Monday, August 16, 2010

Nescafe + Asthma + Migrain + Jantung



Sejak akhir-akhir nie, hidup ana sangat pack dengan jadual belajar..Assigment yang bukan calang banyak, Test yang berderet, revision dan note yang perlu disiapkan dan tidak kurang juga dengan aktiviti keperluan yang lain (usrah, iftar, qiam, meeting..)

Tidur sudah mula tidak teratur..Sekarang, jam 2.27 a.m 17hb Ogos persamaan 6 ramadhan...Masih berperang dengan buku untuk bekalan perjuangan untuk test Global Marketing esok petang...

Dan kesihatan sudah menunjukkan tanda-tanda yang negatif..Semalam, migrain datang menyerang...Natijahnya, tidur selepas isya'...Sangat perit tapi masih mampu mendiamkan diri dan ketawa bahagia bersama housemate tersayang...Tapi, sakit di kepala hanya DIA mengetahui...

Asthma juga antara teman ana yang akan datang menyerang..Tapi, alhamdulillah, masih mampu dikawal asalkan tenaga ana tidak jatuh di tahap infiniti...

Dan, antara penyumbang kepada sakit ana, ialah addict ana terhadap Nescafe...Entahlah, benda boikot yang satu nie, amat susah untuk ana elakkan..Try juga bermujahadah mengawal diri, tapi setakat ini belum berjaya..urmmm..

Dan akhir sekali, denyutan jantung ana memang bermasalah..Dari dulu lagi, since ana cepat lesu dan letih sepanjang masa...Cuti sem pergi di hospital kakak dan doktor mengesahkan denyutan jantung ana memang tidak normal...Maksudnya, even ana dalan keadaan rehat, tapi tahap kelajuaannya seperti ana berlari seratus meter..Itu juga penyebab ana tidak suka tidur tengah hari or petang sebab ana akan lebih cepat penat dan lesu..(sekarang, seperti susah untuk bernafas...)

Walau apa pun keadaan kesihatan ana, learn until the end of my life...Never ever surrender..

Sentiasa berdoa semoga kesihatan ini sentiasa dalam keadaan baik...

No comments:

Post a Comment