Pertama:
Kisah ini adalah sambungan kisah sebelumnya. Seperti ana nyatakan dalam kisah sebelumnya, masjid as-syakirin sudah menjaya meletak tempat di hati ana. Seperti kemaruknya orang dilamun cinta, seperti itulah “kemaruk”nya ana pergi ke masjid. Dan sekali lagi, masjid menjadi saksi 1001 kisah ana selama berada di bumi uitm.
Semenjak peristiwa yang ana ceritakan sebelum ini, ana mula berusaha memperbaiki diri, mencari ilmu dan mempelajari Al-Quran. Semuanya di masjid. Masjid menjadi kelas kuliah dan course tambahan ana. Tapi, semua itu bukan mudah. Ana diuji dan diuji…pendek kata, masjid lah tempat ana ketika ana sakit dan masjid juga tempat ana memahami dan mengerti satu ikatan yang dinamakan ukhuwwah.
Yup, ana ingat lagi, ketika ana sakit. Sakit yang ana rasa teramat sangat sehingga menganggu emosi dan ibadah ana. Tapi, sahabat-sahabat sentiasa ada di samping ana. Sahabat yang selalu membantu dan sahabat yang sanggup berkorban. Di sini ana nyatakan, tahap ukhuwwah ketika itu adalah “Terhebat” dan ikatan itu ana rasa ikatan yang lahir sekiranya hati kita betul-betul “ikhlas” dan memahami makna “Ukhuwwah fillah” dan dalam hati tertanam “berkasih sayang kerana ALLAH” bukan persatuan…tanpa perlu mengira siapa kita, latar belakang kita, dan lain-lain…kerana kita semua sama. Pendamba Mardhatillah…InsyaALLAH..
Kedua:
Sekiranya ana marah, sedih, kecewa, penat dan gembira, masjid itu lh tempat pertama ana pergi. Tempat ana menenangkan diri, tempat ana “berbicara” denganNya. Dan selalunya setiap kali ana pergi masjid, mesti ada sahabat-sahabat di sana. Sahabat yang sentiasa bertegur sapa, sahabat yang sentiasa melemparkan senyuman di bibir, sahabat yang sering bertanya perihal diri …ana rindu dengan pertanyaan seperti ini…
“dah hafal surah apa?..”
“ari nie dah baca ayat mana”..
“jom kita baca tafsir surah nie…”
dan lain-lain. Yang paling best kalu ade yang tanya
“apa khabar iman ari nie?”….
“jom baca mathurat ” …..
Sekarang, semua sudah jauh berbeza. Keadaan masjid yang berbeza,tapi sejarahnya tetap sama. Bak kata perpatah, tempat jatuh lagi dikenang…
Ketiga:
Bermula dari masjid, ana menjadi diri ana yang sekarang. NUR Yang Tersendiri. Masjid itulah tempat ana mengumpul, membina, dan mendapat kekuatan, ketenangan dan kebahgiaan dan yang paling penting ana mengenal erti sebuah perjuangan dan nilai pengorbanan.
Masjid itu bukan milik sesiapa tapi ia akan dianggap bermakna bagi jiwa insan yang memahami dan mengerti. Yang pastinya, masjid adalah rumah ALLAH dan carilah ketenangan di situ.masyaALLAH…Subhanallah…
salam..
ReplyDeletenur, i'm proud of u, teruskan istiqamah dan bermujahadah..
uitm segamat umpama mutiara nur..
setelah dibuang ke uitm SI ( hee~ ), terlalu rindu dgn masjid assyakirin..
tersngat bnyk kenangan yang tak mampu dilafazkan dgn kata2..
bertemu di PKN ,insyAALLAH..
Salam'alayk ya ukhti..
ReplyDeleteHmm, terkedu seketika..
tak mampu mengeluarkan butir bicara,
cuba menahan luka lama dr berdarah kembali,
kisah PERMULAAN yg hampir serupa,
"MASJID AS-SYAKIRIN"
terlalu banyak menyimpan memori suka dan duka perjuangan ini..
tempat dimana saat mula 'berkenalan' dgn-Nya,
tempat mula mengenal jalan-Nya,
mula merasakan manisnya ukhuwah kerana Dia,
tempat jatuh dan tersungkur disapa mehnah2-Nya,
juga tempat bangun dan terus menyusun langkah hingga ke jannah-Nya..
InsyaAllah..
Amin Ya Robb..
~Moga kita terus tsabat dan tetap terpilih untuk sentiasa berada dijalan yg diredhai-Nya~
Amin Ya Robbal 'Alamin..
::luv u all::