Sebenarnya sudah lama ana ingin kongsi kisah ana ini dgn sahabat-sahabat sekalian. Tapi , setiap kali laptop ana buka, jari ini jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya ana nekadkan juga untuk menulis tentang ini. Hati ana bagai ditarik-tarik untuk menulis.Ana sudah tidak berdaya untuk pendam segalanya. Ana bimbang jika makin ana pendam,ana akan makin tersiksa dalam dunia ana sendiri. Doa ana semoga Allah ampuni ana atas segala apa yang ana lakukan ini. Apa yang akan ana coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ia adalah pengalaman ana sendiri. Ia hadir dari lubuk hati ana sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. ana tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah tetapkan kepada ana.
Kisah ini ana ceritakan supaya apa yang ana lalui tidak berlalu begitu saja tanpa ana kongsi dan tanpa ana rekodkan sebagai panduan bagi diri ana untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu ana berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dalam tahun akhir diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yg sama dan dalam jurusan yang sama. Ana juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yang punya fitrah untuk dicintai dan mencintai. Kamar hati ana ini sepi dan tidak pernah ana isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan sepi. Hinggalah akhirnya ana bertemu dengan seseorg.
Pertemuan ana dan dia terjadi sewaktu ana mengikuti aktiviti rehlah kelab. Itu pertemuan pertama. Tidak kenal pun, tapi perkenalan kami bermula hanya melalui sms dan demi Allah , ana ikhlas menghulurkan salam persahabatan padanya hanya kerana Allah. Tapi, semua yang terjadi telah ditakdirkan , dan ana tidak menduga akhirnya ana mula jatuh cinta dengan dirinya. Ana sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula bercambah. Demi menjaga maruahnya , cukuplah kalau dia hanya dikenali sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu ana sendiri yg berikan padanya kerana pada ana dia merupakan seorang sahabat yang ikhlas. Benarkah? Erm,hanya Allah dan dia saja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasannya.
Perwatakannya sopan dan dia fasih berkata-kata, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia seakan-akan takut untuk bertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar kerana dari mata segalanya boleh terjadi. Walaupun antara ana dan dia , kami tidak pernah bersua secara berhadapan, tapi setiap kali bicaranya melalui sms itu menambat hati ana. Ana senang berbicara soal-soal agama dengannya, Namun, iman ana mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Hanya sms. Nampak macam baik kan? Tidak pernah berbicara secara berhadapan tapi hanya sms. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa cara ana itu betul , tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan ana akhirnya menyedari kesilapan itu.
Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi ana. Ianya mungkin nampak agak baik,walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap salah. Niat baik itu tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haq tetap haq. Allah pernah berfirman :
Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada ana ialah, syaitan telah buat ana pandang baik pada perkara buruk yang ana lakukan. Memang pada mulanya niat ana baik, tapi syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat ana terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Matlamat baik ana itu tidak pernah menghalalkan cara ana. Selama hampir setahun ana leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya ana menyedari kesilapan yang telah ana lakukan ini. Ana terlalu asyik dengan cinta ini sehingga ana terlupa pada Pemilik Cinta yang sebenar. Sungguh, ana rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Ana telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana sedikit sebanyak ana telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa yang istimewa , tapi ana tahu yang ana telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.
Ana panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya pada ana dan ana kembali menyedari kesilapan yang ana lakukan. Silap ana kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya ana begitu mudah melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Ana seharusnya sedar pada siapa harus ana lafazkan cinta itu..hanya utk Allah ,Pemilik Cinta Teragung dan rasul-Nya.
Terus-terang ana katakan yang ana jadi malu dengan diri saya sendiri, dengan Allah dan dengan dia sekali. Kini , untuk kembali mencari keredhaan dari-Nya ana tinggalkan cinta di hati saya ini,ia hanya untuk Allah. Itu sebenarnya adalah jalan terbaik bagi ana.
Ana mengaku, ana sering kali terluka dan ana sebenarnya tidak kuat untuk melakukan itu , tapi ana perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini untuk mencapai keredhaan-Nya. Ana terpaksa berperang dengan hati dan perasaan ana sendiri.
Sewaktu ana mentaddabur Al-Quran, ada satu ayat yang membuatkan ana berfikir sejenak bahawa wajib bagi ana berperang dengan perasaan ini. Ana tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dalam peperangan ini. Surah Al-Baqarah, ayat 216:
Kini , segala apa yang pernah ada kaitan antara ana dan dia telah ana simpan. Gambarnya yang ana simpan secara curi-curi, dairi ana yang penuh dengan catatan berkenaan dirinya, tudung pemberiannya dan semua sms nya yang ana simpan dalam buku, ana simpan di dalam kotak. Hanya satu saja pemberiannya yang ana pegang dan bawa kemana-mana saja , ana tidak tegar untuk menyimpan pemberiannya yang itu di dalam kotak. Nak tahu apa?
TAFSIR AL-QURAN pemberian dari dia. Tafsir Al-Quran yg berwarna hijau itulah yang banyak memuhasabah diri ana. Kerana Al-Quran itulah ana akhirnya sedar akan segala kesilapan ana. Jadi, TIDAK MUNGKIN saya simpan dan ‘tutup’ Al-Quran itu untuk selama-lamanya.
Dia kini sudah tamat diplomanya dan alhamdulillah ana sudah tidak bertemu lagi dengannya. Dan dia pun sudah melangkah satu lagi fasa dalam proses mencari ilmunya , dimana dia sudah menyambung ke peringkat degree di Shah Alam. . tapi insyaAllah ana yakin dia bahagia sekarang kerana doa ana untuknya sentiasa ada agar dia berada dalam naungan cinta Illahi. Apa yang terjadi antara ana dan dia kini hanya kenangan. Bukanlah bermaksud ana putuskan ikatan persahabatan yg terjalin antara kami ..tidak..!! Haram untukk seorg muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya. Sampai kiamat pun , dia tetap sahabat ana dunia dan akhirat. Tapi dia pernah menyatakan pada ana bahawa ini yang terbaik dan ana terima dengan senang hati keputusannya itu. Cuma saat ini biarlah hanya Allah di hati ana dan biarlah masa yg tentukan siapa dia pada ana di masa hadapan.
Ana tahan keinginan di hati ini kerana ana yakin Allah akan kurniakan sesuatu yang halal bagi ana. Semoga satu hari kelak ana akan berjumpa dengan “putera agama” ana yang akan dapat menambahkan lagi cinta ana pada Illahi.

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” (Surah Al-Ankabut,29:38)
Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada ana ialah, syaitan telah buat ana pandang baik pada perkara buruk yang ana lakukan. Memang pada mulanya niat ana baik, tapi syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat ana terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Matlamat baik ana itu tidak pernah menghalalkan cara ana. Selama hampir setahun ana leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya ana menyedari kesilapan yang telah ana lakukan ini. Ana terlalu asyik dengan cinta ini sehingga ana terlupa pada Pemilik Cinta yang sebenar. Sungguh, ana rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Ana telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana sedikit sebanyak ana telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa yang istimewa , tapi ana tahu yang ana telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.
Ana panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya pada ana dan ana kembali menyedari kesilapan yang ana lakukan. Silap ana kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya ana begitu mudah melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Ana seharusnya sedar pada siapa harus ana lafazkan cinta itu..hanya utk Allah ,Pemilik Cinta Teragung dan rasul-Nya.
Terus-terang ana katakan yang ana jadi malu dengan diri saya sendiri, dengan Allah dan dengan dia sekali. Kini , untuk kembali mencari keredhaan dari-Nya ana tinggalkan cinta di hati saya ini,ia hanya untuk Allah. Itu sebenarnya adalah jalan terbaik bagi ana.
Ana mengaku, ana sering kali terluka dan ana sebenarnya tidak kuat untuk melakukan itu , tapi ana perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini untuk mencapai keredhaan-Nya. Ana terpaksa berperang dengan hati dan perasaan ana sendiri.
Sewaktu ana mentaddabur Al-Quran, ada satu ayat yang membuatkan ana berfikir sejenak bahawa wajib bagi ana berperang dengan perasaan ini. Ana tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dalam peperangan ini. Surah Al-Baqarah, ayat 216:
”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Kini , segala apa yang pernah ada kaitan antara ana dan dia telah ana simpan. Gambarnya yang ana simpan secara curi-curi, dairi ana yang penuh dengan catatan berkenaan dirinya, tudung pemberiannya dan semua sms nya yang ana simpan dalam buku, ana simpan di dalam kotak. Hanya satu saja pemberiannya yang ana pegang dan bawa kemana-mana saja , ana tidak tegar untuk menyimpan pemberiannya yang itu di dalam kotak. Nak tahu apa?
TAFSIR AL-QURAN pemberian dari dia. Tafsir Al-Quran yg berwarna hijau itulah yang banyak memuhasabah diri ana. Kerana Al-Quran itulah ana akhirnya sedar akan segala kesilapan ana. Jadi, TIDAK MUNGKIN saya simpan dan ‘tutup’ Al-Quran itu untuk selama-lamanya.
Dia kini sudah tamat diplomanya dan alhamdulillah ana sudah tidak bertemu lagi dengannya. Dan dia pun sudah melangkah satu lagi fasa dalam proses mencari ilmunya , dimana dia sudah menyambung ke peringkat degree di Shah Alam. . tapi insyaAllah ana yakin dia bahagia sekarang kerana doa ana untuknya sentiasa ada agar dia berada dalam naungan cinta Illahi. Apa yang terjadi antara ana dan dia kini hanya kenangan. Bukanlah bermaksud ana putuskan ikatan persahabatan yg terjalin antara kami ..tidak..!! Haram untukk seorg muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya. Sampai kiamat pun , dia tetap sahabat ana dunia dan akhirat. Tapi dia pernah menyatakan pada ana bahawa ini yang terbaik dan ana terima dengan senang hati keputusannya itu. Cuma saat ini biarlah hanya Allah di hati ana dan biarlah masa yg tentukan siapa dia pada ana di masa hadapan.
"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"
Ana tahan keinginan di hati ini kerana ana yakin Allah akan kurniakan sesuatu yang halal bagi ana. Semoga satu hari kelak ana akan berjumpa dengan “putera agama” ana yang akan dapat menambahkan lagi cinta ana pada Illahi.
salam
ReplyDeleteyakin dengan janji Allah :)
*skrang sy dah faham, sori kak..menyibuk korek2 dompet akk. haha*