Monday, February 13, 2012

Ketahuilah kalian...

Ketahuilah kalian..
Bahawa syurga memilih penghuninya..
Dan usaha si pencari syurga memangnya bukan calang-calang,
Bukan sekadar angan-angan.
Bukan sekadar cita-cita.
Bukan sekadar kisah-kisah indah yang dicerita..
Sesungguhnya mereka adalah golongan yang berusaha keras!
Mereka yang hidup seolah-olah syurga sudah di genggaman tangan mereka.
Hinggakan datanglah badai dan ujian
Atau apapun,
Mereka tetap utuh dan tegar.
Meneruskan perjalanan mencari tiket ke syurga.
Perjalanan ke sana payah dan memenatkan
Namun hasilnya pasti
Simpanlah rehatmu
Simpanlah angan dan keinginanmu
Buat rumah indah kita di sana..
Amin..

(Maryam AlMuhandis) Jzkk sayang...

No comments:

Post a Comment