Tuesday, August 31, 2010

Rutin Harian

Semenjak berprogram Jumaat sehingga Ahad yang lepas, ana masih belum mempunyai rehat yang secukupnya...Sekarang masih berjaga walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4.15 pagi...Menyiapkan tugasan dan menelaah untuk test khamis ini..

Semalam, menyambut ambang kemerdekaan di Dataran Sri Bendahara...Bukan suka-suka tapi ana mempunyai tugasan iaitu jualan untuk menambah dana Marketing Part 5 untuk lawatan ke Sarawak..Ana agak penat sebenarnya tapi kuatkan semangat dan berusaha untuk membantu...Banyak pengalaman berharga yang dapat ana perolehi pada malam itu..Masakan tidak, berniaga bukan sesuatu yang mudah, perlu kreatif dan mempunyai strategi tertentu untuk mendapatkan keuntungan yang dianggarkan...Semalam pulang ke rumah pada pukul 2 pagi..

Sekarang, masih bersengkang mata...Menelaah untuk 6 lagi chapter untuk test khamis ini...Agak kesuntukan masa tapi insyaALLAH akan dipermudahkan...Ubat setia menemani di sisi..Ohhh life!!


NUR'z : Study Hard For The Future of ISLAM

Monday, August 30, 2010

Perkongsian TiTIAN 3

HATMIYYAH TARBIYAH

Sila rujuk surah Maryam : 71

Wahai da'ie yang Tabah,

Tarbiyyah yang bersifat Hatmiyyah merupakan suatu kemestian, tiada alternatif lain untuk mencapai kebangkitan umat dan terbangunnya Tamadun Islam kecuali melalui PROSES TARBIYAH.

Li Maza?

1- Manusia sentiasa terdedah kepada musuh-musuh yang ingin membinasakannya:
Rujuk: Al-A'raf : 16-17
Al-Anfal : 36
Yusuf : 53

2- Tarbiyah memberikan imuniti (mataanah) kepada mutarabbi dari segi maknawiyah (ruh & iman), Fikriyah (Pemikiran & Ideologi) serta Tanzhimiyah (Struktur Dakwah)

3- Tarbiyah juga mempersiapkan mutarabbi sebagai jazabiyah Al-Dakwah (magnet Dakwah) sebagai seorang yang memdapat tarbiyah biasanya disenangi, didekati, dirujuk dan diteladani oleh masyarakat.

Halaqah Muntijah

Pengurusan yang paling penting dalam jemaah adalah pengurusan usrah kerana ia merupakan batu-bata pertama dalam bangunan.Apabila pengurusan usrah baik, maka baik pulalah keadaan jemaah secara keseluruhan, demikian juga sebaliknya (DR ALI HALIM MAHMUD)

Semua ini bermula Dakwah Fardiyyah (DF)

Objektif:

1-Memahami peranan halaqah/ usrah dalam membentuk piramid dakwah kampus.

Sekiranya Daulah Islamiyah Tertegak nanti, adakah halaqah/usrah tidak diperlukan?

Kewujudan halaqah (Tarbiyah Islamiyah) TIDAK BOLEH BERAKHIR neskipun Daulah Islamiyah telah ditegakkan (SYEIKH MUSTAPA MASYHUR)

BARAMIJ USRAH:

1- Tilawah
2- Tazkirah*
3- Pengisian 1
4- Pengisian 2
5- Berita Dunia Islam
6- Perbincangan masalah*
7- Mutabaah Amal*
8- Kutipan Tabung Halaqah
9- Agenda akan datang

(Sekiranya Murabbi kesuntukan masa, usrah perlu dijalankan juga tetapi boleh menyentuh topik yang mempunyai tanda * sahaja)

PIRAMID DAKWAH KAMPUS:

1- Social : Berpindah orang yang berfikir kepada orang yang bedakwah
2- Operation
3- Conception
4- Intelligent

FORMULA 1:

Mad'u -----------------------> Muharrrik
Halaqah/usrah Muntijah

Halaqah/Usrah Munijah : Ianya melalui proses tarbiyah secara dinamik dan produktif dalam mencapai tujuan.

FORMULA 2:

Halaqah/usrah = Dinamik + Produktif
(Prosese) (Tujuan)

Dinamik : Proses berlangsungnya halaqah secara seronok dan tidak menjemukan
Produktif : Berjaya mencapai tujuan halaqah iaitu tercapai muwasofat tarbiyah

FORMULA 3:

Input -------------> Proses-----------------> Output

Input merangkumi manhaj, super murabbi, mutarabbi berpotensi
Proses yang dinamik
Produktif untuk mencapai tujuan halaqah

Ciri-ciri Usrah Penggerak:

Mestilah mempunyai:

1- Spiritual
2- Intelektual
3- Amal Islami

Spiritual merangkumi Al-Akidah Al-Imaniyah
Al-A'laqah Al-Qalbiyah wa Al-Ukhawiyah
Al-Ma'nawiyah wa Al-Khuluqiyah

Intelektual pula merangkumi Al-Ilmaniyah

Amal Islami pula Al-Harakiyah
Al-Jihadiyah
Al-Jundiyyah


(NUR'z: Alhamdulillah, inilah pengisian yang dapat ana perolehi sepanjang program TiTIAN yang lepas..Sekiranya mempunyai persolan, boleh ajukan soalan..Maaf dengan ketidaksempurnaan perkongsian ini..Ini adalah memgikut nota yang ana salin sendiri memandangkan slide tidak disediakan untuk peserta)

Perkonsian TiTIAN 2

Elemen Dakwah Fardiyah (DF)

1- Da'ie
2- Mad'u

Method:

1- Menyeru manusia
2- Bertentang muka, mata bertemu mata
3- Satu dengan satu ; lebih berkualiti dan digalakkan
4- Ada penerusan

Implikasi DF:

1- Tiada boom effect
2- Masa du'at menjadi semakin sempit kerana dakwah ini berterusan dan banyak pengorbanan
3- Melibatkan kos yang rendah, tapi berterusan

Wahai Da'ie :

Mad'u diikat dengan ukhuwah & Sahsiah..Ia melalui tapisan yang terperinci...Dan akhirnya mad'u berpotensi untuk menjadi MAGNET...

Peringkat DF:

1- Bina perhubungan
2- Perbaiki Iman
3- Perbaiki Diri (Perbaiki Kualiti)
4- Berkenal konsep Ibadah
5- Tanamkan kesedaran (Berubah, mengubah)
6- Timbulkan Keinginan (Menyumbang)
7- Susun Dalam Saff

Bagaimana Mengikat hati??

1- Banyakkan senyuman free dan sedikit bicara
2- Lapangkan hati dan menerima
3- Mudahkan pujian tapi bukan bodekkan
4- Luangkan masa hadiri jemputan
5- Sediakan masa untuk lawatan
6- Minta maaf perlu cuma jangan selalu
7- Gunakan teknologi untuk menyapa hari-hari
8- Belikan hadiah dan jadikanlah sahabat
9- Salamlah dan berpelukan
10- Jangan lupa mengikat hati terlebih dulu dengan yang memiliki hati
11- Jangan lupa merendah-rendahkan diri agar tawaqal lebih tinggi dari perancangan sendiri

Sekiranya Mad'u bermasalah:

1- Syura' perlu dilakukan
2- KEPONG : Jangan lupa share masalah berikut dengan penggerak yang lain supaya mad'u dapat disantuni
3- Be Natural : DOA DOA DOA

Perkongsian TiTIAN 1

Alhamdulillah, ana baru-baru ni berpeluang untuk pergi ke Program TiTIAN (Tamrin Tarbiyyah Nasional) bertempat di SMI Al-Amin Bangi..Ini sedikit perkongsian yang ana dapat kongsikan..

"Setiap Inci Kehidupan Kita adalah Untuk UMMAH, bukan kepentingan PERIBADI"

Mari kita menyelusuri Dakwah yang kita fahami : Ianya melibatkan elemen berikut;

1- Melalui Perbuatan & Medium @ Method
2- Mempunyai tujuan dan matlamat
3- Penyampai
4- Penerima

Merujuk kepada :

Surah Yusuf : 108
Surah An-Nahl : 125
Surah Al-Baqarah : 256
Surah Al-A'raf : 164

Wahai para da'ie, apa yang sebenarnya ingin kita ubah..Ketahui lah, bukan mentaliti yang ingin kita ubah sebenarnya Hati..

7 wonder of the world:

1- Individu Muslim
2- Baitul Muslim
3- Masyarakat Islami
4 - Kerajaan Islam
5 - Empayar Islam
6 - Khilafah
7 - Islam Menaungi seluruh Alam

Tapi, persoalannya : Apa kaedah yang ingin kita gunakan? Siapa pula PIONEER Agenda ini?

Ini lah dia...Kaji dan muhasabah diri:

Ali-Imran ; 3;104 ..............Segolongan...
At-Taubah : 9:108.............Menyesuaikan diri...
Al-Ahzab ; 33 ; 23............Menepati Janji...
Al- Hujurat : 49 : 15..........Iman Yang Benar...
At-Taubah : 9 :111...........Menjualkan...
At-Taubah 9 : 112............Bertaubat...
Ali-Imran : 3 ; 110............Umat Terpilih...

Dan yang Terakhir, kaji surah As-Saff :
" Wahai orang-orang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"

"(Itu) sangatlah dibenci di sisi ALLAH jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan:

********************************************************************

Keperluan Dakwah sebenarnya :

1- Sebuah ARAHAN bukan PILIHAN!
2- Tidak ada jalan lain selain ISLAM!
3- Tiada Istilah REHAT dalam PERJUANGAN!
4- Usaha ini hanya dibalasi ALLAH!
5- SERUAN ini JELAS!

Wahai Da'ie, usah manjakan diri..Tugas kita lebih banyak berbanding MASA yang kita ada...

Thursday, August 26, 2010

Muhasabah diri KAMU



Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.
Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "

Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)

Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita. Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan? Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita! Firman Allah:

"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)


Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia. Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita.


Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindu
ngan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya. Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)


Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.


Waspadalah akan firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)


Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).

Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.


Wednesday, August 25, 2010

Kerana KAMU...

Hari ni hari yang sangat memenatkan kan memeningkan ana...Hari yang menyebabkan hati ana sentiasa berkeluh kesah dan amarah...Ana juga punya perasaan itu, jadi jangan anggap ana boleh bertahan untuk TIDAK menyatakan kebenaran itu..

Tolonglah, jangan ganggu tugasan orang lain...
Tolonglah, buat masa ni berlaku jujur..Untuk kali ni saja...
Tolonglah, memahami situasi orang lain juga..Kamu bising tentang orang lain, tapi pernah tak kamu terfikir sikap dan perbuatan kamu..

Mungkin, kamu sedar apa yang telah kamu lakukan..
Mungkin, kamu ada agenda tersendiri..
Mungkin, kamu sudah terbiasa bersikap sebegitu...

Tapi, mohon sesangat..UNTUK KALI ini, jangan bersikap sedemikian..UNTUK KALI ini sahaja...

Mohon, kesiankan orang bawahan kamu..
Mohon, faham situasi dan kedudukan orang lain..
Mohon fahami perasaan orang lain..
Mohon, jangan menindas orang lain...
Mohon, jaga hati, sikap dan perbuatan kamu..

Ana masih sayang kamu sebagai seorang sahabat..Tapi, sayang itu boleh menghilang dengan sikap dan perbuatan kamu...

Tolong, muhasabah semula apa yang telah kamu lakukan selama ini...Lebih-lebih lagi bab percakapan...Satu ayat dusta yang keluar dari mulut mampu menghuru-harakan keadaan...Merumitkan urusan..
______________________________________________________

Ana jarang bersikap sebegini...Bersikap melepaskan perasaan sesuka hati di blog kesayangan ana merangkap diari maya ana..Tapi, malam ini 25 Ogos 2010, kamu berjaya menjadi orang pertama yang mencemarkan diari ini dengan kisah kamu yang pelbagai..

Jangan bersikap sebegitu..Jangan disebabkan perbuatan kamu, kawan-kawan ana, kakak-kakak ana terkena sasarannya..

Kita semua dah dewasa..ada pemikiran dan pendirian sendiri..Kita bukan budak sekolah lagi..Kita bukan masih bertindak di atas telunjuk orang lain..Jangan pandang rendah dengan kebolehan orang lain...

Bukan kamu seorang yang hebat, kita semua hebat..Sebab kehebatan kita terbukti semasa proses kejadian kita lagi..Bersyukur dengan nikmat yang kamu perolehi..muhasabah diri...Banyak sangat DIA bagi nikmat kepada kamu, jangan sampai satu tahap nikmat itu membutakan hati dan jiwa kamu..Ini bukan doa tapi peringatan ikhlas...

Usahlah melenting sekiranya kamu mengetahui tentang posting ana kali ini..cuma ana berharap UNTUK KALI INI Sahaja, terima teguran ini dengan pemikiran yang terbuka, dengan jiwa yang tenang tanpa sekelumit rasa sakit hati...

NUR'z : Diam ana jangan anggap ana gusar dengan kamu...Jangan cuba menginjak-injak maruah orang lain..Perjalanan kehidupan kita masih panjang...Jadi, kamu fikirlah sendiri apa yang terbaik..Ana tidak mengharap ucapan maaf dari kamu, cuma akan sentiasa berdoa untuk perubahan kamu...Ana bukan yang terbaik, tapi sentiasa berusaha menjadi yang terbaik..Tapi, bukan dari pandangan manusia,tapi pandangan DIA lagi penting..





Tuesday, August 24, 2010

I got the award versi NUR'z


Thanz a lot to my ummi SABAH...haha..Tapi, kena jawab soalan dulu..huhu..

Soalan 1 : Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
Mencari idea nak jawab soalan-soalan nie..

Soalan 2 : Apakah nama samaran anda?

Frenz, Usrah : Nur @ Nur Kasih
Rumah : A _ _ _ ( fill in the blank )
Pn. K : Imah
Mr. Muru : Khadeeja!!
Mr. Siso : Nurul!!
Schoolmate : Haziemah

(Aduhai..nama diberi NURHAZIEMAH tapi pelik macam mana boleh beberapa orang ni panggil nama yang tak de kene-mengena langsung..Me : layan...)

Soalan 3 : Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?

Priority : My family of coz
Second : Person that bring me to DUNIA Dakwah Tarbiyah
Third : Semua yang berada di sekeliling nur..Dalam dunia nyata @ Dunia maya..

(Menjawab soalan tak?? Ni jawapan MASTER...)

Soalan 4 : Panggilan untuk Si Dia?

My Mujahid

Soalan 5 : Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?

(Rahsia..haha..)

Soalan 6 : Blog mana yang selalu anda lawati?

Blog sendiri..n iluvislam..

Soalan 7 : Tag 15 orang blogger...

(if x nk blh x? uhuk3...) ummi plz answer dis question, ada kelonggaran x untuk nur..haha

Sensitiviti...

Tahap sensitiviti ana minggu ini mungkin hampir ke saat kemuncak...YaALLAH, kuatkan hati ana..Entahlah, sering kali hati ini terkilan dengan kata-kata yang mungkin diungkapkan oleh mereka tanpa disedari..Jadi, ana biarkan saja...Sebab bagi ana semua pasti melakukan khilaf...

Bila mana ana biarkan semuanya, itu bermakna hati ana masih kuat.. Gembira ana, tersembunyi sedihnya...Senyuman ana, tersembunyi resah dan duka...Seperti ana nyatakan di dalam posting sebelumnya, hati dan perasaan ana sangat aneh sejak akhir-akhir ini..

Ana risau, ana tidak mampu menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan...

Entahlah, mungkin apa yang cuba ana nyatakan di sini tidak dapat difahami dengan jelas oleh antum semua...Tapi, mmang perasaan ini susah untuk diungkapkan..


Palestine!!!

Di kala kita bersuka ria
Bersama merenung bulan purnama di keheningan malam
Di saat kita mengucapkan kata-kata cinta
Di ketika waktu kita bergelak ketawa
Tidakkah terdetik di hati kita
Insan lain harus bertarung nyawa hanya untuk mendapatkan sesaat nafas
Insan lain terpaksa bertarung maut demi pertahankan maruah agama
Demi menjaga nama bangsa kita
Pernahkah kita sedari bahawa semua milik kita hanyalah sementara
Harta, pangkat dan nafsu menjadikan perjuangan kita terbatas


Tidak terdetikkah kita betapa merananya mereka
Mungkin pada zahirnya semuanya nampak kuat
Namun di hatinya siapa yang rasainya?
Mereka membungkus kesedihan lalu dicampakkan ke seberang
Agar mereka bisa berjihad fisabilillah
Tiada yang dapat memusnahkan azam mereka
Sehingga titisan darah yang terakhir
Mereka melaungkan kalimat agung
Kalimah ALLAHUAKBAR!!!
Sehingga bergetar seluruh jiwa raga


Sedarkah kita nasib mereka tidak seperti kita
Kita bermewahan
Mereka hanya berbumbungkan langit
Berlantaikan bumi
Bertingkapkan angin yang bertemankan debu


Mengapa sukar sekali untuk kita bangun hanya untuk menyembah Allah?
Sedang mereka sanggup menyembah Allah sedang dalam keperitan
Sedang dalam kelaparan
Dalam peperangan yang jauh sekali akan tamat

Sedarlah insan
Nasib mereka tidak serupa kita
Doakan mereka
Kirimkan kata-kata semangat buat mereka

NUR'z : Ayuh sahabat-sahabatku..Teruskan menembak doa untuk mereka di sana..Isu Palestine adalah isu ummah..Bukan isu bermusim tapi isu yang berpanjangan sehingga bumi Palestine dibebaskan...

Monday, August 23, 2010

Detik

Alhamdulillah, sehingga ke detik ini, masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan..kehidupan sebagai seorang pelajar..Kehidupan sebagai seorang anak yang lebih penting, kehidupan sebagai hamba ALLAH s.w.t...

Detik ini..Ana berfikir mengenai insiden di bazaar ramadhan petang tadi...

Sememangnya hati ana sayu tak kala melihat kesusahan orang lain..Tersentuh hati melihat seorang tua bersama dengan anaknya mungkin...Dari segi luaran, nampak sedikit daif...Sedang melihat-lihat juadah yang dijual dan membelek-belek ayam goreng di salah sebuah kedai...

Entahlah, hati ana tersentuh..Lantas ana alihkan pandangan ke tempat lain...Runtuh hati ana seperti tidak dapat dibendung... Terasa manik-manik halus mula menitik laju..Sayu sangat hati, bagaimanakah kehidupan pak cik ini sekeluarga?? Apakah makna raya bagi mereka sekiranya benar mereka sedang dihimpit kesusahan?? Bagaimana pak cik ini memenuhi permintaan si anak sekiranya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan stabil?? Istighfar ana seketika...

Dalam kegembiraan kita, adanya kesedihan insan lain...
Dalam kesenangan kita, adanya kesusahan insan lain...
Dalam kemewahan kita, adanya kekurangan insan lain...
Dalam gelak dan tawa kita, adanya sendu dan tangis insan lain...
Dalam kelapangan kita, adanya kesempitan insan lain...

Biar pun isu ini mungkin kecil dari kaca mata antum tapi bagi ana ia berjaya menyedarkan ana... Bukti hati ini belum mati, kerana ana merasai kesedihan dan kemurungan itu... Ingin saja ana memberi sedikit sumbangan kepada pakcik dan anak itu, tapi kekuatan yang cuba ana kumpul masih tidak mencukupi...Dalam hati ana terus berdoa,

"YaALLAH limpahkan kemurahan rezeki kepada pak cik ini sekeluarga...Bahgiakan keluarga ini neskipun hidup serba kekurangan..Jadikan anak-anak mereka, anak-anak yang soleh dan solehah yang menjadi pendamai hati kedua ibu bapanya..."

Ana tinggalkan bazaar dengan perasaan yang bercampur baur...Masih memikirkan pak cik itu..Masih terbayang tangan yang membelek makanan itu..Masih teringat raut wajah yang menyimpan 1001 perasaan..Masih tergambar redup mata anak itu...YaALLAH, bantulah keluarga itu...Bantulah yaALLAH..Luaskan rezeki mereka...

Itu baru 1 kisah kesusahan yang sememangnya melanda masyarakat kita..Itu yang ana nampak, tapi yang ana tak nampak di luar sana bagaimana?? Mungkin ada keluarga yang lebih susah dari pak cik itu..

:: Muhasabah diri ::

NUR'z : Study hard for the future of ISLAM...Belajar - Bekerja - Bantu golongan yang memerlukan = Tangungjawab sesama insan untuk SAHAM akhirat di sana

Sunday, August 22, 2010

Something Missing

Alhamdulillah, minggu lepas ana berjaya juga meleraikan kerinduan di hati ana untuk bersama keluarga...The sweet moment that ana never had in this Ramadhan...Tiada apa yang dapat membahagiakan ana selain menjejakkan kaki di rumah dan melihat beberapa "perubahan" yang mendamaikan hati...

Namun...

Jauh di sudut hati ana, terasa sesuatu kekosongan dan kehilangan di dalam hati ana..Seperti sudut yang kekosongan tanpa apa-apa pengisian...Ana bermuhasabah..mengapa kekosongan itu semakin terasa? Dan Ramadhan kali ini memberi kesayuan yang susah untuk dirungkaikan..Apakah ini ramadhan terakhir?? YaALLAH, izinkan ana bertemu ramadhan yang berikutnya...

Dan raya kali ini seperti tiada impak di hati ana..Tiada lagi kemeriahan... Kerana, Raya sebenarnya Hadiah @ Ganjaran di atas kemenangan kita melawan hawa nafsu sepanjang ramadhan, dan persoalannya...Menangkah ana?? Berjayakah ana?? Persoalan demi persoalan...

Ramadhan..Pasti berlalu...Ana rindukan ramadhan meskipun ia masih berbaki 17 hari..Tapi, semakin ia menghampiri garis penamat, semakin ana kesunyian, kesedihan...Dapatkah ana bertemu ramadhan yang akan datang??

Hati ana, perasaan ana..sememangnya aneh sejak akhir-akhir ini..Sungguh..YaALLAH damaikan hati ana...usah biarkan dunia ini memberi kesan kepada hati yang sememangnya sangat mudah dikotori dan dicemari..


Back To Nature

Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...


Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...


Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...


Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...


Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.


Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Align Center
Allah takkan lupa pada langkah kita.

Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...


Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,
Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"

Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha
Pada ujian harus tabah dan teguh
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..


Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...



Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar dunia mengikuti dengan redha...


Di sana,
Akhirat yang pasti...
Syurga yang terindah,
Atau
Neraka yang menyala!

NUR'z : YaALLAH bimbinglah kami..Jauhi kami dari putus asa yang menjauhkan kami dari bimbingan Mu..

Thursday, August 19, 2010

Untuk Kamu..mujahid

Ketahuilah, pernikahan akan menyingkap tabir rahsia bahawa isteri yang bakal kau nikahi ini tidak seindah yang diimpikan.

Isterimu bukanlah..semulia Khatijah, setaqwa Aisyah, setabah Fatimah, secantik Zulaikha. Justeru isterimu adalah isteri akhir zaman, yang InsyaAllah akan melahirkan anak soleh dari rahimnya.

Pernikahan mengajarkan kita berkewajipan yang sama;

Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.

Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.

Saat Isteri menjadi madu, kamu teguk kesegarannya.

Di kala Suami menjadi raja, kau nikmati anggur singgahsananya.

Ketika Isteri menjadi racun, Suami menjadi penawar bisanya.

Pabila Suami menjadi bisa, Isteri bisa jadi penawarnya.

Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya Iman dan Taqwa kerana memiliki suami tidak se-arif Abu Bakar, seberani Umar Bin Khattab, se-kaya Ustman Bin Affan dan segagah Ali Bin Ab Tholib.
Suami mu adalah..suami akhir zaman yang InsyaAllah, Membimbingmu menempuh jalan yang diredhai Allah.

Namun senantiasalah berikhtiar semoga menjadi suami/isteri yang soleh dan solehah, agar keluargamu akan menjadi keluarga Sakinah, Mawadah, Warrohmah.

NUR'z : Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

Monday, August 16, 2010

Nescafe + Asthma + Migrain + Jantung



Sejak akhir-akhir nie, hidup ana sangat pack dengan jadual belajar..Assigment yang bukan calang banyak, Test yang berderet, revision dan note yang perlu disiapkan dan tidak kurang juga dengan aktiviti keperluan yang lain (usrah, iftar, qiam, meeting..)

Tidur sudah mula tidak teratur..Sekarang, jam 2.27 a.m 17hb Ogos persamaan 6 ramadhan...Masih berperang dengan buku untuk bekalan perjuangan untuk test Global Marketing esok petang...

Dan kesihatan sudah menunjukkan tanda-tanda yang negatif..Semalam, migrain datang menyerang...Natijahnya, tidur selepas isya'...Sangat perit tapi masih mampu mendiamkan diri dan ketawa bahagia bersama housemate tersayang...Tapi, sakit di kepala hanya DIA mengetahui...

Asthma juga antara teman ana yang akan datang menyerang..Tapi, alhamdulillah, masih mampu dikawal asalkan tenaga ana tidak jatuh di tahap infiniti...

Dan, antara penyumbang kepada sakit ana, ialah addict ana terhadap Nescafe...Entahlah, benda boikot yang satu nie, amat susah untuk ana elakkan..Try juga bermujahadah mengawal diri, tapi setakat ini belum berjaya..urmmm..

Dan akhir sekali, denyutan jantung ana memang bermasalah..Dari dulu lagi, since ana cepat lesu dan letih sepanjang masa...Cuti sem pergi di hospital kakak dan doktor mengesahkan denyutan jantung ana memang tidak normal...Maksudnya, even ana dalan keadaan rehat, tapi tahap kelajuaannya seperti ana berlari seratus meter..Itu juga penyebab ana tidak suka tidur tengah hari or petang sebab ana akan lebih cepat penat dan lesu..(sekarang, seperti susah untuk bernafas...)

Walau apa pun keadaan kesihatan ana, learn until the end of my life...Never ever surrender..

Sentiasa berdoa semoga kesihatan ini sentiasa dalam keadaan baik...

Friday, August 13, 2010

Homesick

Hari ni, 13hb ogos 2010...masih belum ade kesempatan untuk balik semenjak semesta baru bermula...Semakin hari, semakin kerinduan..Apatah lagi, weekend sering keorangan di daerah yang bernama Segamat ini.. Rindunya pada rumah yang beralamat 18, Taman Banting Baru...

Rindu pada mak ayah, abby, adik, akma, kakak n especially adik aina...Rindu yang teramat...Ana jua punya tanggungjawab pada mereka..Mereka juga sebahagian dari ana... ='( Nur will coming home soon..

Rindu semua orang..Rindu kt bilik yang mungkin dah berhabuk...Rindu Rindu Rindu...Rindu...Rindu....Rindu...Rindu...


Thursday, August 12, 2010

KKH @ KBM UiTMJ - IN-SOFT - IKRAM


Alhamdulilah, 7 -8 Ogos yang lalu, berlangsungnya program Kem Kembara Hidayah @ Keindahan BersamaMu.. Sasaran peserta pada awalnya ialah 90 orang, gabungan IN-SOFT, PERMAS dan DINAMIS..Tapi, perancangan ALLAH mengatasi segalanya..Hanya Dinamis yang menghantar wakil dan jumlah peserta hanya sekitar 70 orang..Alhamdulillah, kami sentiasa bersyukur...Program bermula sekitar 9 pagi yang diketuai oleh Pak Uteh, K.Myra, K.Siti, K.Fida, dan Ahmad...Respon adik-adik sangat baik walaupun pada awalnya agak suram...Mungkin mereka masih terfikir-fikir program yang sedang mereka sertai memandangkan tiada tentatif tetap..

Selepas zohor, peserta bertambah ramai...Rupanya ada beberapa adik-adik yang berminat untuk menyertai, tetapi terpaksa pergi ke program SUPRO (Sukan Program)..Alhamdulillah, kami sangat mengalu-alukan kedatangan adik-adik ini..

Slot petang, BPR )Belia (Peduli Ramadhan)...dan Explore Race..Aktiviti yang sangat menarik....

Malam, seperti biasa, slot MAM (meniti angin malam) urmmm..Hujan air mata di Dewan Sri Peria..Moga air mata itu dapat memberi kesan kepada adik-adik..
8hb, slot bersama Pak Uteh..Slot Ibu Ayah..sekali lagi, hati adik-adik ini disentuh..

Alhamdulillah, KKH melabuhkan tirainya tepat jam 12.00 p.m...Ana bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dan segala perangan disusun dengan baik..Inilah hikmahnya bila belajar dari pengalaman lepas..


** Last = Ana..sangat bersyukur..sangat teruja dengan adik-adik baru nie..Tapi, yang paling ana rasa, adik-adik ana (usrah) sangat bagus dalam melaksanakan tugas..Komitmen yang sangat membanggakan..Dan sahabat-sahabat yang sentiasa bersama dalam menjayakan program nie..

IN-SOFT (Islamic Society Of United Teenagers ) Ikhlas Dari Akk....

:: Teruskan Perjuangan :: Ukhuwah Teras Kegemilangan

:: Program selepas program ::

Selepas program ana, miza dan ustaz Narawi bersama rombongan IKRAM Johor pergi mengziarah Pak Cik Ariffin, berpesta durian dan rambutan di Kersani...


Tuesday, August 10, 2010

Disebalik...

Kegagalan ana mengikuti KONSIS baru-baru ini adalah bukan kehendak dan di luar kemampuan ana..Ana mempunyai sebab-sebab ana yang sangat berat untuk ana pertimbangkan..Kelalaian ana menyusun jadual dan hilangnya fokus ana di kelas baru-baru ini berjaya menghuru harakan kehidupan ana..

Khamis 5 ogos, ana baru tersedar bahawa ana mempunyai seminar career ini marketing pada hari jumaat jan 3-5 ptg..Dan isnin 9 ogos ana mempunyai 2 test..

Ana keliru tapi dalam hati kuat mengatakan tak mungkin ana abaikan pelajaran ana dalam keadaan macam nie..tapi dalam masa yang sama, program-program ini menuntut pengorbanan ana...

Khamis itu juga, meeting KBM di library..Pelbagai urusan yang perlu disegerakan..Tambahan persatuan yang dijemput untuk menghantar peserta menarik diri pada saat-saat akhir..untuk persatuan itu ---->

- FINE, tak nak bekerjasama or memang tak akan bekerjasama itu hal peribadi kamu..Ana dah muak melayan sikap kamu dari dulu sampai sekarang..Alasan kamu mempunyai program sendiri, tapi program ape? Banyak lagi yang kamu buat sampai sakitkan hati ana, sahabat ana, adik-adik ana, kakak2 ana EVEN kamu x sedar pun. dan tak kenal kami pun..Sampai sekarang ana tertanya-tanya..dimana silap dan kesalahan kami... Kamu, mantan kamu, kepimpinan kamu...Jangan persoalkan kenapa Kami mula/ memang jauh dari tempat suci itu -
_____________________________________________________________

Dan akhirnya, selepas meluahkan perasaan ana kepada ummi saodah dan ustazah makina, ana akhirnya menarik diri dari KONSIS...Ummi terus telefon pihak penganjur..Ana sedih..amat sedih tentang ketidakmampuan ana ketika itu..Mujur, ummi dan ustazah berjaya tenangkan ana...Ana sangat tertekan ketika itu..Ana alone..Ana penat..Ana sakit melayan kerenah yang pelbagai..

Sehari sebelum program, ana dengan beberapa yang lain menyediakan tempat berprogram..Meeting terakhir untuk memastikan tiada apa yang tertinggal..Alhamdulillah, KBM kali ini amat tersusun...

Selepas bermeeting, sekitar jam 11.00 pm, ana balik ke ledang Inn..Tidur dan berehat di situ..Menyeramkan tapi tiada apa yang ana fikirkan selain rehat...Sampai di bilik, ana bersihkan diri..Solat dan ana menangis sepuas-puasnya..Ana lemah sangat ketika itu..penat dan sakit tentang sikap dan kerenah manusia... Dan ana mula sedar, rupanya dari pagi sehingga ke saat menangis, ana belum sempat untuk makan...

Ana tenangkan diri..baca Quran dan ana menelefon seseorang..UMMI Sabah... Ana luahkan perasaan ana walaupun bukan kesemuanya..

Ana risau dan khuatir andai ana berkeluh kesah dengan apa yang ana lakukan...Ana sangat binbang, andai ALLAH murka dengan sikap dan perasaan ana..

Alhamdulillah, ana mula tenang..Dalam kelaparan ana tidur..Alhamdulillah, DIA memberi mimpi yang indah dan tenang kepada ana... mimpi yang membuat ana bersemangat..InsyaALLAH, hari ini, esok dan selamanya..Dan setelah sekian lama, ana bertemu lagi dengan "cahaya" itu..



Monday, August 9, 2010

Keindahan Bersamamu UiTMJ - IN-SOFT

Pengendali : Pak Uteh, Pak Long, K.Myra, K.Siti (kembar Ana..haha) & K.Fida
Fasilitator : Nur, Sukma, Miza, Anis, Ira, Aza, Sha
Fasilitator : Fakrul, Faez, Fahmi, .....(x ingat name)...



Sekadar gambar dahulu..detail, tunggu posting berikutnyer..huhu