Tuesday, June 9, 2009

Diriku Berprogram : 2

KBM KEMBALI…

Untuk program yang kedua nie, diadakan selang sehari selepas program LEADeRS. Walaupun penat masih bersisa tapi semangat berprogram tu sentiasa ada. Penat jgk lh meyakinkan ayah tentang program nie. Walaupun akhirnya ayah izinkan jugak..thanz ayah..huhu.. Program bermula pada hari sabtu tapi ana dan tiqa bertolak petang jumaat ke rumah k.Nurull. disebabkan rumah kami yang jauh dan bimbang akan lambat sampai ke tempat program. Pukul 9 mlm lbh kami sampai di stesen Universiti dan k.Nurull dah setia menanti. Malam tersebut ana bersemangat membaca sesuatu sehingga ana nekad, ana tak akan tidur sebelum habis membacanya. Nak tahu tak ape yang membuatkan ana sangat teruja membaca??? Mestilah baca novel k.Nurull…(walaupun x siap n lengkap lagi…) memandangkan ana seorang pembaca yang luar biasa tak hairanlah kalau ana sanggup mengorbankan masa tido ana. Tapi, sedikit sedih sebab ceritanya hanya sebahagiaan..huhu..(to K.Nurull : kalau baca blog nie, ceritalah ending cerita tu kat nur..haha..) papepun novel tu memang best..


PERJALANAN BERMULA…


Seawal 6.30 pagi, kami mula bersiap-siap. Dari stesen Universiti ke Stesen Putra. Ternyata Pak Kay sudah sedia mananti kerana kami sedikit kelewatan. Perjalanan berjalan lancar sehingga ke destinasi iaitu Impian Resort di Ulu Langat.

Program bermula pukul 10 pg. seperti biasa fasi memperkenalkan diri. Peserta sangat sedikit iaitu seramai 20++. Hanya 8 peserta perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Kami menamakan KBM santai sebab memang dilakukan secara santai dan bersahaja.


MEMECAH TEMBOK DALAM DIRI…


Aktiviti ptg telah dikendalikan oleh pihak resort. Aktiviti yang sangat2 best. Aktiviti pertama ialah redah hutan yang diakhiri dengan mandi sungai dan solat asar. Sebelum meredah hutan ana sebenarnya meletakkan matlamat dalam diri ana. Semenangnya ana bukanlah insan yang suka aktiviti lasak seperti meredah hutan dan sebagainya. Tetapi, pada ptg tersebut ana letakkan matlamat dalam diri ana bahawa ana ingin memecah tembok pemisah dalam diri ana. Ana juga boleh melakukan aktiviti tersebut dan mencuba sesuatu yang baru. Alhamdulillah, ana dan semua peserta dapat sampai ke sungai tanpa ada sebarang kejadiaan yang tidak diingini…(walaupun semua fasi sempoi dengan tidak menggunakan kasut….) di sungai, ana begitu excited..(masa program LEADeRS bukan main lagi cari alasan..haha..) seperti tidak puas bermandi sungai program yang sebelumnya, ana membalas dendam masa KBM pulak..huhu.. sekali lagi ana belajar benda baru…K.Nurull n Zura mengajar ana terapung di permukaan air. Pertama kali memang sukar dan sedikit kaget. Tetapi bila berjaya menguasai, analah orang yang excited nk buat byk kali…kesian k.Nurull, hampir saja lemas dibuatnya dek mengajar ana..huhu..afwan yer..tapi 1 lagi yang ana gagal menguasai iaitu “menyelam terapung” ana pun tak pasti istilahnyer..tapi yang pasti ana sgt takut bile muka ana berendam dalam air dalam sesuatu tempoh walaupun seketika. Sebabnyer ana slalu sesak nafas sebab tu lah tak berapa berani nak buat…huhu…


DIRIKU BERJAYA MENGATASI…


Alhamdulillah, setelah selesai meredah hutan, kami minum ptg. Ingatkan aktiviti semua dah selesai, tetapi rupenya ade lg 1 aktiviti yang menanti. Pelik jgk sbb abg “chef wan” mengarahkan peserta jangan menukar baju dahulu..ingatkan nk tangkap gambar ker…tapi rupenya ade aktiviti lasak ke-2..Ya Allah, aktiviti kali nie mmg sesgt menguji ketahanan diri ana. Hampir2 saja ana nk melarikan diri atas tiket sebagai fasi. Tetapi seperti ade satu kekuatan dalam diri ana untuk terus mencuba.. first sekali : panjat tembok. Ingat lagi ana membantu seorg adik nie untuk memanjat. Walaupun bdn adik tersebut sedikit gempal dan sedar kemungkinan kecederaan yang mungkin ana hadapi, tapi ana tetap meneruskan niat ana membantu adik tersebut. Niat ana hanya 1, ana nak adik tu rasa yang die jgk mampu buat seperti sahabat yang lain walaupun sedikit sukar dan die dapat merasa pengalaman tersebut seperti sahabat die yang len rase. Akibatnya, bahu ana sedikit sakit dan kaki ana seperti kejang untuk seketika. Ana terus terduduk seperti tidak dapat bangun. Tetapi itu hanya sementara, selepas ana rase ok semula, ana teruskan aktiviti. Ana begitu bersyukur kerana ana berjaya melakukan semua aktiviti. Cthnya : panjat bukit, turun bukit, meniti batang kayu dan mcm2 lg…(macam kem tentera tu…) teringat 1 peristiwa nie, K.Nurull pernah bagitahu ana, die akan tergelak kalau teringat keadaan ana masa menyeberangi anak sungai dengan menggunakan batang pokok dalam keadaan duduk..k.Nurull ckp mcm “ulat”…eeeee…geramnyer..(masa tu ana sangat membebel dgn pak cik2 kt situ, sape srh ade dkt situ…) hahaha…

Selepas aktiviti tu, terasa badan sakit2…tangan terasa lenguh, kaki terasa sakit bile berjalan…bahu seperti rasa nk patah..(mcm dashyat jer bunyinye…) huhu…tapi memang aktiviti tu sangat best dan menguji kemampuan diri…(nak lagi!!! Nak lagi!!!)


BERSAMA UMMI IDA…


Slot mlm..FATAMORGANA…walaupun selalu join KBM dan mengetahui semua slide yg akan ditunjukkan, tetapi entah hati ini sentiasa terkesan. Sepanjang program mlm tu, air mata ana sentiasa mengalir. Hati ini sgt2 tersentuh. Memang, KBM sebenarnya banyak mengajar dan mengingatkan diri ana. Tak hairanlah sekiranya ana memang bersemangat kalau diajak berKBM. Ok, berbalik kepada tajuk di atas, slot Ummi Ida..malam tersebut sebenarnya ana sangat mengantuk dan kepenatan. Kaki terasa sakit pabila duduk sehingga ana tak selesa..tapi, ana cubamengfokuskan diri. Mana mungkin ana boleh membiarkan slot tersebut berakhir tanpa ana ambik pengajaran dan membantu mendidik hati dan diri ana. Selepas beristighfar beberapa kali, ana mengfokuskan diri. Akhirnya, ana tenggelam dalam kata-kata Ummi. Hati semakin sayu. Setiap kata-kata ummi, ana amati..ana terbayangkan segala dosa-dosa ana, terkenangkan perjuangan Rasulullah dan para sahabat, pengorbanan ibu dan ayah….air mata sentiasa membasahi pipi...sebelum .. berakhirnya slot tersebut, ana sedaya upaya menenangkan diri ana..memyembunyikan segala kesedihan sebelum lampu dibuka semula..biarlah ia masih bersisa di dalam hati... sebaik lampu dibuka ana renung hampir semua peserta..ternyata mereka pun terkesan dengan kata-kata Ummi..Ya Allah, betapa lembut hati adik2 ini...slot tersebut berakhir dengan semua peserta bersalaman. Ana seperti tiada perasaan lagi ketika itu..semuanya seperti sudah kering dek kesedihan yang terlampau sebentar td...selepas semua bersalaman, ana percepatkan langkah ke bilik...terasa badan ana semakin tak sihat, dan dada ana sedikit sesak..ana tahu, ana perlu segera berehat sebelum keadaan semakin teruk memandangkan sebenarnya ana tidak boleh terlampau letih...ana baring di atas katil dan terlelap seketika sebelum dikejutkan oleh k.Nurull dan zura..ana membetulkan posisi tidur dan terus terlelap sehingga subuh...(penat btl tu...)


PROGRAM SELEPAS PROGRAM...


Keesokkan harinya, program tamat pukul 1 lbh. Sedikit lewat daripada sepatutnya..ana, Tiqa,k.Nurull dan zura y comel menaiki bas ke K.L Sentral...sampai di K.L sentral, ana,k.Nurull dan zura y comel singgah mkn di K.F.C...agenda ana sebenarnyer nk bli barang sedikit tetapi tiada apa yang berkenan.akhirnya k.Nurull balik dahulu memandangkan nmpk sedikit kepenatan..(sebenarnyer semua org penat seperti yang ana rse...Fasi memang semuanya MANTAP & SEMPOI...)..tinggallah ana seorang diri...huhu...


PERISTIWA KTM...


Dalam train ana sebenarnya berdiri..tapi, entah kenapa seorang lelaki nie bangun dan bagi ana duduk di situ..ana menolak pada awalnya tapi dia beria-ia memberi ana duduk..ana malas nk fikir panjang dan memang sangat memerlukan kerusi memandangkan kaki yang sakit terus duduk...(agaknya time tu muka ana mcm muka kesian kot..haha..) sepanjang perjalanan, ana dipertontonkan lg dgn peristiwa yg menyentuh jiwa..ade seorang ibu, ana dan suaminya..mungkin berketurunan India Muslim dari cara berpakaian dan bahasa..mungkin anak pasangan itu hanya seorang, ibu tersebut sgt menyayangi anak lelakinya itu walaupun ana rasa anaknya berumur 12 – 13 thn..ibu tersebut membelai rambut anaknya, mengelapkan peluh.. dan ayahnya pulak sentiasa gembira bergurau dengan anaknya itu...dalam hati ana, bahgianya keluarga ini..lantas ana teringat keluarga ana di rumah..hati ana sangat tersentuh..ingin saja ana segera balik ke rumah dam menghabiskan waktu bersama keluarga. Betapa ana bersyukur dikurniakan keluarga yang cukup sempurna...( lalu ana mendoakan kesejahteraan keluarga ana...)...

Tapi ada jgk peristiwa yang begitu menyakitkan mata..sepasang couple yang beramah mesra, bertepuk tamper..rimas ana dibuatnyer..dalah hati ana terdetik..” Ya ALLAH, hambamu ini tidak membenci si pelakunya, tetapi hambamu ini sangat membenci perbuatan yang telah dilakukan mereka itu..Engkau ampunilah mereka Ya Allah, berikanlah mereka petunjuk hidayahMu..HambaMu ini belum mampu menegurnya tetapi hanya doa seperti inilah yang termampu dengan selemah-lemah iman yang dimiliki hambamu ini”...


KEMBALI KE RUMAH...


Alhamdulillah, pukul 7 lbh ana sampai di banting..walaupun perjalanan dari klang ke banting sangat memenatkan dan dengan keadaan bas yang ramai warga asing. Seperti diri ana di Negara jiran pulak..ana terus berdoa di dalam hati moga dipermudahkan perjalanan dan dilindungi selalu...

No comments:

Post a Comment