Kaunter Pertanyaan, InsyaALLAH, ana akan bercuti dari 2 - 7 Jun 2010 disebabkan lecturer ana pergi bercuti...Ana berharap sekiranya terdapat program-program yang bermanfaat untuk mengisi kekosongan diri ana ini...


InsyaALLAH, esok pagi ana ada test Managerial Economic. Sepatutnya hari ni, tapi disebabkan lecturer ana ade meeting, jadi ditangguhkan esok. Tapi, ada perkara yang lebih serius menganggu fikiran dan hati ana sekarang. Perasaan yang kurang enak namum bersyukur kerana itu tandanya hati ana masih punya sensitiviti dan sememangnya semestinya sebegitu sekiranya ianya berkaitan dengan saudara-saudara ku tersayang...Kapal-kapal itu, di dalamnya terdapat manusia-manusia yang ikhlas. Ana membaca satu penyataan menyatakan bahawa di dalamnya yang paling muda adalah berumur kurang dari setahun, manakala yang paling tua ada yang melebihi 80 tahun. Semuanya dengan ikhlas menyabung nyawa untuk membantu saudara-saudara yang ditinggalkan. Ditinggalkan Mesir, ditinggalkan Jordan, ditinggalkan Arab Saudi, ditinggalkan Syria, ditinggalkan Lubnan yang berada di sekelilingnya.
Kapal-kapal itu, di dalamnya tiada tentera. Hanya rakyat biasa yang mempunyai kefahaman dan rasa kemanusiaan yang melangkaui manusia yang hanya inginkan dunia.
Tetapi kapal-kapal itu diserang hingga menyebabkan ada yang terbunuh dan tercedera.
Oh dunia, tidakkah kau melihat kepada mereka? Negara yang bernama Israel itu dan apa yang dilakukan oleh mereka?
Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.
********************************************************************************************************************
Ayuh, saudaraku....Ana mohon doa dari anda semua yang membaca posting ini...Lakukan solat hajat dan terus-terusan titipkan doa untuk saudara kita di sana...
“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya(membiarkannya dalam penderitaan, memberikannya kepada musuh), tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim(apatah lagi menzaliminya, mengabaikannya dan mendustakannya)” Hadith yang ke-35 dalam Hadith 40 An-Nawawi. Hadith riwayat Muslim.
1) Bahan-bahan.....


2. Puan Fatimah Syarha (Penulis novel bestseller Tautan Hati)


Assalamualaikum,
Berhubung dgn program Perhimpunan Lifeline 4 Gaza PACE memohon ikhwah dan akhawat seluruh negara supaya dapat hadir untuk memberi sokongan ke perhimpunan ini.