Monday, August 23, 2010

Detik

Alhamdulillah, sehingga ke detik ini, masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan..kehidupan sebagai seorang pelajar..Kehidupan sebagai seorang anak yang lebih penting, kehidupan sebagai hamba ALLAH s.w.t...

Detik ini..Ana berfikir mengenai insiden di bazaar ramadhan petang tadi...

Sememangnya hati ana sayu tak kala melihat kesusahan orang lain..Tersentuh hati melihat seorang tua bersama dengan anaknya mungkin...Dari segi luaran, nampak sedikit daif...Sedang melihat-lihat juadah yang dijual dan membelek-belek ayam goreng di salah sebuah kedai...

Entahlah, hati ana tersentuh..Lantas ana alihkan pandangan ke tempat lain...Runtuh hati ana seperti tidak dapat dibendung... Terasa manik-manik halus mula menitik laju..Sayu sangat hati, bagaimanakah kehidupan pak cik ini sekeluarga?? Apakah makna raya bagi mereka sekiranya benar mereka sedang dihimpit kesusahan?? Bagaimana pak cik ini memenuhi permintaan si anak sekiranya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan stabil?? Istighfar ana seketika...

Dalam kegembiraan kita, adanya kesedihan insan lain...
Dalam kesenangan kita, adanya kesusahan insan lain...
Dalam kemewahan kita, adanya kekurangan insan lain...
Dalam gelak dan tawa kita, adanya sendu dan tangis insan lain...
Dalam kelapangan kita, adanya kesempitan insan lain...

Biar pun isu ini mungkin kecil dari kaca mata antum tapi bagi ana ia berjaya menyedarkan ana... Bukti hati ini belum mati, kerana ana merasai kesedihan dan kemurungan itu... Ingin saja ana memberi sedikit sumbangan kepada pakcik dan anak itu, tapi kekuatan yang cuba ana kumpul masih tidak mencukupi...Dalam hati ana terus berdoa,

"YaALLAH limpahkan kemurahan rezeki kepada pak cik ini sekeluarga...Bahgiakan keluarga ini neskipun hidup serba kekurangan..Jadikan anak-anak mereka, anak-anak yang soleh dan solehah yang menjadi pendamai hati kedua ibu bapanya..."

Ana tinggalkan bazaar dengan perasaan yang bercampur baur...Masih memikirkan pak cik itu..Masih terbayang tangan yang membelek makanan itu..Masih teringat raut wajah yang menyimpan 1001 perasaan..Masih tergambar redup mata anak itu...YaALLAH, bantulah keluarga itu...Bantulah yaALLAH..Luaskan rezeki mereka...

Itu baru 1 kisah kesusahan yang sememangnya melanda masyarakat kita..Itu yang ana nampak, tapi yang ana tak nampak di luar sana bagaimana?? Mungkin ada keluarga yang lebih susah dari pak cik itu..

:: Muhasabah diri ::

NUR'z : Study hard for the future of ISLAM...Belajar - Bekerja - Bantu golongan yang memerlukan = Tangungjawab sesama insan untuk SAHAM akhirat di sana

No comments:

Post a Comment