Perasaan ini...
Amat susah ana rungkaikan..
Mungkin kamu semua lupa bawasanya ana juga pelajar...
Ana juga punya tanggungjawab lain...
Ana juga punya assigment yang perlu dihantar..
Dan ana juga perlukan masa untuk diri ana sendiri...
Disaat ana memerlukan kamu semua...Disaat ana menghantar mesej-mesej...
Disaat ana menelefon kamu semua...
Disaat ana memerlukan pendapat kamu semua..
Disaat ana terkejar ke sana ke mari...
Disaat ana keliru membuat keputusan...
Disaat ana mengajak kamu semua...
DIMANA KAMU???
Mengapa?? Jika ada kesilapan dan kesalahan dari ana, jelaskan..
Supaya gerak kerja dakwah ini tidak memdapat tempiasnya..
Jangan disebabkan hati dan perasaan, dakwah itu terjejas...
Ana sangat memerlukan kerjasama kamu semua...
Tidak semua benda dan urusan mampu ana dan hanya beberapa individu lakukan...
Ana memerlukan kamu semua...
_____________________________________________________
Jika ana fikirkan perasaan ana...Sudah lama ana terguris...
Tapi ana bumi dan kuburkan semuanya...
Kerana jalan ini memang penuh dengan duri dan mehnah...
Ana sering dilontarkan dengan soalan sebegini.."Macam mana dengan usrah dan adik-adik".."Macam mana dengan pelapis"..."Kenapa tidak lakukan begitu...begini" dan lain-lain soalan yang berkisar tentang dunia tarbiyyah di bumi UiTM..
Berat untuk ana menjawab...Kerana ana tahu kekurangan dan kesilapan di sini..Tapi soalan sebegitu mampu muhasabah diri ana tentang sejauh mana ana laksanakan tanggungjawab....
______________________________________________________
Tapi, 1 soalan yang tidak pernah ditanya... soalan perkembangan penguasaan Al-Quran ana...
Mungkin hanya beberapa individu sahaja yang tahu tentang latar belakang ana...
Dan sememangnya hanya individu-individu tertentu tahu tentang kondisi ana sebelum ana diberi tanggungjawab dan amanah ini...
Ana menerima semuanya...Ana pelajari semuanya..walaupun payah untuk ana memahami kerana ana bermula dengan zero... Dan semua itu membentuk diri ana sekarang..Selama tempoh 3 tahun..
______________________________________________________
Post kali ini memang mengikut emosi ana kerana ana sememangnya insan yang sangat biasa..Ade fikrah perasaan, cuma tidak terluah melalui mulut..
Perlukan ana merayu kepada kamu semua di sini untuk gerak kerja dakwah ini??
Yup, ana merayu... Bantulah kami... Luangkan sedikit masa kamu semua untuk memberi khidmat ketika diperlukan... Adik-adik ramai yang berminat tapi kita sangat kekurangan tenaga...
Ana banyak kekurangan dan kadang kala tidak arif untuk kendalikan sesetengah keadaan, tapi ana yakin kamu semua punya kelebihan dan punyai ilmu lebih banyak dari ana...Kerja ini mudah sekiranya kita semua merasai tanggungjawab itu... Kamu semua terbaik di mata ana...
Kepada yang bersama selama ini, syukran sangat-sangat..ALLAH je yang dapat membalas kebaikan kamu semua...
No comments:
Post a Comment