Saturday, January 30, 2010

NurCahaya

Malam ni ana sukar melelapkan mata...fikiran terasa seperti di awang-awangan..seperti kosong...kekosongan yang ana sendiri tidak tahu...sebenarnya ana sangat penat selepas balik dari keratong, tapi entah kenapa mata sukar lelap..

Ana mula mengeledah dan menyelongkar khazanah-khazanah yang ada dalam laptop..beberapa bahan tazkirah ana baca..ana fikir mungkin hati ana kosong kerana tiada pengisian..tapi, tekaan ana meleset..ana masih terasa kosong...akhirnya ana membuka mymusic dan memcari lagu-lagu yang ana rasa best...akhirnya ana mengambil keputusan memasang lagu-lagu nyanyian Maher Zain...

Subhanallah...ana betul-betul menghayati lagu-lagu tersebut especially "OPEN YOUR EYE".. ana seperti terpukul dan tertampar..lagu-lagu yang menyentuh hati ana...ya, ana sudah tidak merasa kekosongan tadi...ana faham, rohani ana perlukan pengisian juga..bukan hanya fizikal...ana terlupa, mungkin ana terlampau bersuka ria tanpa ana sedar, rohani ana semakin menipis..Maaf Hati..Maaf Iman..Maaf kerana lupa dan leka...Alhamdulillah, kekosongan yang ana rasa tadi rupanya "signal" untuk ana merefresh diri ana...

Sekarang ana dah meletakkan lagu dan video Maher Zain..ana menganggap lagu juga merupakan peranan yang penting untuk membantu untuk menyedarkan kita...tapi, pilihlah lagu-lagu yang mempunyai lirik lagu yang baik dan bermakna...Harap sangat anda semua meluangkan masa mendengar lagu-lagu tersebut...Rasalah apa yang ana rasa...

Entahlah, kadang kala ana merasakan keseronokan duniawi tidak berjaya membeli jiwa ana..ana gembira dari luaran orang melihat ana sentiasa tersenyum dan ketawa...tapi, kadang kala ana lost..ana kosong..ana sunyi...kerana duniawi belum tentu memberi jaminan kebahgian di hari kemudian...

Untuk anda yang membaca posting ini...inilah diri ana..Nur Yang Tersendiri..masih banyak rahsia diri yang disimpan..masih ada matlamat yang belum tercapai...

::Nur Yang Tersendiri, selamanya sebegitu::


No comments:

Post a Comment