Monday, May 31, 2010

Aku Peduli...

InsyaALLAH, esok pagi ana ada test Managerial Economic. Sepatutnya hari ni, tapi disebabkan lecturer ana ade meeting, jadi ditangguhkan esok. Tapi, ada perkara yang lebih serius menganggu fikiran dan hati ana sekarang. Perasaan yang kurang enak namum bersyukur kerana itu tandanya hati ana masih punya sensitiviti dan sememangnya semestinya sebegitu sekiranya ianya berkaitan dengan saudara-saudara ku tersayang...

Hati ini sangat-sangat berasa sedih dan tidak enak..seolah-olah tidak mampu utk bergembira, ketika saudara-saudaraku disana sdg berjuang melawan musuh. Tak mampu rasanya nk bergelak tawa sedangkn saudaraku disana sdg kesakitan, ketakutan, kedinginan..diatas kapal yg dikelilingi musuh!!

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal umat Islam maka dia bukanlah dari umatku"

Hari ini inbox phone ana dipenuhi dengan mesej-mesej perkembangan kapal-kapal bantuan untuk ke Gaza yang telah ditawan dan diserang..Hati kembali sebak, tapi cuba disembunyikan sebaik mungkin dari pengetahuan housemate yang lain...Ya Allah, hanya doa yang hambamu titipkan untuk membantu mereka di sana...

Doa Qunut Nazilah

Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkanMU

Di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung denganMUDaripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah

Leburkanlah kempulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilahkan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kpd mereka
Wahai Tuhan yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum
Wahai Tuhan Yang bersifat murka


Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan Yang mengerakkan awan
Wahai Tuhan yang mengalahkn bala tentera al ahzabKalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami keatas mereka

" Ya ALLAH, lindungilah mereka Ya ALLAH...Ana difahamkan juga Kapal-kapal itu bergerak untuk merentas Gaza, kerana rasa kemanusiaan yang tinggi untuk membantu saudara-saudara seagama yang kesempitan dikepung dalam tembok kematian. Sungguh keimanan telah menjana ukhuwwah merentas sempadan sebagaimana yang Islam ajarkan. Mereka membawa bantuan-bantuan kemanusiaan yang selama ini tidak diberikan kepada penduduk Gaza.

Kapal-kapal itu, di dalamnya terdapat manusia-manusia yang ikhlas. Ana membaca satu penyataan menyatakan bahawa di dalamnya yang paling muda adalah berumur kurang dari setahun, manakala yang paling tua ada yang melebihi 80 tahun. Semuanya dengan ikhlas menyabung nyawa untuk membantu saudara-saudara yang ditinggalkan. Ditinggalkan Mesir, ditinggalkan Jordan, ditinggalkan Arab Saudi, ditinggalkan Syria, ditinggalkan Lubnan yang berada di sekelilingnya.

Kapal-kapal itu, di dalamnya tiada tentera. Hanya rakyat biasa yang mempunyai kefahaman dan rasa kemanusiaan yang melangkaui manusia yang hanya inginkan dunia.

Tetapi kapal-kapal itu diserang hingga menyebabkan ada yang terbunuh dan tercedera.

Oh dunia, tidakkah kau melihat kepada mereka? Negara yang bernama Israel itu dan apa yang dilakukan oleh mereka?

Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.

********************************************************************************************************************

Ayuh, saudaraku....Ana mohon doa dari anda semua yang membaca posting ini...Lakukan solat hajat dan terus-terusan titipkan doa untuk saudara kita di sana...

“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya(membiarkannya dalam penderitaan, memberikannya kepada musuh), tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim(apatah lagi menzaliminya, mengabaikannya dan mendustakannya)” Hadith yang ke-35 dalam Hadith 40 An-Nawawi. Hadith riwayat Muslim.

No comments:

Post a Comment