Saturday, February 18, 2012

Menteri Kebajikan

Suhanallah
Alhamdulillah
Allhuakbar

------------------------------------

Sejujurnya, ana sangat bersyukur dan bangga dengan insan ini. Sangat-sangat bersyukur, sangat-sangat berbangga.
Berbangga menjadi anak kepada beliau. Cop!! ini bukan Menteri Kebajikan yang selalu keluar terpampang di TV tu, ini Menteri Kebajikan keluarga besar kami. Merangkap mak ana. Yer, ini kisah beliau.

2012, tahun yang agak getir buat kami sekeluarga. Mempunyai keluarga di Sarawak sementara kami menetapkan di semenanjung menuntut pengorbanan yang tersendiri. Entah mengapa, ujian dari-Nya datang bagai tiada henti. Ujian tentang kehilangan insan-insan tersayang seakan menghimpit kesedihan keluarga besar kami. Awal Januari lalu, perginya arwah nenek, 3 hari selepas itu perginya arwah ayah kepada cucu angkat nenek dan sekarang mak cik saudara, nenek saudara dan nenek angkat ana sedang bertarung nyawa di Hospital Sibu dan Hospital Kuching. Semuanya berlaku dalam tempoh kurang satu bulan.

Dan sepanjang tempoh getir ini, ana dapat melihat sesuatu dari diri mak ana yang ana rasa perlu untuk dikongsi.

Untuk pengetahuan, mak ana adalah seorang yang sangat tegas. Tegas dalam akademik anak-anak, tegas dalam membentuk sikap dan cara berfikir, tegas dalam perancangan kehidupan, tegas dalam pertuturan, SANGAT tegas mengenai tahap kebersihan, tegas dalam perancangan kewangan, dan pendek cerita tegas pada segala-galanya. Cuma, 1 perkara sahaja yang belum cukup tegas, belum cukup tegas dalam hal agama. Tapi, ana ketepikan perkara itu seketika. Ada something untuk difokuskan. Kerana tegasnya mak dalam perkara-perkara di atas, banyak mengajar diri kami adik-beradik sekarang. Alhamdulillah, masing-masing ada kejayaan masing-masing. Alhamdulillah.

Something yang ada dalam diri mak yang ana dari tadi sibuk nak kongsikan adalah TAHAP KEPEDULIAN DAN CEPAT BERTINDAK mak yang sangat subhanallah amazing terhadap tiap-tiap 1 perkara yang terjadi.

Ana ingat lagi, ketika arwah mak ngah ana sakit tenat di Hospital Sibu. Sebaik sahaja pak ngah ana call tentang kondisi isterinya mak ana tanpa berlengah-lengah terus ke LCCT dan terbang ke sibu dengan kadar yang sangat segera. Perkara yang sama berulang ketika arwah nenek sakit sehingga mak memberi arahan kepada kami untuk pulang ke Sarawak bergilir-gilir.Dan ini terjadi berulang-ulang kali sehingga sekarang apabila dikabarkan tentang berita yang kurang gembira yang menimpa keluarga kami di sana.

Mak adalah insan pertama yang akan bertindak pulang ke sarawak sekiranya mendapat apa-apa berita daripada sana. Kepedulian mak bukan pada keluarga kami sahaja tetapi pada sesiapa saja yang beliau kenal. Mungkin ada sesetengah kamu berfikir, ini adalah sesuatu tindakan biasa yang terjadi sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku tetapi bagi ana bukan semua orang boleh bersikap sedemikian. Percayalah, tak percaya tanya pada diri sendiri...Sanggupkah kita, berulang alik,mengeluarkan duit,pergi ke sana ke mari, mengabaikan komitment kerja dan rumah tangga semata-mata mengutamakan sikap kepedulian kita? Berapa sangat antara kita yang betul-betul serius dalam berpegang pada sikap kepedulian sehingga memberi kesan pada orang lain sekiranya tanpa didasari apa-apa keyakinan dan kekuatan? Inilah yang mak tunjukkan pada ana. Sikap inilah yang sentiasa fikirkan dan dimuhasabah.

Pernah 1 malam,selepas mak pulang dari sarawak kami berborak. Bukan borak kosong, borak berisi. This is true...

"Mak, tak penat ke? Dalam tahun ni dah berapa kali ulang alik." -ana-
"Penat sangat. Tapi, ni masa orang, masa kita nanti kita tak tahu. Mak tak kisah pun soal yang lain-lain. Yang paling penting mak akan ikut kata HATI mak kalau ingin lakukan sesuatu perkara yang betul" -mak-
"(Betul, cakap dalam hati). Mak, i really proud of you. You are very amazing mother in this world. (Tetiba T_T) Mak dah bagi contoh yang sangat mendalam betapa mak sangat bersedia berkorban untuk orang lain." -ana-
"It's okay. Selagi boleh buat baik dekat manusia,buatlah. Kalau mak, itulah cara mak. If ada peluang buat baik,buatlah kalau tidak nanti asyik terbayang. Sebab itulah mak banyak ajar anak-anak mak tentang kewangan dan sikap. Kita jauh dari keluarga dan kewangan yang kukuh mest tidak akan membebankan kita untuk balik selalu atau masa emergency. Orang nak cakap,cakaplah. Asalkan kita tahu apa yang kita buat. Mak tak kisah walaupun kadang-kadang ada yang iri hati atau kurang senang. Yang penting mak ada abah awak (Mak sangat cinta abah, nampak!!!) dan keluarga kita" -mak-

----------------------------------------------------------------
Ad
a satu kisah membuktikan betapa sikap mak memberi kesan pada orang lain.

"Mak kau ni, asal ada orang sakit mesti muncul muka dia. Asal ada orang sakit mesti muncul muka dia. Cepat dari orang lain" -Wa Mos (pak cik saudara)-
"Mak memang macam tu" -adik-
"Bagus mak kau tu. Caring dengan orang. Sebab tu ramai orang sayang. Nanti mak kau balik,ramai yang rasa sunyi." -Wa mos-

------------------------------------------------------------

Urmmm nampak tak kesannya. Kesan sikap mak pada orang lain. YaAllah, mampukah aku menjadi seperti mak? Inilah kisah Menteri Kebajikan kami.

---------------------------------------------------------------
Dont jugde the books by it cover.



Thursday, February 16, 2012

Allah, Nur nak mengadu ni..*Sedih*

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar...

Allah, di akhir malam ini aku memohon. Ampunilah aku Ya Allah. Di hujung gelap ini, aku menangis. Maafkan aku Ya Allah. Sering aku lakukan kesalahan yang sama. Begitu banyak dosaku. Dengan air mataku, ampuni aku Ya Allah.

Ya Allahu Ya Allah, ampunilah dosaku. Ya Allahu Ya Rohman, beri jalan lurusMu. Aku bertaubat ampuni dosaku. Aku bertaubat ampuni disaku. Aku bertaubat ampuni dosaku.

------------------------------------------------------------------


Monday, February 13, 2012

Ketahuilah kalian...

Ketahuilah kalian..
Bahawa syurga memilih penghuninya..
Dan usaha si pencari syurga memangnya bukan calang-calang,
Bukan sekadar angan-angan.
Bukan sekadar cita-cita.
Bukan sekadar kisah-kisah indah yang dicerita..
Sesungguhnya mereka adalah golongan yang berusaha keras!
Mereka yang hidup seolah-olah syurga sudah di genggaman tangan mereka.
Hinggakan datanglah badai dan ujian
Atau apapun,
Mereka tetap utuh dan tegar.
Meneruskan perjalanan mencari tiket ke syurga.
Perjalanan ke sana payah dan memenatkan
Namun hasilnya pasti
Simpanlah rehatmu
Simpanlah angan dan keinginanmu
Buat rumah indah kita di sana..
Amin..

(Maryam AlMuhandis) Jzkk sayang...

Wednesday, February 8, 2012

Taman Syurga


Subhanallah

Alhamdulillah
Allahuakbar


"Ana harap bila kita di SANA nanti, ana dapat duduk macam ni dengan antum semua. Duduk di taman syurga. Di bawah pohon rendang,sambil minum air susu yang sentiasa mengalir. Tak cukup dengan tu, antum nak makan minum apa sahaja walau baru terlintas di kepala pap!! Allah dah bagi. Syok x? Nyaman je rasa, kalau kita rasa kita duduk kat tempat ni pun dah selesa bayangkan apatah lagi ke sana?" -Ukhti sayang UTHM-

"Ana sentiasa berharap, bukan ana keseorangan atau beberapa orang saja di SANA nanti. Tak best rasanya bila di SANA nanti kita berkumpul dan bertanya kabar antara satu sama lain dan ditanya mana si ukhti sayang itu,dia tidak bersama-sama dengan kita di SANA. Kalau boleh, semua sekali kita menempatkan diri kita di SANA. Macam keadaan kita sekarang. Kan best bila di SANA nanti,kita bisa berusrah bersama sebegini. Kita
sharing kisah benar dengan Hassan AL-Banna, Summayyah, Sheikh Ahmad Yassin, dengar azan Bilal B. Rabah, Solat berimamkan Rasulullah s.a.w seperti imaginasi syurga kita dulu. " -Ukhti sayang UTHM-

"Tapi, nak dapat kunci ke syurga tu bukan mudah akhawat sayang. Kena betul-betul usaha. Usaha macam mana? Kena faham tugas kita sebagai khalifah,daie,abid. Kena buat apa yang Rasulullah ajarkan. Kena patuh apa yang Allah perintahkan. Buat kerja dakwah, sebarkan Islam,ajak kepada kebaikan,cegah kemungkaran, tingkatkan amal... Haaaa... sebab itu tijarah (jual beli) kita dengan Allah." -Ukhti sayang UTHM-

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara ingatan manis ana bersama akhawat tersebut. Antara akhawat yang hamasahny
a terlalu tinggi. Kenangan jaulah Palestine bersama akhawat tersebut bersama adik-adik tahun lepas masih berbekas di hati.

Posting ini spesifiknya adalah untuk peringatan diri ana sendiri. Ya, imaginasi syurga yang pernah kami kongsi dulu sangat mendalam momentumnya pada ikatan perkenalan kami.

Siapa tidak mendambakan syurga? Yang pasti semua ingin ke SANA. Tapi, bila melihat pada diri sendiri "aku mahu syurga tapi apa cukup usaha yang telah ana lakukan?" Mungkin memang tidak menyumbang
langsung pada jalan ini. Biarlah urusan itu dinilai oleh-Nya semata.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maafkan ana. Pada antum yang pernah terguris hati, terlepas bicara,terkasar perbuatan, tidak menunaikan hak-hak sebagai saudara semuslim. Maafkan ana yang sangat hina dan lemah ini. Ana juga manusia biasa, banyak sekali melakukan dosa,salah dan silap. Sedar atau tidak. Sejujurnya dengan Allah pun kita sering kali berbuat dosa apatah lagi sesama manusia biasa. Maafkan ana.





Tuesday, February 7, 2012

Aku Cinta Pada-MU



Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
Aku ingin mencintaiMU
Setulusnya,sebenar-benar AKU CINTA
Dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
SEHINA APAPUN DIRIKU
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

----------------------------------------------------------------------------------

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau SATU CINTA
Yang SELAMANYA aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi CINTAKU KEPADA-MU

Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... slamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia


Tangisan, Menyedarkan

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Baru sahaja sampai di rumah setelah menghabiskan masa sehari suntuk bersama Ustazah. Ustazah dibangku sekolah ana dulu. Rasanya agak lama tidak mengisi jiwa ini dengan kata-kata yang mampu membawa kita kembali kepada-Nya. Alhamdulilah, hari ini merupakan hari yang sangat best dan bermakna selepas sekembalinya ana dari sibu 2 minggu lepas.

Hari ini kami berkongsi cerita masing-masing. Ustazah sememangnya sibuk dengan aktiviti sekolah,program di taman perumahan dan program-pogram di luar. Kagum melihat ustazah bercerita. Seolah-olah tidak penat dan bahgia sepanjang masa. Dan ana juga berkongsi cerita yang tidak sehebat dan seberapa seperti ustazah. Tapi, ustazah dengan bersemangat setia mendengar. Sampai di satu point bercerita, ana senyap seketika. Menahan mutiara halus dari mengalir,menarik nafas seketika dan cuba menyambung perbicaraan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Menangislah kalau rasa ingin menangis.Jangan ditahan-tahan. Kadang, menangis akan membuat kita menjadi sedar. Sedar pada kelemahan-kelemahan diri pada saat orang lain tidak sanggup membantu atau menolong selain dari-Nya. InsyaAllah ia akan membawa manfaat dunia akhirat". -Ustazah-


"Entahlah ustazah. Rasa sedih sangat bila fikir tentang keadaan diri. Rasa hati selalu tak stabil." -ana-

"Hati semua orang memang macam tu lah. Mana pernah stabil. Pasti berubah-ubah mengikut keadaan. Bila kita menangis bermakna ada kelembutan pada hati dan tanda kita peka pada sesuatu yang menimpa diri dan umat" -Ustazah-

"Buka surah Al-Maidah ayat 83. Baca" -Ustazah-


"Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) Seraya berkata : "Ya Rabb kami,kami telah beriman,maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad)" -ana-

"Orang cakap kita cenggeng,kuat nangis,loser tapi hakikatnya orang tidak tahu apa yang kita tangiskan. Takkan lah bila ketika datang teguran-teguran dari Allah,kita nak ketawa dan bersenang-lenang buat macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Nur hidup memang perlu tabah. Tabah bukan beerti tidak perlu menangis. Menangislah biar diri kita sedar akan kelemahan dan kekurangan diri. Lagi-lagi bila kita bermujahadah untuk terus k
ekal melekat dan menatap ke jalan ini. Anggap saja ujian-ujian yang Allah timpakan itu untuk mendekatkan diri kita kepada Dia dan bukti kita sentiasa special di mata Dia." -Ustazah-

"Ustazah, terima kasih. (mulai senyum dan ketawa). Ustazah suka bagi solution dekat semua masalah sekaligus dengan main point yang sangat mendalam. Ya,mungkin sebab banyak nangis,fikiran pun terganggu dan berfikir tidak-tidak. Sehingga perkara kecil dibesarkan,masalah ringan diberatkan." -ana-

"InsyaAllah,ustazah kenal nur dah dekat 7 tahun since sekolah. Dah tahu sangat. Murid-murid yang lain pun lebih kurang je perangai. " -Ustazah-

Sebelum berakhir usrah yang tidak rasmi itu, ustazah menitipkan doa. (T_T) Melaju mutiara halus ini turun.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sunday, February 5, 2012

Click "like"

Hanya cuma "like" or respond di FB
Mampu memberi ketenangan dihati ini.

Kerana, aku tidak mengerti apakah ada jurang yang sangat luas antara kita?
Apakah ada kisah tersembunyi antara kita?

Namun, kau tetap sahabatku dari dulu,kini dan selamanya. Tidak ada siapa mampu mengubah hakikat itu.

Yang merindui
Menyintai

Menyayangi
Kerana ALLAH





Friday, February 3, 2012

Untuk kamu..Yer,kamu


Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar




Seringkali aku berdoa pada-Nya

Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Seorang sahabat adalah orang yang percaya pada kita, di saat kita tidak lagi percaya pada diri kita sendiri. Merinduimu wahai sahabat T_T

---------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..



Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...



Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.



Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..



Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..



Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN





Thursday, February 2, 2012

Ya Rasulullah...


Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar





Ya Rasulullah, pantaskah aku menjadi umatmu? Masih banyak lagi karat-karat jahiliyyah yang melekat pada diriku ini.

Ya Rasullulah, pantaskan aku mendapat syafaatmu apabila aku di padang mashyarNya kelak? Padahal banyak lagi kewajipan-kewajipan yang tidak tertunai,amanah-amanah yang belum terlaksana, sunnah-sunnahmu yang belum diamalkan..


(sebak...) Ya Rasulullah, aku sentiasa berharap,memohon kepadaNya dan berusaha supaya berikan aku kekuatan untuk mengelusuri jalanmu.. Mengelusuri jalanmu seperti yang pernah dilakukan sahabat-sahabatmu dahulu..

Ya Rasulullah, kami tahu cintamu pada kami. Cintamu sehingga dimana saat engkau di ambang sakaratul maut,engkau menyebut "ummati,ummati... umatku,umatku..." Engkau mengingati kami walaupun maut sedang menjemputmu,tetapi kami pada masa kini,sering lupa dan gembira pada nikmat yang sementara ini.







Ya Rasulullah, engkau tinggalkan pada kami Al-Quran dan sunnah-sunnahmu sebagai panduan kehidupan. Tapi, alangkah sedihnya engkau Ya Rasulullah apabila melihat cara hidup ketika ini. Pasti menitis air matamu takkala melihat ummatmu kini.

Ya Rasulullah, Aishah pernah bersunggut kepadamu: "Mengapa Rasulullah, engkau bersusah payah berdiri bersembahyang malam sehingga bengkak-bengkak kedua belah kakimu,sedangkan Allah telah mengampunkan dosa engkau yang lalu dan yang akan datang?" Rasulullah menjawab:

"Tidakkah patut untukku menjadi hamba yang bersyukur?"

Ya Rasulullah, sangat indah dan terpuji akhlakmu. Segala pengorbanan,kesusahan, dan kesakitan yang engkau lalui dahulu bersama sahabat-sahabatmu adalah semua kerana KAMI. Supaya kami merasa betapa indahnya menyintai Allah dan kekasih agung..Rasulullah yang telah dijanjikan syurga.



Rasulullah bersabda: “Semua ummatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang bermujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah: Seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa tersebut, kemudian dia berkata: wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tapi di pagi hari dia telah membuka sendiri akan dosa tersebut.” (HR. Bukhori Muslim)






Reality --------------



Dari hati yang tulus : YaAllah, hambamu ini mencintaimu dan merindui kekasihMu Rasulullah s.a.w..



Wednesday, February 1, 2012

Mujahadah


YaAllah, mohon bekalkan kekuatan di dalam hati ini..Biar, bila rasa itu datang..aku bisa bisikan di dalam hati ini supaya terus sabar dan tabah.



Setiap orang, akan ada sesuatu yang dia simpan..Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan..Siapa pun dia, segembira mana pun dia, walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum.. Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.. Pasti ada sesuatu yg pernah menguris hatinya.. Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis..Pasti ada..Kerana dia juga manusia..
Makanya, Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, Hanya kamu yang melalui, Dan hanya kamu yang mengerti, Kamu silap, dan kamu salah..
Ada orang lain yang pernah melaluinya..Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan..Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.. Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu, Kamu yang tak pernah nampak..
Jangan selalu menganggap, Bahawa kamulah yang paling susah, paling sakit diuji, Paling berat diduga.. Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.. Sudahlah, kesat air matamu,Walau serumit mana situasi kamu..Pujuk hatimu.. Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada..Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu..Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,DIA tak akan sekali-sekali mengkhianati kepercayaanmu.. InsyaAllah...:)

:: Nur Yang Sedang Bermujahadah ::

Sunday, January 29, 2012

Random...


Defending Islam and reminding the women of their duty




------------------------------------------------------------------------

Kita sering berkata begini bila disuruh mengubah diri ke arah kebaikan...
"emmmm..hidayah belum datang..."
"Belum sampai serulah,nanti dah sampai aku berubahlah..."

Ana ingat lagi, semasa ana masih diploma di UiTM Segamat kami pernah berbicara mengenai hidayah. Seorang kakak ni cakap, sebenarnya hidayah itu ada di sekeliling kita. Tinggal kita saja yang perlu bertindak sama ada ingin mengapainya atau tidak...Ana bagi contoh bergambar bagaimana salah satu cara kita menolak hidayah...


Ok, ana membuat analogi seperti ini. Dalam dunia ni,apa benda kita akan dapat dengan sendirinya tanpa kita susah-susah untuk bergerak atau melakukan sesuatu? Tidak ada rasanya...even nak makan pun,kita kena ambil kan.. nak tidur pun,kita kena gerak..

Macam itulah hidayah Allah, hidayah yang berada dimana-mana sebenarnya.Hanya tinggal diri kita saja untuk bertindak dan mengapainya. Bila kita dah dapat hidayah Allah tu, percayalah nikmatnya subhanallah sangat indah. Tak percaya, cuba lah memulakan langkah kita ke arah kebaikan dan meninggalkan langkah kita dari kemungkaran. InsyaAllah, you will loving it...

PESANAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS..

"Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari. InsyaALLAH. Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut...
----------------------------------------------------------


Dan sebenarnya, Allah sangat memahami kita. Cuma kita saja yang kadang-kadang tidak faham-faham. Muhasabah diri ana sendiri okay. Bila kita mendapat hidayah Allah itu,bermujahadahlah supaya sinar hidayah itu terus bersinar dan dapat menyinari insan-insan di sekeliling kita. Sangat susah sebenarnya tapi bukan mustahil.

---------------------------------------------------------------------

InsyaAllah,ana akan turun ke K.L, BP dan JB.. Belum ada tarikh yang specific sebenarnya. Mungkin selepas exam 4/2 nanti. Turun bukan untuk berprogram tapi untuk memprogramkan diri.


Perbicaraan Rahsia.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Pernah 2 3 kali ukthi ini datang,berkongsi tentang sesuatu permasalahan ketika kami tinggal bersama dulu. Sekarang,bila berjauhan telefon merupakan salah satu cara untuk sharing atau meminta pandangan. Ada satu ketika, ukhti ini menangis ketika kami sedang berkongsi mengenai masalah yang sedang berlaku. Ketika itu juga,agak sukar untuk ana memberi pandangan dan pendapat kerana masalah itu kerap sangat terjadi, lalu ana meminta waktu seketika untuk mencari sesuatu yang dapat mengurangkan sedikit masalah ukhti tersebut.

Dan, terlintas dalam fikiran ana untuk menelefon seseorang untuk meminta pandangan dan nasihat kerana dulu kami juga pernah menghadapi masalah tersebut. Alhamdulillah,hasil perkongsian dan perbincangan ana dengan akhawat tersebut, ada sedikit bahan dan pendapat dapat ana perolehi. InsyaAllah mampu mengurangkan sedikit masalah yang sedang terjadi.

Di hujung perbualan kami, akhawat ini berkongsi sesuatu. Akhawat itu berkata begini.. "hari tu,ana pergi program. Ada seorang ustaz ni beri perkongsian mengenai Allah melarang perbualan rahsia.. Haa..ana first time terkejut tau,pastu ana tanya-tanya banyak-banyak soalan sehingga ana faham...contohnya, kalau ukhti ni datang kt kita then cerita masalah dia macam mana dan lain-lain"




Ana pun dengan terujanya ingin melanjutkan perkongsian akhawat tadi. "anti,kongsilah dengan ana...Macam keras jer bunyinya..."

Akhawat tu pun sambung, buka surah An-Nisaa 4:114)

“Tidak ada kebaikan daripada banyak perbicaraan rahsia mereka, kecuali perbicaraan rahsia daripada orang yang menyuruh orang bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami akan memberinya pahala yang besar

Akhawat tu sambung lagi, "memang Allah sangat-sangat melarang perbicaraan rahsia sekiranya ianya tidak dapat memberi apa-apa kebaikan malahan ditakuti akan memberi kesan pada sesuatu organisasi. Macam yang anti bagitahu ana tadi, yang ada ukhti menangis-nangis telefon anti untuk berkongsi permasalahan padahal boleh saja masalah itu diselesaikan dengan cara syura' melalui naqibah. InsyaAllah naqibah tu boleh membantu. Walaupun perkara ni nampal kecil,tapi bahayanya cukup besar sekiranya sesi perbicaraan rahsia itu disertai oleh hawa nafsu dan perasaan yang tidak-tidak. Perkara tu lah yang kena jaga sebab kadang-kadang kita sendiri tidak perasan sekiranya terdetik perasaan yang tidak sewajarnya seperti merasa diri sentiasa betul dan sebagainya padahal masalah ini perlu diketahui hujung pangkalnya. InsyaAllah, kita baiki diri sama-sama. heee, ana pun terkejut bila first time ustaz cakap macam tu..."

Alhamdulillah, ilmu baru. Moga ilmu ini dapat dimanfaat sebaiknya. Perbicaraan rahsia yang bukan boleh dipandang enteng kerana ianya mungkin akan memberi kesan pada sesebuah organisasi dakwah.

Wallahualam..mohon teguran dan tambahan sekiranya perlu.

~SHARING IS CARING~



Bersyukur dan Menghargai Nikmat

Subhanallah
Alhamdillah
Allahuakbar



Lebih kepada muhasabah diri sebenarnya. Indahnya akhlakmu Ya Rasullullah...



Saturday, January 28, 2012

Insomnia??


Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

PERTAMA:

Sedikit perkongsian peribadi...

Hampir sebulan saya tidak dapat tidur yang berkualiti. Berkualiti maksudnya cukup untuk kembalikan kecergasan badan dan minda. Ya,sebulan ini merupakan bulan yang agak tegang dan tidak tenang buat kami sekeluarga. Berulang-alik dari K.L ke Sibu,Sibu ke K.L , menguruskan itu dan ini, emosi dan perasaan yang tidak tenang merupakan punca gangguan tidur ketika ini.

Boleh bayangkan tak saya bangun pagii pukul 6 a.m or 9.00 a.m,buat kerja itu ini, tidak dapat tidur tengah hari DAN malamnya saya tidur sekitar jam 4 or 5 A.M! Dan lagi dahsyat bila saya tidak tidur langsung.Bila saya tidak tidur langsung,selalunya tengah hari akan tidur sebentar.

Adakah ini tanda Insomnia? Saya buat research sedikit tentang penyakit ni, dan saya rasa tanda-tanda insomnia itu ada. YaAllah...

Dan mungkin juga disebabkan aktor-faktor luaran ini yang menyebabkan masalah ini timbul...

-----------------------------------------------------------------------

Sedikit sharing, bila saya terlalu penat untuk berjaga tetapi sukar untuk tidur, saya akan amalkan perkara ini..

First : Baca Al-Fatihah, 3 Qul
Second : Baca doa ni...


Ertinya:

"Ya Allah, sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata. Dan Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Tenangkanlah malamku ini dan tidurlah mataku".

(Riwayat Ibnu Sunni dan Tabarani)

Third : Last sekali selalunya saya akan berselawat sehingga tertidur.

It's working. Yakinlah sepertimana dalam ayat ini.


Firman Allah SWT:

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ

Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)
[As-Syu'ara':80]

KEDUA:

Projek :increase iman" dengan dijalankan. Doakan moga semangat dan iman saya semakin pulih. Saya tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi.

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan' (Surah al-Kahfi, ayat 103-104).

Inilah golongan orang yang rugi. Apabila kita merasa dirinya berada dalam kebenaran dan kebaikan. Walhal, selagi kita tidak mendapat kepastian dengan mempelajari Islam, selagi itulah kita rugi. Di dunia kita merana, di akhirat kita sengsara!

Dan, doakan juga moga kita semua tegolong dalam golongan yang beruntung.

surah al-Asr, Allah swt berfirman dengan maksud:


"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar"

~InsyaALLAH~

Friday, January 27, 2012

Bila Peringatan DIA Datang

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Bila peringatan DIA datang, Pap!! macam tu je...
Walau dalam apa jua situasi...
Kisahnya seperti ini...

Ya, 2 3 hari perginya arwah nenek ke rahmatullah, semangat saya entah hilang ke mana. Serius, amat amat amat sukar untuk saya menerima hakikat. Dan,bila emosi tidak dapat dikawal, i keep on questioning? Kenapa Allah always uji saya? Kenapa Allah seolah-olah tidak mendengar permintaan,doa,rayuan saya? Adakah Allah melihat kesabaran saya? Belum cukupkan ujian-ujian yang DIA berikan pada saya? Kenapa orang lain bahgia,kenapa tidak saya? bla..bla...bla...

Rasa give up dengan kehidupan, rasa loser sangat....

Dan, malam tu saya tidak dapat melelapkan mata..Berjaga sampai pagi. Dan saya ingat lagi, pukul 2 a.m saya on facebook.

THIS WILL BE THE TURNING POINT ~~ Dalam saya tengok status-status di fb,saya ternampak artikel seseorang yang dipost di wall seorang ustaz ni. Artikel yang bertajuk "suara kuat menjelang akhir zaman" lebih kurang macam tu lah. Ringkasnya artikel yang berkaitan dengan kiamat. Yup, KIAMAT.

YaAllah, saat dan ketika itu, tubuh saya menggigil,jantung saya berdegup kencang...Seriously, DIA menegur saya.
Sangat rasa, KASIH DAN CINTA DIA pada saya.
Serasa artikel itu untuk menyedarkan saya bahawa setiap yang berlaku itu punya hikmah dan punya Kasih SayangNya.

Bila saya baca komen di artikel tersebut, ada seorang ukhti ini sedang berbalas komen. Terus saya chat seketika..

----------------------------------------------------
    • assalam k.N

    • Nur gerun sgt bc ttg akhir zaman tu

  • Nina Hanafi
    • Wsalam Nur

  • Nur Haziemah Zahari
    • berdebar tetiba

  • Nina Hanafi
    • Yg suara kuat tu ke?

  • Nur Haziemah Zahari
    • ha

  • Nina Hanafi
    • Spupu kN tepek kat wall ustaz azhar idrus ttg hadis ni

  • Nina Hanafi
    • Ustaz kata hadis ni tak sahih.. Tak perlu i'tiqad (jgn percaya dlm hati) bhw perkata ni btol2 akn berlaku
      Wallahu a'lam.

  • Nina Hanafi
    • *perkara

  • Nur Haziemah Zahari
    • Ble bc ttg kiamat, mesti rase gerun.. takut sgt.. Papepn,jzkk ats informasi

  • Nina Hanafi
    • Tp ia sgtt baik andai dpt rapatkn kita dgn Allah.
      Mantapkan ibadah kita pd Allah..kan Nur kan..

      Betul..sgttt gerun gentar bila cerita qiamat n akhirat. Allahu...

  • Nur Haziemah Zahari
    • thanks for reminder k.Nina.. Yg td ,ada hikmahnya ble nur tnampak ttg kiamat tu wlaupn x shahih..."ada hikmahnya" utk Nur

  • Nina Hanafi
    • Betul..hikmah itu bykkk..


-------------------------------------------------------

Bila DIA mengkehendaki,tiada sesuatu yang mustahil..YaAllah, nyata kasih sayangMu sentiasa disisiku.

Tiada kata mengambarkan perasaan saya ketika ini.

----------------------------------------------------------------------------------

Aku malu berharap engkau mengerti lagi
Atas kesalahan yang pernah aku perbuat
Hati dan perasaan ku mulai teruji
Selembut doa dalam hati kau mengetahui

Kala panggilan mu
Aku mohon ampunilah aku

Aku bersujud
Aku berdoa
Hanyalah padamu
Ya tuhanku

Aku memohon
Keringanan hati
Menentukan pilihan
Menuju rahmatmu

Ya Tuhanku

-------------------------------------------------------------------------------------

Begitulah, subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar..Bila Peringatan DIA datang.