Wednesday, April 18, 2012

Update Nenek 7 : 3 Bulan Pemergian



Tarik nafas panjang
Mata kedip-kedip
Hati mula terasa sesak
Allah...

Bismillahirrahmanirrahim

Nenek pergi tanggal 20hb. Januari. 2012. Esok genap 3 bulan pemergian nenek. Tapi... Allah, rasa kesedihan,kerinduan, kehilangan ini masih lagi sebati dalam diri.

Dari dalam diri insan yang lemah ini, hanya DIA tempat untuk memohon kekuatan dan ketabahan dalam meniti hari-hari yang mendatang. Doa, doa dan terus berdoa.

Wajah arwah nenek masih lagi terbayang, bermain di mata. Pesan, ketawa, senyum nenek terus-terusan mekar dalam hati. Dalam rasa sedih menghadapi tekanan kehidupan, gambar arwah nenek yang setia di skrin telefon di tatapi dalam-dalam. 

Allah, rindu dan sayang ini dariMu. Bantu aku ya Allah untuk kembalikan semula kepadaMu.

Usai solat,walau di masjid,surau, bilik. Doa untuk arwah nenek akan dilantun bersungguh-sungguh. Allah, rindu ini kian memuncak.

Walau apa jua keadaan pun, sebak itu akan datang dengan sendirinya. Allah...

Sukar, sangat sukar menyatakan bagaimana perasaan ketika ini. Allah...saya rindu nenek. Allah Allah Allah



Allah
Mohon sedikit kekuatan untuk bekalan perjalanan membawa rasa kerinduan ini.

Allah
Mohon ketabahan dan kesabaran agar perasaan ini tidak membawa aku jauh dari Mu

Allah
Sungguh, saya sayang nenek kerana Mu
Sungguh, saya yakin dengan aturan Mu
Sungguh, saya yakin akan qada' dan qadar Mu ini
Sungguh, saya berusaha untuk terus bermujahadah

Nek,
Moga tenang di sana
Moga gembira di taman syurga yang menghijau itu
Moga nanti kita akan berjumpa di SANA nanti, jemput saya dengan senyuman nenek yang saya rindui tu

Allah Allah Allah

................................

*berhenti seketika, tutup muka dengan bantal, menangis sepuasnya*

InsyaAllah, saya baik-baik saja di sini...

Tuesday, April 3, 2012

Facebook Timeline


Salam'alaikum...

Apa khabar iman hari ini? 
Berapa juzu' Al - Quran dah baca?
Mathurat dan Surah Al - Mulk sudah istiqamah?
Sedeqah? Majlis ilmu? Isu semasa ummat?
Doakan untuk kesejahteraan umat sejagat, rakyat Palestine Syria Malaysia?

Untuk perkongsian kali ini, santai saja. Hanya sedikit pendapat peribadi dari diri ana yang tidak seberapa ini. Ana pasti rata-rata antara kita ni, pasti ada memiliki akaun Facebook. Kalau tak ada pun,pasti tahu tentang FB. Yup, FB yang ada tulis-tulis status dekat wall, komen-komen,tag-tag, chat-chat, usrah-usrah, share-share, download-download, gaduh-gaduh, jiwang-jiwang,kahwin-kahwin, cerai-cerai...ehh!!

Bagi ana secara peribadi, ana start aktif berFB semenjak 2007. Sewaktu Mr.Syed Izaddin iaitu lecturer ana mengarahkan kami semua membuat akaun FB untuk tujuan tutorial dan perbincangan. Awalnya, begitulah niatnya tapi bila dah rasa seronok berFB tutorial dan perbincangan menjadi perkara ke-2. Setiap hari WAJIB buka FB, update status lah, komen lah, pendek cerita tak buka FB satu hari, gelisahnya lain macam. (ikut kajian sendiri)

Dan semenjak dari 2007, FB ni tak lah cool sangat. Biasa-biasa saja. 2008, ana mula slow down. Jemu dan rasa tidak perlu pun FB ni. Dekat setahun jugak bercuti dari FB. 2009, start aktif balik sebab majoriti rakan kuliah kelas ijazah ketika itu akan menggunakan medium FB ni untuk bagi informasi tentang kelas, assigment, kelab dan lain-lain. Kena add rakan-rakan baru. Dan macam-macam lah aktiviti biasa bila berFB. Waktu ni FB macam dah cool sikit. Boleh upload gambar banyak-banyak sekaligus, itu je lah setakat yang ana tahu.
                                                                                                                                 
Tahun berganti tahun, FB bertambah cool. Dan yang paling terkini, video conference dan FACEBOOK TIMELINE. Ana tahu ramai yang tidak begitu setuju dengan FB Timeline ni. Ramai yang merungut-rungut...susah,keliru, benci, macam-macam lah. Mengakui juga ada beberapa kesulitan tapi semua tu tak menjejaskan kehidupan walau sedikit pun kan. Disebalik ramai-ramai yang merungut tu, ana yang tersenyum kot. haha...Sebab ana suka FB Timeline. Opsss, jangan buat spekulasi tentang ayat ini dengan wajah comel anda. Ana suka kerana beberapa sebab munasabah.Antaranya :


Sedarkah kita FB timeline ni banyak membantu kita mengetahui bagaimana kita membuang 
masa-masa berharga kita suatu tika dahulu?  


Cuba kita semak kembali, status-status kita terdahulu di FB. Buka 1 per 1 dan renungkan. Secara peribadi sekali lagi, ana terkesima seketika. Cuba mengimbau masa silam. Pasti, gugur air mata. Kadang timeline ini membantu kita mencari kesilapan kita terdahulu yang baru sekarang kita terperasan. Mungkin ketika itu kita belum cukup matang lagi, tapi tidak salah itu menjadi panduan hidup hari ini. Saat kita berbahgian, bersulam nikmat ukhuwah tanpa henti kita menerima peringatan dan teguran dari sahabat yang sentiasa menemani, serasa begitu akrab dan sentiasa berdampingan, saat persahabatan dengan sahabat sekuliah yang sangat awesome, mesej-mesej dakwah dan banyakkk lagi lah. 
Saat itu, mungkin kebanyakan dari kita tidak menghargai moment-moment indah itu. Sebab itulah sampai 1 peringkat, perang FB bermula. Keluhan kecil dilepas sehingga menjadi punca pergaduhan, terasa hati dan akhirnya kian menjauh dan jauhhhhh.

Dan hanya sekarang, baru kita dapat analyze benda tu. Rugikan. 

Okay semua, selebihnya anda yang berhak menilai. Ini cuba pandangan peribadi ana. Jam menunjukkan pukul 3.54 a.m dan ana sudah agak terlalu kepenatan untuk hari ini. InsyaAllah, ana cuba lengkapkan entry ini di lain masa.