Saturday, August 18, 2012

Friday, August 10, 2012

Sepasang kurung biru

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Dulu, sampai sekarang ada sebuah lagu raya yang sangat-sangat saya suka. Setiap kali lagu ini ke udara, saya pasti akan nyanyi sekali. Ada juga orang sekeliling saya yang pelik, sebabnya saya selalunya akan kelihatan seperti betul-betul menghayati lirik lagi berkenaan. Bagi diri saya sendiri, entah kenapa lagu raya ni memang best dan macam ada makna tersendiri.

Setiap tahun, setiap kali raya lagu ni tetap jadi pilihan hati walhal di Malaysia sekarang beribu-rbu lagu raya yang best-best. Dan tahun ini, akhirnya saya dapat jawapan tentang lagu berkenaan.

Seperti yang sedia maklum, tahun ini tahun kesedihan. Kehilangan insan tersayang, arwah nenek sememangnya memberi kesan. Percaya atau tidak, tiada peninggalan dari arwah nenek yang saya ambil. Baik baju,tudung,jubah dan lain. Cuma ada beberapa barang dan sepasang baju kurung.

SEPASANG BAJU KURUNG BIRU, baju kurung yang arwah nenek pakai semasa majlis perkahwinan abang saudara awal tahun lalu. Itulah baju kurung biru yang arwah nenek pakai ketika itu dan ketika baju itu sampai di tangan saya, pin baju arwah nenek masih melekat di situ dan bau bedak yang selalu arwah pakai. Dan setiap kali saya sarung baju kurung tu,pasti air mata akan melaju turun.Terasa sangat arwah terlalu dekat.

Syawal datang lagi,dan lagu sepasang baju kurung biru kali ini seperti cuma saya elakkan. Benar, betapa lagu itu betul-betul menjadi lagu kisah peribadi saya. Dan seperti ditakdirkan, syawal tahun lalu adalah syawal terakhir kami bersama.



Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang


Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku


Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku



Friday, August 3, 2012

Sibu

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

15 Ramadhan, ada sesuatu disebalik Ramadhan hari ini.

Sebelum berbuka, ayah ada berbicara sesuatu. InshaAllah selepas selesai segala urusan di sini (selangor), saya mungkin akan berpindah/menetap/bertukar ke Sibu, Sarawak. Kampung halaman tercinta.

Hanya saya seorang akan balik ke sana kerana ada beberapa perihal keluarga yang harus diselesaikan. Allah, kenangan lama datang kembali. Kali ini mesti dalam keadaan yang sangat berbeza. Tanpa insan tercinta (arwah nenek).

Kini, semuanya masih samar-samar. Belum ada kata putus dari saya mahupun keluarga. Mak ayah seperti sudah sebulat suara.

Masih banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan.

Sunday, July 29, 2012

Baki Ramadhan

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Hari ini Ramadhan ke-8. Berbaki 22 hari lagi sebelum Syawal.

YaAllah, seusai terawih. Sebak rasa hati. Aku pasti merindui Ramadhan selepas ini. Dan adakah Ramadhan tahun depan akan aku temui sekali lagi.

Thursday, July 26, 2012

Batu Pahat

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Fuhhh.. Tiup habuk.

Alhamdulillah. Masih lagi diberi nikmat kesihatan,iman dan yang paling besar nikmat Islam itu sendiri. 

Minggu lepas, minggu melepaskan kerinduan. 2 hari sebelum Ramadhan, saya akhirnya diberi peluang oleh Allah untuk turun ke Batu Pahat. Tempat dimana saya bertemu dengan akhawat-akhawat yang hebat. Hebat tarbiyahnya, hebat dakwahnya, hebat ukhuwahnya. Subhanallah. Sepanjang perjalanan satu per satu wajah kesayangan bermain di minda. Dari akhawat UTHM hinggalah ke akhawat IPTHO. Semuanya mempunyai kenangan tersendiri. 

18hb/7/2012. Saya bertolak dari rumah pukul 7.00 a.m. Hantar adik ke sekolah, patah balik ke rumah dan ayah hantar ke bustand Banting. Bertolak terus dan tiba di Klang Sentral sekitar pukul 10.00 a.m. Pergi ke kaunter tiket dan tiket paling awal jam 2.30 p.m. Allah, 4 jam setengah menjadi penunggu di sana. Namun, saya isikan masa yang ada dengan menbaca tafsir surah Al-Kahfi. Penantian berakhir dan tepat jam 2.30 p.m saya bertolak terus ke Batu Pahat.


Alhamdulillah, sampai di sana jam 6.30 p.m. K.kausar dan beberapa akhawat lain setia menunggu. Allah, perasaan rasa bahagia, hati berbunga nyata insan tersayang sudah berada di depan mata. Rasa sayu tapi tetap tersenyum.


Malam itu, jam 8.45 p.m akhawat sana ada usrah bersama K.Fareha dan Miqdad. Saya yang masih kepenatan dan kepeninggan terus bergerak ke usrah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allakhuakbar. Perkongsian malam itu sangat-sangat terkesan. Walau usrah ketika itu hanya berkaitan dengan surah Al-Fatihah tetapi huraian yang K.Fareha bagi ketika itu seperti betul-betul menusuk terus ke dalam hati. Hilang penat, hilang pening. Subhanallah, terasa air mata mula gugur dan saya bangun mohon izin seketika untuk ke tandas kerana terasa air mata seperti sudah tidak dapat dibendung.


Seusai usrah sekitar 11.00 p.m, pulang ke rumah akhawat. Mandi,siap-siap dan kami adakan perkongsian sedikit. :) Allah, lihat adik-adik yang sememangnya banyak perubahan dan bersemangat membuat saya berfikir sejenak. Benar, dengan tarbiyah mereka berubah menjadi insan yang luar biasa. Sangat luar biasa. Ada adik-adik ni cuti semester Ijazah tapi sanggup tidak pulang ke kampung halaman kerana apa? Kerana ingin menginfaqkan diri sepenuhnya untuk urusan dakwah, menjadi daie sepenuh masa. Allah. Hebat!


Malam itu, perkongsian kami berakhir apabila kami tertidur dengan sendirinya. Berkongsi sehingga tertidur. Aiyakk...


Keesokan, saya dan k.Dayah ke Parit Raja. Prepare hadiah untuk Hari Jadi Wajhi sayang. Dan petangnya saya akan ke tempat program Katibah Al-Banna (Kalau tak silap) di Pejabat IKRAM. Sebelum ke program saya dan akhawat-akhawat ini bersolat terawih di Masjid Pintas Puding. Allah,Allah,Allah. Memang jodoh, dapat berjumpa akhawat IPTHO. Allah, Allah saja yang tahu perasaan sebenar ketika itu. Subhanallah,Alhamdulillah, Allahuakbar.


DAN! bila saya muhasabah diri malam itu. Saya berfikir. YaAllah, mohon kukuhkan langkah kaki ini di jalanMu. Mohon YaAllah jangan Engkau tarik nikmat agung yang Engkau telah berikan padaku. YaAllah, mohon permudahkan urusanku dan teguhkan azam dan keyakinanku".


Dan pagi 20hb, saya akan bertolak pulang ke Banting. Memenuhi tuntutan sebagai anak pula. Sempat bersahur bersama akhawat ketika program. Bas bertolak pukul 8.30 a.m. Jzkk Siti IPTHO dan K.Dayah sebab tolong hantarkan di bustand. Berat, sangat berat untuk berpisah. Tapi, itulah hakikat yang pasti. Naik bas dan saya mulai merindui. Rindu dengan suasana bersama akhawat Batu Pahat.


Dan saya berdoa, moga saya akan diberi peluang sekali lagi ke sana.





Sunday, May 20, 2012

Berhati-hati ketika berbicara

salam'alaikum




Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar





Sebuah lagi cerita tentang perjalanan kehidupan ana.





Last week minggu air mata kembali. Biasalah lumrah kehidupan ada masa kita ketawa,gembira,senang,tenang dan ada ketika kita menangis,kecewa,dan putus asa. Dengan berbekalkan iman yang hanya senipis kulit bawang ini, ana cuba untuk melewati saat-saat kritikal itu dengan meletakkan keyakinan yang paling tinggi untuk menyatakan "Aku yakin dengan janjiMu yaAllah bahawa Engkau sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk diriku".





Dan dengan iman yang hanya senipis kulit bawang ini, ana diuji dengan serangan perasaan putus asa dari pelbagai sudut. Bila mana syaitan ini memainkan sesuatu di dalam hati, cuba mengoyahkan keyakinan yang tadi sudah ana pasakkan dalam hati dan dalam keadaan ana bermujahadah melawan "tekanan" itu, akhirnya air mata mula berguguran. Rasa putus asa kembali bertandang ke dalam hati. Dan dalam keadaan yang sebegitu ana sekali lagi memohon "YaAllah, sungguh Engkau tahu betapa payah untuk aku tetapkan keyakinan dan betapa lemah juga untuk aku tetapkan keyakinan, maka aku mohon keampunan padaMu yaAllah atas segala kelemahan dan rasa putus asa ini". 





Dan rasa putus ana itu ana kongsikan pada seorang akhawat sayang. Mengakui kelemahan iman ana yang hanya senipis kulit bawang ini, ana kongsikan rasa keputus asaan ana itu. Pada ketika itu, emosi berjaya menguasai diri. Tidak ana luahkan rasa putus asa itu secara keseluruhan tapi hanya sms pendek untuk menghilangkan keseluruhan rasa tertekan yang ana tanggung ketika itu. 


Dan jauh di bawah minda sedar ana ketika itu, ana tidak seharusnya berfikiran sebegitu. Ana sedar siapa ana untuk berputus asa dari rahmat Allah dan sungguh sebenarnya rahmat Allah meliputi langit dan bumi. Maka, nikmat Allah yang mana mahu ana dustakan ketika rasa putus asa itu menghimpit perasaan dan pemikiran ana?. Dan selepas ana menghantar sms itu, ana menangis dengan sesungguhnya. Rasa amaat berat ketika itu. Sejujurnya ini bukan kali pertama ana rasa dan bertindak seperti ini tapi ada beberapa kali. T_T




Sms ana berbalas dengan peringatan bahawa biar ana jauh hati dengan manusia tapiii jangan sesekali merasa jauh hati dengan DIA. 





Allah, saat dan ketika itu ana rasa useless dan down sangat. Kepala dah terasa berat dan terapi yang paling terbaik adalah bersolat. Dalam sujud ana menangis dan ana mohon ampun atas ketelanjuran dan kesilapan ana ketika itu. Ya, tidak ada istilah putus ana, kecewa, dan jauh hati dalam kamus diri seorang muslimah. Iman yang senipis kulit bawang ini, selalu berasa lemah dan kalah walau pada awalnya ana cubaa sedayaa upayaa untuk bermujahadah untuk  mempertahankan keyakinan yang ana nyatakan dari awal tadi. 





Selepas peringatan dari akhawat tadi, ana mula positifkan diri dan bermujahadah untuk tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Ya, peristiwa itu betul-betul menyentak diri ana yang selama ini begitu mengikut hati dan perasaan seperti insan yang tidak pernah mengenal apa itu tarbiyah. 





**************************************************





Tadi, sedang ana menelaah sesuatu. Mencatat maklumat-maklumat penting untuk bekalan esok hari. Handphone ana berbunyi menanda sms masuk. Capai handphone dan nama akhawat sayang itu terpapar di skrin. Buka inbox dan sms ringkas itu ana baca.


"Orang yang takut pada Allah, amat berhati-hati ketika berbicara"..





Ringkas saja tapi begitu berbekas pada hati ana. Bohong andai ana tidak tersentap. Tersentap dan mengigil diri seketika dengan peringatan seperti ini. Dan kali ini air mata ini tidak melaju berguguran kerana ana cuba untuk tahan perasaan ini. Mengakui ketelanjuran dan kesilapan ana dalam berbicara ketika ini membawa ana ke zon muhasabah diri. Lama ana memandang kandungan sms itu sambil mengkoreksi diri. Hanphone setia di tangan dan sms itu ana balas.





"Terima kasih kak. Berdiam diri adalah perkara terbaik. Jzkk"





Dan terus ketika itu air mata ana akhirnya gagal dibendung. "YaAllah sungguh Engkau mengetahui akan sesuatu yang terjadi padaku pada saat dan ketika itu maka kepadaMu aku berserah diri dan memohon keampunan". Terus ana ambik wudhuk dan solat seketika. Rasa sakit itu berbekas di hati. Bukan marah atau geram akan sms itu tapi sakit kerana kejahilan ana sendiri. Dan ana sejujurnya bersyukur kerana peringatan seperti ini akan membantu diri ana kearah menjadi insan yang lebih baik dan selebihnya hanya DIA sahaja yang mengetahui.





Sejujurnya, selepas saja solat ana masih muhasabah diri dan cuba untuk 'recall' balik segala kejadian yang berlaku sehingga ana punya perasaan putus asa, jauh hati ketika itu. Itu ujian untuk ana. Selagi ana tidak berjaya untuk melepasi ujian ini, selagi itu DIA akan menguji ana sehingga ana berjaya. 





Teringat ana pada tazkirah ustazah pada usrah yang lepas. Ujian-ujian yang ana lalui sekarang mungkin kerana dosa-dosa ana terdahulu. Kerana kasih sayang dan rahmat Allah, DIA turunkan ujian-ujian ini untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan melalui fasa-fasa yang lain. Itulah tarbiyah yang berterusan dan sememangnya 1 ujian mengandungi berjuta hikmah. 





***************************************


Seusai ana bermuhasabah, ana menjadi murung seketika. Nampak tak impak peringatan sms tersebut. Bagi ana sangat besar impaknya dan dalam hati ana menyebut "alhamdulillah" tiada henti. 





Lantas ana mencapai telefon sekali lagi dan menelefon adik. Nyatakan pada adik untuk ambil ana dan ingin kenangkan fikiran seketika di luar. Beberapa jam selepas itu adik sampai dan ana yang setia menunggu di luar terus masuk ke dalam kereta. "Dik, jom jalan-jalan. Bawak lah kemana-mana. kakak nak rehatkan fikiran". Adik ana yang baik tanpa banyak bicara patuh pada arahan (adik know my weird habit). Ana hanya diam dan mengelamun jauh. Diam...adik bawa kereta berpusing dari sekitar shah alam, terus ke danau kota, patah balik melewati i-city dan hantar pulang semula. 





Sampai di rumah, niat memang untuk tidur, merehatkan diri dan fikiran untuk persediaan esok namun... sampai sekarang (4.51 a.m) ana tidak dapat tidur. Peringatan itu terus berlegar-legar dalam fikiran dan rasa hati ini begitu terkesan. 





Terima Kasih YaAllah, terima kasih sahabat. 





Sungguh, ana bersyukur dengan peringatan itu. 




Wednesday, April 18, 2012

Update Nenek 7 : 3 Bulan Pemergian



Tarik nafas panjang
Mata kedip-kedip
Hati mula terasa sesak
Allah...

Bismillahirrahmanirrahim

Nenek pergi tanggal 20hb. Januari. 2012. Esok genap 3 bulan pemergian nenek. Tapi... Allah, rasa kesedihan,kerinduan, kehilangan ini masih lagi sebati dalam diri.

Dari dalam diri insan yang lemah ini, hanya DIA tempat untuk memohon kekuatan dan ketabahan dalam meniti hari-hari yang mendatang. Doa, doa dan terus berdoa.

Wajah arwah nenek masih lagi terbayang, bermain di mata. Pesan, ketawa, senyum nenek terus-terusan mekar dalam hati. Dalam rasa sedih menghadapi tekanan kehidupan, gambar arwah nenek yang setia di skrin telefon di tatapi dalam-dalam. 

Allah, rindu dan sayang ini dariMu. Bantu aku ya Allah untuk kembalikan semula kepadaMu.

Usai solat,walau di masjid,surau, bilik. Doa untuk arwah nenek akan dilantun bersungguh-sungguh. Allah, rindu ini kian memuncak.

Walau apa jua keadaan pun, sebak itu akan datang dengan sendirinya. Allah...

Sukar, sangat sukar menyatakan bagaimana perasaan ketika ini. Allah...saya rindu nenek. Allah Allah Allah



Allah
Mohon sedikit kekuatan untuk bekalan perjalanan membawa rasa kerinduan ini.

Allah
Mohon ketabahan dan kesabaran agar perasaan ini tidak membawa aku jauh dari Mu

Allah
Sungguh, saya sayang nenek kerana Mu
Sungguh, saya yakin dengan aturan Mu
Sungguh, saya yakin akan qada' dan qadar Mu ini
Sungguh, saya berusaha untuk terus bermujahadah

Nek,
Moga tenang di sana
Moga gembira di taman syurga yang menghijau itu
Moga nanti kita akan berjumpa di SANA nanti, jemput saya dengan senyuman nenek yang saya rindui tu

Allah Allah Allah

................................

*berhenti seketika, tutup muka dengan bantal, menangis sepuasnya*

InsyaAllah, saya baik-baik saja di sini...

Tuesday, April 3, 2012

Facebook Timeline


Salam'alaikum...

Apa khabar iman hari ini? 
Berapa juzu' Al - Quran dah baca?
Mathurat dan Surah Al - Mulk sudah istiqamah?
Sedeqah? Majlis ilmu? Isu semasa ummat?
Doakan untuk kesejahteraan umat sejagat, rakyat Palestine Syria Malaysia?

Untuk perkongsian kali ini, santai saja. Hanya sedikit pendapat peribadi dari diri ana yang tidak seberapa ini. Ana pasti rata-rata antara kita ni, pasti ada memiliki akaun Facebook. Kalau tak ada pun,pasti tahu tentang FB. Yup, FB yang ada tulis-tulis status dekat wall, komen-komen,tag-tag, chat-chat, usrah-usrah, share-share, download-download, gaduh-gaduh, jiwang-jiwang,kahwin-kahwin, cerai-cerai...ehh!!

Bagi ana secara peribadi, ana start aktif berFB semenjak 2007. Sewaktu Mr.Syed Izaddin iaitu lecturer ana mengarahkan kami semua membuat akaun FB untuk tujuan tutorial dan perbincangan. Awalnya, begitulah niatnya tapi bila dah rasa seronok berFB tutorial dan perbincangan menjadi perkara ke-2. Setiap hari WAJIB buka FB, update status lah, komen lah, pendek cerita tak buka FB satu hari, gelisahnya lain macam. (ikut kajian sendiri)

Dan semenjak dari 2007, FB ni tak lah cool sangat. Biasa-biasa saja. 2008, ana mula slow down. Jemu dan rasa tidak perlu pun FB ni. Dekat setahun jugak bercuti dari FB. 2009, start aktif balik sebab majoriti rakan kuliah kelas ijazah ketika itu akan menggunakan medium FB ni untuk bagi informasi tentang kelas, assigment, kelab dan lain-lain. Kena add rakan-rakan baru. Dan macam-macam lah aktiviti biasa bila berFB. Waktu ni FB macam dah cool sikit. Boleh upload gambar banyak-banyak sekaligus, itu je lah setakat yang ana tahu.
                                                                                                                                 
Tahun berganti tahun, FB bertambah cool. Dan yang paling terkini, video conference dan FACEBOOK TIMELINE. Ana tahu ramai yang tidak begitu setuju dengan FB Timeline ni. Ramai yang merungut-rungut...susah,keliru, benci, macam-macam lah. Mengakui juga ada beberapa kesulitan tapi semua tu tak menjejaskan kehidupan walau sedikit pun kan. Disebalik ramai-ramai yang merungut tu, ana yang tersenyum kot. haha...Sebab ana suka FB Timeline. Opsss, jangan buat spekulasi tentang ayat ini dengan wajah comel anda. Ana suka kerana beberapa sebab munasabah.Antaranya :


Sedarkah kita FB timeline ni banyak membantu kita mengetahui bagaimana kita membuang 
masa-masa berharga kita suatu tika dahulu?  


Cuba kita semak kembali, status-status kita terdahulu di FB. Buka 1 per 1 dan renungkan. Secara peribadi sekali lagi, ana terkesima seketika. Cuba mengimbau masa silam. Pasti, gugur air mata. Kadang timeline ini membantu kita mencari kesilapan kita terdahulu yang baru sekarang kita terperasan. Mungkin ketika itu kita belum cukup matang lagi, tapi tidak salah itu menjadi panduan hidup hari ini. Saat kita berbahgian, bersulam nikmat ukhuwah tanpa henti kita menerima peringatan dan teguran dari sahabat yang sentiasa menemani, serasa begitu akrab dan sentiasa berdampingan, saat persahabatan dengan sahabat sekuliah yang sangat awesome, mesej-mesej dakwah dan banyakkk lagi lah. 
Saat itu, mungkin kebanyakan dari kita tidak menghargai moment-moment indah itu. Sebab itulah sampai 1 peringkat, perang FB bermula. Keluhan kecil dilepas sehingga menjadi punca pergaduhan, terasa hati dan akhirnya kian menjauh dan jauhhhhh.

Dan hanya sekarang, baru kita dapat analyze benda tu. Rugikan. 

Okay semua, selebihnya anda yang berhak menilai. Ini cuba pandangan peribadi ana. Jam menunjukkan pukul 3.54 a.m dan ana sudah agak terlalu kepenatan untuk hari ini. InsyaAllah, ana cuba lengkapkan entry ini di lain masa.

Saturday, March 31, 2012

Kita Punya Allah


Kadang-kadang, ragam dunia membuatkan dada kita lemas dan terasa sesak walaupun pada hakikatnya, kita masih bernafas. Kadang-kadang, ragam manusia sekeliling kita menjadikan kita rimas oleh desakan-desakan yang menyuruh kita melalaikan diri dan menjauh dari Yang Maha Esa. Kadang-kadang, suasana dunia sering memerangkap dan memenjara nurani kita yang berfitrahkan kebaikan bertukar kepada keburukan dan kejahatan. 

Kadang-kadang, ragam alam maya menjadikan kita mangsa tipu daya untuk kita mempercayai apa-apa saja sumber yang berjaya dikorek, direka serta ditokok tambah di alam penuh global ini. Jahilnya kita! Zalimnya kita!

Kadang-kadang, kehidupan menjadikan kita lebih kuat dan luar biasa untuk terus berjuang hadapi hidup di masa hadapan. Kadang-kadang, kehidupan yang sama ini juga menjatuhkan semangat kita dan menghalakan jiwa kita ke arah untuk berputus asa. Lemahnya kita! Lembiknya kita!

Bila ujian dan dugaan bertandang, jiwa mula resah. Hati pula sibuk rasa gelisah. Diri juga semakin menggelabah. Kenapa ya? Lupakah kita pada Allah?? Lupakah kita pada ganjaran Jannah?? Lupakah kita pada erti sebuah tabah?? Lupakah kita bahawa ketenangan itu ada pada Allah??

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah Al-Ra’d : 28)
 

Bila kita ditimpa ujian demi ujian yang bertali arus, diri mula terasa lemas. Ingin berputus asa dari bergantung harap pada-Nya. Rasa ingin mati secepat yang mungkin walaupun amalan tak setinggi gunung. Kenapa mesti rasa begitu ya? Lupakah kita bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita?? Lupakah kita bahawa Allah terlalu sayangkan kita??

Sa’ad bin Abi Waqqas berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab ; ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa.’” (Riwayat Bukhari)

Bila insan kecintaan kita seperti ibu bapa, suami isteri, anak-anak, sahabat dan para guru pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya, kita terus dibelenggu sedih. Kecewa berpanjangan dan muram terhadap setiap keadaan. Kenapa begitu ya? Lupakah kita pada ujian Nabi terdahulu yang lebih dahsyat lagi dugaannya?? Lupakah kita bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati?? Lupakah kita bahawa dunia ini hanya sementara??

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (setan) memperdayakan kamu dalam (menaati) Allah.” (Surah Luqman : 33)
 

Di mana ketabahanmu saat dugaan menyapa jiwamu? Di mana sabarmu tika ujian melanda atmamu? Di mana kekuatanmu saat ombak derita cuba menghanyutkanmu dalam rendaman air mata semata-mata? Di mana kebergantunganmu pada Allah saat dunia mula menutup mata hatimu?

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,” (Surah Al-Baqarah : 45)

 -----------------------------------------------------------------------------------------------

Bila hati resah dan gelisah, ingatlah, kita punya Allah…
Bila jiwa mula bergelora dengan gundah-gulana, jangan kita lupa, Allah selalu ada…
Bila diri mula dihimpit rasa duka, ingatlah, kita ada Allah…
Bila dada terasa lemas dan sesak dengan asakan cinta dunia, ingatlah, Allah matlamat utama kita..



Jangan hanya di waktu susah kita mengingati-Nya..
Tapi, di waktu senang juga, jangan sesekali lupakan-Nya..
Susah senang diiringi dengan ingatan hanya pada-Nya..
Suka duka bersama-Nya..
Sabarlah kerana Allah..
Redalah dengan segala rencana Allah..
Syukurlah dengan segala aturan-Nya untuk kita..
Insya-Allah..

Mukmin yang kuat itu tidak ada dalam kamus hidupnya erti ‘putus asa’..!


Thursday, March 29, 2012

Sahabat : Episod 2

Salam' alaikum

Mereka adalah ex-schoolmate ana
Mereka bukan lah satu universiti bersama ana
Mereka adalah antara insan yang melihat perubahan dan perkembangan ana
Mereka juga adalah tempat untuk ana meluahkan perasaan tertentu


Kadang dalam sesetengah perkara atau masalah, ana lebih senang untuk berkongsi dengan mereka. 
Mereka bukanlah antara insan yang mepunyai semangat juang yang mantap
Mereka bukanlah antara insan yang mengenali jalan tarbiyah
Mereka bukan jua antara insan yang mengikuti usrah, halaqah dan sebagainya


Tapi, mereka adalah insan yang boleh memberi ketenangan saat ana dalam kegusaran
Yup,  mereka juga life-jacket ana. Walau mereka hanya insan biasa-biasa saja (kadang luar biasa)


Bila kami keluar bersama,
Gelak gempita ketawa bertaburan dalam kereta
Tidak pernah kami bersedih
Ada juga kami sedih bersama, tapi kami akan 'holding hand' bersama dan kuatkan azam kembali (love the way we are...)


Bagi ana
Cukup mereka memberi peringatan kembali kepada ana
Mereka juga sumber positive thinking ana
Mereka sentiasa di "belakang" ana supaya mereka boleh menolak ana ke hadapan untuk sentiasa maju dan berjaya
Mereka adalah penghibur ana
Mereka adalah antara insan yang bagi ana sukar untuk dicari ganti.


Ada sesetengah perkara ana senang dan mudah bercerita kepada mereka daripada akhawat
Dan, ada sesetengah perkara juga ana senang dan mudah bercerita kepada akhawat dari mereka
Itulah kehidupan.  


                                                                      Haneli Hafizon, Rika, Hafizah


Wednesday, March 28, 2012

Sahabat : Episod 1


 Salam' alaikum

Beliau dimata ana sangat awesome.
Beliau dimata ana sangat baik
Beliau dimata ana sangat unik
Beliau dimata ana sangat tabah dan kuat

Ana mengenali beliau ketika kami sama-sama berKBM di Ulu Tiram.
Dari hari ke hari, merupakan titik permulaan perjalanan kami bersama
Dari hari ke hari, beliau senantiasa ada bersama
Walau kami bukanlah 1 kolej, bukan 1 course, bukan 1 fakulti
Tapi, perkenalan singkat bersama beliau membuat hati ini terpaut kepadanya.

Terlalu banyak kisah untuk kami berkongsi bersama
Terlalu banyak hilai tawa
Terlalu banyak tangisan
Terlalu banyak jatuh bangun kami bersama

Saat diri ana tidak terbela, beliau datang untuk membela
Saat diri ana kesepian, beliau datang untuk bersama
Saat diri kesedihan, beliau datang meniup semangat untuk bangkit semula

Saat perpisahan dengan beliau, membuka babak duka diari ana
Suram, hilang, kosong
Terasa sememangnya beliau sudah menjadi sebahagian diri ana

Selepas terlalu lama kami menyepi
Ungkapan rindu menjadi pemecah tembok perpisahan kami
Ungkapan ukhuwah menjadi penyambung ikatan hati-hati kami
Ungkapan sayang menjadi penguat keyakinan kami

Ana sayang enti kerana Allah
Ana rindu enti

Dunia kembali bersinar
Bercahaya, itulah pengisi kekosongan sebahagian hati ana

Tiba saat, dirinya dilamar mujahid soleh
Pendamping semangat juangnya
Pemimpin diri dan keluarganya

Juraian air mata ana mula melaju
Sedih,sebak,
Keliru, adakah ini air mata kegembiraan atau air mata kesedihan?

Menjadi orang pertama untuk tarikh pentingnya
Satu penghargaan bagi ana
Tapi, dalam hati ini hanya DIA mengetahui

Namun, jangan risau wahai sahabat sayang
Ana tahu itu yang terbaik
Ana sentiasa doakan moga beliau dikurniakan l Sakinah l Mawaddah l Warahmah l 

Megenali beliau, adalah anugerah terindah
Sama indahnya ketika mengenali jalan D & T ini
Kerana ukhuwah yang dihulurkan beliau sangat luar biasa
Sehingga ke hari ini
Beliau merupakan antara insan yang amat ana rindui dan sayangi

Doa ana untuk kamu ukhti sayang
Jzkk atas segala kebaikan
Atas segala kesabaran,pengorbanan
Moga ukhuwah ini hingga ke syurga
Pada hari tiada perpisahan selepas itu
Moga ukhuwah ini menjadi tiket meraih redha-Nya


                                                                                               ATIQAH MOHANI

Tuesday, March 27, 2012

Tangan :'(

Salam' alaikum

Santai saja sharing kali ini. Diuji dengan kondisi tangan yang masih belum membaik. Rasa sengal-sengal, tegang dan kadang mengigil.

Pagi tadi, baru 2 minit menulis note, tetiba tangan mengigil, basah dan rasa tegang di bahagian atas sikit dari pergelangan tangan. Dalam struggle menulis, sakit semakin terasa dan terpaksa berehat seketika. Sakit... :'(

Sebentar tadi, sapu yoko-yoko. Lega seketika. Kadang sakit di tangan kanan, kadang di tangan kiri. Nasib baik kalau tangan sebelah kanan yang sakit sebab ana kidal tapi parah bila tangan kiri sakit kerana ana perlu berhenti seketika dari menulis.

Moga ini menjadi kafarah (penghapus dosa). Esok kena check kondisi tangan di hospital or klinik. Then, mungkin pergi urut traditional seperti disarankan adik comel Nurhidayah.

*sign*



Friday, March 23, 2012

Mengejar.. Group hugs

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Salam'alaikum


YaAllah...

"saat aku mengenali tarbiyah, aku melihat matlamat sebenar kehidupan ini. semangat untuk mengubah diri dan dalam perlahan-lahan mereka mengajar aku memahami tetang matlamat ummah dan Islam. Tiba saat perpisahan, aku kuatkan semangat untuk bertahan dan terus bertahan. Bila semakin lama, aku semakin futur. Ya,futur menghilang dan menyepi tanpa khabar. Benar, bila mana kita melakukan perkara besar, kita tidak akan peduli tentang perkara kecil. Mungkin pada saat itu, aku sebenarnya tidak melakukan perkara besar itu cuma acap kali memikirkan perkara kecil yang entah apa-apa. Tiada perkara besar untuk difikirkan sehingga futur ini datang menghuni hati.

mudahkan itu semua untuk diriku? mudah sangatkah untuk melarikan diri dengan harapan hidup ini lebih tenang dan gembira? Tidak, sama sekali tidak. jangan sesekali berangan dan berharap seperti itu. kerana kamu tidak akan memperolehi semuanya. saat jiwa meronta-ronta inginkan pengisian, saat mata memerhati dari jauh bulatan gembira insan lain, saat mata terpaku memerhati sekumpulan insan bertudung labuh dan hangout bersama, saat mereka kehulu ke hilir melakukan program, hati dan perasaan ini merintih sedih. Sedar akan kekhilafan diri.Serasa menzalimi hak-hak ruhi dan hati dalam jasad ini.

hati ini memberontak. serasa kosong tanpa cinta itu, tanpa pengisian dan gerak kerja.
tarbiyah itu perlu dkejar kembali kerana sekali ia datang kepada kita dan selepas kita melepaskannya, peluang itu tidak akan datang kembali. aku mulai sedar, siapa aku tanpa semua itu? walau aku berjaya sekali pun dengan pelbagai kelulusan tapi semua itu tiada ertinya untuk hati dan perasaan ini sebenarnya.

YaAllah, sesungguhnya engkau yang Maha Mengetahui akan sesuatu. ampuni aku YaAllah. Sahabat, jzkk. The precious gift from Allah. Aku menyedari, terlalu banyak sabar dan mengorbanan diri kalian untuk diriku yang kadang susah difahami dan dimegerti. sungguh,aku sedang berusaha.

Sedang mengejar kembali
*gruop hugs*


Wednesday, March 21, 2012

Sayang Abah

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Salam' alaikum...

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” (Surah Al-Isra’ ayat 23)

Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)


Disebalik pengorbanan seorang emak, tersembunyi juga kisah pengorbanan abah. Jarang sekali kita melihat kisah pengorbanan seorang ayah menjadi tajuk utama dalam setiap majlis-majlis ilmu, artikel,majalah dan sebagainya. Ada, cuma tidak sebanyak pendedahan pengorbanan seorang insan yang bernama emak.

Abah bagi ana seorang insan yang sangat super duper double triple super saiya!! hehe. Mengapa? Bagaimana? Di mana?

Soalan : Mengapa,bagaimana,di mana abah ana seorang super duper double triple super saiya?

Jawapan : Kerana abah seorang peyelamat dan pelindung anak-anak dan isteri di rumah. Abah berkerja keras untuk memenuhi segala keperluan seisi rumah. Pengorbanan abah seperti tidak nampak kerana abah pandai menyembunyikan rasa penat,lelah itu disebalik muka yang cool dan bersahaja. Resah di hati abah tak kala tidak dapat memenuhi kehendak anak-anak dan isteri disembunyi dengan amat teliti sekali.Pasti, disebalik wajah cool dan seperti tidak ambil kisah itu tersembunyi rasa sedih yang mengunung. Abah juga pandai menyimpan hasrat yang tersembunyi di hati. Bukan sekadar hasrat, perasaan juga disimpan kemas di dasar hati. Di sebalik bangga dan gembira seorang emak melihat anak-anaknya berjaya seakan terbukti dengan juraian air mata, tapi abah meluahkan rasa bangganya dengan sekadar 1 sentuhan erat di bahu sang anak dan pelukan sementara di dada. Namun, jauh di dalam hati abah berkata sebegini "abah bangga denganmu nak". T_T

Mungkin semasa di pejabat, abah berdepan dengan situasi yang tertekan. Rakan sekerja tidak memahami, tekanan kerja yang banyak, dan sebagainya tapi abah begitu tabah dan kuat. Sakit pening abah kadang seperti disembunyikan kerana amat jarang abah berdepan dengan masalah kesihatan. Mungkin juga abah dibebani dengan pelbagai permasalahan tapi abah berjaya menyembunyikan dari pengetahuan anak-anak dan isteri.

kadang, ana sendiri tidak mahu memandang tepat pada mata abah. Kenapa? Kerana mata abah tersembunyi pelbagai kisah suka duka, perasaan yang begitu mendalam. Sarat sangat dengan perasaan yang tidak terungkap. Terlalu mendalam sehinggakan pada saat ini, abah adalah sebuah anugerah yang tiada nilainya dari Allah. Kasih abah sayang abah membuatkan abah sanggup lakukan apa sahaja untuk membentuk sebuah keluarga yang bahgia dan selesa.

Ayuh kita fikirkan sejenak "apakah yang dilakukan oleh abah ketika ini? Sakit atau sihatkan abah? Gembira atau sedihkah abah?

Abah bagi ana, sosok insan yang sememangnya dianugerah oleh Allah untuk mempunyai kekuatan membimbing dan mengemudi pelayaran sesebuah keluarga. Seorang yang kuat hati dan perasaannya untuk bekerja keras memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak dan isteri. Seorang yang sabar dan cekal dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam membina sebuah keluarga yang bahgia sehinggakan super duper double triple super saiya ini jarang sekali kita nampak titis air matanya membasahi pipi dan jatuh ke bumi. Tapi percayalah, di dalam hati seorang abah itu,sudah cukup sarat dengan pelbagai perasaan yang tulus dan ikhlas demi kasih dan sayangnya kepada anak-anak dan isteri.
Namun, masih ada lagi anak-anak pada zaman sekarang TIDAK memahami akan hakikat ini.

-------------------------------------------------------------------


There are no perfect fathers.
But a father will always love perfectly.

Abah, ana amat menyayangimu kerana Allah.
Terima kasih atas pengorbananmu selama ini.
Moga diSANA nanti, pintu syurga sudah terbuka untuk menunggu kehadiranmu. T_T


Monday, March 19, 2012

Hati Tisu Kembali

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Salam alaikum..

Memandang skrin laptop dengan pandangan yang kosong. Banyak perkara terlintas di dalam kotak fikiran dan benak hati. Ingin mencoretkan sesuatu disini,tetapi seolah terlalu banyak perkara yang ingin dicoret dan dikongsikan. Beberapa hari (mungkin minggu) ini, ana seperti down sedikit. (sedikit saja) kerana walaupun down a.k.a lemah, langkah kaki dan aktiviti seharian masih berjalan seperti biasa cuma realitinya diri ini sedang bermujahadah habis-habisan melawan godaan nafsu dan syaitan yang cuba mempengaruhi hati dan fikiran ini. Okay, kritikal ayat digunakan di situ.

Bila melihat pada kehidupan hari ini, banyak perkara yang difikirkan.Kadang melihat prilaku dan sikap masyarakat sekitar membuat ana berfikir 360 darjah. Melihat sekeliling dan masyarakat sekitar kadang membuat ana berfikir panjang dan diam seketika. Mungkinkah ana yang kurang mengerti hakikat kehidupan? Sebagai contoh:

- Kawan sekuliah bergaduh sesama sendiri kerana dengki melihat group lain dapat tiru assigment ex-senior
- Couple
- Jiran tidak bertegur sapa dan bermasam muka
- Suami isteri yang bercerai-berai
- Media yang kadang tidak berlaku adil, berita tidak shahih
- Pertelingkahan parti-parti politik
- Jenayah berat berleluasa (rogol,bunuh,bakar,tanam 1 set combo jenayah moden yang semakin popular)
- Kasino, kilang arak, pub, kelab malam bak cendawan tumbuh selepas hujan
- Dan lain-lain masalah ummat akhir zaman

Berteleku seketika. Ya,selamat datang ke dunia akhir zaman. Gerun rasa hati dan tertanya pada diri sendiri, mampukah aku untuk terhindar dari fitnah dan kenikmatan sementara dunia akhir zaman ini.Mampukah ana termasuk ke dalam golongan hamba-Nya yang benar-benar bertaqwa. Insan yang jelas hala tuju dan matlamat hidupnya? Insan yang mempunyai kualiti iman dan amal untuk meraih redha-Nya memasuki syurga?

--------------------------------------------------------------

Tarbiyah merupakan jalan penyelesaian. Siapa tidak tahu apa itu tarbiyah, boleh cari sekarang.Pasti ketemu. Tarbiyah merupakan pembimbing jalan terbaik dalam mengorak langkah di dunia akhir zaman ini. Secara peribadi, tarbiyah juga banyak mengajar ana tentang matlamat sebenar hakikat kehidupan walau kadang (sering) kenikmatan dunia ini mencuit hati dan perasaan (ayat berterabur). Sebagai contah "saya nak belajar pandai-pandai,beli kereta besar, kumpul harta banyak-banyak biar hidup senang lenang, g shopping, bla bla bla". Bukan tidak boleh semua itu, boleh sangat tapi tarbiyah akan memanfaatkan semua itu ke jalan yang diredhai. Contohnya

- Saya nak belajar pandai-pandai untuk redha Allah
- Saya nak beli kereta besar untuk bawa anak-anak usrah g program, g buat dakwah, g program tarbiyah
- Saya nak kumpul harta banyak-banyak supaya lagi banyak yang boleh dihadiahkan pada orang yang memerlukan serta menambah saham akhirat
- Saya nak g shopping supaya aurat saya ditutup sempurna, g shopping untuk menjalankan aktiviti DF dengan lebih berkesan
- Dan macam-macam lagi boleh dilakukan yang semuanya bermatlamat meraih redha Allah di dunia dan akhirat :)

Dan pernah ana rasa, betapa ana sangat bahgia suka dan gembira ketika ditarbiyah dan berdakwah. Pernah, ana berprogram dari Johor ke K.L bersama seorang ukhti bersemangat. Sedang dalam kereta, sepanjang jalan kami bercerita tentang syoknye tarbiyah dan jalan ini. Kami berkata, hanya kita dan Allah saja mengetahui ke mana hala tuju kita dan matlamat agung perjalanan kita ini. :)

-----------------------------------------------------------------

Dan sering kali juga, ana ingatkan diri sendiri (muahsabah) walau kesedihan datang melanda, hajat dan kemahuan diri tidak kesampaian, putus asa mengamit diri. Cuba, cuba dan cuba percaya 100 % bahawa Yakinlah ALLAH telah menetapkan sesuatu yang terbaik untukmu dan teruskan berusaha,berdoa,meminta dan sekalipun merintih kerana DIA ingin mendekati hambanya dengan lebih dekat supaya lebih dikenali di alam kekal abadi nanti.



Sunday, March 18, 2012

Jangan Kau Buang Kenikmatan Ini...



KATA-KATA “SANG MURABBI” KH RAHMAT ABDULLAH
Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan,
bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …
Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban
bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan,
bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …
Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan,
bukan keraguan apalagi kecurigaan …
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan
bukan tuntutan, hujatan dan obyekan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan
bukan su’udzon atau menjatuhkan …
Aku rindu zaman ketika kita semua
memberikan segalanya untuk da’wah ini …
Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba
manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan
dan terlambat adalah kelalaian …
Aku rindu zaman ketika malam gerimis
pergi ke puncak mengisi dauroh
dengan ongkos yang cukup2
dan peta tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
benar-benar berjalan kaki 2 jam
di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah …
Aku rindu zaman ketika pergi liqo
selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan
dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …
Aku rindu zaman ketika binaan menangis
karena tak bisa hadir di liqo …

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk
untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
berangkat liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi
sakit dan harus dirawat,
para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …
Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …
Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …


Thursday, March 15, 2012

Inspirasi 1


Walaupun sukar untuk kita memaafkan atau melupakan orang yang telah menyakiti hati kita, sebenarnya ia merupakan hadiah istimewa pada diri sendiri kerana dengannya kita dapat melepaskan diri daripada dendam dan sakit hati.

Hidup di dunia perlu bebas daripada penghargaan manusia. Barulah hidup rasa tenang, gembira dan bersemangat selalu. Yang penting hanyalah Allah, Allah, Allah! ^_^ ♥


Wednesday, March 7, 2012

Sayang


Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

------------------------------------------------------

Bagaimana ea untuk ana mulakan perkongsian ini? Hari ini tahap penyusunan ayat ana tidak berapa betul. Fikiran yang sedikit terganggu sebentar tadi sehingga setiap butir perkataan yang ingin disampaikan seperti tersekat-sekat. YaAllah, rasa sedih sedikit pasti engkau mengetahuinya. :)



Sayang
Aku tahu dirimu sedikit terluka kecewa,
Sedih jiwa dan terganggu fikiran
Tapi, bertahanlah sayang
Aku tahu, engkau mampu
Kerana kita meyakini bahawa Allah akan sesekali tidak akan membebani hambanya sesuatu yang tidak terdaya olehnya.

Sayang,
Anggap saja kesilapan dan kekhilafan ini
Bukan darimu dan bukan juga darinya
Anggap saja ia ujian untuk melengkapkan perjalanan tarbiyah dan tingkat imanmu.

Sayang,
Kadang aku juga akan bertanya berulang kali pada diriku
Mana satu lebih aku sayang dan utamakan? Perasaan inikah ATAU Dakwah tarbiyah ini?
Bertanya lagi, Hati inikah ATAU hidayah ini?
Kerana salah satunya perlu dilepaskan dan diutamakan
Disitulah wujud kepentingan dan pengorbanan diri.

Sayang,
Aku mengertikan akan kesedihanmu
Tapi, aku mengerti juga akan hakikat hidup ini
Percayalah sayang, ujian ini akan membentuk peribadi dan pemahaman mu.
Percayalah sayang, akan ada hadiah di penghujung ujian ini.
Percayalah sayang, DIA sentiasa melihatmu, menantimu untuk merayu merintih memohon kekuatan kesabaran ketabahan.

Sayang,
Ingin ku kongsi impianku.
Aku ingin namaku dan nama sahabat-sahabatku disebut-sebut penduduk di "atas" sana.
"Lihatlah hambaku itu, sangat berbaik sangka dan taat padaku"
Itulah dia motivasi kita.

Sayang,
Aku cinta padamu kerana Allah
Kerana DIA kita bertemu di sini
Kerana DIA kita merasai kemanisan ukhuwah ini
Kerana DIA kita mengelusuri jalan ini.

Sayang,
Aku juga bukan yang terbaik untuk megingatimu akan semua ini
Kerana masih banyak karat jahiliyah dalam diriku
Tapi, rasa tanggungjawab dan peduli membuat aku kembali memahami hakikat jalan ini

Sayang,
Sekali aku melafazkan sayang
Ia akan kekal sebegitu.
Kerana dakwah kita, dakwah kasih sayang.

Sayang,
Kembali tersenyum dan bersemangat
Biar DIAMOND kita terus bersinar :)