Sunday, May 20, 2012

Berhati-hati ketika berbicara

salam'alaikum




Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar





Sebuah lagi cerita tentang perjalanan kehidupan ana.





Last week minggu air mata kembali. Biasalah lumrah kehidupan ada masa kita ketawa,gembira,senang,tenang dan ada ketika kita menangis,kecewa,dan putus asa. Dengan berbekalkan iman yang hanya senipis kulit bawang ini, ana cuba untuk melewati saat-saat kritikal itu dengan meletakkan keyakinan yang paling tinggi untuk menyatakan "Aku yakin dengan janjiMu yaAllah bahawa Engkau sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk diriku".





Dan dengan iman yang hanya senipis kulit bawang ini, ana diuji dengan serangan perasaan putus asa dari pelbagai sudut. Bila mana syaitan ini memainkan sesuatu di dalam hati, cuba mengoyahkan keyakinan yang tadi sudah ana pasakkan dalam hati dan dalam keadaan ana bermujahadah melawan "tekanan" itu, akhirnya air mata mula berguguran. Rasa putus asa kembali bertandang ke dalam hati. Dan dalam keadaan yang sebegitu ana sekali lagi memohon "YaAllah, sungguh Engkau tahu betapa payah untuk aku tetapkan keyakinan dan betapa lemah juga untuk aku tetapkan keyakinan, maka aku mohon keampunan padaMu yaAllah atas segala kelemahan dan rasa putus asa ini". 





Dan rasa putus ana itu ana kongsikan pada seorang akhawat sayang. Mengakui kelemahan iman ana yang hanya senipis kulit bawang ini, ana kongsikan rasa keputus asaan ana itu. Pada ketika itu, emosi berjaya menguasai diri. Tidak ana luahkan rasa putus asa itu secara keseluruhan tapi hanya sms pendek untuk menghilangkan keseluruhan rasa tertekan yang ana tanggung ketika itu. 


Dan jauh di bawah minda sedar ana ketika itu, ana tidak seharusnya berfikiran sebegitu. Ana sedar siapa ana untuk berputus asa dari rahmat Allah dan sungguh sebenarnya rahmat Allah meliputi langit dan bumi. Maka, nikmat Allah yang mana mahu ana dustakan ketika rasa putus asa itu menghimpit perasaan dan pemikiran ana?. Dan selepas ana menghantar sms itu, ana menangis dengan sesungguhnya. Rasa amaat berat ketika itu. Sejujurnya ini bukan kali pertama ana rasa dan bertindak seperti ini tapi ada beberapa kali. T_T




Sms ana berbalas dengan peringatan bahawa biar ana jauh hati dengan manusia tapiii jangan sesekali merasa jauh hati dengan DIA. 





Allah, saat dan ketika itu ana rasa useless dan down sangat. Kepala dah terasa berat dan terapi yang paling terbaik adalah bersolat. Dalam sujud ana menangis dan ana mohon ampun atas ketelanjuran dan kesilapan ana ketika itu. Ya, tidak ada istilah putus ana, kecewa, dan jauh hati dalam kamus diri seorang muslimah. Iman yang senipis kulit bawang ini, selalu berasa lemah dan kalah walau pada awalnya ana cubaa sedayaa upayaa untuk bermujahadah untuk  mempertahankan keyakinan yang ana nyatakan dari awal tadi. 





Selepas peringatan dari akhawat tadi, ana mula positifkan diri dan bermujahadah untuk tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Ya, peristiwa itu betul-betul menyentak diri ana yang selama ini begitu mengikut hati dan perasaan seperti insan yang tidak pernah mengenal apa itu tarbiyah. 





**************************************************





Tadi, sedang ana menelaah sesuatu. Mencatat maklumat-maklumat penting untuk bekalan esok hari. Handphone ana berbunyi menanda sms masuk. Capai handphone dan nama akhawat sayang itu terpapar di skrin. Buka inbox dan sms ringkas itu ana baca.


"Orang yang takut pada Allah, amat berhati-hati ketika berbicara"..





Ringkas saja tapi begitu berbekas pada hati ana. Bohong andai ana tidak tersentap. Tersentap dan mengigil diri seketika dengan peringatan seperti ini. Dan kali ini air mata ini tidak melaju berguguran kerana ana cuba untuk tahan perasaan ini. Mengakui ketelanjuran dan kesilapan ana dalam berbicara ketika ini membawa ana ke zon muhasabah diri. Lama ana memandang kandungan sms itu sambil mengkoreksi diri. Hanphone setia di tangan dan sms itu ana balas.





"Terima kasih kak. Berdiam diri adalah perkara terbaik. Jzkk"





Dan terus ketika itu air mata ana akhirnya gagal dibendung. "YaAllah sungguh Engkau mengetahui akan sesuatu yang terjadi padaku pada saat dan ketika itu maka kepadaMu aku berserah diri dan memohon keampunan". Terus ana ambik wudhuk dan solat seketika. Rasa sakit itu berbekas di hati. Bukan marah atau geram akan sms itu tapi sakit kerana kejahilan ana sendiri. Dan ana sejujurnya bersyukur kerana peringatan seperti ini akan membantu diri ana kearah menjadi insan yang lebih baik dan selebihnya hanya DIA sahaja yang mengetahui.





Sejujurnya, selepas saja solat ana masih muhasabah diri dan cuba untuk 'recall' balik segala kejadian yang berlaku sehingga ana punya perasaan putus asa, jauh hati ketika itu. Itu ujian untuk ana. Selagi ana tidak berjaya untuk melepasi ujian ini, selagi itu DIA akan menguji ana sehingga ana berjaya. 





Teringat ana pada tazkirah ustazah pada usrah yang lepas. Ujian-ujian yang ana lalui sekarang mungkin kerana dosa-dosa ana terdahulu. Kerana kasih sayang dan rahmat Allah, DIA turunkan ujian-ujian ini untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan melalui fasa-fasa yang lain. Itulah tarbiyah yang berterusan dan sememangnya 1 ujian mengandungi berjuta hikmah. 





***************************************


Seusai ana bermuhasabah, ana menjadi murung seketika. Nampak tak impak peringatan sms tersebut. Bagi ana sangat besar impaknya dan dalam hati ana menyebut "alhamdulillah" tiada henti. 





Lantas ana mencapai telefon sekali lagi dan menelefon adik. Nyatakan pada adik untuk ambil ana dan ingin kenangkan fikiran seketika di luar. Beberapa jam selepas itu adik sampai dan ana yang setia menunggu di luar terus masuk ke dalam kereta. "Dik, jom jalan-jalan. Bawak lah kemana-mana. kakak nak rehatkan fikiran". Adik ana yang baik tanpa banyak bicara patuh pada arahan (adik know my weird habit). Ana hanya diam dan mengelamun jauh. Diam...adik bawa kereta berpusing dari sekitar shah alam, terus ke danau kota, patah balik melewati i-city dan hantar pulang semula. 





Sampai di rumah, niat memang untuk tidur, merehatkan diri dan fikiran untuk persediaan esok namun... sampai sekarang (4.51 a.m) ana tidak dapat tidur. Peringatan itu terus berlegar-legar dalam fikiran dan rasa hati ini begitu terkesan. 





Terima Kasih YaAllah, terima kasih sahabat. 





Sungguh, ana bersyukur dengan peringatan itu. 




1 comment:

  1. terima kasih kerana mengingatkan pembaca tentang pesanan itu juga..salam ziarah

    ReplyDelete