Tuesday, March 2, 2010

Diam Ubi..

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda :

"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab :

"Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata:

"Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW :

"Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"



Rindu Aina...


Rindu sangat dengan Aina...
^_^!!!

Moga Aina menjadi muslimah sejati...
Moga Aina sihat dan ceria sentiasa...

Ana sangat rindukan rumah sekarang..h0h0..homesick kah ini?? Hopefully perasaan ini segera pergi...

Jauhkan ana...

Alhamdulillah..sejak akhir-akhir nie tetiba banyak perkara yang ingin ana kongsikan bersama antum di sini...sekadar berkongsi pengalaman, berkongsi pendapat dan boleh juga sekadar renungan...

Dalam ana menggalas tanggungjawab yang telah diberikan, ana sejujurnya sangat risau dan takut..takut kerana ana sedar, ana akan dipersoalkan dengan amanah yang telah diberikan itu oleh DIA...tidak kiralah amanah itu untuk gerak kerja dakwah, persatuan dan lain-lain...selagi ia dikatakan amanah dan tanggungjawab...

Ana sedar, amanah dan tanggungjawab itu bukan untuk dibanggakan...bukan sebagai pengukur tentang diri ana....pendek kata bukan segala-galanya....cuma, amanah dan tanggungjawab itu perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan berlandaskan SyariatNYA dari segala jenis aspek...pastinya ia bukan untuk dibanggakan..jauh sama sekali...

Setiap hari, kebimbangan itu ada...takut sekiranya ana tidak mampu menjalankan tanggungjawab itu dengan baik...ana tidak kisah dengan pandangan manusia, tapi ana takut penilaian dariNYA...

kedua:
Antara program ana yang menanti:

- Mitek ( 3 - 5hb/3/2010 ) - I
N-SOFT
- Program Ini sejarah Kita (ISK) ( 7hb/3/2010 ) - Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
- Dinner Marketeer ( 15hb/3/2010 )
- Muhibbah 1Malaysia (16 - 18hb/4/2010 )

Ketiga:

"YaALLAH, permudahkan urusan kami, berkatilah program kami ini...redhailah kami yaALLAH...jauhkan kami dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaanMu dan menjauhkan kami dari rahmatMu...Engkau lah sebaik-baik tempat berserah dan berTawaqal...YaALLAH, engkau eratkanlah ikatan hati kami semua melalui program-program ini...Bantulah kami dalam melancarkan urusan kami dalam berprogram...Kami sedar, tanpa bantuan dariMu, kami tidak berdaya untuk melakukan urusan ini..."



Monday, March 1, 2010

Kifarah mungkin..

Alhamdulillah...diuji dengan nikmat sakit...sakit kepala yang teramat...kadang kala menghalang ana untuk bergerak aktif...3 hari demam..sakit dada dan kadang kala sukar untuk bernafas...

Ya ALLAH, berilah ana kekuatan...kuatkan semangat ana...masih banyak tugasan yang belum selesai...berilah nikmat dan kecukupan rehat walaupun hanya sebentar...

:: Fahamilah diri ana, ana juga seorang pelajar..berilah ruang untuk ana berehat walaupun cuma sebentar ::

fikirlah..

Alhamdulillah..syukur yang sememangnya tiada henti...setiap detik nadi ini berdenyut, setiap kali diri ini bernafas...2 3 hari ini, ana sekali lagi menyendiri...menyendiri untuk mengelak dari bertemu dengan seseorang yang mampu membuat ana beremosi...menyendiri untuk mencari jalan penyelesaian...menyendiri mengumpul kekuatan dan semangat untuk melangkah..

Disini ana ingin berkongsi sesuatu..apakah erti pengorbanan, keikhlasan dan perjuangan yang sering kita bicarakan dari sudut pemahaman diri antum sendiri??

Kita bicara tentang pengorbanan..tetapi pengorbanan apakah yang antum lakukan dan apakah yang antum faham tentang pengorbanan itu?? Pernahkan antum terfikir tentang diri sahabat kita yang mungkin sangat memerlukan kita dikala kita disibukkan dengan urusan sendiri...pernahkah kita mengorbankan perasaan kita untuk membaiki keadaan walaupun kita di pihak yang benar...

Kita sering kali berbicara tentang keikhlasan..tapi, keikhlasan apakah yang kita faham?? kenapa perlu berduka dan sedih sekiranya setiap yang kita lakukan seolah-olah tidak disedari insan lain...kenapa keikhlasan itu diwar-warkan kepada orang lain..bukankah lebih elok, sekiranya keikhlasan itu hanya kita dan DIA yang mengetahui...

Kita berjuang..tapi perjuangan apa yang kita juangkan...perjuangan jenis apa yang kita dambakan...fahamkah kita tentang matlamat perjuangan kita...fahamkah kita apakah yang penting dalam sebuah perjuangan...mampukah kita berjuang sedangkan diri kita masih melakukan kesilapan yang secara luarannya kita sedar...

:: Astargfirullah...semuanya muhasabah kepada diri ana sendiri :: Fikir-fikirkan lah wahai insan yang bergelar pejuang...

Thursday, February 25, 2010

Special Promotion


Alhamdulillah, ana dah lama menanti-nanti kemunculan sulung novel K.Nurull..."Stanza Cinta"..Disini, ana mengajak antum semua..memberi sedikit kelapangan waktu untuk pergi ke Majlis Pelancaran novel berkenaan.Berikut adalah maklumat program:

Tarikh : 21 March 2010
Tempat : PWTC, semasa bookfair

Dan yang paling menarik, Kehadiran DODI sebagai Artis Nasyid Indonesia yang menyanyikan lagu Stanza Cinta...

~Klik Utk Tambah Tumbesaran~

Bersama-samalah kita mendoakan kejayaan novel K.Nurull...Jumpa di sana..


Friday, February 19, 2010

Sabar@Tabah

Alhamdulillah, masih bernafas dan bernyawa..mampu bekerja dan beramal..masih ada kesempatan memperbaiki diri dan meningkatkan amal..

Sabar dan Tabah...hidup di dunia memang akan sentiasa diuji..kadang kala ujian yang datang itu tidak tertanggung rasanya...tapi, hanya berbekalkan sabar dan tabah je seseorang tu mampu menempuh semua tu..

Berbalik pada diri ana, kadang kala banyak perkara yang ana sabar..kadang kala ana penat, tapi ana sabar...kadang kala ana rasa ditipu dan tertipu, tapi masih berusaha untuk sabar..kadang kala ada rasa-rasa ketidakpuasan dan ketidakadilan wujud dalam sudut hati, tapi ana masih berusaha bersabar dan tabah...

Marah bukan sifat ana...sehingga ana lupa, bila sepatutnya ana marah?? dan adakah dengan diam, sabar dan tabah ana,ana boleh diperlakukan sesuka hati...Diam ana kerana ana sayang..sayang pada segala-galanya yang ada disekeliling ana..diam ana kerana ana tidak mampu luahkan rasa itu..diam ana kerana ana hormat tentang hati dan perasaan manusia..diam ana kerana ana membiasakan makna SABAR dan TABAH dan biarlah ana merasa nyaman dan manisnya SABAR dan TABAH itu..

Kerana ana menganggap,bila diberi ujian itu, DIA sentiasa ingin hambaNYA bergantung padanya...dan dengan sabat dan tabah itu, DIA akan melihat dan mengetahui tingkat-tingkat keimanan hambaNYA...


Thursday, February 11, 2010

Say No to Valentine Day!!

~Tolong Jangan Click!!~

Penting/sangat:

Sebenarnya, tiada istilah couple atau bercinta sebelum nikah. Kononnya, pasangan 'couple Islamik' ini berusaha menjauhi maksiat.."kami tak dating.." "kami sms pun mesej2 Islamik dan motivasi je" tah motivasi ka motibasi tataw la saya. Apa2 pun, semua itu hanyalah pujukan sang syaitan.

Perangai si syaitan, mengajar prinsip alah bisa tegal biasa kepada manusia, bermula dengan "alah takpe, sms sikit je" lama2 dah biasa, jadi bila dah biasa...syaitan ajak lagi buat yang lebih 'advance' . Mulalah ajak pergi jumpa2..nafsu manusia terlalu mudah dipuja dan dipujuk, maka berjumpalah sang 'kakasih islamik' ini, tapi..kata mereka.. "jumpa sekejap je..bukannya lama2..bukannya dating pun"

Bila dah terbiasa 'jumpa kejap' lama2 bila dah seronok(besh3!) esok jumpa lama2 pulak.. ajak minum, makan sekali. -_-"

Lepas dah biasa makan minum sama2..ajak naik kereta sama2 pulak. Berdua-duaan pula dengan bukan muhrim..jengjengjeng.. dan macam biasa, pujukan sang syaitan tidak akan berakhir disitu sahaja...etc etc LU PIKIR LA SENDIRI

Dan..ehem.. 'kekasih Islamik' yang dikasihi sekalian, diingatkan ye, anda adalah manusia, bernafsu dan berakal.. boleh ke jaga nafsu, kalau dah sampai berdua-duaan? boleh? boleh ke jaga hati? boleh? boleh ke jauhi zina hati? boleh? jawab! jawab dengan iman!


Wahai anak Adam, ketahuilah, sang syaitan tidak akan pernah puas dengan kedudukan manusia, sehebat mana pun kamu wahai saudara/saudariku menjaga nafsu, sehebat itu jugalah 'dakwah' syaitan kepada kita. toink~! wassalam. (baru update hoh, ritu x sempat. fufufu~)

Comel x??


Subhanallah..comel sangat baby nie..

Ana memang suka budak-budak...

Boleh buat ana tersenyum walaupun dilanda masalah,dugaan,ujian dan sewaktu dengannya..

Teringat Mus'ab dan Khadijah

Wednesday, February 10, 2010

Bahagia Bersama Si DIA



Alhamdulillah, Alahmdulillah, Alhamdulillah...Apa yang ana ingin kongsikan kali ini?? urmm..ana sedikit sibuk dengan beberapa assmnt yang perlu disegerakan..beberapa presentation dan field activities yang perlu dilaksanakan selepas habis cuti nanti...nampaknya, mungkin blog ana akan berhenti beroperasi buat seketika...mungkin seminggu, 2 minggu atau berminggu-minggu...

Dalam kita sibuk dengan urusan kita, kadang kala kita lupa..sering lupa..mungkin lupa...DIA sentiasa memerhatikan dan menunggu kita..bahkan DIA akan memberi ganjaran atas semua pekerjaan yang ingin kita laksanakan sekiranya niat kita Betul dan ikhlas melakukan perkerjaan kerana DIA...insyaALLAH..

Ana sering juga rasa down yang teramat, rasa sunyi, rasa terleka dan terlupa dengan keseronokan yang sengaja dibuat-buat...tapi, ada satu ketika, ana mula bermuhasabah...siapakah ana dan kebahagia apa yang ana cari di dunia yang sementara ini??
Bila berbicara dengan hati, tidak semua apa yang kita rasa, atau alami, kita mampu kongsi dan luahkan dengan manusia...boleh jadi ia akan mendatangkan fitnah dan salah sangka dan adakah dengan luahan kita itu, kita akan merasa tenang dan aman dengan sebenar-benar tenang dan aman?

"Dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi Tenang"


Yup, dulu ana seirng persoalankan tentang a
yat di atas..ana pernah juga cuba menidakkan...tapi, ana silap..penafsiran ana tersasar...ana menipu diri ana sendiri sebab ana ingin mencari ketenangan dengan hiburan dan keseronokan dunia...tapi, hati ana masih kosong dan masalah ana masih berlalu berat ana fikirkan...

Akhirnya, ana mula belajar..mendekatkan diri..merintih, menangis...dan yang paling penting, kualiti solat..Bagi ana, solatlah yang menyambung dan tempat kita berkomunikasi secara telus dan jujur...dan yang ana paling "touching" bila solat malam atau qiammulail..."Touching" sangat-sangat..memang ALLAH mungkin akan beri perhatian lebih kalau hambanya mengorbankan masa tidurnya untuk beribadah dan mendekatkan diri kepadaNYA...
Entahlah, memang susah nak diungkapkan dengan kata-kata..tak ada ayat yang mampu diungkap bila mengenangkan ketenangan dan Bahagia Bersama Si DIA..
Subhanallah, Kekuatan ana dalam melangkah dan menghadapi ujian dan fitnah dunia ada bersama dengan-NYA..sungguh..ana mungkin jatuh dan tersasar dari landasan sekiranya tanpa Bantuan dan Petunjuk DariNYA...

Ana cuba untuk kuat dan tabah...kerana yakin Kasih Sayang DIA sentiasa Mengiringi HambaNYA...


::Nur Yang Tersendiri::

Tuesday, February 9, 2010

Current Novel...

Alhamdulillah, akhirnya ana berjaya menemui novel yang telah sekian lama ana cari...dah berbulan rasanya ana mencari-cari..dari Selangor, K.L dan akhirnya di Segamat akhirnya ia sudah berada dalam genggaman...MasyaAllah, ana mula tertarik dengan sinopsis dan jalan ceritanya..

Berikut ana kongsikan sedikit sinopsisnya:

Novel Islami yang mengangkat perjuangan hati dan suci Zahra dan Attar. Namun cinta mereka tidaklah mulus kerana terdera dengan perasaan disebabkan Attar melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Apakah kukuh cinta suci yang disaksikan pada tiga negeri, Indonesia, Mesir, dan Tanah Suci Mekah itu? Sanggupkah bahtera cinta mereka menahan amukan badai yang menerjang? Akankah cinta mereka selamat berlabuh ke tepi dermaga atau tenggelam di tengah samudera?

~~ Masih dalam proses pembacaan ~~


Monday, February 8, 2010

Who??

Alhamdulillah, kadang kala apa yang kita rancangkan, tidak semestinya terjadi..apa yang kita hajatkan tidak pasti akan diperolehi...kadang kala apa yang kita tidak kita sangkakan, itulah yang akan berlaku...signifikannya, DIA telah merancang yang terbaik buat kita..

Ana sering kali dipertemukan dengan insan-insan yang tidak ana impikan..insan-insan yang hadir dalam kehidupan ana, semuanya memberi makna dan erti tersendiri...

Jatuh, bangun, nangis dan tawa..ana tidak pernah keseorangan kerana hadirnya insan-insan ini dalam diari hidup ana. Cuma kadang kala mungkin ana lebih kongsikan kegembiraan dari kesedihan..tiada yang lebih menyenangkan sekiranya kegembiraan yang kita kongsikan mampu membuat mereka tersenyum dan biarkan kesedihan itu berlalu dengan sendirinya...

"Tidak sempurna Iman seseorang, sehingga dia mengasihi sahabatnya seperti dia menyayangi dirinya sendiri"

Apa yang cuba kongskan disini, kadang kala kita lupa dan alpa, perubahan atau kajayaan yang kita miliki sekarang boleh jadi disebabkan insan-insan yang hadir dalam kehidupan kita...selain dari keluarga terdekat kita, ana sangat yakin sahabat-sahabat juga merupakan penyumbang kepada kejayaan diri kita pada hari ini...

Secara peribadi, ana belajar banyak perkara dari diri sahabat-sahabat ana...secara formal atau informal...semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan...ana amat menyenanginya dan kadang kala mereka jugalah yang menjadi kekuatan dan inspirasi ana...

Terima Kasih Sahabat...Moga kebaikan antum diberi ganjaran dariNya..

Kedua:



To K.YMY, tanpa ana sedari juga, banyak kisah yang ana kongsikan dengan k.YMY ni...seperti yang ana nyatakan tadi, tanpa kita impi dan harapkan, ukhuwah itu hadir tanpa kita sedari...Ana senang bercerita dan berkongsi dan kadang kala dia jugalah yang selalu memotivate diri ana...

still remember: "make sure, ol things undercontrol. YMY N NUR, U ol can do it. if not, get ready kene BASUH"

^_~!! so sweet

::Moga kejayaan Milik Kita K.YMY::

Sunday, February 7, 2010

Masih Memerhati


Alhamdulillah, masih lagi bernafas, masih lagi diberi pinjaman, masih lagi mempunyai keupayaan bergerak dan bekerja...dalam mengejar urusan dunia yang entah bila akan berkesudahan dan bila akan berakhir bersama pengakhiran umur dan hayat, ana masih lagi memerhati..memerhati sekeliling, memerhati situasi dan masih cuba untuk memahami..lumrah, hidup di dunia..kadang kala ana keliru, ana tertanya-tanya..mungkin kerana kepelbagaian sikap dan watak manusia yang sentiasa berubah-ubah dan bertukar...ana sering terfikir, dalam banyak-banyak watak manusia, mana satukah watak mereka sebenar??

Ana kadang kala membiarkan saja keadaan berlaku...membiarkan saja watak-watak itu terus beraksi, kerana ana sendiri tidak mampu untuk "memperbetulkan" atau "menegur" watak-watak yang ana rasa tidak sesuai dengan jalan cerita kita sebagai Insan yang mempunyai DIA yang sentiasa memerhati...apa yang ana lakukan, hanyalah berdoa moga watak-wtak itu bertukar dan berubah...

Sungguh, ana masih lagi memerhati dan cuba memahami...mungkin juga lumrah hidup bermasyarakat..lumrah dunia mungkin...apa yang pasti, ana mesti berhati-hati mengorak langkah, perteguhkan pendirian...Bukan senang untuk senang, dan bukan susah juga untuk susah...

Ana bukanlah sempurna, tapi cuba mencari kesempurnaan...biarlah hanya ana seorang memahami...kerana ana pasti, kehidupan ini pastinya ada pengakhiran..pasti...cuma kita sendiri tidak tahu bilakah pengakhiran itu....sungguh, ana sangat takut kerana mengenang diri yang masih mempunyai banyak kekurangan...

:: Nur Yang Tersediri ::

Friday, February 5, 2010

K.A.U Siapa??

Adakah Kamu S.A.H.A.B.A.T

KECINTAAN
merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. I
gungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakkatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan menan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.
KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?
KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).
KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat
.
* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka. KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).


Wednesday, February 3, 2010

69


Assalamualaikum... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Alhamdulillah, hari ini masih mampu lagi bernafas, masih mampu untuk beramal, masih lagi diberi pinjaman sementara dariNya...

Ya Allahu Ya Aziz,
Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,
Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.