Sunday, October 10, 2010

Bolehkah Untuk Tidak Memaafkan ?

Reactions: 

Ustazah,

Seorang rakan saya pernah melakukan kesalahan kepada saya seperti mengumpat saya, kemudian, dia pernah berterus terang tentang perbuatannya dan meminta maaf. Tetapi saya agak keberatan memaafkannya, bolehkah kita tidak memaafkan orang yang meminta maaf dari kita? Apakah hukumnya ?

- Ingin tahu-

Jawapan :

Dosa mengumpat tidak syak lagi adalah sebuah dosa yang agak besar. Ia disebutkan oleh Allah SWT : ertinya : " Adakah kamu suka memakan daging mayat saudara kamu ? " ( Al-Hujurat : 12 ) . Rasulullah pernah menggunakan satu teknik sastera dalam mengingatkan sahabat tentang bahaya mengumpat. Di satu ketika Jabir r.a mengatakan bahawa dia bersama Nabi SAW di satu tempat dan terbau busuk di tempat itu, lalu Nabi SAW berkata " Adakah kamu tahu apakah bau ini ? , inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin" (Ahmad, dengan perawinya thiqat).


Soalan anda berkisar tentang hokum memaafkan orang yang bersalah yang meminta maaf. Dlam Islam terdapat pelbagai jenis dosa terhadap orang lain. Sebahagian darinya terdapat peruntukan hukuman Allah di atas dunia, seperti membunuh, merompak dan menuduh zina orang yang baik.


Jika dosa orang itu di dalam katergori besar di atas, maka hukum memaafkan mereka adalah tertakluk kepada si mangsa, jika tidak dimaafkan, si pembunuh akan dibunuh balik, si perompak akan di potong tangan dan si penuduh akan di sebat 80 kali sebatan. Ini bermakna, hukum memaafkan kesalahan besar seperti ini tidak wajib ke atas mangsa. Bagaimanapun, Islam sentiasa menggalakkan umatnya bersikap belas dan memaafkan orang bersalah yang telah bertaubat dan insaf dengan benar.


Adapun bagi kesalahan mengumpat, ia bukanlah satu kesalahan yang sanagat besar sehingga terdapat peruntukan hukuman Allah di dunia ini. Justeru, apabila si pesalah mengaku salah dan memohon maaf, amat digalakkan untuk memaafkannya berdasarkan sebuah hadith yang menyebut bahawa sesiapa yang dipohon kemaafaannya (dengan ikhlas), dan ia menolaknya, maka yang menolak tidak akan dapat merasai telaga Nabi Saw di akahirat kelak. (Riwayat At-Tabrani. Albani : Dhoif)


Kesimpulannya, bagi kesalahan-kesalahan kecil, adalah tidak wajar seseorang itu tidak memaafkan individu yang telah mengakui dosanya. Bagaimanapun, hak untuk tidak memaafkan jika berlaku dosa besar masih tertakluk kepada si mangsa. Cuma Islam mengalakkan pengampunan berdasarkan firman Allah SWT : Ertinya : "Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang- orang yang sabar. " ( An-Nahl : 126 )


Ayat ini dengan jelas, mempromosi sabar atau memaafkan kesalahan besar seseorang terhadap kamu. Sebagaimana RSAW memaafkan kesalahan puak musryikin Mekah ketika pembukaan Fath Makkah dengan katanya


لا تثريب عليكم اليوم , يغفر الله لكم

"Tiada pembalasan ke atas kamu semua pada hari ini, Allah akan mengampunkan kamu" (Al-Amwal , Abu ‘Ubaiyd, 143 dengan sanad hasan tetapi Mursal) Nabi diriwayatkan juga berkata ketika itu


نصبر ولا نعاقب

" Kami sabar dan tidak akan membalas " (Riwayat Ahmad, 5/135 ; At-Trmidizi, 4/361 ; Sohih menurut al-Hakim dan disepakati az-Zahabi)

No comments:

Post a Comment