Wednesday, May 12, 2010

Seperti tiada...

Alhamdulillah, sekarang masih berada di kampung...Mungkin petang sikit akan berangkat ke banting selepas 3 hari jaga nenek...Tadi merayau-rayau di blog sahabat-sahabat, menjelajah facebook...Hati ini kembali sedih, emosi kembali terganggu... Satu perkataan yang hadir dalam diri ana, ana "seperti tiada"... Ana rindukan zaman dulu-dulu...Tapi, ia tetap tidak akan kembali lagi...

Ana cuba untuk meletakkan diri dan perasaan orang lain dalam diri ana sehingga ana pendamkan semua perasaan ana sendiri..ana bumikan semuanya untuk orang lain sehingga satu tahap ana sudah tidak punya perasaan...Ana ingin berkongsi bah kan pernah berkongsi rasa hati dan masalah ana, tapi "seperti tiada yang memahami"...Ana "seperti ditinggalkan"..dan again ana "seperti tiada"...

Kadang kala terasa diri ini sudah tidak diperlukan...Tapi, ana bukan selemah itu..Kerana apa yang ana lakukan bukan untuk perhatian dunia, tapi untuk DIA... Ana kadang kala cemburu, tapi ana gantikan cemburu itu dengan dengan sesuatu yang selayaknya ana cemburu..Seperti cemburunya ana dengan seorang yang mati syahid agar terubat segala kesakitan ana...

Ana masih terasa hangat tangan seorang sahabat yang selalu menenangkan ana ketika ana keseorangan menghadapi saat-saat sukar untuk membuat pilihan, disaat orang lain mempermainkan diri ana sesuka hati, disaat mata-mata mereka yang memandang ana dengan pandangan yang tidak menyenangkan...Inilah hakikat yang dilalui NURHAZIEMAH MUHAMAD ZAHARI sepanjang hidup di kampus dan selagi berada di sana...

Hati mana tidak terasa...Diri ana masih memburu ilmu untuk perbaiki diri, ana juga seperti mereka yang masih mencari.. Tapi, siapa yang memahami "seperti tiada"

Ana sentiasa kuat dan tabah, menghadapi hari mendatang..Ana menpunyai DIA..DIA dan hanya DIA...DIA yang sentiasa di hati ketika ana sedih, sakit, terluka, penat, gembira dan segalanya hanya DIA...ALLAH yang maha kuasa...

Akhir sekali, MAAF kerana kealpaan, kecuaian, kelambatan, dan 1001 keburukan yang hadir dalam semua tindakan dan gerak kerja ana...Ana bukan yang terbaik, tapi ana cuba untuk jadi yang terbaik..

2 comments:

  1. salam nur~

    apa yang seperti tiada ni nur, enti sentiasa ada dalam diri ana...

    don't say like that again ok... ana nak enti tahu, enti tak pernah ditinggalkan. believe me.ana ada.

    setiap kali ana melangkah...setiap kali berpogram ke ape.. u always be with me...

    asif jiddan nur, if ada msj enti yang ana tak reply. itu bukan bermakna ana lupe enti or tinggalkan enti...

    mungkin pergerakkan enti sedikit terbatas. dont wory nur.

    ana akan pastikan pahala enti berterusan. enti yang membawa ana ke jalan ni. dan ana akan pastikan usha enti bukan berakhir disini.. usaha enti membawa pahala berterusan... InshaAllah...

    perjalanan kita masih jauh nur... adakal kita down dan jatuh, tapi kita masih boleh bangun dan teruskan perjalanan...

    InshaAllah, kita sentiasa ada Dia... everything will be ok...

    ReplyDelete
  2. salam...

    Syukran..ana sayang sangat kt enti...Sayang sgt2...

    U always da best 4 me...always...

    ReplyDelete