Thursday, January 28, 2010

Mencari Keseimbangan...

Assalamualaikum...

Inilah mood ana sekarang...cuba bermujahadah dalam pelbagai perkara...ana sebenarnya sangat terkesan dengan maksud ayat di atas..

"Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya...(84:6)"

Dalam menjalani kehidupan kita seharian, sebenarnya membenarkan kita beribadah 24jam..ana berkata sedemikian kerana sekiranya setiap pekerjaan yang hendak kita lakukan, sekiranya mempunyai niat yang betul dan ikhlas, InsyaALLAH ia akan dikira sebagai ibadah..hatta membuang ranting kayu di jalanan...

Begitulah DIA..Maha pemurah dan penyayang...tetapi, peringatan ini ana tujuan kepada diri ana sendiri dan ana kongsikan kepada anda semua...dalam seharian kita bekerja dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai pelajar, berapa kalikah kita membawa "DIA" di dalam tindakan atau hati kita...sebenarnya ana sendiri sering lupa, dalam setiap derap langkah kita, DIA pasti mengikuti dan memerhati tanpa terlepas 1 saat pun...tapi, ana sering terlupa mengenai hakikat itu...sering kali ada tindakan yang tidak wajar mungkin ana lakukan...



No comments:

Post a Comment