Manusia sememangnya tidak sempurna. Tiada yang sempurna pun, jadi semua orang pasti melakukan kesilapan bukan? Apa yang kita tahu,kesilapan seseorang jelas kelihatan dari luaran tetapi kita tidak tahu apa yang ada di dalam hati si pesalah. Faham? Mungkin ayat ana tidak tersusun di situ,tapi sekiranya tidak memahami abaikan saja. Senarionya seperti ini :
"budak tu memang jahat pun,selalu menyusahkan hidup orang"...bla..bla...bla...
"kan aku dah cakap, budak tu memang selalu buat perangai".
"A'lah, dia tu bukannya baik sangat, harap dengan rupa jer...."
Selalu bukan situasi itu berlaku. bagi ana sendiri pun hampir setiap hari situasi ini berlaku. sangat mudah bukan untuk kita "melabel" seseorang berdasarkan luaran yang kita nampak.
"a'lah dah sah-sah perangai dia buruk macan tu..."
"betul ape yang aku cakap..bla..bla..bla..."
Pengalaman ana sendiri. ana lebih suka mendiamkan diri sekiranya ada mereka-mereka di sekeliling ana bersikap sedemikian. Diam dan berfikir. Kenapa ea mereka senang "melabel" orang lain sesuka hati. Ana sendiri kurang memahami. Ana lebih suka untuk cuba mempositifkan keadaan. Berbaik sangka adalah jalan yang terbaik untuk kita mematangkan diri. Bukannya mengambil jalan pintas untuk "melabel" seseorang. Lebih parah lagi kita "melabel" seseorang sehingga melibatkan hal-hal agama.
Sekiranya kita tidak tahu perkara sebenar,lebih baik kita berbaik sangka sahaja. Bukankah itu lebih mudah. Kita tidak punya hak sebenarnya untuk "melabel" diri orang lain. Khuatirlah dengan diri sendiri kerana kita sendiri tidak tahu adakah DIA "melabel" diri kita sebagai muslim yang baik atau tidak. Pengalaman adalah guru yang terbaik. Yup, dari pengalaman juga akan membantu cara kita berfikir. Sangat rugi jika kita tidak mengambil pengalaman yang lepas untuk dijadikan sebagai iktibar dalam mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Dan melalui pengalaman juga ana percaya bahawa lebih baik kita menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan daripada kita bercakap yang tidak sepatutnya.
Sahabat, hidup ini indah. Semua yang berlaku di sekeliling kita tiada satu pun cacat celanya. Tiada satu pun yang mendorong kita melakukan kesilapan atau dengan bahasa yang lebih mudah, menjadikan kita insan yang rugi. Baik buruk yang berlaku punya hikmah tersendiri. Hanya DIRI KITA SENDIRI yang perlu mengetahui bagaimana untuk menjadikan sesuatu perkara yang berlaku itu memberi keuntungan pada iman dan amalan kita.
:: TARBIYAH BANYAK MENGAJAR ANA ERTI KEHIDUPAN ::
No comments:
Post a Comment