni memang memenatkan. Assigment yang sentiasa bertambah. Presentation boleh dikatakan setiap hari dan minggu. Memang terasa badan yang sangat penat tambahan ada beberapa perkara yang perlu ana selesaikan juga.

Sekarang, jadual yang ana create awal sem dulu mungkin dah boleh dibuang. sebab banyak masa yang dah tersasar. Sekarang ana kena bahagikan masa ana sebaiknya..harap2 selesai mengikut waktunya...

Tadi, di tanah perkuburan..memang terasa...satu perasaan yang mungkin dikatakan menginsafkan..sempat bermuhasabah diri sebentar...

Memang hakikatnye, suatu hari nanti kita akan kembali jua kepadaNya. Tuhan yang menghidup dan mematikan. Hati ana terdetik, adakah bekalan ana cukup untuk menempuh perjalanan di SANA..bagaimana pengakhiran hidupku nanti?

Mungkin kita menganggap amal kita cukup banyak dan mantap..kita mempunyai ilmu agama yang tinggi..kita solat 5 waktu sehari semalam belum ditambah lagi dengan amalan2 sunat yang lain..menganggap diri kita cukup bagus daripada orang lain...

Alangkan malangnya kita sekiranya mempunyai rasa demikian. Sungguh..benar2 tertipu dengan diri sendiri. Kita tidak mengetahui adakah amalan kita diterima atau tidak? adakah kita tidak pernah melakukan dosa dengan manusia lain? atau mungkin dalam ibadah kita, kita sering melakukan kesilapan yang mungkin menambah dosa tanpa kita sedari..

Ana memerhati kawasan sekeliling perkuburan tersebut. Tenang dan sunyi..ana terdetik lsgi, bagaimana keadaan di bawah sana..adakah setenang di bumi atau sebaliknya? hampir saja ana menangis, tetapi memandangkan rakan sekelas tgh berbincang, ana tahan perasaan itu...

Sungguh..ana benar-benar takut dan gerun..bagaimana nasibku nanti? adakah amalanku yang berat atau sebaliknya...

Tambahan, mungkin sekarang ana kurang sihat. Memang, dah lama rasanya ana tak rehat secukupnya. Hampir 12 jam diriku di kampus. 7pg - 6ptg...malam dengan aktiviti yang lain..study, assigment dan lain2..terasa badan selalu lemah dan sangat letih. Tapi, cuba untuk mempositifkan diri. Moga ada hikmah di sebaliknya (sememangnya ada)...

Moga aktiviti CS ni dapat berlangsung dengan baik..dari segi dalaman dan luaran. Sentiasa berdoa, moga sahabat2 ana yang lain dapat something dengan program mcm nie..ana yakin, sahabat sekelas ana mampu untuk memperbaiki diri untuk jadi hamba ALLAH yang lebih baik..




Mabuk Dalam Cinta terhadap ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,

"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi,


"Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,

"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T,


"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata,


"Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Tenang Jiwa

BERBAGAI cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, muzik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak pinak, bermain, makan minum, pakai dan sebagainya. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan”.
(Surah Al-An‘am: 32)

FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan”.
(Surah Al-Ruum: 21)

Dengan adanya ketenangan jiwa akan memudahkan seseorang itu mengingati Allah dan melakukan ibadat kepadaNya kerana tujuan asal manusia itu diciptakan ialah untuk sentiasa menyembah Allah Subahanahu wa Ta‘ala. Hal ini ditegaskan oleh Allah Subahanahu wa Ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”
(Surah Al-Zariat: 56)

Sebagai orang Islam kita hendaklah memahami jalan-jalan yang mesti diikuti dalam mencari hiburan. Al-Qur‘an ada megingatkan kita bahawa orang yang mengutamakan perkara-perkara yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan dirinya dan menyesatkan orang lain akan mendapat azab yang menghinakan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.
(Surah Luqman: 6)

Sifat suka kepada hiburan atau permainan yang melalaikan itu adalah antara paradigma orang bukan Islam. Ini digambarkan oleh firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)”.
(Surah Al-A‘raf: 51)

Orang bukan Islam itu lebih menyukai hiburan dunia yang bertapak semata-mata pada nafsu kerana dunia adalah matlamat hidup mereka seperti juga yang digambarkan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya :

“Dan tentulah mereka akan berkata pula: “Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati”.”
(Surah Al-An‘am: 29)

Sifat hiburan yang mereka sukai itu bukan sahaja melalaikan dan mempesonakan, bahkan lebih banyak membawa kepada perkara-perkara maksiat dan mungkar yang terang-terang menentang kehendak hukum syarak. Apa yang lebih menyedihkan hiburan sedemikian turut menjadi ikutan dan sajian orang-orang Islam yang sepatutnya menolak segala unsur-unsur mungkar dan maksiat itu. Mereka turut terkeliru dengan pujuk rayu orang-orang yang bukan Islam yang mempamerkan hiburan-hiburan palsu sebagai jalan untuk menenangkan jiwa. Namun ketenangan itu cuma seketika, selepas itu kesusahan akan datang kerana ia bertunjangkan fantasi, angan-angan dan khayalan semata.
Inilah persepsi yang difahami oleh sebahagian masyarakat sekarang. Sedangkan maksud hiburan itu sendiri lebih luas .

Friday, July 17, 2009

Mujahidah Sejati


Mujahidah sejati,
intan permata hias rumah kota
Seindah pelangi di cerekawala
Menghiasi taman indahnya taman
Mujahidah sejati
Engkau serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri subur dgn iman & ketaqwaan
Mujahidah sejati
Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza krn diasuh iman dan taqwa
Mujahidah sejati
Berbekalkan al-qur’an dan al-sunnah
Bersulamkan pengorbanan
Bias mengegarkan dunia
Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yg abadi
Mujahidah sejati
Meneruti langkah khatijah dan fatimah
Menjadi muqarabiin bermujahadah
Menerusi cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama disisi Tuhan
Cuma ibadah yg membezakan
Wanita solehah disisi Allah
Berhati2lah hasutan dunia
Kerana ia menbahaya
Jangan dibiarkan ia bertapak dlm diri akibatnya dosa

Thursday, July 16, 2009

Change..


Setiap manusia pastinya diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Tak kiralah dari segi kesakitan, kebahgian, kemewahan, kematian orang tersayang dan sebagainya. Adakah orang tidak siuman itu tidak bermasalah?..jawapannya pastilah tidak.

Hidup ini akan sentiasa diuji..diuji…dan diuji…Senang mulut berbicara tetapi bagaimana dengan pelaksanaannya..ana pernah bertanya tentang perkara ini bersama ustazah ana. Ustazah ana memberi pandangan, tukarkan keadaan itu kepada arah yang positif. Contohnya, apabila dirimu diuji dengan pelbagai ujian, belajarlah didik dirimu supaya sentiasa yakin kepada Tuhanmu. Sebenarnya pelbagai ujian menunjukkan kasih dan sayangnya Dia kepada kita. Kenapa perlu mengeluh dan mencari-cari kesilapan padahal pelbagai nikmat lain yang kita miliki..

Yakinlah, bahawa hanya sedikit sahaja nikmat yang Dia tarik…dan pastinya ujian itu akan disertai dengan ganjaran. Aturan hidup ini sangat menarik. Pabila kita berada di atas, itu juga ujian…dan apabila kita di bawah, itu juga ujian..kenapa??..sebab Dia ingin melihat siapakah hambaNya yang bertaqwa…

Ustazah ana menambah, dari mana datangnya nikmat-nikmat yang kita rasa sekarang?..kita pasti menjawab, dari Allah…adakah kita bersyukur dan menggunakan nikmat-nikmat itu ke jalan yang betul??...tepuk dada Tanya iman..dan dari mana pulak datangnya ujian dan dugaan itu??..Ia tentulah dari ALLAH juga.. kenapa kita terus mengeluh dan berputus asa..bukankah bersama ujian itu ada kemudahan..seperti penyakit yang mempunyai ubatnya..

Sabarlah wahai diri yang diuji…sungguh disebaliknya terdapat banyak pengajaran..Kenapa kita merasa keseorangan? Kerana Dia ingin kita letakkan lebih tinggi pengantungan hanya kepadaNya..kenapa kita dapat sesuatu yang kita tak suka?..sebabnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita…

Yakinlah, nikmat disebalik ujian itu lebih banyak dari ujian dan dugaan itu sendiri..tukarlah ujian itu menjadi nikmat..nikmat yang sangat manis..manis yang seperti madu..yang dapat menyembuh pelbagai penyakit…

Berfikirlah wahai insan, kenapa sahabat menangis apabila diri mereka tidak diuji???

Kenapa kita lebih senang dan bahagia apabila diri tidak diuji dan apabila diuji, kita mengeluh dan berputus asa??

Kita mengaku beriman, tetapi begitukah sikap kita pabila diuji?? berkeluh kesah dan sebagainya..

Ana: Itulah sedikit sebanyak perkongsiaan yang ana dapat dari ustazah ana..part yang paling ana suka, apabila ustazah memberi soalan untuk ana berfikir sepanjan kehidupan ana...Dari mana datangnya semua ujian itu? Adakah ia muncul sendiri tanpa ada si pengaturnya??...dan ana sampai sekarang sangat terkesan dengan soalan itu..walau apapun yang berlaku, lekaslah kembalikan semuanya kepadaNya, pentadbir sekalian alam....


Sunday, July 5, 2009

Terkini

Alhamdulillah...

Syukur Ya Allah diatas segala nikmatMu...

HambaMu ini tersangat bersyukur..

Kini aku semakin mengerti nikmat disebalik ujian-ujianMu...

Dan diriku semakin yakin bahawa ENGKAU SELALU BERIKAN YANG TERBAIK..

Biar pun hati sering merintih...

Tiada apa yang dpt ku dambakan lagi..

selain MARDHATILLAH Mu....

Friday, July 3, 2009

Cahaya Di Wajah Ummat

Baru-baru ni, ana banyak menghabiskan masa ana untuk membaca bahan tarbiyyah dalam laptop ana. Salah satunya tulisan dari KH RAHMAT ABDULLAH yang bertajuk “UNTUKMU KADER DAKWAH”
_______________________________________________________

Dalam satu kesatuan amal jama’i ada orang yang mendapatkan nilai tinggi karena ia
betul-betul sesuai dengan tuntutan dan adab amal jama’i. Kejujuran, kesuburan,
kejernihan dan kehangatan ukhuwahnya betul-betul terasa. Keberadaannya
menggairahkan dan menenteramkan. Namun perlu diingat, walaupun telah bekerja
dalam jaringan amal jama’i, namun pertanggungjawaban amal kita akan dilakukan di
hadapan Allah SWT secara sendiri-sendiri.

Karenanya jangan ada kader yang mengandalkan kumpulan-kumpulan besar tanpa
berusaha meningkatkan kualiti dirinya. Ingat suatu pesan Rasulullah SAW:

Man abtha-a bihi amaluhu lam yusri’ bihi nasabuhu
(Siapa yang lambat beramal tidak akan dipercepat oleh nasabnya ).

Makna tarbiah itu sendiri adalah mengharuskan seseorang lebih berdaya, bukan terus menerus melekat dan tergantung pada orang lain. Meskipun kebersamaan itu
merupakan sesuatu yang baik tapi ada saatnya kita tidak dapat bersama, demikian
sunahnya.

Sebab kalau mahu, para sahabat Rasulullah SAW boleh saja menetap dan
wafat di Madinah, atau terus menerus tinggal bermulazamah tinggal di masjidil
Haram yang nilainya sekian ratus ribu atau di Masjid Nabawi yang pahalanya sekian
ribu kali. Tapi mengapa makam para Sahabat tidak banyak berada di Baqi atau di
Ma’la. Tetapi makam mereka banyak bertebaran jauh, beribu-ribu batu dari negeri
mereka.

Sesungguhnya mereka mengutamakan adanya makna diri mereka sebagai perwujudan
firman-Nya:

Wal takum minkum ummatuy yad’una ilal khoir.
Atau dalam firman-Nya: Kuntum khoiro ummati ukhrijat linnasi
(Kamu adalah sebaik-baiknya ummat yang ditampilkan untuk ummat manusia.
Qs. 3;110).

Ummat yang terbaik bukan untuk disembunyikan tapi untuk ditampilkan kepada seluruh ummat manusia. Inilah sesuatu yang sangat perlu kita jaga dan perhatikan. Kita semua beramal tapi tidak larut dalam kesendirian. Hendaklah ketika sendiri kita selalu mendapat cahaya dan menjadi cahaya yang menyinari lingkungan sekitarnya.

Jangan ada lagi kader yang mengatakan, saya jadi buruk begini karena lingkungan.
Mengapa tidak berkata sebaliknya, karena lingkungan seperti itu, saya harus
mempengaruhi lingkungan itu dengan pengaruh yang ada pada diri saya. Seharusnya
dimanapun dia berada ia harus berusaha membuat kawasan-kawasan kebaikan,
kawasan cahaya, kawasan ilmu, kawasan akhlak, kawasan taqwa, kawasan al-haq,
setelah kawasan-kawasan tadi menjadi sempit dan gelap oleh kawasan-kawasan
jahiliyah, kezaliman, kebodohan dan hawa nafsu.

Demikianlah ciri kader, dimanapun dia berada terus menerus memberi makna kehidupan. Seperti sejarah da’wah ini, tumbuh dari seorang, dua orang kemudian menjadi beribu-ribu atau berjuta-juta orang.

Sangat indah ungkapan Imam Syahid Hasan Al Banna,

"Antum ruhun jadidah tarsi fi ja-sadil ummah".
Kamu adalah ruh baru, kamu adalah jiwa baru yang mengalir ditubuh ummat, yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan Al-Qur’an.



Jangan ada sesudah ini, kader yang hanya mengandalkan kerumunan besar untuk
merasakan eksistensi dirinya. Tapi, dimanapun dia berada ia tetap merasakan sebagai
hamba Allah SWT, ia harus memiliki kesadaran untuk menjaga dirinya dan taqwanya
kepada Allah SWT, baik dalam keadaan sendiri maupun dalam keadaan terlihat
orang. Kemanapun pergi, ia tak merasa kesunyian, tersudut atau terasing, karena
Allah senantiasa bersamanya. Bahkan ia dapatkan kebersamaan rasul-Nya, ummat
dan alam semesta senantiasa.

Kehebatan Namrud bagi Nabi Ibrahim AS tidak ada artinya, tidaklah sendirian.
ALLAH bersamanya dan alam semesta selalu bersamanya. Api yang berkobar-kobar
yang dinyalakan Namrud untuk membinasakan dirinya, ternyata satu kekuatan
baginya dalam menunaikan tugas pengabdian kepada ALLAH. Alih-alih dari
menghanguskannya, malah menjadi

"bardan wa salaman"
(penyejuk dan penyelamat).

Karena itu, kader sejati yakin bahwa Allah SWT akan senantiasa membuka jalan bagi pejuang
Da’wah sesuai dengan janji-Nya,

In tansurullah yansurukum wayu sabit akdamakum
(Jika kamu meno-long Allah, Ia pasti akan menolongmu dan mengokohkan langkah kamu)

Semoga para kader senantiasa mendapatkan perlindungan dan bimbingan dari Allah
SWT dilawan derasnya arus dan badai perosak ummat.

Kita harus yakin sepenuhnya akan pertolongan Allah SWT dan bukan yakin dan percaya pada diri sendiri. Masukkan diri kedalam benteng-benteng kekuatan usrah atau halaqah tempat Junud Da’wah melingkar dalam suatu benteng perlindungan, menghimpun bekal dan amunisi untuk terjun ke arena pertarungan Haq dan bathil yang berat dan menuntut
pengorbanan.

Disanalah kita mentarbiah diri sendiri dan generasi mendatang. Inilah sebahagian
pelipur kesedihan ummat yang berkepanjangan, dengan munculnya generasi baru.
Generasi yang siap memikul beban da’wah dan menegakan Islam. Inilah harapan baru
bagi masa depan yang lebih gemilang, dibawah naungan Alquran dan cahaya Islam
rahmatan lil alamin.

Tuesday, June 30, 2009

Doa kekuatan hati...

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya
Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang
tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda

Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan
kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran

Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya
Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami

Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada
kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala
kasih"

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu
Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang
menenggelamkan dunia
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang
marak menyala
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan
laut yang mengancam nyawa
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,
dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara
Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan
dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-
Mu murka

Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya
Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan
yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami
Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal
usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu
Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang
memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis
dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,
ummatku ummatku

Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua
kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan
kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami
da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami

Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai
kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

SELAMAT JALAN MUJAHID DAKWAH. MURIDMU, KADER-KADERMU
AKAN MENERUSKAN CITA-CITA DAN PERJUANGANMU

Tuesday, June 16, 2009

Lembutnya Hati si Kecil..


Ana ingin berkongsi 1 pengalaman menarik sepanjang ana duduk di rumah bersama-sama dengan adik ana yang tersayang dan ter “comel” NUR’AINA Bt Muhamad Zahari…

Mungkin ini salah satu kelebihan orang yang lahir bulan November. Selalunya orang yang lahir dalam bulan ni selalu kuat berfikir macam ana. Ana selalunya akan memerhati sekeliling yang boleh dikaitkan dengan kebesaranNya. Sebab alam ini juga salah satu tarbiyah daripadaNya.

Sememangnya hati kanak-kanak seperti aina masih bersih tanpa sebarang dosa. Fikrahnya masih terjaga dan seolah-olah mengenal siapa penciptanya. Kenapa ana berkata demikian? Sebabnya, ana selalu memerhatikan gelagat aina di rumah. Selalunya sekiranya ana berada di rumah, ana lebih cenderung membuka siaran Islamik di astro seperti aosis. Dan memang 1 jam sebelum waktu solat akan ada zikir2 dan selawat2. Aina yang leka dan gembira bermain serta-merta akan palingkan mukanya menghadap tv sekiranya terdengar bacaan quran, zikir, selawat dan lain-lain. Aina akan jadi budak yang sangat baik dan pemdiam seolah-olah betul-betul mengamati bacaan berkenaan. Pada mulanya ana sendiri tak perasan, tapi dah lama-lama ana mula memahami dan berfikir. Subhanallah, betapa bersihnya hatimu wahai adik.

Pernah 1 ketika ana ingin melihat reaksi aina antara rancangan islamik dan cartoon. Selalunya kita sering berfikir kanak-kanak sangat mengemari cartoon daripada rancangan yang lain. Memang tak dinafikan kebenarannya. Ana tetap ingin menguji aina.Dan ternyata aina sekali lagi seperti tadi. Walaupun ana buka cerita cartoon yang paling best ana rasa, aina akan tengok lebih kurang 5 minit je dan ia akan mula rasa bosan dan bermain ke tempat lain. Tapi kalau ana buka rancangan islamik yang ada alunan zikir dan lain-lain, aina akan duduk sampai habis.subhanallah…sekali lagi ana berasa kebesaranNya.

Benarlah, kanak-kanak itu ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkannya. Kitalah juga penentu acuannya. Acuan apa yang kita sendiri sandarkan. Sekiranya baik acuannya maka baik lah hasilnya dan sebaik- baik acuan ialan yang berteras dan berlandaskan syariat Islam.


Dan untuk adikku aina, insyaALLAH, kakakmu akan memberi didikan agama secukupnya untukmu. Doaku moga dirimu juga akan menjadi pewaris kepada perjuangan ini suatu hari nanti.

Monday, June 15, 2009

Perhatian...

"jika kamu letakkan hatimu diakhirat, pasti kamu akan bahagia didunia dalam reda. Tetapi, jika kamu letakkn jiwa mu hanya pada dunia, maka kamu akan merasai pahit maungnya hati yg tidak berkesudahan"

Syukran kepada si pengirimnya. kata-kata tersebut sekurang-kurang membantu diri ana yang tengah didalam dilema dan kesedihan. mencari-cari kekuatan diri dan dalam masa yang sama meyakinkan diri bahawa aturanNya pasti yang terbaik. kepada sahabat2 yang mungkin menghantar sms or call yang tak terjawab dan terbalas, maaf ana mohon. (memerlukan sedikit waktu untuk bersendirian dan mengumpul sedikit kekuatan untuk menempuh hari mendatang. berusaha untuk mempositifkan diri tanpa ada sebarang pengaruh dan gangguan)
walau bagaimanapun, ana sangat menghargai keprihatinan antum semua..uhibbuki fillah..



Friday, June 12, 2009

Peringatan Penting!!


Tiada apa yang perlu diragui lagi..Semuanya adalah pasti..pasti akan ada..pasti akan tiba masanya..sejauh mana persediaan kita?? sudah cukupkan bekalan kita untuk "perjalanan" yang berikutnya??

Mood: Bermuhasabah Diri..

Lirik Yang mengambarkan diri Ini!!


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Sekadar Renungan...

Alhamdulillah...

Syukur...result exam telah diketahui..terasa hilang segala kegelisahan di hati. Ternyata, ana grad on time. Syukur Ya Allah di atas segala nikmat yang telah engkau berikan. Walaupun result yang diperolehi ana biasa-biasa sahaja, tetapi cukuplah sekiranya ia dapat mengembirakan hati keluarga ana..

Ana ingin mengajak antum semua berfikir sejenak mengenai pelajaran dan perjuangan...ana selalu terfikir dan berdoa,

“Ya Allah, janganlah kerana gagal dan lemahnya aku dalam pelajaran, menjadi fitnah terhadap perjuanganku ini....”

Sebenarnya, dalam perjuangan menuntut pelbagai pengorbanan. Tidak kiralah samaada dari segi kewangan, perasaan, hati, kepenatan dan sebagainya,. Begitu juga dalam pelajaran. Usahlah menganggap perjuangan ini seperti jongkang jongkit..umpamanya seperti ini..kita menggangap kiranya kita tidak melakukan gerak kerja Islam, pelajaran kita akan cemerlang dan begitu juga sebaliknya...

Bagi ana, pelajaran bukanlah alasan yang kukuh untuk kita tinggalkan gerak kerja Islam..ustazah ana pernah berpesan semasa ana betul2 lemah dan kecewa dengan result ana..” Mujahadah sejati mestilah berilmu dan mempunyai keyakinan yang kuat tentang janji Tuhannya yang 1”...semenjak daripada itu ana berfikir dan tercari-cari makna kata-kata ustazah tersebut..akhirnya, ana menemui jawapannya...

Jelas, mungkin kita tidak seperti pelajar yang lain yang mempunyai banyak waktu untuk mengulang kaji dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah tetapi pernahkah antum berdepan dengan situasi sebegini...

“walaupun antum banyak menghabiskan masa dengan usrah, meeting persatuan, siapkan risalah program, buat aktiviti Islamik di kampus tetapi antum seolah-olah mempunyai masa untuk siapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah bah kan lebih awal menghantarnya dan dapat jawab test dengan baik dan kadang kala result yang antum perolehi lebih kurang sama dengan pelajar lain, sedangkan mereka lebih banyak masa terluang untuk semua itu???....”

Bagi ana, sekiranya kita bantu agama Allah, Dia akan Bantu kita dalam pelbagai cara dan keadaan. Janganlah kita menganggap, lebih banyak usaha kita, lebih baik markah yang kita perolehi..tetapi bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha tetapi janganlah meletakkan usaha itu segala-galanya tetapi Redha Allah yang penting terhadap semua usaha yang telah kita lakukan...

Seorang ustaz pernah memberitahu pelajarnya di dalam kelas, sebenarnya Allah lah yang mengerakkan hati dan tangan para pensyarah untuk menentukan sama ada pelajarnya akan mendapat keputusan baik mahu pun tidak...Jadi..dimanakah letakkannya keyakinan dan tawaqal kita??..

Sebenarnya apa yang ana kongsikan ini sebenarnya mem”reflect” diri ana sendiri. Ana sentiasa meletakkan pelajaran adalah priority utama ana. Tak kisahlah sama ada ana sibuk berpersatuan atau tidak. Bagi ana pelajaran dan perjuangan mestilah di atas level yang sama... Mungkin jadual kita tidak sama dengan pelajar yang lain. Mungkin kita terpaksa korbankan waktu tidur kita..Mungkin usaha kita lebih banyak untuk meng”cover” semua palajaran kita yang tertinggal..Mungkin kita kena habiskan banyak masa bersama pensyarah...dan sebagainya...mungkin sesetengah orang menganggap ini amat penat dan letih kerana seperti terkejar-kejar, tapi bagi ana semua itu tidak penting..Yang penting apa yang kita lakukan mestilah jelas matlamatnya. Dan paling asas sekali ialah niat kita.

“setiap perkerjaan itu bergantung dengan niatnya”

Sekiranya niat kita melakukan sesuatu segalanya kerana Allah dan meraih redhaNya nescaya Dia akan sentiasa membantu hambanya. Pernah ana mengikuti satu sesi motivasi di kampus, penceramah tersebut ialah seorang individu yang sangat cemerlang dari segi akademik dan kerjaya. Bila ditanya rahsia kecemerlangannya, beliau memberitahu sebenarnya sebelum beliau memulakan sesuatu pekerjaan, beliau akan beristighfar dan memohon kepada Allah supaya mengampuni dosanya. Kerana beliau bimbang sekiranya dosanya itu menghalang beliau memahami pelajarannya. Dan beliau menambah, hati ini memainkan peranan yang penting. Jangan sesekali berburuk sangka kepada individu yang akan memberikan ilmu kepada kita dan berdoalah selalu untuk kesejahteraan insan di sekeliling kita. Baginya, doa itu adalah segala-galanya dan sangat yakin itulah senjata orang mukmin..Ana sangat kagum dengan penceramah tersebut. Sangat merendah diri kerana beliau berkali-kali sebut bahawa semua yang beliau perolehi adalah pinjaman semata-mata dan suatu saat nanti ia akan dikembalikan dan tanpa izin dari-Nya, mana mungkin beliau akan memperoleh kejayaan yang sedemikian.

Ana merenung diri seketika. Ana akui kadang kala hidup kita dipengaruhi oleh persekitaran dan emosi kita. Mungkin asalnya niat kita belajar adalah kerana Allah, tetapi sampai 1 tahap kita akan mudah berfikir bahawa apa yang kita lakukan adalah untuk mengembirakan hati keluarga kita. ..macam mana cara penyelesaiannya??,..bagi ana, “refresh” lah niat kita sekerap yang mungkin..mohon kepada-Nya moga kita tetap terus istiqamah.. janganlah menganggap perjuangan itu menganggu gugat pelajaran kita, tapi anggaplah perjuangan itu sebagai pembakar semangat kita untuk terus berjaya dengan cemerlang. Mukmin yang sejati tidak akan memberi ruang kepada orang lain memberi fitnah terhadap perjuangannya tetapi ia akan berkorban asalkan perjuangannya itu terpelihara...

Perjuagan Vs Pelajaran = tiada bezanya kerana kedua-duanya dikira jihad jika betul niatnya. Jadi, marilah bersama-sama perbetulkan niat dan luaskan pandangan. Jihad boleh dalam pelbagai bentuk dan keadaan...

Ayuh, perbaiki diri!!!

Wednesday, June 10, 2009

Moga Kejayaan Milik Kita

Dup...dap...dup...dap...

Debaran mula terasa, tinggal beberapa jam dari sekarang, result exam akan kluar...Ana sedikit keresahan memandangkan result ini yang akan menentukan sama ada ana GRAD ON TIME atau x...

Kepada sahabat2, adik2 UiTM,...

Moga Kejayaan Milik Kita Semua yer...

**contact2 lh akak kalau dah tahu keputusan...huhu...

Mood : Menenangkan diri...