Wednesday, March 17, 2010

Dinner part 1


Alhamdulillah....segala puji hanya untuk-Nya kerana membantu kami memudahkan urusan dalam merangka,merancang dam melaksanakan majlis yang diadakan pada 15/Mac yang lepas...

Berikut beberapa kronologi perjalanan program kami...perkongsian ini sengaja ana adakan supaya pembaca yang lalu lalang di blog ana sedar dan faham kerana bukan mudah untuk kami bekerja untuk menjayakan majlis berkenaaan...Semata-mata untuk anda semua...Adakah objektif majlis ini berjaya?? Tanyalah diri anda sendiri kerana anda lebih layak menilai kerana ana sememangnya tidak mampu menduga naluri kecil anda itu...Apa yang penting, dari pihak ana, ana sangat berpuas hati..Ana melihat dari sudut yang berbeza...Betapa ana sangat kagum dengan ketabahan,kesabaran dan kepayahan sahabat-sahabat dalam menjayakan majlis yang mungkin dari pandangan anda tidak seberapa...Tapi, bagi ana ia lebih dari itu...Anda fikirlah dari perspektif dan naluri yang tulus...


:: Gambar ketua projek ::

Ana sangat kagum dengan ketabahan dan kesabaran ketua projek ni...kredit cemerlang memang layak baginya...kerana ana lihat sendiri betapa kerisauan sentiasa ada sepanjang kami bermeeting atau berbincang...betapa juga dia tabah tak kala ada kata-kata yang mungkin menjatuhkan keyakinan dan semangatnya...Walau apa-apa pun, Dia memang mampu buktikan dia boleh memimpin..

:: Gambar ketua Deco ::

K.Aishah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk meng"Deco"kan DSP supaya dapat menghidupkan elemen Merah Hitam...Yah, memang berjaya sebenarnya..Dan disini juga ana menegaskan kami berhempas pulas untuk memastikan budget tidak melebihi RM250 seperti yang telah diperuntukkan...selama 2 hari k.Aishah berkampung di rumah ana untuk menyiapkan segala keperluan, dan memcari pelbagai idea untuk mengdecorate DSP nanti...Kalau anda hendak tahu selama 3 hari berturut-turut kami berusaha untuk menyediakan segala peralatan..hampir 1 segamat kami jelajahi, dan butik-butik untuk menyewa beberapa peralatan yang diperlukan...nampak mudah bukan,tapi tidak bagi ana yang bersama-sama mereka bekerja...


:: Gambar YDP dan Naib Bandahari ::

Alhamdulillah juga kerana kami mempunyai YDP yang cukup baik dan sebenarnya ana perasan dalam diam dia juga seorang yang sanggup berkorban...Bayangkan selama 3 hari kami keluar "bekerja" dia sentiasa bersama-sama kami..bergerak dan bekerja walaupun pada hakikatnya dia boleh je kalau hanya duduk di rumah dan berehat-rehat kerana dia adalah ketua...tapi, YDP ini tidak...disini mungkin ana patut menyatakan rasa terima kasih yang teramat bagi pihak Merketeer's...

K.Shafikah adalah naib bendahari...pembantu setia K.YMY...ana masih ingat lagi tak kala ana sangat teruja dengan hasil kerja yang telah meraka hasilkan...doorgift, hadiah VIP dan sebagainya...Disini juga ana ingin memperkenalkan rakan kerja bersama dalam menyiapkan keperluan itu..antaranya ZATI,NAZA dan mungkin beberapa orang lagi yang mungkin di luar pengetahuan ana....Semua ini mereka lakukan semata-mata untuk Anda, untuk nama Marketeer's dan yang penting itulah tanda unite kami dalam bekerja...

:: ME!!::

Ana sangat bersyukur kerana segalaNYA dipermudahkan..memang itu doa ana..kerana dengan keikhlasan bekerja bersama yang akan memberkatkan usaha kami...memang bukan mudah...sangat bukan mudah...Objektif ana berkongsi cerita ini adalah mungkin inilah yang ana mampu lakukan untuk menghargai usaha sahabat-sahabat ana sekalian...Berpenat dulu kerana dengan penat itu akan menghasilkan sesuatu yang tidak kita sangkakan....Hanya mereka yang bersama saja akan memahami maksud ana ini...Yakinlah...kita telah lakukan yang sehabis baik...Atas nama persahabatan, atas nama Marketeer's...

Nantikan cerita seterusnya...

No comments:

Post a Comment