Monday, January 9, 2012

Update Nenek part.2



YaAllah, kuatkan hatiku YaAllah...

Harus pada siapa lagi untuk aku meminta selain dariMu...

Ringankan ujian ini untukku...

YaAllah, jadikan cinta dan sayangku ini hanya cinta agung dan sayang padaMu...




Saturday, January 7, 2012

Update Nenek part.1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Rasa lemah menyapa diri ana ketika ini. Memang, ujian yang datang menerpa ini kadang membuat ana rebah dan tersungkur. Ujian yang satu, mampu membuat ana hilang arah.

Selepas ana muhasabah diri ana kembali (setelah emosi hampir stabil selepas 2 3 hari tangisan tanpa henti) terdetik di hati ana, sikap lemah,rebah dan tersungkur ana seperti tiada harapan pada hari esok. Tenaga yang masih tersisa seakan hilang entah ke mana.

Dulu, ana sering kali ana memberi nasihat pada ukhti yang ditimpa masalah atau musibah..

"bersabar lah ukhti, pasti ada hikmahNya..."
"bersabar lah, positifkan diri, DIA Maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..."

Itu kata-kata motivasi dan positif yang sering ana guna dan suntikan pada ukhti atau sahabat-sahabat ana di luar sana. Namun,bila ana berdepan dengan ujian yang amat berat untuk ana hadapi,seakan kata-kata itu tidak punya kesan apapun pada diri ana. Keyakinan yang selama ini ana pegang dan pasakkan pada hati "hampir" tergoyah kembali.

Lantas, deraian air mata melaju tak kala tangan ana tadahkan padaNya.
Tak kala ana bersujud padaNya
Tak kala ana membaca ayat-ayatNya
Tak kala ana memandang tepat pada wajah nenek...

"Ya Allah, hambamu ini memohon padaMu...Jagalah keimananku, kuatkan keyakinan, mantapkan ketabahan dan kekuatan atas setiap ketentuanMu. Jadikan aku hamba yang sentiasa redha dan ikhlas pada semua perancanaanMu. Ya Allah, jangan pernah engkau biarkan hidayah dan cahaya iman yang telah menyapa pada diriku ini tergoyah akan ujian yang berat ini. Ya Allah, aku takut Ya Allah. Aku takut sayangku pada manusia ini (nenek) melebihi sayangku padaMu dan rasulMu. Aku takut ya Allah jika aku melampaui batas sehinggakan aku lupa bahawa engkau yang maha berkuasa di atas sesuatu. Ya Allah, aku yakin semua ini di dalam perancanaan Mu, maka bantulah hamba Mu ini untuk terus kuat, tabah dan cekal... "

Air mata terus melaju bersama pengharapan kepadaNya...Kerana ana yakin, bahawa kita sedikitpun tidak punya daya jika DIA tidak mengizinkannya. Dan yang paling utama, ujian ini datangnya dari Allah maka kepada siapa lagi harus ana kembalikan jika tidak kepada DIA Yang Maha Kuasa.


Bila ana muhasabah kembali akan sikap dan diri ana 2 3 hari ini, ana belum cukup untuk berbaik sangka padaNya.

Ana belum cukup berbaik sangka bahawa DIA akan berikan yang terbaik kepada hambaNya. Benar, ujian ini menguji keimanan dan keyakinan.

2 persoalan yang ana muhasabah pada diri ana:

Benarkah selama ini ana telah meletakkan DIA sebagai matlamat hidup?
Benarkah ana telah meletakkan pergantungan ana sepenuhnya kepadaNya?

Astarfirullah...Astarfirullah...Astarfirullah...

***************************************************
Dan "life jacket" muncul tak kala ujian berat ini menyapa. "Life jacket" yang membantu menyelamatkan ana dari hanyut dalam kesedihan ujian ini.

Kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka-mereka yang membantu menyembuhkan semangat diri.

Akhawat sayang, sahabat tercinta, teman seperjuangan...

Kata-kata walau sepotong ayat sangat membantu menaikkan semangat diri, menstabilkan emosi dan membantu untuk ana kembalikan semua kepadaNya.

Benar, berpesan-pesan pada kebenaran menjadi salah satu faktor kekuatan dan ketabahan ana dalam melalui perjalanan ujian ini.

Kadang, kerana keimanan yang masing-masing menyapa diri di antara kami menjadikan ujian ini rasa ringan untuk dipikul.

Walau mereka jauh di mata,walau mereka tiada disisi,walau mereka kadang hanya biasa-biasa tetapi cahaya iman mereka itu rasa begitu dekat dan hampir.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...




Tuesday, December 27, 2011

Sajadah Cinta

DiriMu ada
Dalam setiap langkah manusia
Janganlah pernah ragukan kuasaNya

Allah itu dekat. Dekat sangat. Kita bukan seharusnya tahu Allah SWT itu dekat, tetapi mesti SEDAR dan YAKIN Allah itu dekat. SEDAR dan YAKIN segalanya apa yang ada di langit dan di bumi serta isinya adalah di bawah penguasaan Allah SWT. Inilah apa yang Rasulullah katakan sebagai Ihsan.

Dalam kehidupan
Manusia terkadang dicuba
Selalu kau dapat memohon padaNya

Manusia hanya akan kembali kepada Tuhannya apabila di dalam kesusahan. Jarang sangat yang sentiasa sedar akan Allah SWT di setiap saat kehidupannya. Manusia lebih mudah meminta tolong daripada manusia lain tanpa meminta bantuan Allah SWT terlebih dahulu.

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku

KepadaMu ya Allah kami sembah dan kepadaMu kami minta pertolongan. Apabila pergantungan kita total kepada Allah SWT, pasti rahmat Allah akan dimiliki dan jalan hidup akan diterangi.

Andai kau sedar
Dirimu ciptaan Yang Kuasa
Mengapa senantiasa menjauh dariNya

SEDAR…… Apakah kita sedar atau sekadar tahu? Orang yang SEDAR pasti tidak akan menjauhi Allah SWT. Namun selama ini kita hanya sekadar tahu tetapi tidak sampai ke tahap KESEDARAN. Marilah kita sama-sama memiliki KESEDARAN yang tertinggi iaitu hanya Allah SWT tempat pergantungan kita dalam apa jua keadaan sekalipun.

Allah tempat ku mengadu
Allah tempat ku bersujud
Allah rahmatMu menerangi jalan hidupku

Semoga jalan kehidupan kita dunia dan akhirat sentiasa dirahmati dan diterangi oleh Allah SWT.

Thursday, December 15, 2011

Dan Sebenarnya...



Kini, masing-masing di lapangan masing-masing, haluan mungkin berbeza tapi hala tuju tetap sama. Mungkin orang rasa dia telah pergi sedang dia sebenarnya memilih untuk berada di lapangan yang padanya dia ingin untuk memberi. Jangan ingat dia telah pergi, dia MASIH memegang panji cuma bukanlah seperti dahulu yang seiring bersama.




Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah.Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya. Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.[Ust. Zaharuddin]

Wednesday, December 14, 2011

Dean List Kerana Allah :D




Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka..


Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali ana memandang seperti tidak ada yang silap.


Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.Matlamat yang disalahertikan Bagi kebanyakkan pelajar master di sini, dan ana percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". Ana juga pernah meletakkan target sedemikian.


Timbulnya pendapat seperti di atas membuat ana sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, ana belajar kerana Allah. Namun ana tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?


Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah? Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.


Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?


Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?
Matlamat dan usaha. Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas". Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.


Dimana silapnya?
Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?


Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.


Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.


Kesimpulan : Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.


Tuesday, December 13, 2011

Ukhuwah Till Jannah

Ketika aku baca firman-NYA
Sungguh tiap mukmin bersaudara
Aku tahu
Ukhuwah tidak perlu diperjuangkan
Tidak perlu,kerana ia
Hanyalah akibat dari Iman



Aku ingat setiap pertemuan pertama kita ukhti sayang
Dalam 2 detik
2 detik saja
Aku telah merasakan perkenalan
Bahkan kesepakatan
Itulah ruh-ruh kita yang saling sapa
Berpeluk mesra
Dengan iman yang menyala
Mereka telah muafakat
Meski belum saling sebut nama
Dan tangan belum berjabat



Ya,kubaca lagi firman-NYA
Sungguh tiap mukmin bersaudara
Aku makin tahu
Persaudaraan tidak perlu diperjuangkan
Kerana saat ikatan melemah
Saat keakraban kita merapuh
Saat salam terasa menyakitkan
Saat kebersamaan serasa siksaan
Saat pemberian bagai bara api
Dan saat kebaikan justru melukai



Aku tahu yang rombang bukanlah ukhuwah kita
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit
Atau menjerit
Mungkin kedua-duanya
Mungkin kau saja
Tentu terlebih sering
Imankulah yang compang-camping



Kubaca firman persaudaraan itu ukhti sayang
Dan aku semakin tahu
Mengapa kala lain diancamkan
Para kekasih pada hari itu
Sebahagian menjadi musuh sebahagian yang lain
Kecuali orang-orang yang bertaqwa....



Still lingers in my mind
I just break down and cry
Remember your eyes
Found a way to melt my heart
Most of all i remember
your smile...

Tuesday, December 6, 2011

--> . <--

Ana duduk keseorangan di luar malam semalam. Menikmati angin malam. Jam 10.30 malam.


Ana angkat kepala mendonggak ke langit. Kosong,tiada bintang.Tiba-tiba hanphone berbunyi, SMS masuk.


"salam, rindunya kt nur. Nur doakan akk kuat. Bila nur nk dtg sini? Byk benda nak sharing. Selalu ingat kt nur."


Huh! ana mengeluh kecil.SMS tidak berbalas.


Dan akhirnya,menangis sendirian......

Melabel...






Manusia sememangnya tidak sempurna. Tiada yang sempurna pun, jadi semua orang pasti melakukan kesilapan bukan? Apa yang kita tahu,kesilapan seseorang jelas kelihatan dari luaran tetapi kita tidak tahu apa yang ada di dalam hati si pesalah. Faham? Mungkin ayat ana tidak tersusun di situ,tapi sekiranya tidak memahami abaikan saja.



Senarionya seperti ini :


"budak tu memang jahat pun,selalu menyusahkan hidup orang"...bla..bla...bla...


"kan aku dah cakap, budak tu memang selalu buat perangai".


"A'lah, dia tu bukannya baik sangat, harap dengan rupa jer...."


Selalu bukan situasi itu berlaku. bagi ana sendiri pun hampir setiap hari situasi ini berlaku. sangat mudah bukan untuk kita "melabel" seseorang berdasarkan luaran yang kita nampak.


"a'lah dah sah-sah perangai dia buruk macan tu..."


"betul ape yang aku cakap..bla..bla..bla..."


Pengalaman ana sendiri. ana lebih suka mendiamkan diri sekiranya ada mereka-mereka di sekeliling ana bersikap sedemikian. Diam dan berfikir. Kenapa ea mereka senang "melabel" orang lain sesuka hati. Ana sendiri kurang memahami. Ana lebih suka untuk cuba mempositifkan keadaan. Berbaik sangka adalah jalan yang terbaik untuk kita mematangkan diri. Bukannya mengambil jalan pintas untuk "melabel" seseorang. Lebih parah lagi kita "melabel" seseorang sehingga melibatkan hal-hal agama.




Sekiranya kita tidak tahu perkara sebenar,lebih baik kita berbaik sangka sahaja. Bukankah itu lebih mudah. Kita tidak punya hak sebenarnya untuk "melabel" diri orang lain. Khuatirlah dengan diri sendiri kerana kita sendiri tidak tahu adakah DIA "melabel" diri kita sebagai muslim yang baik atau tidak.





Pengalaman adalah guru yang terbaik. Yup, dari pengalaman juga akan membantu cara kita berfikir. Sangat rugi jika kita tidak mengambil pengalaman yang lepas untuk dijadikan sebagai iktibar dalam mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Dan melalui pengalaman juga ana percaya bahawa lebih baik kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan daripada kita bercakap yang tidak sepatutnya.


Sahabat, hidup ini indah. Semua yang berlaku di sekeliling kita tiada satu pun cacat celanya. Tiada satu pun yang mendorong kita melakukan kesilapan atau dengan bahasa yang lebih mudah, menjadikan kita insan yang rugi. Baik buruk yang berlaku punya hikmah tersendiri. Hanya DIRI KITA SENDIRI yang perlu mengetahui bagaimana untuk menjadikan sesuatu perkara yang berlaku itu memberi keuntungan pada iman dan amalan kita.


:: TARBIYAH BANYAK MENGAJAR ANA ERTI KEHIDUPAN ::



Tuesday, November 29, 2011

kakak & Adik Di SANA :P

Ana dan antum kini berjauhan.
Dulu kita banyak berkongsi cerita.
Duduk dalam halaqah, makan, program, ber"sia
r", belajar bersama.

Kini, ana di sini dan antum di sana.
Kadang SMS & call cara kita berkongsi dan berinteraksi.
Tidak sama seperti dulu, tapi insyaALLAH
mampu membantu sedikit sebanyak hal berkaitan.

Walau apapun yang berlaku, doa ana kepada antum di sana...

Kuatlah,

Tersenyumlah,


Berbahgialah

Dalam me
nghadapi apa juga situasi.
Walau pahit,walau keluhan mengamit rasa,walau sakit tidak terkira.

Tapi percayalah, antum MAMPU.
KERANA SETIAP UJIAN PASTI PENHUJUNGNYA ADA HADIAH.



Salam sayang Dari ana : NUR

Wednesday, October 26, 2011

With love :D

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan

Lembutkan hatiku untuk mereka……







Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.



Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku,
hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.








Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu……….



Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.



Amin Ya Rabbul Alamin..

Kisah Disebalik segulung IJAZAH

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
Sepenuh kesyukuran kepada-NYA..
Atas segala nikmat dan kurniaan yang tidak pernah putus.

Hari ini, 25hb Oktober 2011 --- H
ari konvokesyen untuk Ijazah Pemasaran ana.
Rasanya tempoh 2 tahun pembelajaran di UiTM segamat tidak terasa.
Alhamdulillah, pengorbanan dan penat lelah an
a untuk segulung ijazah terbalas akhirnya. Terima Kasih Ya Allah atas segala pemberian-Mu.

*************************************************
Kisah disebalik Ijazah ana...



Selepas habis diploma mei 2009, a
na terus memasang azam untuk sambung ijazah. 4 pilihan semua ana penuhkan dengan memohon ijazah pemasaran. Minat dengan pemasaran membuatkan ana berkobar-kobar semangat. Dan selepas mengetahui ana memperoleh tawaran tersebut ana rasa sangat bersyukur. Perjalanan study ana berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Niat : Belajar kerana Allah sentiasa memulakan hari dan perjuangan study ana. Ohhh... (sedih tetiba)... Setiap kali bangun tidur, solat subuh...ana berdoa semoga setiap hari yang ana lalui penuh keseronokan dan dipermudahkan segala urusan. Baik urusan tarbiyah mahupun urusan belajar kerana ana ingin berjaya kedua-duanya. Setiap kali seusai solat subuh, niat ana pasang dan pasakkan dalam hati sambil membayangkan kedua wajah ibu ayah. Mereka adalah semangat,inspirasi dan kekuatan ana.

Hari-hari yang ana lalui penuh cabaran. Setiap hari ada 2 tempat yang boleh dikatakan bukti perjuangan ana. Library dan Masjid.


Library. Setiap hari satu kemestian kecuali jika jadual terlalu padat. Senang cerita, sesiapa yang ingin berurusan dengan ana,cari saja ana di library. Tempat ana di meja first,betul-betul depan pintu library. Tempat wajib dan boleh kata menjadi hak milik ana.Sepanjang 6 tahun di segamat, itulah meja selalu ana duduk untuk belajar. Dari awal sehingga habis final exam. Sekiranya final exam, lebih kurang 11 jam ana duduk di library. Bermula 8.30 pagi sehingga 10.00 malam. Percayalah. Itulah ana.



Masjid : Kehidupan di kampus betul-betul menguji diri ana. Kadang-kadang lemah dan putus asa menguasai diri. Kegelisahan kadang-kadang menganggu ketenangan ana. Urusan yang pelbagai kadang-kadang melemaskan diri dan perasaan. Belum lagi pelbagai permasalahan yang perlu diselesaikan. Dan sebaik-baik tempat untuk ana suntikan semangat keazaman adalah mengadu pada-Nya. Bila ana gembira, masjid lah yang ana tuju. Bila ana sedih,disitu jugalah akan ana singgah. Masjid As-syakirin,setiap hari, mesti ke sana. Sembahyang,mengaji,mengadu,belajar.
Kecintaan pada masjid memang semenjak jatuh cinta pada Tarbiyah. Tarbiyah mengubah segalanya.



Setiap hari juga ana berusaha untuk memahami apa yang ana belajar di kelas. Pernah 3 hari tidak tidur.Pinjam buku yang pelbagai semata untuk 1 subjek. Download nota dari internet. Collect pelbagai slide dari pelbagai kampus. Entahlah, penyakit kuat belajar ana betul-betul menguasai diri. Tapi,ana sangat berbangga dengan sikap ana yang 1 ini. Study Hard for the future of ISLAM. :)


Nota ana boleh dikatakan sangat banyak. Setiap 1 subjek akan ada nota yang pelbagai. Kadang-kadang nota ana akan dipinjam oleh classmate ana untuk fotostat. Ana rasa bersedia untuk exam bila mampu untuk siapkan nota untuk subjek berkenaan. Usaha dan kegigihan ana untuk berjaya sentiasa membuak-buak bila ana bersungguh-sungguh siapkan nota dan menghafalnya. Ramai juga yang cakap, memahami lebih baik dari menghafal. Ana tidak menyangkalnya tapi ana rasa lebih baik sekiranya kita memahami dan mampu menghafalnya. Itu boleh membantu kreativiti kita ketika menjawab exam nanti.




The most important about me is i'm MUSLIM and i'm STRONG. Walau apapun mehnah ujian cabaran,ana cuba untuk menghadapi. Tidak kiralah ujian dalam tarbiyah,pelajaran,rakan-rakan,assigment,lecturer,ana sentiasa untuk cuba kuat. Semua itu sumber kekuatan ana. Pernah 1 ketika ana memang rebah dalam perjuangan. Tapi ana bangkit balik untuk sebuah perjuangan. Ana tidak selemah itu untuk dijatuhkan. Ana ada Allah, maka ana tidak perlu takut pada mehnah ujian dan cabaran.

Be strong against all odds of life!
Be strong against the devils to fulfill our tasks as a believer!
Be strong in facing any obstacles brought up against us!
Be strong to withstand all pressures!
Be strong against all powerful negative forces we may encounter!


Hari ini, selepas mengenggam segulung ijazah...semasa di atas pentas ana bersyukur pada Allah, penciptaku,kekasihku.. Ana "bawa" ibu ayah di atas pentas seperti tangan ibu ayah bersama tangan ana untuk menerima ijazah berkenaan. Rasa terbalas semua pengorbanan selama tempoh pembelajaran ana.



Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih ibu ayah, terima kasih kakak abang adik,terima kasih cikgu lecturer, terima kasih TARBIYAH.

Sharing : sebelum giliran untuk berbaris naik ke pentas, ana kirimkan sms untuk cikgu tengku dan ustazah haryati. Mereka guru ketika ana di bangku sekolah....

Me : Assalam.. nur di dlm dewan konvo d shah alam. Jzkk ustzh atas ilmu & doakan nur trs succes dunia akhirat. Jzkk

Ustzh Yati : Alhamdulillah.. Allah syg nur..Thniah..! Rindu lama xjmpa.

Me : Assalam.. nur di dlm dewan konvo d shah alam. Terima kasih cikgu atas ilmu & doakan nur trs succes dunia akhirat.

Cikgu Tengku : Salam alhmdllh.. Ank kesygn ckgu ttp igtkn cgu. TAHNIAH SYG!


***********************************************
Itulah, sentiasa ingat guru-guru yang banyak berjasa pada kita. Minta mereka doakan kita. InsyaAllah, moga doa mereka sentiasa ada untuk kita.


Friday, October 21, 2011

Hikmah Diam


Pertama:
Merupakan Ibadah tanpa harus penat
Kedua:
Merupakan hiasan diri tanpa perhiasan

Ketiga:
Wibawa tanpa kekuasaan

Keempat:
Benteng tanpa dinding

Kelima:
Tidak perlu meminta maaf kepada siapapun

Keenam:
Malaikat pencatat amal menjadi rehat :D

Ketujuh:
Penutup keburukan dan sisi-sisi kejahiliyahan diri


Dengan diam, anda mendapatkan kekuatan hebat untuk berfikir secara mendalam tentang apa yang terjadi di sekelilingmu, serta dapat konsentrasi dengan penuh tentang rasionalitas suatu jawaban.

Dengan diam anda telah menguasai orang-orang yang ada di hadapan anda melalui pandangan mata anda yang mengandung banyak makna tersembunyi, yang membuat mereka kebingungan dalam memberikan tafsirnya.

Diam yang disertai sedikit gerak pisik dan isyarat mata telah memaksa orang yang ada di hadapan anda harus banyak mengungkapkan isi hatinya, sehingga ia lebih banyak berbicara daripada yang seharusnya ia berbicara.

Bisa jadi diam terasa oleh orang lain sebagai serangan terselubung yang menjadikannya semakin mendongkol, sehingga anda menjadi lebih kuat tanpa harus berbicara dan bercapek-capek.

Diam bisa menjadi solusi paling jitu dalam menghadapi berbagai problema rumah tangga ringan yang bertumpuk-tumpuk.

Di saat-saat genting, diam dapat melahirkan sikap dihormati, sebaliknya, perlawanan dan perdebatan dapat melahirkan sikap semakin menjauh dan dendam.

Dengan diam, anda telah menghancurkan berbagai senjata orang yang berseteru denganmu, serta menelanjangi mereka dari kemampuannya untuk melanjutkan kosa katanya.

Diam telah menjadi guru yang baik agar anda belajar menjadi pendengar yang baik, di mana banyak orang telah kehilangan sifat ini.

Penulis: Ustadz Musyafa Ahmad Rahim (PKS, Indonesia)

Wednesday, October 19, 2011

Bagaimana ku jelaskan cinta....

Bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa
Dan rasa itu karunia Ilahi

Bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
Semua rasa itu malu rasa bahagia
Takut dan cemburu pun karunia Ilahi

Dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
Dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
Dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih


Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
dari sujud ke sujud




Tuesday, October 18, 2011

Islam @ islam


salam alaikum warahmatullahi ,wabarakatuh, wamaghfiratuh, waridhwanuh...

Soalan Pembukaan untuk semua. Bezakan:

Saya Lari.
Saya lari.

Sudah bezakan? Ini maksudnya...

*******************************************************************************************
Rasanya semua pembaca lulus cemerlang dalam bahasa melayu bukan. Cuba refresh kembali perbezaan "kata nama khas" dan "kata kerja". Ya, kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar bukan seperti Nur, Perdana Menteri dan sebagainya. Manakala kata kerja merujuk kepada melakukan sesuatu seperti membaca, mengaji dan sebagainya.

Untuk menjelaskan soalan di atas, jelas Saya Lari merujuk kepada nama seseorang, dan Saya lari pula merujuk kepada sesuatu perbuatan.

Amat jelas bukan antara nama khas dan nama kerja. Begitulah juga sekiranya ana me'relate'kan teori di atas dengan Islam atau islam.

Saya Islam?
Saya islam?

Mana satu pilihan anda?

Sekiranya kita hanya "Islam", benarlah itu sekadar nama khas yang kita gunakan untuk merujuk identiti. Tetapi sekiranya kita menyatakan bahawa saya "islam" nescaya kita melakukan segala suruhan dan menjauhi larangannya selari dengan perintah-Nya. Itulah islam yang sepatutnya kita pilih. islam yang merujuk kata kerja bukan Islam kata nama khas.

Hakikat pada zaman sekarang, sangat ramai Islam daripada islam. Islam hanya pada nama tapi bukan islam pada perbuatan. Ana muhasabah diri sendiri.

Ana sering berusaha + berdoa semoga ana menjadi seorang muslim yang bertambah baik dari hari ke hari. Setiap hari ada pembaikan @ pengislahan.

Untuk menjadi seorang islam, harus menongkah banyak arus. Perlu melawan kehidupan. Bukan menjadi Islam yang hanya sekadar pada nama.




I LOVE ALLAH.
Aim : Become a better Muslim.
Change for the sake of ALLAH


Wednesday, October 5, 2011

Kelebihan

Kelebihan diri kadang kala mengundang perasaan kurang senang pada orang lain. Entahlah,manusia kadang-kadang memang sukar difahami.


Sejak akhir-akhir ini ana seperti menjadi "budak suruhan" oleh seseorang yang sangat ana hormati. Mungkin perkataan "budak suruhan" itu kurang sesuai digunakan kerana ana lakukan semua tugasan itu dengan rela bukan paksa rela. Tapi ana gunakan juga perkataan "budak suruhan" itu kerana untuk memahamkan seseorang yang ana rasa mula kurang senang dengan apa yang ana lakukan sekarang.


Bukan mudah menjadi seorang yang dipercayai seseorang. Mengalas tanggungjawab untuk sesuatu urusan dalam tempoh jangka panjang sehingga semuanya selesai 100%. Ke sana ke mari. Berjumpa dan berinteraksi dengan pelbagai orang,jawatan,jabatan dan bangunan. Sehingga urusan sendiri terganggu dan tidak selesai-selesai.


Bukan ana yang minta dipuji. Bukan ana yang meminta-minta pemberian. Dan semua kelebihan yang ana dapat hasil dari pengorbanan ana dulu-dulu.




Jika kamu minta untuk disukai, belajarlah untuk meyukai orang lain.

Jika kamu minta untuk disayangi, belajarlah untuk menyayangi orang lain.

Jika kamu ingin menjadi orang yang mudah tersenyum sepanjang masa, belajarlah untuk tabah.

Jika kamu ingin untuk menjadi orang yang berpengatahuan, belajarlah bersungguh-sungguh dan kuatkan semangat.

Jika kamu ingin menjadi orang yang peramah dan mudah didekati, jadilah DIRI ANDA SENDIRI.