Friday, September 3, 2010

Kebiasaan

Kebiasaan itu mungkin perkataan yang sesuai untuk ana dalam setiap keadaan...Kerana kebiasaan itu, hati ana seperti kuat dan lemah dengan sendirinya...Masakan tidak, walau apa pun yang berlaku, ana sering kali diperlakukan sebegitu

Hati dan perasaan ini kadang kala seperti dibiar dan dicampak ke mana-mana...Kebiasaannya, setiap kesalahan dan kesilapan dilakukan orang lain akan jatuh juga kepada ana...Kadang kala setiap kebaikan yang dilakukan mengundang perasaan kurang enak kepada sesetengah pihak...Ana sangat menyedari kadang-kadang ana curiga di hati kamu, ada ketidakpercayaan yang hadir...Tapi, ana diam dan biarkan semuanya...Cuma hati, perasaan dan DIA yang mengetahui betapa ana cuba kuatkan diri ana untuk menghadapi setiap apa yang berlaku...

Bukan kehendak ana atas segala yang berlaku..Bukan kehendak ana dengan setiap apa yang ana perolehi sekarang..Andai kamu semua mengetahui, setiap kebaikan dan kejadian yang berlaku ke atas diri ana mengundang resah di hati ana..Kerana ana menyedari pasti sesuatu berlaku...salah faham, iri hati, dan sebagainya...

Ana CUBA untuk menghadapi segalanya dengan hati yang tenang..Berbekalkan kekuatan hati yang kadang kala kian menipis..Ana anginkan setiap kata-kata menghiris hati, dengan setiap jelingan mata, dengan setiap kelakuan yang sangat tidak menyenangkan hati ana...Kerana ana anggap ujian itu datangnya dari-NYA jua...CUMA kadang kala ana sering bertanya

"Ya ALLAH, kenapa aku sering menghadapi ujian sebegini, kenapa aku yang perlu memulakan segalanya, kenapa mesti aku untuk menghulurkan tangan meminta kemaafan meskipun aku tidak pernah kuat untuk itu...Kenapa Ya ALLAH, kenapa??...."

Ana sedih dengan setiap apa yang berlaku..Ketahuilah, ana tidak sekuat yang disangkakan...Serius, ana sangat sedih diperlakukan sedemikian, sangat sedih dengan setiap salah faham yang melanda, sedih andai ada curiga di hati kamu semua... ='(

********************************************************************************

KETAHUI:

* Ana sangat sayangkan kamu semua..Sahabat-sahabat B5M1.sangat-sangat sayang..cinta ana kepada kamu adalah cinta dan kasih sayang kerana ALLAH..Kerana ana mengharapkan pertemuan dan perpisahan berlaku diredhai oleh-NYA



* Ana tidak kuat dan tabah dalam sesetengah perkara...Tapi, ana cuba seberapa daya yang mampu untuk terus bertahan...

1 comment:

  1. salam'alayik ya sohib...

    setiap kali ana lalu blog nti msti cerita yang ana bace adalah cerita kesedihan...

    hurmm, sebenarnya setelah ana melalui beberape detik dan fasa di uitm shah Alam... ana belajar sesuatu...

    kita yang memilih... sama ada untuk menjadi sedih atau gembira...

    ana pasti anti sudah banyak kali mendengarnya... sedih itu tarbiyah dari Allah... ujian buat hambanya yang mane dia tahu kita mampu menanggungnya...

    jadi kuatkanlah hati... bila kita sedih cube fikir positive... jangan merasakan kitalah yang paling menderita dan terseksa... cube bayangkan di dunia ini ada lagi insan yang jauh lebih bersedih dan sengsara tapi mereka masih mampu bertabah...

    Allah tahu kamu menyayangi mereka. jadi usah gusar dan takut... Allah mendengar setiap bisikan rintihan hati anti... pasti ada imbalan ganjaran yang jauh lebih indah...

    la tahzan,, hiduplah dengan gembira dalam mengejar redha Allah... kesedihan, keletihan dan kesakitan itu sebenarnya kifarah dari Allah... maka bergembiralah bila doas2 kita berguguran kerana kesakitan ini~

    Moga tabah hati nur~

    ReplyDelete