Tuesday, March 15, 2011

Doakan Saya

Doakan Saya

1) Diberi kesihatan tubuh badan. Jantung Saya. Sekarang semakin teruk. Susah nak bernafas dan rasa sakit sangat. Kena hujan, terus demam. Migrain suka ambil kesempatan waktu badan tak kuat

2) Permudahkan urusan pengajian saya. Saya ingin ke luar negara. Moga impian saya tercapai.

3) Thesis saya. Masih dalam proses. Tapi prof. bagi tugasan baru untuk buat kajian KRAP's. Tapi, saya harap pihak lain akan hargai usaha saya yang terakhir di sini

4) Saya kuat. Saya tahu tu, tapi jangan terlalu menguji saya.

5) Saya positif. Jangan fikir negatif lagi sebab boleh jadi itu masalah awak.

Selamat Tinggal Dari NURHAZIEMAH


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.


Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.


Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.


Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.


Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.

"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."


Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :


"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."

Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)



Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.


Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.


Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...


Dari pengalaman Saya

Kritikan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan anda


Dalam situasi lain, seseorang mengkritik anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan anda di khalayak ramai.


Jika anda dikritik, apa yang sepatutnya dibuat supaya anda kekal bermotivasi?


Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif terhadap kritikan - kritikan negatif.


01.Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.


Kemaafaan adalah cara paling penting untuk membuat anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat.


Lupakan kata-kata yang mengkritik anda, ambil ia sebagai satu pengajaran sahaja. Jadikan kritikan sebagai cara anda mempelajari sesuatu.


Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar anda membuat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat anda tidak bermotivasi.


02.Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.


Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati anda membara, panas sebab dikritik dan telinga anda pedas mendengar suara si pengkritik.


Turunkan ego anda. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik.


Untuk anda kekal bermotivasi, anda juga perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan adalah salah satu cara untuk memberitahu anda bahawa tindakan anda salah, sehingga tidak memenuhi sesetengah 'standard'.


Bertekadlah untuk membuat yang lebih baik di lain kali sekiranya anda mempunyai peluang.


03.Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Untuk Berubah dan Perbaiki Diri.


Sehebat manapun anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri anda lebih bagus dari orang lain.


Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan.


Bentuk diri anda agar menjadi semakin baik dari sehari ke sehari!


Pelajari cara yang betul, kemudian lakukanlah. Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya anda berpuas hati dengan apa yang anda berjaya capai.


Dengan itu, anda akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian yang lebih tinggi. Jika anda mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, anda hanya akan kecewa apabila dia semakin maju.


Lantas anda tidak akan bersemangat disebabkan oleh rasa iri hati, dengki dan tidak berpuas hati dengan kemajuannya.


Cara terbaik yang dapat dilakukan adalah menyembunyikan kehebatan dan pamerkan kesanggupan untuk terus berubah dan memperbaiki diri. Setkan matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat itu!


Ingatlah bahawa Mindset persaingan membunuh semangat, manakala mindset yang berusaha mencapai matlamat akan menyuburkan lagi semangat. Dengan ini, anda akan sentiasa bermotivasi!


Permohonan MAAF saya

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."


Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.


Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.


Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.


Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.


Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?


TERIMA KASIH


Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.


Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.


Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.


Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?


Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.


Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?


SELAMAT TINGGAL


Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?


Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.


Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.


Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?


Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.


Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.


Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.


Maafkan sahaja.


Kembalilah bersaudara.


Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?


Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

Berhikmahkah Kita?

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (An-Nahl, ayat 125).


Menasihat Berhikmah


Apabila menyebut ttg memberi nasihat atau memberi teguran, atau berdakwah, kita akan selalu mengaitkannya dengan hikmah. tapi sebenarnya apakah maksud hikmah?


Prof. Madya Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni dari Institut Pengajian Tinggi Dakwah Islamiah di Madinah mentakrifkan hikmah sebagai, meletakkan sesuatu pada tempatnya.


Syeikh Muhammad Abduh menyimpulkan dari ayat di atas bahawa seorang pendakwah akan menghadapi tiga jenis manusia iaitu


1. Golongan cendekiawan yang dapat berfikir secara kritis dan mendalam, cepat dapat menangkap sesuatu persoalan.


- Mereka ini harus didakwah dengan berhikmah, iaitu dengan alasan, dalil dan hujah yang dapat diterima oleh kekuatan akal mereka.


2. Golongan orang awam yang kebanyakkannya belum dapat berfikir secara kritis, belum dapat menangkap pengertian yang tinggi-tinggi.


- Mereka hendaklah didakwah dengan nasihat dan pengajaran yang baik iaitu melalui pendidikan yang baik dan mudah difahami.


3. Golongan yang tingkat kecerdasannya diantara yang tersebut diatas.


- Mereka ini hendaklah didakwah dengan bertukar-tukar pandangan dan fikiran yang boleh mendorong untuk berfikir secara sihat dalam mencari kebenaran. Oleh itu, dakwah yang berkesan adalah mengikut kondisi orang yang didakwahnya.



كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Surah Ali-Imran ayat 159)

Monday, March 7, 2011

Aku,Kau BerBEZA


kadang-kala kita akan rasa sangat bersemangat. Dan kadang-kadang juga semangat itu boleh jatuh merudum. Sehingga kita hanya boleh termenung. Merenung... Berfikir... Perkara tersebut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun bagi orang yang beriman, masa-masa begini boleh dijadikan masa untuk bermuhasabah diri. Merenung kembali hari-hari lepas yang dilalui. Buat evaluation. Seterusnya berfikir dan merancang untuk masa-masa akan datang. Maka semua waktu dalam hidupnya tiada yang sia-sia melainkan semuanya adalah berkualiti, baik di masa semangatnya tinggi atau ketika rendah.


Apa yang menyebabkan semangat kita lemah. Ada banyak sebab. Mungkin disebabkan diri kita sendiri, orang lain atau kerja. Sesungguhnya itu normal dalam kehidupan. Tinggal saja dia menyerlah atau tidak.


"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." (Ali-Imran:139)


Namun ayat al-Quran di atas memberi nasihat pada hati kita agar kita tidak berterusan dalam kelemahan dan kesedihan. Cuba kita bayangkan dia(al-Quran) datang pada kita (sesungguhnya al-Quran adalah sahabat bagi orang yang sentiasa bersamanya), dan memeluk kita serta mengucapkan kalimah di atas. InsyaAllah kita akan rasa tenteram kan? Dan akan bermotivasi kembali untuk meneruskan hari kita.


Dan ayat tu juga mengatakan, kita adalah orang paling tinggi darjatnya, jika kita orang yang beriman. Maka disini kita tafsirkan pada diri kita, bahawa kelemahan dan kesedihan itu datang sebagai untuk menguji kita.


Sikap orang beriman bila dia berhadapan dengan kemunduran dan kesedihan adalah dia bersabar, yang mana kita tahu orang yang sabar adalah tinggi darjatnya disisi Allah.


Seterusnya dia mengkoreksi kembali dirinya. Mengadu dirinya yang lemah kepada Allah SWT. Memohon keampunan pada Allah. Meminta kepada Allah agar ditunjukkan dimanakah salahnya. Memohon agar dikuatkan dirinya, diteguhkan imannya, dikuatkan kesabarannya, dilapangkan serta ditenangkan hatinya. Seterusnya memohon kepada Allah agar dikurniakan petunjuk untuk menghadapi masalah dalam hidupnya.


Maka tidakkah tindakan itu menambah dekatkan lagi diri kita kepada Allah? Sesungguhnya orang beriman itu mendapat banyak kebaikan dari ujian dalam hidupnya. Teringat satu lirik lagu, sesungguhnya:

Allah rindu mendengarkan, rintihanmu berpanjangan, Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi, Segala ujian diberi Maka bersyukurlah selalu the lagu .. Mestika.


Bangganya rasa bila dirindui... Sesungguhnya DIA sayang, maka DIA menduga. Sesungguhnya DIA rindu, maka DIA meminta kita kembali padaNya. Tiada yang lebih indah, dari belaian kasih sayang Allah.

Sedetik kemudian, muncullah Himmah 'Aliyah. Dengan senyumnya yang mempesona. Melambai-lambai agar mengejarnya. Bagai dunia dimiliki... Semangat yang sirna kini bersinar gemilang. Kaki yang berat kini dihayun cepat. Akal yang lesu tidak lagi membisu, ligat merancang dan mengatur. Maka hidup diteruskan dengan cemerlang. Itulah himmah 'aliyah...semangat yang tinggi.

Perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja bukan? Tidak ketinggalan juga bagi seorang da'ei... Tapi kenapa dia sentiasa kelihatan bersemangat? Kerana dia punya basic yang kuat! Hatinya tegar, matlamatnya jelas, maka perjalananya insyaAllah teratur.

Duhai da'ei... sesungguhnya kamu pasti merasakan juga saat-saat begitu. Jangan dikatakan kamu tidak ada masa untuk berehat. Sesungguhnya kamu ada. Jadikan saat kelemahan itu satu kerehatan yang berkualiti. Ambillah waktu kerehatan itu untuk bermuhasabah dan menyusun kembali. Tapi sentiasa bersama sahabatmu(al-Quran). Kerana dia akan sentiasa menasihatimu.



Thursday, March 3, 2011

Disebalik 5K

Disebalik 5 K tersimpan begitu banyak pengajaran,pengalaman dalam diri ana. Mungkin inilah ujian dan dugaan untuk ana terima. Pelbagai peristiwa susah senang, suka duka sepanjang proses untuk menjadikan expo ini satu realiti.

Berapa banyak tenaga, keringat, tangisan sudah tidak terkira rasanya. Betapa diri ini didalam suasana jatuh dan bangun sendiri. Disaat tangan ini dilepaskan tanpa gengaman ketika saat memerlukan.

Namun, ana percaya dan yakin, kekuatan dan keyakinan yang ana perolehi adalah kerana doa dari sahabat-sahabat di sini. Kekuatan dan keyakinan itu terus mengalir dalam diri ana dengan hanya merasai kehadiran mereka di sekeliling dan dengan hanya melihat kelibat mereka setiap hari. Itu sudah cukup menambah kekuatan ana. Terima Kasih sahabat.

Hampir setiap hari ana mengorak langkah untuk melakukan urusan-urusan yang berkaitan. Dalam panas ana redah untuk naik ke pejabat-pejabat pengurusan. Dalam hati ana sentiasa berzikir dan bertahmid. Syukur ya ALLAH, ini tarbiyah dari-MU. Sungguh, setiap derap langkah ana sentiasa mengingati DIA di hati ana untuk sentiasa kuat dan berdoa moga urusan sentiasa dipermudahkan. Saat dan ketika itu, hanya DIA di hati ana sehingga satu ketika ana duduk berhenti di masjid dan menangis sepuas-puasnya keranakepenatan yang teramat sangat. Serasa tenaga ana sudah sampai ke tahap maksimum dan tenaga yang masih bersisa ana lakukan solat hajat dan berdoa :

"YaALLAH, hanya padaMu tempatku memohon pertolongan. Bantu yaALLAH untuk terus kuatkan semangatku dan tiupkan ketenangan dalam hatiku. Jangan yaALLAH engkau jadikan aku hamba yang berputus asa. Sungguh, aku lemah dan teramat penat. Bantu yaALLAH..."

Ana menangis lagi. Namun, berusaha untuk redha.

:: Bersambung ::



Berbaik sangka


Manusia hidup tiak akan pernah lepas dari ujian, siapapun orangnya pasti dia pernah merasakan , sedang merasakan dan akan merasakan ujian dari Allah. Seperti yang terjadi di Sumatra barat sekarang ini, gempa bumi 7.6 dalam skala righter telah memporak porandakan kota Padang di Sumbar. Semuanya hancur dalam sekejap, belum lagi korban jiwa yang terhitung jumlahnya , tapi semua itu adalah Sunnatullah dan kita sebagai hambaNYA wajib menyikapinya dengan berbaik sangka (husnudzon) kepada Allah SWT, Dzat yang maha berkehendak atas segala sesuatu.

Sikap husnudzon kepada Allah wajib di miliki oleh setiap Muslim yang beriman, kita harus mengambil hikmah dari setiap qadha dan qadhar dari Allah. Yakinlah bahwa Allah Mahasuci dan tidak mungkin berbuat dhalim kepada hambaNYA , di balik penderitaan terhimpun kasih sayang yang senantiasa memancar.
Allah maha tahu kemampuan dan kekuatan yang di miliki makhlukNYA , setiap keputusan dan ketetapannya sudah diukur, sehingga Dia tidak akan mencelakai para makhlukNYA .

Di balik musibah yang terjadi kita harus yakin bahwa Allah juga sudah mempersiapkan keruntungan kepada hambanNYA yang diuji .

Dari sini, KEKUATAN SAYA...


Ini sumber Motivasi saya...Video inilah saya tatap setiap hari....



Inilah sumber kejayaan dan keyakinan saya... Video inilah yang kuatkan keyakinan dan semangat saya..



Isu Semasa....


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.

Syeikh al-Qaradawi berkata:

وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن
يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".

Maksudnya :
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"
___________________________________________________________________

Sesiapa di kalangan Angkatan tentera Libya yang mampu menembak peluru kepada Mr Gaddafi dia WAJIB melakukannya – Yusuf al-Qaradawi

Egyptian cleric: Kill Gaddafi

A top Egyptian cleric has called on Libyan soldiers who can shoot Libya’s unpopular Leader Muammar Gaddafi not to hold their fire to free the nation of his oppression.

Yusuf al-Qaradawi, viewed as the spiritual leader of the Egyptian opposition Muslim Brotherhood, made the call on Monday through a fatwa (religious decree) against the 42-year-long head of state.

“Whoever in the Libyan Army is able to shoot a bullet at Mr. Gaddafi should do so,” he told the Qatar-based news channel al-Jazeera.

Libya has been swept by pro-democracy protests inspired by popular revolutions in Egypt and Tunisia, which toppled the countries’ presidents.

Such killing would “rid Libya of him,” said Qaradawi. The scholar, who also heads the International Union for Muslim Scholars, returned to Egypt after three decades in exile following the revolution.

Gaddafi’s government has deployed fighter jets to open fire on the demonstrators to prevent what appears to be an imminent revolution.

Forces loyal to Gaddafi are also said to have used live rounds against protesters amid reports, pointing to the arrival of planeloads of armed foreign mercenaries in the capital, Tripoli.

Libyan protesters, however, have reportedly managed to seize several cities.
The International Federation for Human Rights says as many as 400 people have so far been killed during the protests.

Qaradawi also told Libyan soldiers “not to obey orders to strike at your own people,” and urged Libyan ambassadors around the world to dissociate themselves from Gaddafi’s regime.PressTV.

Bro n sis...ATTENTION!!!!!

Yeah~! Wuteva happen is under His power~ he knows the best for us
Satu realiti yg buat selalu buat diri kembali bangkit dari futur dan rasa lemah~
Umat kini dalam penindasan
I need to help my ummah!!
Then who else?
Biar terpaksa ku tinggal kan rasa sayang pd dunia yg sementara
Ya insya Allah setiap usaha itu pasti ada ganjarannya
Jangan sedih NUR~ come on~! Be strong gurl~!
Nak tengok daulah tegak balik tak?
Nak tengok lagi ke islam ditindas?
Nak biarkan adik-adik comel kat palestin kna bedah without bius?
Nak biarkan makcik-makcik kat sempadan lubnan ditengking by askar-askar bangsat yg kurang ajar?
Nak biarkan abang-abang kat ambon disembelih lagi?
Nak biarkan pakcik-pakcik tua yg dah uzur dipenggal kepalanya dengan kapak lagi?
Nak biar rakan-rakan melayu hanyut dengan budaya barat?
Yg rupa dah macam binatang
Yg perangai rase cam nak sepak-sepak je
Yg dah xde jati diri
Yg bodoh-bodoh gi tiru gaya mat saleh
Yg suke sgt nak berkemban sana sini
Yg kalau boleh dah tak nak pakai baju
Yg bodoh sgt pegang anak orang cam dah xde keje lain
Yg cam dah xde agama
Yg tak reti baca panduan hidup~ al quran
Yg jahil pasal solat~ tiang agama
Sanggup tahan lagi dengar cite gadis melayu yg sebaya diperkosa?
Sanggup lagi tengok budak-budak kecik yg berpotensi tp dipaksa bekerja?
Sanggup biarkan duit sendiri yg susah kumpul dieksploitasi by orang-orang yg berperikemanusiaan?
See what happen around you~
How can you just ignore all these?

Keep focus on what you are going on~ He know the best for me
Hakikatnya tiada yg lebih berkuasa melainkan Dia~
Ya Allah rindu nye~!!!
Cool dude~ dunia ni kejap je~ esok esok insya Allah kite kat syurga dah~
Ameen~ tanggung jawab as khalifah ni rase berat sgt bile tenggelam dalam duniawi
Ya Allah kurniakanlah hidayah-Mu buat hamba-Mu di akhir zaman ini
Ya Allah ku mohon cinta-Mu~ yeah Allah’s everything

Rindu lagi...




“aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku,
sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan
menjaga nama baikku ketika hidup atau selepas mati,
Ku hulurkan tangan kepada sahabatku berkenalan
kerana aku akan merasa senang
Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya dairi,
Aku berharap mendapat sahabat sejati yang tidak akan
luntur baiknya dalam suka dan duka, jika aku dapat ,
aku ingin setia padanya [imam syafei]
uhibbukunna fillah~!!!!
___________________________


thank you.
baru je nak bangga dah tak nangis.
im weak.

hasbiyallah wa ni'mal wakil ni'mal maula wa nikman nasir
_________________________________________________________________

Kental jiwa+tulus hati

“sesungguhnya dulu kamu lalai tentang hal ini,maka kami singkapkan penutup yang menutupi matamu.sehingga penglihatanmu pada hari ini sangat tajam” 50:21

Hidup memang tak pernah sempurna.
Ada hujan,ada ribut,ada juga pelanginya.
Hidup juga sangat adil.
Buruk pada yang silam semestinya akan jadi panduan bagi yang berfikir.
Kerana yang berfikir itulah orang yang beruntung.

“tiada balasan untuk kebaikan melainkan kebaikan lah juga” 55:60

Biar najis dia taburkan.
Biar yang kesat dia hamburkan.
Biar dusta dia maniskan.
Kau tahu itu.
Kau sedar itu dusta.
Kau bukan bodoh.
Kau cuma bertindak dengan akal dan iman.
Berilah peluang kepadanya.
Yakinlah dengan janji Allah itu sayang.
Buat baik tak pernah rugi.
Takkan pernah.

Dan.
Jangan mudah kau putus asa.
Setiap langkah.
Setiap baris yang kau ulangkan.
Setiap air mata yang kau tangiskan.
Setiap derita yang kau rasakan.
Dia ada.
Dia tahu.
Dia nilai.
Bukanlah kejayaan itu dinilai pada akhirnya.
Tapi pada peritnya usaha yang kau kerahkan.
Rasakan lah kehadiranNya dalam setiap langkahmu
Dalam setiap hembusan nafasmu
Dalam setiap degupan jantungmu

“dan sungguh,kami telah ciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” 50:16

Dia ada.
Dia tak tipu.
Percayalah.

Tak perlu bertindak tidak bertamadun.
Tak perlu menipu.
Tak perlu meniru.
Allah itu adil.
Mungkin kau berjaya hari ini.
Aku takut kau gagal di kemudian hari.
Mungkin kau peroleh keputusan cemerlang.
Aku takut kau tak punya kerja esok hari
Walau ijazah kau kelas pertama.
Allah itu adil.

Berdirilah atas kaki sendiri
Berdirilah berpaksikan wahyu.
Bukan berdiri dengan pengaruh.
Bukan berdiri dengan kuasa.

Peliharalah jiwa-jiwa.
Jiwa-jiwa di sekitarmu.
Kegagalanmu pada hari ini mungkin kerana khilafmu pada mereka.
Peliharalah.
Buat baik tak pernah rugi.

Hidup itu sementara.
Buatlah baik.
Sabar.
Hidup itu sekejap.
Buat baik tak pernah rugi.
Penuhkan lah hidupmu dengan kebaikan.
Insyallah ada ganjarannya.
Percayalah.

Surat untuk Sahabat


always try to be cool.
even actually i'm not really cool.
yeah.there's burnt inside.

awak tahu apa.
saya tak rasa saya perlu umumkan satu dunia.
kalau setakat kicap tumpah atas meja.
kalau setakat orang pinjam barang tak letak balik.
kalau setakat kena teman kawan jauh sampai semput-semput.
saya tak kisah itu semua.

tapi saya tahu ramai yang pantang
dan susah berkorban untuk orang lain.
susah nak berkorban bila tiada kepentingan untuk dirinya.

takpe la awak.
ikut suka awak.
saya harap saya mampu bagi contoh yang baik untuk awak.

saya sayang awak.
saya tolong awak.
walau saya sedih awak jarang nak berkorban untuk saya.

saya tahu kadang-kadang atau memang selalu.
saya bermatian untuk orang lain.
tapi orang tak pernah bermatian untuk saya.

terpulang lah awak.
tapi kan awak.

ada perkara yang saya tak boleh tolong awak.
walau saya berusaha bermatian.
dan saya SANGAT berharap awak mampu lakukan sendiri.

awak,
tolong jaga solat lima waktu.
tak susah pun.
buat cepat-cepat.
jangan lengahkan.
kemudian awak boleh sambung balik kerja awak.
DIA bagi awak macam-macam.
DIA hanya minta awak solat 5 waktu je.
DIA tak minta awak balas balik oksigen.
tak minta balas balik ikan,ayam yang DIA cipta.
DIA hanya nak suruh awak bersyukur.
awak,please..

awak, tolong jaga aurat
awak ingat tutup aurat tak boleh stylo ke.
stylo la dengan tutup aurat.
tutup aurat bukan bermakna mesti pakai jubah.
bukan mesti hitam semua.
cuma labuhkan sikit tudung.
cuma longgarkan sikit baju dan seluar.

awak janganlah rasa rendah diri tutup aurat.
awak tahu tak, awak dipandang tinggi oleh penghuni langit.
pilih lah awak dunia yang sementara atau akhirat yang kekal abadi.

awak,
peliharalah akhlak.
bukan tak boleh kawan dengan laki.
tapi jangan lah bertepuk tampar.
janganlah tenung lama-lama.
cakap apa yang perlu.
mesti lelaki ke yang faham hati awak.
saya?
saya ni bermatian untuk awak.
sedih tau.

awak,
peliharalah kata-kata awak.
jangan mudah melafaz kata.
orang lain juga punya hati dan perasaan.
mungkin tahap sensitifnya berbeza.

awak,jaga lah jati diri dan maruah diri awak.
tak cool lah kalau macam tu.
jadilah diri awak sendiri yang sentiasa mahu pembaikan.

Monday, February 21, 2011

Andai diri lemah...


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Memang.


Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.


Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.


Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.


Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.


Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.


Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?


Bagaimana kita menyingkapinya?


Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.


Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.


Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.


Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.


Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?


Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.


Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.


Bersangka baiklah.


Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]


Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin. Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.


Sabar.


Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.


Kesilapan kita.


Ada masa kita silap.


Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.


Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.


Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.


Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?


"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]


Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.


Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?


Namun, silapnya pada kita.


Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.


Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.


Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.


Wujudnya saat muhasabah.


Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.


Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.


Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.


Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?


Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.


Baik.

Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?


Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?


"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]


Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.


Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.


Dia mahu kita kembali kepadaNya.


Dia mahu kita selamat di 'sana'.


Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.


Sekarang, jawab dengan hati kita. . .


Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?


Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain (manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?


Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.


Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya hanya Dialah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah tempat kita bergantung segala.


Dan perkara-perkara lain yang 'terkorban' (ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu kurnia dariNya dan juga sebagai ujian pembuktian keimanan manusia.


Seharusnya ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.


Selama ini, adakah itu cara kita melihat?


Penutup: Kembali sedar matlamat dan peranan hidup


Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu." - [Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]


"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" - [Surah Al-Baqarah, 2: 30]


Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan dia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya (melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).


Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya 'Illah' (Tuhan) seluruh semesta.


Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.


Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.


Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.


Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.


Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.


Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.


Wahai diri,


Kali ini. . .


Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.


Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.


" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]