Friday, January 20, 2012

Update Nenek part.6 (Kembali)



Subhanallah

Alhamdulillah
Allahuakbar

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali..

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Al-Fatihah untuk nenek ana yang telah kembali ke rahmatullah pada 19/Januari/2012 jam 4.00 p.m dan telah selamat dikebumikan di Sibu pagi semalam 20/Januari/2012. Doakan moga arwah nenek ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin. Kepada sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ana dan keluarga, jzkk diucapkan. Moga DIA memberi ganjaran yang setimpal kepada kamu semua. amin

---------------------------------------------------

Rumah penuh sangat-sangat dengan keluarga,kawan-kawan nenek, jiran dan masyarakat setempat. Nenek memang agak dikenali di sibu kerana bisnesnya, perwatakannya,dan kepeduliannya kepada orang lain. Jadi,ana memang mengagak bahawa pasti ramai mengziarahi jenazah nenek semalam.

Subhanallah, arwah nenek cantik sangat mukanya. Ramai yang cakap, muka nenek bersih. :'( Ya, nenek orang yang sangat baik.

Ana ingat lagi, 2 bulan yang lepas kami belajar something bersama-sama. Petang tu nenek duduk santai bersama ana di tingkat atas. Tetiba nenek ambik sekeping kertas yang berupa nota. Ana tenung kertas tu buat seketika...

Nenek : A_ _ _ cuba tengok apa yang dia tulis. Tu pertanyaan dalam kubur. Ada jawapan sekali. Tolong ajar nenek,mana yang nenek tak tahu.

Ana : Owh..a'a..jap.. ma rabbuka? Siapa Tuhan Kamu?..jawablah ALLAH... dan yang lain-lain sampai habis...

Nenek : Owh.. nenek tak pandai sangat arab yang dia tulis.

Ana : Hehe..saya pun tak pandai tapi fahamlah sebab dah biasa baca soalan-soalan tu tima program.

Nenek : (senyum) (terus simpan kertas tu then masuk bilik)..

----------------------------------------------------------------------------------------------

Subhaallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Mungkin ketika itu nenek dapat merasakan sesuatu. Sebab,sejak akhir-akhir ni nenek selalu cakap "kalau nenek tak de nanti...bla..bla...bla...."

Sedihnya...

Walau apapun, life must go on.

Nek, saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan nenek di sana. Moga nenek diberi kerehatan dan kebahgiaan di sana. Moga nenek dapat bersatu dengan arwak atok di sana. Ya,arwah atok yang sangat nenek rindui dan cintai. Moga nenek ditempatkan di syurga abadi..





2 comments:

  1. takziah akak...
    semoga Allah tempatkan dia dalam kalangan orang soleh solehah..

    btw, akak orang swak ke? :)

    Sibu.
    nenek saya juga di sana.

    ReplyDelete
  2. Thanks habibah.
    Amin.. Doakan ea nenek akk masuk syurga.

    yup, akk org sibu,sarawak :)
    Yeker, hehe..org kampung lh ni..

    Papepun, terima kasih ea.

    ReplyDelete